Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, August 16, 2014

TERKINI ! KRISIS MB : PEMECATAN KHALID IBRAHIM SEBAGAI AHLI PKR TIDAK SAH ...

1. Perkembangan terbaru krisis perebutan MB Selangor bertambah hangat apabila peguam Khalid Ibrahim telah menghantar surat kepada Pendaftar, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

2. Surat itu telah meminta pihak ROS supaya menyiasat kesahihan pemecatan beliau daripada parti PKR. 

 





3. Dalam isu ini, PKR didakwa telah gagal menjawab soalan :
1.Siapakah 6 orang ahli Lembaga Disiplin PKR?
2.Apakah 6 orang ini hadir semasa membincangkan kes Khalid?
3. Di manakah senarai nama kesemua ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang hadir dan nama 2/3 daripada mereka yang mengundi memecat Khalid seperti termaktub dalam Fasal 9.1(e) parti tersebut?
 
4. Dan jika PKR gagal menjawab dan membuktikan soalan-soalan ini, apakah Khalid masih lagi ahli PKR?

5. Dan jika ROS menyiasat dan mendapati bahawa parti PKR telah melanggar perlembagaannya sendiri, apakah parti PKR akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang ?





6. Surat peguam yang dihantar ke ROS ini bukannya kerana Khalid Ibrahim masih mahu menjadi ahli PKR. 


7.
 Tetapi lebih kepada membuka pekung kepimpinan PKR yang dilihat carca marba tidak mematuhi peraturan perlembangan parti sendiri untuk memecat ahlinya. 

8.
 Tindakan sewenang-wenangnya tanpa justifikasi sah mengikut perlembagaan parti itu patut menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya parti PKR ini.

9. Jika parti pun tidak terurus dan tidak mengikut perlembagaan sendiri, cubalah kita bayangkan jika parti PKR dan Pakatan Pembangkang memerintah negara ini. Porak peranda dan hancur Malaysia ini! 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.