Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 20, 2017

Kadir defensif, takut apabila skandal BMF, forex melibatkan Tun M diungkit


Image result for kadir jasin takut

tun faisal dot com

1. Tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Berjaga-jaga ungkit perkara lama" membayangkan sikap defensif dan ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan "boss"nya diungkit dan didedahkan semula.
2. Dalam tulisannya Kadir mengakui bahawa dia merupakan antara wartawan yang paling awal melaporkan 'laporan palsu' dan songsang berkaitan BMF, mungkin kerana kenaifannya mempercayai kenyataan seorang pegawai BBMB atau mungkin juga kerana mahu melindungi "boss"nya.

3. Kadir juga cuba mengaitkan kes BMF dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh. Namun Kadir lupa bahawa laporan CIA yang didedahkan sama sekali tidak menyebut bahawa kes BMF mempunyai kaitan dengan Tun Hussein dan Ku Li, sebaliknya tanpa sebarang kesipuan dan secara jelas menyebut bahawa ia mempunyai kaitan dengan Mahathir.

4. Laporan CIA menyebut Mahathir secara jelas mungkin kerana dari segi fakta, penyaluran wang pinjaman ke Kumpulan Carrian dan George Tan terus berlaku setelah Dr Mahathir jadi PM pada tahun 1982 sehinggalah Jalil Ibrahim dibunuh pada tahun 1983.

5. Skandal BMF berbeza dengan isu 1MDB kerana nama Mahathir disebut secara jelas oleh CIA sedangkan dalam isu 1MDB, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) tidak berani menamakan MO1. Banyak "cover up" berlaku selepas pembunuhan Jalil dan tiada siasatan secara telus dibuat ke atas BMF sehingga CIA melaporkan dalam laporannya bahawa terdapat kemungkinan pegawai-pegawai Bumiputera yang dipenjarakan telah dikambing hitamkan.

6. Dalam skandal BMF, Jalil Ibrahim dihantar ke Hong Kong kerana terdapat kecelaruan audit sedangkan dalam isu 1MDB, isu audit sama sekali tidak berbangkit malah penyata akaun beraudit 1MDB telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan didedahkan kepada umum.

7. Dalam skandal BMF, wang negara (wang BMF) dipinjamkan kepada pihak luar untuk projek yang tiada kaitan dengan Malaysia, sebaliknya dalam kes 1MDB, 1MDB meminjam daripada pihak luar untuk projek dalam negara.

8. Dalam skandal BMF, Jalil dibunuh supaya pinjaman kepada pihak luar dapat diluluskan dengan segera sebaliknya dalam kes 1MDB, tiada kes pembunuhan untuk membenarkan 1MDB meminjam daripada bank asing dan tempatan serta melalui instrumen bon dan sukuk.

9. Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, melainkan siasatan kes jenayah pembunuhan Jalil. Sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang.

10. Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion dan jumlah 'bail-out' menggunakan wang Petronas, adalah sebanyak RM2.188 bilion, iaitu RM933 juta untuk membeli saham BBMB dan RM1.255 bilion untuk mengambil alih hutang bermasalah BBMB.

11. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa).

12. Berkaitan skandal forex Bank Negara, Kadir berbohong apabila mengatakan bahawa penglibatan Bank Negara dalam forex adalah untuk mempertahankan nilai ringgit. Hakikatnya, Bank Negara telah menceburkan diri dalam kegiatan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank negara bagi menambah nilai rizab tersebut dan membuat keuntungan.

13. Dilaporkan isyarat bahawa Bank Negara akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein di Delhi pada tahun 1989 yang menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab Bank Negara, iaitu, mengoptimumkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurus niaga di dalam pasaran wang asing, sedangkan sebelum itu, teras utama pengurusan rizab adalah untuk menjaga dan melindungi nilai Ringgit dan mengekalkan kecairannya di dalam pasaran.

14. Terdapat juga laporan media ketika itu yang menyebut, pada tahap kemuncaknya, Bank Negara pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing Bank Negara amat agresif dan digelar sebagai “market bully". Penglibatan Bank Negara di dalam perjudian pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa Bank Negara agar menghentikan segera perbuatan itu. Kenapa Kadir menyembunyikan cerita ini?

15. Bank Negara telah mengakui bahawa akibat penglibatannya dalam kegiatan spekulasi matawang ini, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak AS$10 bilion atau RM44 bilion nilai semasa.

16. Sama seperti skandal BMF, kerugian RM44 bilion ini dalam spekulasi forex ini juga tidak disiasat secara telus dan tidak dibentangkan kepada PAC seperti dalam kes 1MDB.

