Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label london. Show all posts
Showing posts with label london. Show all posts

Friday, January 19, 2018

PNB, KWSP beli aset
komersial Battersea RM8.8b




KUALA LUMPUR 18 Jan. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhasrat untuk membeli aset komersial bernilai 1.61 bilion pound sterling (RM8.8 bilion) dalam kawasan Fasa 2 projek pembangunan Battersea Power Station di London.

Kedua-dua organisasi tersebut telah memeterai terma perjanjian dengan Battersea Phase 2 Holding Company iaitu anak syarikat milik penuh Battersea Project Holding Co. Ltd. yang mana dimiliki seimbang oleh SP Setia Berhad dan Sime Darby Property Berhad sebanyak 40 peratus manakala bakinya dimiliki oleh KWSP bagi meneroka potensi penjualan berkenaan.

Menurut SP Setia, aset ko­mersial berkenaan akan dijual kepada syarikat usahasama yang akan ditubuhkan oleh PNB dan KWSP. “Setelah selesai sepenuhnya, urus niaga ini adalah sejajar dengan pelan perniagaan kami kerana ia akan meningkatkan pulangan pelaburan sekali gus membolehkan SP Setia memanfaatkan peluang sebagai pemaju hartanah di samping terus memainkan peranan penting dalam keseluruhan pembangunan projek.

“Urus niaga yang dirancang ini juga menunjukkan komitmen secara langsung oleh pemegang saham institusi utama dalam pembangunan projek Battersea Power Station,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Projek Battersea Power Station di London berkeluasan 17 hektar dan merangkumi 3.5 juta kaki persegi ruang komersial campuran serta sebanyak 4,364 kediaman baharu.

Fasa 1 projek itu atau dikenali sebagai Circus West Village merangkumi 12 blok kediaman dan 100,000 kaki persegi restoran berkualiti tinggi, kedai, pejabat dan kemudahan riadah telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pembeli tahun lalu.

Terma perjanjian yang termeterai itu adalah tidak terikat dan termasuk tempoh eksklusif yang berakhir 30 April 2018 untuk menyelesaikan sepenuhnya cadangan transaksi berkenaan.

Mengulas lanjut, SP Setia berkata, minat yang ditunjukkan oleh PNB dan KWSP untuk menjadi pemegang aset jangka panjang bagi projek Battersea Power Station adalah tepat pada masanya.

Hal ini kerana, sambutan menggalakkan yang diterima termasuk prajualan kediaman yang berada pada kadar 90 peratus dan sebanyak 470,000 kaki persegi ruang pejabat yang disewa oleh Apple bermakna projek tersebut mampu memberi keuntungan tinggi.

“Pembelian aset komersial oleh PNB dan KWSP ini juga membolehkan SP Setia untuk menumpukan kepada meningkatkan keuntungan dan pulangan pelaburan projek daripada fasa-fasa lain projek tersebut dengan keseluruhan projek dijangka siap menjelang tahun 2028.

“Pegangan dalam Battersea Project Holding Co. Ltd. juga kekal tidak berubah antara Sime Darby Property, SP Setia dan KWSP dengan kami terus komited serta positif dengan prospek jangka panjang projek Battersea Power Station,” ujarnya.

Dalam kenyataan berasingan, Sime Darby Property berkata, cadangan urus niaga tersebut adalah untuk menyusun semula pemilikan hartanah komersial Battersea Power Station di bawah PNB dan KWSP yang juga merupakan pelabur jangka panjang manakala Sime Darby Property dan SP Setia merupakan pemaju hartanah utama.


Katanya, cadangan urusniaga itu sememangnya akan melonjakkan pulangan pelaburan kepada Sime Darby Property dan SP Setia sebagai rakan pembangunan projek lebih awal daripada yang dijangkakan.



