Anwar
Ibrahim mempertahankan lawatannya ke gereja Holy Family di Kajang
bulan lalu, kata The
Malaysian Insider dalam
rencana semalam bertajuk ‘Saya
ke gereja doakan Nabi Isa, kata Anwar‘.
Semasa
berucap di gereja tersebut, Anwar telah berkata ada pihak tertentu
kian mengeruhkan hubungan antara agama.
Mengikut
laporan TMI itu:
“Katanya [Anwar], Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian.
‘Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja, tidak ada yang ditangkap. Mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.
Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang,’ katanya disambut dengan tepukan.”
Para hadirin di gereja menyambut dengan tepukan gemuruh tuduhan Anwar bahawa kerajaan BN tidak berbuat apa-apa untuk mengekang “suara kebencian, keganasan dan kemusnahan”.
Lim
Guan Eng melawat gereja di Pulau Pinang yang diserang molotov
cocktail
Apabila
Anwar mengungkit tentang ganjaran untuk menampar Teresa Kok beserta
“ancaman” ulangan kejadian 13 Mei sebagai tindakan melampau, ia
membayangkan bahawa ketua pembangkang itu mempercayai bahawa suara
kebencian, keganasan dan kemusnahan adalah sinonim dengan suara orang
Melayu-Islam.
Jadi
tidak hairanlah kita apabila dakwaan-dakwaan Anwar disambut dengan
tepukan gemuruh oleh hadirin di gereja Holy Family Kajang pada tempoh
hari.
Maka
dengan langkah Anwar ini, ia lebih senang lagi bagi puak Kristian untuk mengadu
kepada media antarabangsa bahawa mereka sedang dianiaya dan dizalimi
di negara ini yang majoriti penduduknya adalah Muslim.
Dalam
pesanan ‘Rekonsiliasi Nasional’ yang dikeluarkan Najib Razak
pada 25 Feb 2014, Perdana Menteri mengesyorkan agar rakyat “harus
tidak menggalakkan penyebaran laporan-laporan tentang
tindakan-tindakan kumpulan atau organisasi pelampau yang
berkecenderungan untuk menghancurkan kepercayaan di antara kaum-kaum
dalam negara kita ini”.
Seperti
juga si Anwar tadi, Najib dalam kenyataan ‘Rekonsiliasi
Nasional’nya juga menyebut tentang tindakan kumpulan
pelampau.
Selain
itu, PM telah memberi nasihat: “Lebih baik lagi, janganlah kita
cepat menyebarkan insiden-insiden ini kerana ia sudah pasti akan
menyebabkan ketakutan dan kebencian”.
Saranan
Najib supaya
“Janganlah
kita berikan pihak pelampau ini publisiti yang mereka idamkan.
Sekiranya tiada pihak yang melaporkan tindakan-tindakan mereka,
mereka tidak akan dapat perhatian yang mereka ingini. Mereka tidak
akan dapat menarik orang lain untuk kepada mereka. Mereka akan gagal.
Namun, segalanya terpulang kepada kita. Kita tidak perlu mengutuk
tindakan mereka, sebaliknya kita usah hiraukan saja. Usah berikan
mereka sebarang publisiti”
ibarat
keluhan seorang pemimpin yang kakinya tidak berpijak di bumi nyata,
lebih-lebih lagi memandangkan beliau mengkehendaki supaya kita
menganggap diri semua “adalah sebahagian daripada sebuah keluarga
Malaysia”.
Contoh
pergaulan mesra di antara kaum yang diberikan oleh Najib, yakni
gambaran seorang anggota polis berbangsa Melayu membantu seorang
wanita tua berbangsa Cina melintas jalan, mengimbau kepada propaganda
pembangunan masyarakat tahun 1970-an yang kurang sofistikated
gayanya.
Nampak
sangat Najib seorang pemimpin yang pola pemikirannya masih di takuk
lama.
Kenapa
tidak boleh beliau keluar daripada acuan stereotaip? Tidakkah PM
boleh sebaliknya mengambil pendekatan menggesa lebih ramai Cina
menyertai seorang pasukan polis untuk membantu seorang wanita tua
berbangsa India melintas jalan?
‘Rekonsiliasi Nasional’ dengan musuh ketat yang mahu menghancurkan Umno?
Najib
menyelar “pihak-pihak pelampau” dengan tanpa menyebut siapakah
pelampau yang dimaksudkannya.
Bagi
Anwar Ibrahim, pelampau adalah mereka yang melempar bom ke dalam
perkarangan gereja, NGO Islam yang menjalankan protes terhadap Teresa
Kok dan orang Melayu yang “mengancam satu lagi kejadian 13 Mei”.
Bagi
Perdana Menteri Najib Razak pula, siapakah “pihak-pihak pelampau”
yang dituding jari beliau kepada mereka?
Mesej
‘Rekonsiliasi Nasional’ Najib mempunyai kesan mengukuhkan lagi
dakyah orang Kristian yang senantiasa merengek bahawa mereka adalah
mangsa penindasan.
Setakat
ini, propaganda Kristian sudah amat berjaya. Evangelista DAP telah
berjaya menerapkan imej orang Melayu yang tidak habis-habis dicop
mereka sebagai “rasis”. Orang Islam dicop evangelista DAP sebagai
“ekstremis” atau bak yang suka dikatakan oleh penutur bahasa
Inggeris — “religious bigots”.
Mesej
‘Rekonsiliasi Nasional’ disampaikan Najib yang menyalahkan
“pihak-pihak pelampau” pun lebih kurang begitu juga nadanya.
Najib
sebenarnya telah menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri
kecuali kalau Perdana Menteri segera menjelaskan bahawa “pihak-pihak
pelampau” yang disebutnya itu adalah merujuk kepada paderi
Kristian, contohnya Uskup Agung Emeritus Murphy Pakiam yang meludah
ke atas muka PM dengan berkata “Najib just a bickering politician”
(baca ‘Archbishop
Emeritus fears Perkasa will bomb the churches‘).
Berbagai-bagai
tuduhan jahat yang dilontarkan oleh orang Kristian kononnya
Melayu-Islam ada perancangan untuk bertindak ganas.
Jadi
ia amat wajar jika Najib memaklumkan sahaja siapa mereka-mereka yang
ganas dan melampau itu yang dirujuknya dalam pesanan Rekonsiliasi
Nasional. Tolong sebut dengan jelas YAB Najib. Kami pun ingin tahu
juga.
Setinggi penghargaan buat Helen Ang
Setinggi penghargaan buat Helen Ang
No comments :
Post a Comment