17. Dalam kes 1MDB, tiada wang yang lesap, yang ada hanya pinjaman dan kesemua pinjaman jangka pendek serta sebahagian pinjaman jangka panjang telah dibayar penuh lebih awal dari tempohnya. Hanya tinggal empat bon dan sukuk yang hanya akan matang pada tahun 2022, 2023 dan 2039. Sedangkan dalam skandal BMF sebanyak RM2.255 bilion benar-benar lesap dan RM2.188 bilion 'lesap' dalam konteks wang yang digunakan sebagai 'bail-out', manakala dalam skandal forex Bank Negara, RM44 bilion benar-benar lesap.

18. Mengambil kira jumlah wang yang lesap dan yang 'lesap' kerana digunakan untuk mem'bail-out' skandal BMF dan Forex ketika pemerintahan Mahathir, iaitu RM61.8 bilion (RM4.44 bilion (skandal BMF) (nilai semasa RM17.8 bilion ) + RM44 bilion (skandal forex)), tidakkah wajar siasatan yang telus dilakukan?

19. Apa masalahnya sehingga Kadir terlalu takut dan kelam kabut jika "perkara lama" ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?


Sunday, February 19, 2017

Siapa Dalangnya Dalam Skandal MAS-Bank Negara?


Malaysiakini dalam tajuk beritanya menulis Skandal MAS-Bank Negara, siapa dalangnya?




Tan Seri Tajuddin Ramli, bekas Pengarah Urusan syarikat penerbangan nasionl, Malaysia Airlines (MAS) telah menyaman balas kerajaan Malaysia, Danaharta dan pelbagai syarikat dan individu menuntut gantirugi sebanyak RM13.46 bilion. Sebelum ini beliau telah disaman oleh Danaharta sebanyak RM569 juta. Saman balas Tajuddin ini adalah yang terbesar dalam rekod.

Kenapa Tajuddin menyaman balas? Seperti yang didakwa oleh Tajuddin di dalam Affidavit bertarikh 29 Jun 2006 kerajaan telah memungkiri peruntukan yang memberi perlindungan mutlak kepada beliau di dalam satu perjanjian sulit yang dipanggil overriding agreement yang ditandatangani di belakang tabir di antara beliau dan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang masing-masing pada ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Perjanjian itu berkaitan dengan pembelian 32 peratus saham MAS oleh Tajuddin dari Bank Negara Malaysia.
Menurut Tajuddin, beliau membeli saham terbabit pada harga yang cukup tinggi atas desakan kerajaan dan tujuannya "to enable Bank Negara to recoup some ot its foreign exchange losses." (NST 7 Julai 2006). Tetapi akibat krisis ekonomi 1997, MAS dan syarikat-syarikat lain milik Tajuddin mengalami kerugian. Tajuddin menghadapi masalah untuk melunaskan hutang. Akhirnya, Tajuddin terpaksa menjual balik 32 peratus saham MAS yang dipegang kepada kerajaan pada harga RM1.8 bilion, iaitu, RM8.00 sesaham
Intisari overriding agreement itu ialah dengannya Tajuddin mendapat jaminan bahawa beliau bebas dari memikul apa jua liabiliti termasuk kerugian kewangan sekiranya berlaku perkara yang negatif ke atas MAS yang sahamnya telah dibeli oleh Tajuddin atas arahan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Atas jaminan ini Tajuddin telah mengambil pinjaman peribadi bagi membayar harga pembelian itu bernilai RM1.8 bilion.mewakili premium sebanyak RM4.32 atau 117 peratus daripada harga pasaran pada RM3.68 sesaham apabila perjanjian itu telah ditandatangani pada 20 Disember 2000.
Akibatnya, Tajuddin menjadi peminjam perseorangan yang terbesar di Malaysia. Tetapi janji ini telah tidak ditepati oleh kerajaan. Bila kerajaan membeli balik 32 peratus saham MAS itu daripada Tajuddin dalam tahun 2001, beliau dibiarkan menanggung pelbagai liabiliti sehingga beliau disaman oleh Danaharta dan terpaksa menjual syarikat miliki beliau pada forced-sale price.
Akhbar New Straits Times (7 Julai 2006) menyifatkan pendedahan ini sebagai;"...likely to send tremors through the corridors of business and politics." Akhbar internet Sun2Surf pada 6 Julai pula menyifatkan pendedahan Tajuddin sebagai satu bombshell .
Pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang menuduh Tun Daim telah berbohong:"Daim had deceived parliament and the nation when he allegedly made false claims in the Dewan Rakyat on March 21, 2001 over the RM1.8 billion buy-back of MAS shares by the Government. that Daim as finance minister at that time, claimed that no special considerations were given to Tajuddin in buying back the MAS shares from Naluri."(NST, 7 Julai 2006).
Nampaknya, kes ini merupakan satu skandal melibatkan pemimpin atasan dan kerajaan yang ada perlu mengambil tindakan yang wajar.

Mahathir dan Daim mereka penjualan MAS kepada Tajudin untuk menjana ‘keuntungan di atas kertas’ bagi mengimbangi kerugian yang telah dilakukan oleh Bank Negara.

