
Dalam
twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira lapan jam yang lalu, Ketua
Pembangkang itu memberitahu @sharmainemirna bahawa beliau masih
berada di London kerana diundang oleh bekas Naib Presiden Amerika
Syarikat (AS), Al Gore untuk bermesyuarat dalam kumpulan
‘Generations’ dan pasukan akademik pendidikan tinggi universiti
Cambridge; Westminster.
‘Generations’
adalah singkatan kepada Generation Investment Management Group.
Menurut,
Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam
rencananya bertajuk “Gore’s
Racist Assault Against Malaysia,” Generations adalah syarikat
milik Al Gore, ‘pelarian aset’ bekas Naib Presiden AS itu setelah
parti Demokrat pimpinan Clinton-Al Gore tewas kepada Parti Republikan
pimpinan Bush -Dick Cheney.
Selain
London, Al Gore mempunyai pejabat Generations di New York dan
Australia.
Al
Gore juga turut melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga
Penasihat Generations, syarikat yang melabur $10
million kepada Syarikat GreenRoad, organisasi korporat di Israel.

Selain
Anwar, rangkaian Al Gore dalam Generations adalah Mary Robinson bekas
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB); James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia; Simon
Zadek, Ketua Eksekutif AccountAbility dan lain-lain.

Anwar
bergambar dengan James Wolfenshohn selepas mesyuarat di London 2010.
Wolfensohn merupakan korporat Yahudi Amerika syarikat yang pernah
menjadi Presiden Bank dunia. Beliau terlibat aktif dalam rangkaian
perbankan Yahudi, antaranya dalam Solomon Brothers, dan Pengerusi
Lembaga Penasihat Citybank. Selain itu beliau juga merupakan Ahli
Pemegang amanah the Brookings Institution dan the Rockfeller
Foundation. Beliau juga ahli CFR (the Council on Foreign Relation )
Simon
Zadek, kroni Al Gore kemudiannya melantik Anwar sebagai Presiden
Kehormat AccountAbility pada 30 Mac 2006.
Anwar
menggunakan jawatan Presiden Kehormat AccountAbility ketika berutus
surat dengan George Soros, di ibu pejabat Soros Fund Management, 888
7th Avenue, 33 Floor New York, NY 10106.
Selanjutnya,
sila baca rencana oleh wartawan Barat, Mike Billington, bertajuk
“British
Empire Tool To Recolonize Malaysia.”
AIDC