Akhirnya
Rafizi sendiri seolah-olah membongkar amalan kronisme dan ketidak
telusan di dalam operasi pakatan pembangkang. Sebelum ini
mereka sering menuduh dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional
kononnya mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam urusan
pembahagian projek-projek mega dan pentadbiran.
Baru-baru
ini Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah
mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa
berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai
ketelusan. Beberapa projek besar di Selangor telah menjadi rebutan di
kalangan pemimpin politik pembangkang masa itu. Dalam tempoh
pendek lebih setahun Zaid Ibrahim menjadi anggota PKR, beliau
juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk
mempengaruhi keputusan kerajaan negeri.
Menurut
pengakuan Rafizi sendiri, beliau sebagai pegawai
eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pernah didatangi
oleh Zaid Ibrahim, meminta supaya beliau campur
tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang
bersabit dengan beliau . Rafizi juga turut
mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang
menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya.
Begitu
juga dengan amalan kronisme yang kononnya di amalkan oleh Barisan
Nasional. Hakikatnya pembangkang yang menuduh dan memfitnah
Barisan Nasional ini telah mengamalkan kronisme tahap melampau dalam
pentadbiran mereka sendiri.
Sebelum
ini Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin
pernah mendedahkan kerajaan PKR Selangor yang memberi projek secara
rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak
pembangkang memerintah negeri berkenaan pada 2008. Beliau juga
turut mendakwa mempunyai butiran kontrak seperti nombor dan
tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit.
Pada
Ogos 2008, Khalid Ibrahim mengumumkan kononnya Selangor
akan menamatkan amalan kontrak secara rundingan seperti Pulau Pinang,
tetapi pada tahun sama, kontrak yang bernilai RM79 juta telah
dianugerahkan secara rundingan. Pada 2009 pula RM27 juta dan
2010 pula RM143 juta. Kroni pembangkang telah mendapat projek
dengan kontrak diberi bukan kepada mereka yang menawarkan harga
rendah.
Jika pembangkang mengamalkan sikap bersih dan telus, tidak perlu takut untuk menyenaraikan nama mereka yang mendapat projek rundingan terus dari kerajaan negeri Selangor dan agensi di bawahnya. Oleh itu SELCAT yang pakatan Selangor tubuhkan hanya lah satu boneka yang membuat dakwaan terpilih dan jelas tidak telus dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab. Kononnya SELCAT bertujuan untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini.
Rakyat
perlu tahu bahawa tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan
pembangkang sebenarnya untuk menutup kejahatan mereka sendiri. Tidak
pernah wujud sebiji zarah pun dalam pembangkang untuk berjuang
demi rakyat dan untuk rakyat. Maka para pengundi PRK Kajang
perlu zahirkan kewarasan anda dengan menolak pakatan pembangkang yang
hanya menabur racun kepada rakyat Selangor.
No comments :
Post a Comment