Pada asasnya, semua laporan ini menjelaskan bahawa kerajaan mengalami kerugian yang dianggarkan RM10 bilion dengan ‘menjual’ MAS kepada Tajudin Ramli dan kemudian ‘membeli semula’. Dan sebab untuk jualan palsu ini adalah untuk membuat ‘keuntungan di atas kertas’ bagi menampung kerugian besar yang dialami Bank Negara sebanyak RM30 bilion (atau AS $ 10 bilion).
Bank Negara secara teknikalnya telah muflis tetapi kerajaan tidak boleh mendedahkan perkara ini. Jadi mereka mencipta ‘perakaunan kreatif’ untuk menunjukkan bahawa bencana itu tidak sebesar apa yang orang katakan dan bahawa ia sebenarnya adalah ‘kerugian kecil di atas kertas”. Pendek kata, kerajaan umpama “merompak Peter untuk membayar Paul”, atau menggali lubang untuk menutup lubang yang lain, meninggalkan lubang yang lebih besar di belakangnya.
Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini dalam kedua-dua bahan berita di bawah (Govt yet to apply to strike out Tajudin’s RM13.46b suit dan MAS settles suits against Tajudin Ramli). Lanjutan dari itu anda boleh membaca laporan khas The Sun Daily-6 Julai 2006, Tajudin alleges secret deal with DrM and Daim.

Projek Kroni Tun Mahathir: Pengambilalihan MAS Oleh TS Tajuddin Ramli Mempunyai Hubung Kait Dengan Kerugian FOREX RM30 bilion!!!.


Image result for malaysian airline system logo


■ Tan Sri Tajuddin Ramli merupakan tokoh korporat yang hampir2 dijadikan korban atau kambing-hitam gara2 beliau menguasai saham utama MAS dan telah dilantik menerajui MAS dari tahun 1994-2001. TS Tajuddin bernasib baik kerana telah mementerai perjanjian rahsia antara beliau, Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. 


■ Kisahnya bermula pada tahun 1994 apabila TS Tajuddin Ramli mengambil pinjaman dari beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah RM1.79 bilion untuk membeli saham utama MAS 32% bersamaan RM8 seunit saham yang akhirnya kerajaan kerugian besar 7 tahun kemudian. Ketika itu MAS mempunyai antara RM600-RM800 juta di dalam bentuk rizab tunai. 


■ TS Tajuddin dan MAS mengalami krisis kewangan yang teruk pada tahun 1997. Pada tahun 2000 sebagai langkah terakhir, kerajaan terpaksa membeli semula (bailout) saham MAS dari TS Tajuddin pada harga RM8 sesaham yang mana harganya sama ketika MAS dibeli Tajuddin 7 tahun dulu. Bezanya, MAS hampir bangkrap!. 

■ MAS telah kerugian RM256 juta pada tahun fiskal berakhir 1998 dan menjelang hujung tahun fiskal 2000, ia telah kerugian RM255.7 juta lagi. Apabila kerajaan membeli semula saham MAS dari TS Tajuddin, harga sesaham MAS ketika itu hanyalah RM3.68!!!. 


■ Pembelian saham MAS oleh kerajaan pada harga RM8 seunit saham bernilai RM1.8 bilion adalah disama ertikan dengan 'bailout'! memandangkan saham semasa hanyalah RM3.68 seunit saham. Sejak tahun 1994 hingga tahun 2000 kerugian MAS secara keseluruhan dianggarkan sebanyak RM20 bilion duit pembayar cukai. 

■ Pada 11hb Mei 2006 Danaharta dan Danaharta Urus serta Danaharta Managers syarikat GLC pengurusan aset negara, menyaman TS Tajudin bagi menuntut pembayaran baki hutang RM598 juta kepada pinjaman RM1.79 bilion yang belum dijelaskan lagi. 

■ Sebelum itu pada 31hb Disember 2005 melalui surat guaman, TS Tajudin dituntut bayar kepada Pengurusan Danaharta dan 2 anak syarikatnya jumlah asas pinjaman sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah 2% di atas kadar pinjaman asas Malayan Banking dibayar pada 1hb Januari 2006 sehingga selesai semuanya. 

■ Kegagalan TS Tajuddin membayar hutangnya menyebabkan Danaharta mengambil keputusan menjual Technology Reources Industries Bhd (TRI). Telekom Malaysia (TM) membeli kepentingan Tajuddin dalam TRI daripada Danaharta melibatkan 260.87 juta saham TRI atau 13.14% dibuat melalui anak syarikat milik penuh TM, Telekom Enterprise Sdn. Bhd. (TESB) secara tunai dengan harga RM717 juta atau RM2.75 sesaham. Sebelum ini TRI menguasai Celcom (Malaysia), syarikat perkhidmatan telekomunikasi selular ke 2 terbesar di Malaysia. Danaharta juga hendak menjual 44.84 % (309.65 juta) saham milik TS Tajuddin dalam NALURI yang memiliki 4.57% dalam TRI secara tender kerana gagal membayar RM130.44 juta. 