Sunday, August 30, 2015

Marina bersama Clara di London; Lepas LGBT dan seks bebas tersebar di KL | Bapa di Kuala Lumpur. HEBAT




Si Anak Marina Mahathir berdemo di London bersama Pengasas Sarawak Report yang tidak habis-habis membuat fitnah kepada negara, Claire Brown. Namun, mereka masih bersandiwara tiada hubungan di antara mereka. Si Bapa pula baru sahaja menghabiskan ceramah di Pasir Gudang, Johor atas tiket Bicara Negarawan, naik jet peribadi untuk bersama-sama dengan penyokong-penyokong BERSIH 4.0 di Dataran Merdeka. Rakyat Johor kena tipu hidup-hidup.






1. SiBapa di dalam temubual di tapak BERSIH mengatakan beliau disekat dari melontarkan sebarang pendapat, sedangkan beliau baru sahaja balik berceramah di Johor dan setiap hari menulis fitnah di blog.

2. Beliau membuat kenyataan di Johor bahawa beliau tidak menyokong BERSIH sebaliknya beliau hanya bersama-sama dengan Rakyat. Lupakah beliau bahawa beliau pernah mengelarkan penyokong-penyokong BERSIH sebagai beruk, keldai dan bodoh?! Semalam beliau jilat kembali kata-katanya dan turun berjumpa dengan beruk dan keldai bodoh.

Inikah yang dikatakan sayangkan UMNO? Hendak selamatkan UMNO? Sayangkan bangsa dan hendak selamatkan Bangsa?




Namun masih ada yang belum lupa ...



Seronoklah dia di London lepas berjaya sebar ajaran sesat dan amalan LGBT dan seks bebas di Malaysia.







Dan seks bebas ...



Bila PAS tak mahu ikut .... 




Sunday, April 6, 2014

Anwar Di London : Undangan Al Gore (Generations)



Dalam twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira lapan jam yang lalu, Ketua Pembangkang itu memberitahu @sharmainemirna bahawa beliau masih berada di London kerana diundang oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore untuk bermesyuarat dalam kumpulan ‘Generations’ dan pasukan akademik pendidikan tinggi universiti Cambridge; Westminster.

Generations’ adalah singkatan kepada Generation Investment Management Group.

Menurut, Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam rencananya bertajuk “Gore’s Racist Assault Against Malaysia,” Generations adalah syarikat milik Al Gore, ‘pelarian aset’ bekas Naib Presiden AS itu setelah parti Demokrat pimpinan Clinton-Al Gore tewas kepada Parti Republikan pimpinan Bush -Dick Cheney.

Selain London, Al Gore mempunyai pejabat Generations di New York dan Australia.

Al Gore juga turut melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Generations, syarikat yang melabur $10 million kepada Syarikat GreenRoad, organisasi korporat di Israel.


Selain Anwar, rangkaian Al Gore dalam Generations adalah Mary Robinson bekas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB); James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia; Simon Zadek, Ketua Eksekutif AccountAbility dan lain-lain.

Anwar bergambar dengan James Wolfenshohn selepas mesyuarat di London 2010. Wolfensohn merupakan korporat Yahudi Amerika syarikat yang pernah menjadi Presiden Bank dunia. Beliau terlibat aktif dalam rangkaian perbankan Yahudi, antaranya dalam Solomon Brothers, dan Pengerusi Lembaga Penasihat Citybank. Selain itu beliau juga merupakan Ahli Pemegang amanah the Brookings Institution dan the Rockfeller Foundation. Beliau juga ahli CFR (the Council on Foreign Relation )

Simon Zadek, kroni Al Gore kemudiannya melantik Anwar sebagai Presiden Kehormat AccountAbility pada 30 Mac 2006.

Anwar menggunakan jawatan Presiden Kehormat AccountAbility ketika berutus surat dengan George Soros, di ibu pejabat Soros Fund Management, 888 7th Avenue, 33 Floor New York, NY 10106.

Selanjutnya, sila baca rencana oleh wartawan Barat, Mike Billington, bertajuk “British Empire Tool To Recolonize Malaysia.”


AIDC

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.