Isu
Teresa Kok masih belum selesai. Malah berdasarkan kepada kes-kes
lalu, kes ini juga akan menjadi satu lagi kes lapuk yang penuh
misteri dan tidak dapat diselesaikan. Alasan mudah yang diberikan
oleh Teresa Kok bahawa dia tidak didakwa atau polis terlalu bodoh
kerana memaksanya memberi keterangan di balai ialah, dia tidak
menyebut nama sesiapa di dalam klip video Tahun Baru Cinanya.
Itu
jugalah alasan yang diberikan oleh supremonya, Lim Kit Siang yang
lebih berpengalaman dalam bab baling batu sembunyi tangan. Hampir 45
tahun lalu, Lim Kit Siang berjaya menghuru-harakan negara ini dengan
kempen-kempen mahu menghapuskan Artikel 152 dan Artikel 153
Perlembagaan Persekutuan. Konon-kononnya Malaysia adalah hak semua
rakyat Malaysia dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan merupakan perbuatan jahat yang mendatangkan kezaliman
kepada warganegara bukan Melayu-Bumiputera.
Perlembagaan
Persekutuan digubal sebelum merdeka dan sebelum persetujuan Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu SDmenerima 1 juta orang bukan
Melayu-Bumiputera menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu dalam
tempoh 24 jam sahaja. Pada ketika itu, para pemimpin masyarakat bukan
Melayu, khususnya Cina, tidak merungut langsung. Mereka seolah-olah
tidak peduli pun tentang masa hadapan mereka di negara ini. Hanya
masyarakat Cina Peranakan menerusi Tan Cheng Lock yang sedikit
berbunyi tentang perkara itu. Selebihnya berasakan, mereka akan
diambil dan dibawa oleh British pulang ke negara Eropah itu. Dan
kerana itulah, apabila program Jus Soli dibuat pada peringkat awal,
mereka bersikap acuh tak acuh. Hanya setelah mendapat kepastian
bahawa British tidak mahukan mereka, manakala Negara China pula sudah
lama menolak mereka sebagai pengkhianat walaupun pemerintahan di
Negara China telah bertukar dari Kerajaan Beraja kepada Kerajaan
Nasionalis dan akhirnya Kerajaan Komunis.
Begitu
juga semasa mereka diberikan kerakyatan beramai-ramai. Tidak ada
sebarang rungutan atau komplen tentang hak istimewa Melayu-Bumiputera
sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, generasi yang berusia beberapa tahun atau awal belasan
tahun ketika Jus Soli memberikan mereka kerakyatan, menjelang 1963,
mula menyatakan tidak puas hati kerana mereka tidak mendapat
keistimewaan kerakyatan seperti orang Melayu. 1964 sehinggalah 1969,
mereka semakin lantang dan aktif. Mereka terus mempersoalkan tentang
mengapa mereka tidak boleh berkongsi keistimewaan Melayu-Bumiputera
sedangkan mereka juga adalah rakyat Malaysia, bahkan sesetengah
daripada mereka dilahirkan di negara ini.
Kalau
pada tahun 1969, Lim Kit Siang yang merupakan antara pencetus utama
tragedi berdarah 13 Mei tidak pernah berniat memohon maaf, bahkan
menyalahkan pihak lain, malah tidak cukup dengan itu, ‘mengupah’
pula Kua Kia Song menulis buku sejarah tentang peristiwa mengikut
perspektif chauvanis dan merupakan satu-satunya buku sejarah 13 Mei
1969 yang menentang punca sebenar tragedi tersebut, mengapa pula
Teresa Kok yang merupakan generasi seterusnya perlu memecahkan
tradisi tersebut dan meminta maaf kepada Melayu-Bumiputera dan umat
Islam di negara ini?
Perasaan
bangga, besar diri dan bersikap angkuh sudah sebati dengan puak ini.
Mereka tidak akan peduli dengan apa-apa pun yang berlaku malah mereka
sanggup menjadi pengkhianat sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan
Eng yang cuba menghalang kemasukan pelaburan dari Taiwan ketika di
Hong Kong dengan pelbagai cerita yang hanya sendiri yang tahu bila
berlaku. Sebelum Lim Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang juga melakukan
perkara yang sama, juga di Taiwan dan Hong Kong sehingga suatu ketika
pernah diusulkan agar diwujudkan undang-undang yang dikuatkuasakan ke
atas makhluk-makhluk perosak seperti itu.
Ramai
yang beranggapan, kesalahan telah dilakukan dari awal lagi apabila
terlalu banyak toleransi dan tolak ansur diberikan kepada puak ini
terutama sekali pemberian kerakyatan secara pukal dengan hak-hak
mengundi sama rata dengan kaum Melayu-Bumiputera. Malaysia merupakan
satu-satunya negara di dunia ini yang telah memberikan kerakyatan
secara pukal seperti yang kita dapat lihat pada tahun 1955-1957.
Disebabkan
kemurahan hati menerusi pemberian kerakyatan secara pukal itulah,
sekarang ini Malaysia sedang melihat perangai hodoh sebahagian
daripada masyarakat tersebut yang berasakan mereka boleh melakukan
penjajahan secara lebih besar, meluas dan tidak terhalang.
Justeru,
sebenarnya tidak perlulah diharapkan kepada permohonan maaf daripada
manusia seperti Teresa Kok mahupun mana-mana pemimpin chauvinist.
Mereka sudah melihat betapa murahnya hati orang Melayu-Bumiputera,
jadi, mereka juga tahu, kemurahan hati Melayu-Bumiputera itulah juga
yang menyebabkan perbuatan mereka dilupakan, bahkan Melayu-Bumiputera
pula yang saling menyalahkan antara satu sama lain biarpun kesalahan
tersebut dilakukan oleh YOWTAI seperti Teresa Kok.
No comments :
Post a Comment