■ Ekoran itu pada 29hb Jun 2006 TS Tajuddin failkan SAMAN BALAS melalui peguam Lim Kian Leong & Company menuntut RM6.25 bilion daripada TM dan 12 lagi defendan berhubung penjualan saham TRI oleh Danaharta. Beliau juga menuntut ganti rugi RM7.2 bilion daripada kesemua 24 defendan. 

■ Kes ini dikategorikan berprofail tinggi kerana melibatkan 2 personaliti besar dan 2 institusi penting negara, iaitu, 

1. Tun Daim Zainuddin 
Bekas Menteri Kewangan 
2. Tun Dr. Mahathir Mohamad 
Bekas Perdana Menteri 
3. Bank Negara Malaysia (BNM) 
4. MAS 

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) 

■ Antara alasan TS Tajuddin kemukakan saman balas ialah pada 1994 beliau diarah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin agar membeli saham MAS sebagai satu 'KHIDMAT NEGARA' bagi membantu Bank Negara Malaysia (BNM) mengatasi kerugian tukaran asing (Forex) pada tahun 1992. 

■ Kerajaan telah kehilangan RM30 bilion kesan dari kegagalan ‘permainan’ matawang asing (FOREX). Oleh itu, penjualan saham MAS adalah sebagai langkah perlu bagi kerajaan mencari keuntungan yang besar apabila operasi MAS berhasil. 

Persoalan: Kenapa TS Tajuddin menyaman balas? 




■ Di dalam Affidavit bertarikh 29 Jun 2006 TS Tajuddin mendakwa kerajaan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir telah memungkiri peruntukan yang memberi perlindungan mutlak kepada beliau di dalam satu perjanjian sulit yang dipanggil 'OVERRIDING AGREEMENT' yang ditandatangani di belakang tabir di antara i. Pihak beliau (TS Tajuddin Ramli), ii. Tun Dr. Mahathir dan iii. Tun Daim Zainuddin yang masing2 pada ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Perjanjian itu berkaitan dengan pembelian 32% saham MAS oleh TS Tajuddin dari Bank Negara Malaysia (BNM). 

■ Intisari 'OVERRIDING AGREEMENT' tersebut ialah dengannya TS Tajuddin mendapat jaminan bahawa beliau bebas dari memikul apa jua liabiliti termasuk kerugian kewangan sekiranya berlaku perkara yang negatif ke atas MAS yang saham telah dibeli oleh TS Tajuddin atas ARAHAN Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

■ Atas JAMINAN ini TS Tajuddin telah mengambil pinjaman peribadi bagi membayar harga pembelian saham MAS pada RM8 seunit saham bernilai RM1.8 bilion. 

■ Akan TETAPI janji ini telah tidak ditepati oleh kerajaan. Apabila kerajaan membeli balik 32% saham MAS itu daripada TS Tajuddin dalam tahun 2001, beliau dibiar menanggung pelbagai LIABILITI sehingga disaman oleh syarikat GLC Danaharta dan terpaksa menjual syarikat milik beliau pada 'Force Sale Price'. 

■ Pada 15hb Februari 2012 satu penyelesaian di luar mahkamah telah dicapai oleh ke dua2 pihak yang terbabit. Terdapat catatan penyelesaian rahsia oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC. TS Tajuddin Ramli tidak perlu lagi membayar RM589 juta hutang kepada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. 

■ Penyelesaian tersebut dicapai apabila TS Tajuddin bersetuju menarik balik rayuannya yang bertarikh 7hb Disember 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group. 

■ Terdapat 3 perkara yang timbul apabila i. MAS mengalami kerugian dan apabila ii. TS Tajuddin berjaya mengemukakan SAMAN BALAS, iaitu; 

1. Keputusan kerajaan membeli semula saham MAS pada RM8 sesaham adalah satu proses 'bailout' kerana harga pasarannya hanya RM3.68 sesaham. 

2. Penyelesaian2 yang dilakukan di luar mahkamah mengakibatkan RM589,143,205.57 hutang yang terpaksa dipadam dari rekod kerajaan begitu sahaja. 

3. Penganalisa saham dan pakar ekonomi berpendapat, kerugian akibat kegagalan operasi MAS antara tahun 1994 dan 2000 mencecah nilai kerugian RM20 bilion wang pembayar cukai!. 

■ Persoalan: Siapakah penasihat Tun Mahathir pada tahun 1994?. Kerana pada masa itu MAS merupakan syarikat penerbangan yang mempunyai rizab tunai ratusan juta ringgit dan sedang menikmati keuntungan dalam operasinya!. 

■ Siapa mencadangkan saham MAS dijual demi menutup kerugian RM30 bilion hasil dari operasi matawang asing (FOREX) yang gagal?. Akhirnya menyebabkan kerugian bertambah lagi RM20 bilion kepada negara dan memufliskan MAS!. 

