Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, August 3, 2014

Khairy: Dalam dunia DAP, menghina agama tidak salah?

Youth and Sports minister Khairy Jamaluddin 2PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin tidak berpuas hati berhubung kenyataan balas daripada Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang menuduh Khairy mengapi-apikan keadaan dan masyarakat hanya perlu belajar untuk ketawakan kemudian lupakan sahaja kes Kelvin Yip yang menghina sambutan Hari Raya dengan bahasa yang kotor.
Oh, mungkin dalam dunia DAP komen yang menghina agama itu bukan kesalahan. Hanya perlu ketawakan sahaja kebodohan itu,” sindirnya di laman Facebooknya.
Khairy juga sudah menjangkakan akan menerima komen yang negatif daripada beberapa pihak yang tidak senang beliau membandingkan kes Kelvin Yip dengan Kiki yang dihukum kerana menjadi pembuli jalan raya.
Perbandingan saya buat antara Kiki dan Kelvin bukan pada jenis kesalahan tetapi dari segi penguatkuasaan undang-undang.
Walaupun kes berbeza, kedua-dua Kiki dan Kelvin telah menjadi isu ‘public interest’ atau kepentingan umum.
Jika kedua-dua disyaki melanggar undang-undang, kita nak melihat tindakan yang pantas dan cepat. Perbandingannya di situ, bukan dari sudut jenis kesalahan,” jelasnya.
Jika Malaysia ingin terus menjaga keharmonian dan sensitiviti kaum, tindakan (penguatkuasaan undang-undang) yang adil dan tegas harus dilaksanakan dan bukannya hanya ditangani dengan nasihat ‘Chill lah’, ‘Just laugh it off’.
Satu lagi, kes Kelvin ini bukan lesen untuk mana-mana pihak buat komen yang rasis kepada mana-mana kaum. Jangan dia (Steven) pula jadi Kelvin,” ujarnya.
Sebelum itu, Steven berkata Khairy telah mencuba meniupkan isu perkauman selepas membuat kenyataannya berhubung isu Kelvin Yip yang menghina sambutan Hari Raya.
Steven tidak setuju dengan kenyataan Khairy kerana beliau melihat dua kes ini adalah berbeza kerana Kiki dengan kesalahannya merosakkan harta di jalan raya dan Kelvin dengan kenyataan perkauman dalam Facebook.
Katanya lagi, saban hari masyarakat kita menjadi semakin tegang dengan isu-isu perkauman dari isu Kiki, Shahul Hamid dan Kelvin Yip.
Pemimpin bukan mencuba untuk meleraikan ketegangan dan mengasuh kepada keharmonian tetapi malah mengapi-apikan lagi dan menjadikan keadaan semakin tegang,” tegasnya. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.