Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Guling Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Guling Kerajaan. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Taktik "Baling Batu Sembunyi Bom" Sudah Tak Laku!! Jom Kita Tunjuk Kuasa Majoriti Vs KUMPULAN MINORITI SIAL!!



Benarkah Himpunan Turun yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang berjaya seperti yang dilaporkan Harakah Daily? Kejayaan yang bagaimana telah dicapai oleh KUMPULAN MINORITI SIAL itu?

Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia, dari orang kenamaan sehingga rakyat marhaen yang telah berhimpun secara aman dan bersurai sebaik tamat sambutan Tahun baru 2014,”  -Azan Safar

Adakah berhimpun secara aman yang dikatakan oleh Ketua KUMPULAN MINORITI SIALitu seperti dalam gambar di bawah ini



Jadi yang bergayut terpekik terlolong dalam gerombolan yang mahu merayakan sambutan Malam Tahun Baru itu siapa?

Turun juga menafikan keterlibatan dalam sebarang tindakan provokasi serta usaha yang mengganggu sambutan tahun baru malam tadi.

Bahkan, kita turut sama mengecam usaha-usaha yang dilakukan ke arah tersebut" -Azan Safar

Adakah yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas oleh Ketua  KUMPULAN MINORITI SIAL itu seperti gambar di bawah ini?






Taktik "Baling Batu Sembunyi Bom" ini sudah basi dan tidak boleh digunapakai lagi la bodoh!!!


Jadi Aku sebagai rakyat Malaysia menyeru semua pihak yang membaca agar pergi ke Balai Polis berdekatan dan laporkan tentang niat jahat KUMPULAN MINORITI SIAL ini yang sengaja mahu menimbulkan huru-hara dengan niat menjatuhkan kepimpinan kerajaan!!

Ayuh sahabat kita tunjukkan kuasa Majoriti Rakyat Malaysia yang cintakan Keamanan!!!  

Wednesday, December 25, 2013

Antara Perbicaraan Isu Liwat Anwar, Demo Guling Kerajaan Dan Ikan Melompat Ke Darat

IKAN

Panas”nya negara bila fitnah dan tohmahan menjadi “makanan” pembangkang. Lagu kejian dan cacian yang berterusan atas dasar politik kotor menenggelamkan segala kebaikan dan jasa kerajaan. Namun hakikatnya hanya segelintir mereka yang berkepentingan peribadi dan bersikap rasis melampau berkomplot huru harakan negara. Maka tidak hairanlah sekiranya Allah turunkan bala  tsunami sekali lagi atas sikap rakyat yang tidak tahu bersyukur dengan segala yang kita miliki. Allah telah menjanjikan akan menarik semula yang “Dia” berikan atas sikap kufur nikmat umat.

 Pada 24 Disember 2013 beribu-ribu ikan berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi. Penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. Ianya merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut. Sebelum berlaku tsunami di Acheh , perkara yang sama berlaku di Langkawi. Dan pada tanggal 26 Disember 2004 berlakulah tsunami yang menyebabkan persisir pantai barat turut mendapat tempias sehingga mengorbankan banyak nyawa di Langkawi dan Pulau Pinang.

Sikap pembangkang yang berterusan menabur fitnah atas apa sahaja isu yang mereka boleh manipulasikan  dengan menggunakan  fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat   buruk sangka, obses untuk  menjatuhkan nilai dan reputasi kerajaan. Setelah pembangkang gagal merampas kuasa dalam Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini, mereka beralih pula kepada Demo Jalanan yang bertujuan menggulingkan kerajaan  pada 31 Disember ini.

Mereka akan menggunakan apa sahaja cara walaupun cara itu terlalu kotor dan hancing.  Sebenarnya fenomena Demo Jalanan ini juga selalu dianjurkan untuk mengalihkan isu sebenar   terutama apabila hampir tiba  tarikh perbicaraan kes Anwar Ibrahim. Beliau  gagal  dalam permohonan untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Permohonan Anwar itu ditolak kerana dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.

Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat beliau dengan mempergunakan akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang merupakan seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan. Manakala semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.

Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Anwar.Tindakan Anwar melengah-lengahkan pendengaran rayuan tersebut gagal. Oleh itu Mahkamah telah  menetapkan 12 dan 13 Februari 2014 bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ini merupakan titik mula lagi sekali Anwar mengerahkan perancangan Demo Jalanan Guling Kerajaan. Tujuan utama beliau untuk MENGALIHKAN ISU LIWAT. Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008

Fitnah yang melampau dan tindakan kekerasan menganiaya kerajaan yang hebat dilakukan oleh pembangkang benar-benar menganiaya kerajaan.  Doa mereka yang teraniaya ini  insyaallah dimakbulkan. Maka mereka yang menganiaya kerajaan ini perlu berwaspada dengan janji Allah ke atas mereka yang kufur nikmat.  Jadikan  perkara buruk sebagai sempadan bukannya teladan.  Kita tidak mahu rusuhan di Thailand berjangkit ke negara kita. 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.