■ Kenapa puak2 pro-Tun, puak2 ANC dan puak2 pembangkang begitu ghairah membenci Perdana Menteri DS Najib dengan menuntut beliau meletak jawatan atas isu 1MDB!!?. Kenapa pilih kasih? Adakah 1MDB satu masalah besar negara?. Adakah pernah terbukti di mahkamah, 1MDB satu liabiliti kepada negara?. 

Tulisan 
Rozmi Mokhtar


Saturday, February 18, 2017

Penantian 24 Tahun Lim Kit Siang Bakal Berakhir


Buku bertajuk "Skandal Kerugian RM30 billion Akibat Pertukaran Matawang Asing oleh Bank Negara" yang ditulis olh Lim Kit Siang
Buku bertajuk “Skandal Kerugian Bank Negara Berjumlah RM30 billion Akibat Pertukaran Matawang Asing” yang ditulis oleh Lim Kit Siang

Pada tahun 1993, Tuan Besar Pakatan Harapan Encik Lim Kit Siang telah menyeru agar Parlimen menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat kerugian RM30 billion yang dialami Bank Negara akibat skandal pertukaran matawang asing.

Jumlah RM30 billion pada tahun 1994 adalah bersamaan dengan pelepasan cukai untuk 19 juta rakyat Malaysia ketika itu termasuk bayi dan kanak-kanak selama LAPAN TAHUN! Jumlah tersebut juga bersamaan dengan 1.2 juta rumah murah bernilai RM25,000, 45 universiti, empat LapanganTerbang KLIA dan lima Lebuhraya Utara-Selatan.

fullsizerender-18

Setelah 24 tahun penantian, permintaan Lim Kit Siang kini hampir menjadi kenyataan.  Kit Siang harus berterima kasih kepada Perdana Menteri Najib Razak kerana bertindak untuk mengetahui kebenaran mengenai skandal tersebut manakala kita rakyat Malaysia patut memberi penghargaan kepada Lim Kit Siang kerana berkeras meminta agar siasatan terhadap kerugian tersebut dijalankan.

Lim Kit Siang amat berdedikasi dan memberi tumpuan khusus terhadap skandal tersebut hinggakan beliau telah menulis sebuah buku mengenai skandal tersebut seperti di atas.

Surat dari Pejabat Perdana Menteri mengarahkan agar satu pasukan petugas ditubuhkan untuk meneliti kes skandal 1992 Bank Negara
Surat dari Pejabat Perdana Menteri mengarahkan agar satu pasukan petugas 
ditubuhkan untuk meneliti kes skandal 1992 Bank Negara

Lim Kit Siang mendakwa di dalam penulisannya bahawa kerugian akibat skandal tersebut telah mengakibatkan suatu lubang yang boleh mengakibatkan tenggelam dan musnahnya Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai entiti pihak berkuasa dan penjaga bank-bank dalam negara.

Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein menafikan pada tahun 1992 bahawa wujudnya lubang tersebut.

Untuk mereka yang lahir selepas tahun 1975 dan terlalu muda untuk mengingati skandal tersebut, BNM di bawah Jaafar Hussein menjadi satu entiti yang aktif dalam pasaran pertukaran matawang asing (FOREX). BNM begitu agresif mempengaruhi pasaran pertukaran matawang asing hinggakan Pemangku Pengerusi Bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Alan Greenspan, terpaksa meminta BNM untuk menghentikan aktivitinya tersebut.

Pada tahun 1991, akhbar Reuters melaporkan:


“Sejak dua tahun yang lalu, ia (BNM) telah meningkatkan jumlah dagangan, dan tahun ini ia telah mula berniaga dalam apa yang digambarkan oleh para peniaga lain sebagai “jumlah yang benar-benar besar…”


“Biasanya, Bank Negara beroperasi dengan lot-lot bernilai AS $ 50 juta setiap lot, berbanding dengan norma pasaran sebanyak AS $ 5 juta atau US $ 10 juta dan berniaga mungkin dengan enam bank utama di Eropah dan enam di New York,” kata para pedagang.

“Seorang pedagang matawang berkata satu-satunya peniaga yang menyaingi Bank Negara ialah dana dari Jepun. Namun dana Jepun ini memasuki pasaran tidak lebih daripada sekali atau dua kali setahun, Bank Negara pula melakukan berbilion dolar sehari.”

“Teknik terkini BNM ialah dengan mengenakan bank-bank utama dengan USD50 juta setiap satu transaksi, dan mengenakan mereka sekali lagi 10 minit kemudian,” kata para pedagang.

Kemudian ia (BNM) menukar pusat dagangan dan melakukan transaksi yang serupa sekali lagi, berulang kali.”


