Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 20, 2014

VIDEO : Tuduh Malaysia Bukan-Bukan, CNN Buat Silap… Tulis Kuala Lumpur Di Indonesia


SEJAK dari awal insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlaku, agensi berita CNN kerap membuat laporan yang tidak tepat serta menuduh Malaysia dengan beberapa dakwaan yang mengarut dan melampau.

Antaranya ialah menuduh Malaysia bukan satu sumber maklumat yang rasmi selain mendakwa kerajaan sedang menutup malu berkenaan kehilangan pesawat itu dengan memutarbelitkan fakta.

Hari ini  membuka pekung CNN yang tidaklah sehebat mana melaporkan berita terbuka kerana pengetahuan mereka mengenai Malaysia juga masih tidak lengkap.

Dalam satu laporan eksklusif CNN berkaitan misteri kehilangan pesawat MH370, lokasi lintas langsung wartawan CNN dilihat tertera sebagai Kuala Lumpur, Indonesia.

Kesalahan sebegitu rupa sememangnya dilihat sebagai satu kegagalan yang teruk oleh sebuah stesen berita lebih-lebih lagi yang mempunyai reputasi tinggi seperti CNN.

Pengguna Facebook di Malaysia yang mengesan kesilapan itu menyebarkannya di laman sosial berkenaan sebagai mengecam tindakan CNN membuat pelbagai dakwaan tidak berasas bertujuan menjejaskan prestij Malaysia di peringkat antarabangsa.

Biarpun bijak dalam memutarbelitkan berita dan juga mereka cerita sensasi bagi peminat setia berita mereka, tetapi dari segi ilmu yang senang sebegitu pun mereka boleh tersilap dan ia amat memalukan. 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.