Pada 21hb September 1990, BNM telah menjual di antara US$ 500 juta ke US$ 1 billion nilai Pound Sterling dalam masa yang tersingkat hingga mengakibatkan matawang tersebut jatuh 4 cent setiap Dollar.  Bank-bank bertindak balas dengan cuba mendahului permintaan BNM.

Pada tahun 1993 juga, menurut Lim Kit Siang, U-Turn Mahathir yang kini merupakan rakan“comolot” Lim Kit Siang, telah menafikan wujudnya “lubang” yang boleh mengakibatkan kemusnahan BNM

Pada tahun 1993 juga, BNM telah cuba mempertahankan nilai matawang Pound Sterling dari serangan para pedagang termasuk George Soros namun usaha ini gagal.  Kegagalan ini mengakibatkan BNM mempunyai nilai tanggungan melebihi nilai aset semasa, dan terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1994.

Pada bulan April tahun yang sama, Jaafar Hussein meletakkan jawatan sebagai Gabenor BNM.

Maka tidak hairanlah BNM kemudiannya gagal mempertahankan matawang Ringgit pada tahun 1997-1998 daripada serangan George Soros akibat kekurangan rizab matawang asing disebabkan skandal tersebut, hingga menyebabkan matawang kita tidak pernah pulih sepenuhnya sejak peristiwa yang berlaku di zaman pentadbiran U-Turn Mahathir tersebut.

Menurut bekas Timbalan Gabenor Bank Negara ketika itu, Dr Rosli Yaakop, empat orang bertanggung jawab penuh dalam skandal ini.  Mereka adalah U-Turn Mahathir, konconya Daim Zainuddin yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu, Jaafar Hussein sebagai Gabenor BNM ketika skandal tersebut berlaku, dan Nor Mohamad Yackop yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab terhadap Unit Perancang Ekonomi di bawah U-Turn Mahathir.

Menurut Rosli, pakar-pakar menganggarkan kerugian sebenar di antara US$27 billion sehingga US$33 billion iaitu lima kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset BNM bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.

“Dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskematik” (schematically understated), melalui penilaian semula pegangan emas (gold holdings) dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment),” tambah Rosli.

Rosli membuat dakwaan-dakwaan tersebut di ‘Forum Skandal Forex Bank Negara‘, anjuran Penang Institute, di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang pada 11hb Jun 2013.


Lim Kit Siang telah memegang teguh kepada tekadnya untuk diadakan juga satu RCI supaya skandal BNM tersebut disiasat kerana rakyat Malaysia berhak mengetahui ke mana, bagaimana, dan siapa anasir-anasir yang bertanggung jawab terhadap kerugian yang terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat Malaysia.

fullsizerender-17


Kerugian RM30 billion yang ditanggung oleh BNM serta bantuan kewangan oleh Kementerian Kewangan adalah kerugian wang rakyat. Sayugia diingatkan bahawa 1MDB tidak melibatkan wang rakyat kerana institusi tersebut telah meminjam wang dari institusi-institusi luar negara, bukannya dari mana-mana badan kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

1MDB juga telah melangsaikan segala hutang jangka pendeknya dan membuat lebihan tunai sebanyak RM2.3 billion yang memberi manfaat kepada negara.

Sekali lagi, kita amat berterima kasih kepada Encik Lim Kit Siang di atas ketegasannya supaya satu RCI dapat diadakan untuk menyiasat skandal forex BNM 1990an. Kerajaan pimpinan Najib Razak telah mendengar keluhan beliau dan adalah diharap Encik Lim Kit Siang berasa amat gembira dengan usaha kerajaan ini.


img_7599
Kegembiraan Lim Kit Siang terserlah





Anina Dimain Dr Mahathir, Hamizura Dikencingkan!!!


Anina orang Langkawi dan dia mahukan tempat situ untuk bertanding, tapi Mukhriz pun tengah kira untuk tanding di Langkawi. Sudah berbalah besar hingga tada siapa boleh tahan Anina.

Akhirnya dia dipujuk Mahathir supaya fikirkan agenda lebih besar dan perjuangan parti kunun.

Umno sacked me but I still became PM, Dr Mahathir tells Anina
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/07/i-was-sacked-from
-umno-but-still-became-pm-dr-m-tells-anina/

Semasa zaman baik

Sekarang, bila nak letak Ketua Penaja untuk Langkawi, Anina yang telah berusaha di Langkawi diketepikan. DI letak Mahathir supaya Anina tidak boleh lawan Mahathir.

http://khairulryezal.blogspot.my/2017/02/tahniah-tun-dr-mahahir-melantik-diri.html
http://theflyingkick.blogspot.my/2017/02/mukhriz-anak-mahathir-ainina-cuma.html?m=1
http://bidaman.blogspot.my/2017/02/mahathir-jadi-ketua-bahagian-ppbm.html?m=1


Bila sudah tidak boleh lawan Mahathir, maka mudah untuknya letak Mukhriz jika dia boleh tanding dan menang di situ. Buat masa ini, Mukhriz diletak jadi Ketua Penaja Jerlun. Nak tanding situ pun elok .... he he he

Anina tidak boleh kata. The Queen of Langkawi yang dulu melolok melolong kecam Najib bagi pihak idolanya Mahathir is dead. Kamu telah diperguna idola kamu Mahathir. Santan sudah habis maka sampai masak untuk dibuang bagai sampah.

Dulu Muhyiddin perguna Anina, kini Mahathir perguna Anina.

https://themalaysianobserverblog.wordpress.com/2017/01/08/is-muhyiddin-keeping
-the-light-off-himself-by-shinning-it-on-anina/

Hebat Anina ni hingga Naib President Dato Hamidah Osman pun dia boleh sabbo kasi kosong ceramah di Langkawi. Padahal orang UMNO Langkawi tak kenal pun sapa dia.

How insignficant are PPBM in the political scheme of things!

Hairannya Mahathir dan Mukhriz tidak berani diletakkan sebagai Ketua Penaja Kubang Pasu:

http://snapshot2016.blogspot.com/2017/02/ppbm-takut-nak-tanding-di-kubang-pasu.html

Awat takut?


Katanya satu lagi mangsa adalah musuh Anina yang mana telah  digunakan untuk bunuh Anina  Hamizura Osman. Padahal dia yang berusaha untuk bina PPBM di Perak tapi satu jawatan tidak diberi kepadanya.

Sudah macam pembunuh Korea Utara yang mana dipercayai selepas membunuh abang ipar Kim Jong Il, dia telah dibunuh.

Kini ada pengikut Hamiziura dibayar untuk bunuhnya dan blogger UMNO sudah mula ketahui

http://khairulryezal.blogspot.my/2017/02/adakah-benar-duit-tekun-diseleweng.html

Ada orang PPBM mula kecewa, sudah macam politik tikam menikam UMNO dulu zaman Mahathir. Masa zaman Najib sudah tidak ada sejak cap bunga ini semua keluar! 

Che Det Che Det ... kaki kelahi dan kencingkan orang hingga orang-orang kecil pun dia nak bunuh. Blogger dihina sebagai makan dedak.

Masa time dia dulu, bukan saja kroni dan keluarga dia makan dedak, dengan ayam dan reban-reban sekali di telan.



Wednesday, February 15, 2017

Haha Malaysia Bankrap...Ubat Generic Adalah Ubat Tiruan? Tolong Jangan Bagi Malu Melayu Ler Jika Tak Dapat Bezakan Antara Ubat Generic Dan Ubat Tiruan!!!




"BETUL KE UBAT KERAJAAN MURAH TIDAK BERKUALITI?"

“Dziehan, memang ubat yang Umi amik di hospital atau ubat kerajaan ini tidak berkualiti ker?”.

“Ubat Tiruan ker?”

“Hmmmm siapa cakap ubat kerajaan ubat tiruan dan tidak berkualiti ini Umi?”

“Mak Kiah (bukan nama sebenar) ko cakap, dia kata dia cuma amik ubat di Hospital Swasta dan sebab itu tidak pergi Hospital kerajaan. Ubat kerajaan tidak berkesan dan ubat murah”

“Kata Mak Kiah ko, ubat yang mahal itu lebih baik dan bukan ubat tiruan macam ubat hospital kerajaan”

“Ooooo... tidak mengapa lah Umi. Pedulikan kata Mak Kiah tu... Setakat ini Umi makan ubat Hospital berkesan atau makin teruk kencing manis dan darah tinggi Umi?”

“Doktor kata penyakit Umi ini terkawal”

“Haaa... maksudnya berkesanlah tu. Pedulikan kata-kata Mak Kiah itu. Dia tak faham pasal ubat GENERIK. Lagipun dia berduit, biarkanlah dia dapatkan ubat-ubat mahal di Hospital swasta tu”

“Apa benda ubat GENERIK itu, Dziehan? ”

Pernahkah anda dengar orang berkata-kata “Ubat hospital atau ubat kerajaan ini murah, tiruan dan tidak berkualiti" ?



Bagi menjawab semua mitos-mitos ini dan mengenali apa itu ubat GENERIK...Manfaatkan pembacaan berikut:

The Saviour

Mitos 1: Ubat generik adalah ubat tiruan.

Fakta: Ubat generik bukan ubat tiruan tetapi adalah ubat yang dikilangkan setelah tempoh paten ubat berjenama asal (innovator) telah luput. Kandungan bahan aktif dalam ubat generik adalah sama dengan ubat berjenama asal dan semua ubat generik perlu dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dikilangkan, diimport dan digunakan di Malaysia. Berlainan dengan 'ubat tiruan', ia tidak dinilai kualiti,keselamatan dan keberkesanannya dan tidak berdaftar dengan PBKD.

Mitos 2: Ubat generik dibuat di kilang yang tidak mengikut piawaian dan dianggap sebagai ubat 'tepi jalan'.Fakta : Ubat generik dikilangkan di kilang-kilang farmaseutikal yang mematuhi piawaian Amalan Pengilangan Baik (APB) sama seperti ubat berjenama asal. Semua ubat generik sama ada dikilangkan di Malaysia atau diimport dari luar negara perlu mematuhi APB sebelum boleh didaftarkan oleh PBKD. Malaysia telah menjadi ahli Pharmaceutical Inspection Cooperation Scheme (PIC/S) semenjak tahun 2002 yang mana piawaian yang digunapakai adalah sama seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju seperti Australia, Eropah dan Amerika Syarikat. PBKD melalui sekretariatnya iaitu Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara (ARFN) perlu melakukan pemeriksaan APB terhadap premis-premis pengilang ubat generik dan ubat berjenama asal yang terletak di Malaysia dan di luar negara. Ini bermakna bahawa tahap APB pengilang ubat generik adalah sama seperti pengilang ubat berjenama asal.

Mitos 3: Ubat generik tidak selamat.Fakta: PBKD telah menetapkan syarat supaya ubat-ubat generik mematuhi aspek-aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan seperti yang telah dikenakan terhadap ubat-ubat berjenama asal kerana ubat generik mengandungi bahan aktif yang sama seperti ubat berjenama asal. Oleh yang demikian, ubat generik mempunyai kebaikan dan risiko penggunaan yang sama seperti ubat berjenama asal.

Mitos 4: Ubat generik berharga murah, oleh yang demikian ianya tidak berkesan untuk merawat penyakit.Fakta: Syarikat ubat berjenama asal telah mengeluarkan belanja yang besar untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan kajian klinikal, justeru perlu mengenakan harga yang tinggi ke atas ubat untuk mendapatkan semula modal yang telah dikeluarkan. Syarikat yang mengeluarkan ubat generik tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk aktiviti penyelidikan dan tidak perlu mengulangi kajian klinikal yang sama seperti yang telah dilakukan terhadap ubat berjenama asal kerana bahan aktif yang terkandung dalam ubat generik adalah sama seperti ubat berjenama asal. Oleh yang demikian, ubat generik boleh dipasarkan dengan harga yang lebih rendah. Namun demikian, ubat generik masih tertakluk kepada semua keperluan yang telah ditetapkan oleh PBKD daripada aspek kualiti , keselamatan dan keberkesanan. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa 'Ubat Murah' bukan ’Berkualiti Rendah' dan perlu mengikis persepsi negatif terhadap ubat generik, cuba dahulu, baru tahu kesannya.

Mitos 5 : Ubat generik mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan dalam merawat penyakit berbanding ubat berjenama asalFakta: PBKD telah melaksanakan keperluan kajian bioekuivalens (BE) atau ujian kesetaraan-bio terhadap ubat-ubat generik sejak tahun 1999. Kajian BE dijalankan terhadap ubat generik bertujuan untuk membuktikan bahawa ubat generik dapat memberi kesan yang sama dan dalam masa yang sama seperti ubat berjenama asal. Kajian BE menggunakan manusia sebagai subjek dan penentuan bioekuivalens adalah melalui pengukuran kepekatan ubat generik dalam darah dan dibandingkan dengan kepekatan ubat berjenama asal dalam darah bagi subjek yang sama. Kajian BE merupakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa keberkesanan sesuatu ubat generik adalah sama dengan ubat berjenama asal dalam merawat pesakit dan keadaan ini membolehkan sesuatu ubat generik disaling tukar gantikan dengan ubat berjenama asal.

Mitos 6: Ubat generik tidak mematuhi keperluan pendaftaran setelah dipasarkan kerana tidak dipantau oleh pihak berkuasa.Fakta: Malaysia mempunyai sistem regulatori farmaseutikal yang mantap dan bertaraf antarabangsa. Setelah ubat-ubat generik didaftarkan, PBKD akan sentiasa memastikan bahawa ubat-ubat generik tersebut masih mematuhi keperluan pendaftaran daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan melalui program pemonitoran ubat-ubat berdaftar di pasaran. PBKD tidak akan teragak-agak untuk membatalkan pendaftaran ubat-ubat generik yang didapati tidak berkualti, tidak selamat dan tidak berkesan serta berkuasa untuk menarik balik ubat-ubat tersebut dari pasaran.

Jadi... 

Bagi yang berkemampuan boleh dapatkan ubat inovator atau ubat asal yang berharga mahal
Bagi yang kurang berkemampuan atau ingin berjimat, mungkin ubat generik adalah pilihan yang bijak. Harga yang berpatutan dan kualiti dan keberkesanan yang sama dengan ubat asal.
Ingat... 

"UBAT GENERIK BUKAN UBAT TIRUAN"
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa


The Saviour




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.