Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Liwat II anwar. Show all posts
Showing posts with label Liwat II anwar. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

Liwat II : Jude Pereira Dedahkan Diminta Mengaku Ada Konspirasi

Liwat II : Jude Pereira Dedahkan Diminta Mengaku Ada Konspirasi

Portal Malaysia-today hari ini mendedahkan bahawa Pegawai Penyiasat kes liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, DSP Jude Blacious Pereira pernah cuba diminta untuk membuat satu kenyataan media mengakui bahawa kes berkenaan memang satu konspirasi politik ke atas Anwar.

Dalam artikel yang bertajuk “Jude : I Was Asked To Subvert The Trial” tulisan Raggie Jessy, laman portal itu yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin memaklumkan bahawa Pengerusi badan mencegah jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan turut terlibat dalam perkara itu.

Petikan artikel dari blog Malaysia-today.net

Selain Sanjeevan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dikatakan turut terlibat di dalam perbuatan itu.

Orang yang meminta Jude Pereira membuat kenyataan itu ialah Sanjeevan sendiri dalam satu pertemuan antara mereka di Hotel PJ Hilton.

Pertemuan Dengan Sanjeevan

“Saya bertemu Sanjeevan di kafe di PJ Hilton, dia (Sanjeevan) sedang duduk di sebuah meja dilihat sedang meneliti beberapa dokumen.

“Sebaik saya duduk dengannya, dia memberitahu saya bahawa dia sedang membantu Anwar untuk kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan menurutnya PKR memang pasti memenanginya.

“Sanjeevan memaklumkan kepada saya yang pada ketika itu, Anwar sedang berkempen di Ipoh.

“Dia begitu berterus terang, dia meminta adakah saya boleh membuat satu kenyataan media bahawa memang wujud konspirasi dalam siasatan saya ke atas Anwar.

“Sanjeevan turut memberitahu saya bahawa saya akan dijaga dengan baik jika PKR menang,” kata Jude dalam satu kenyataan yang beliau tulis sendiri kepada portal berkenaan.

Jude berkata beliau tidak boleh membuat kenyataan itu kerana siasatan beliau tidak mendapati ada wujudnya sebarang konspirasi.

“Kemudian, dia meminta saya hanya berkata ada campurtangan kerajaan dalam siasatan yang mana turut saya tolak.

“Saya kemudian mencadangkan jika mereka mahu saya membantu, saya boleh memberikan kenyataan bahawa saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar,” kata Jude Pereira.

Menurut Jude dalam kenyataan panjangnya, Sanjeevan kemudian menghubungi Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan memaklumkan beliau ada bersama Sanjeevan.

Dia kemudian memberikan telefon kepada Jude dan meminta saya bercakap dengan Anwar.

“Saya hanya mengucapkan semoga Anwar berjaya dalam PRU-13 dan memaklumkan saya tidak boleh membuat kenyataan seperti yang dimahukan tetapi saya hanya akan berkata saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat beliau.

“Anwar menjawab bahawa ia mencukupi untuk saya hanya berkata sedemikian,” kata Jude Pereira.

Selepas itu, Jude Pereira berkata Sanjeevan mencadangkan untuk menulis sesuatu untuk beliau katakan dalam kenyataan media berkenaan dan memaklumkan akan menghubungi pihak media pada waktu pagi jika beliau bersetuju.

Jude Pereira Diminta Pergi Ke Hotel Di KL Sentral

“Sanjeevan kemudian meminta saya untuk pergi ke sebuah hotel yang baru di KL Sentral dan bertemu dengan seseorang yang akan menunjukkan apa yang sudah ditulis bagi pihak saya untuk diberikan dalam sidang media keesokkannya.

“Dia juga memberitahu saya, saya akan dijaga dengan baik di hotel berkenaan dan saya boleh bermalam di situ semuanya sudah dibiayai.

“Oleh kerana ingin melihat sejauhmana perkara itu berlanjutan, saya bersetuju,” kata Jude Pereira.

Menurut beliau, apabila tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 8 malam, beliau bertemu dengan seorang lelaki India Muslim yang berjanggut dan seorang lagi sedang duduk di sebuah meja.

Jude Pereira berkata dia memperkenalkan dirinya dan mengatakan bahawa dia telah bertemu Sanjeevan sebelum itu sebelum diminta bertemu dengan mereka.

“Lelaki berjanggut itu sudah pun siap merangka satu surat dan meminta saya membacanya, jika saya bersetuju mereka akan menghubungi pihak media keesokan paginya.

“Saya terkejut apabila membaca satu petikan kira-kira 100 patah perkataan yang mengatakan bahawa saya adalah Pegawai Penyiasat dan Anwar sebenarnya tidak bersalah dan dia didakwa tanpa sebab yang kukuh serta bukti yang ada direka ke atasnya,” jelas Jude Pereira.

Jude Pereira berkata petikan itu membuatkannya kelihatan bodoh dan memperjudikan integriti ke atas tugasnya sebagai pegawai polis.

“Saya enggan memenuhi permintaan mereka dan terus beredar dari hotel berkenaan,” katanya.

Penglibatan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan

Menurut Jude Pereira, Musa ada menghubunginya kira-kira seminggu sebelum PRU-13 ketika beliau berada di rumahnya di Ipoh.

Musa meminta Jude untuk menemuinya di rumah di Jalan Gasing, Petaling Jaya jika ada kelapangan.

“Sebelum saya menerima panggilan Musa, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sanjeevan, Pengerusi MyWatch ada menghubungi saya beberapa kali tanpa menjelaskan sebab sebenar pertemuan,” katanya.

Pertemuan Dengan Bekas IGP Musa Hassan

“Ketika itu pukul 2.30 petang semasa saya bertemu dengan Musa di rumahnya, kami keluar untuk minum teh di Restoran Lotus yang berhampiran rumah beliau.

“Musa memberitahu saya bahawa beliau kini merupakan Penasigat kepada MyWatch yang mana Sanjeevan ialah Pengerusinya.

“Menurut beliau, Sanjeevan dikaitkan rapat dengan Anwar dan Anwar telah memberitahu Sanjeevan bahawa Anwar mahu bersahabat dengan Musa,” jelas Jude Pereira.

Menurutnya, Musa bertanyakan secara terus kepadanya bahawa sebagai Pegawai Penyiasat kes liwat II, adakah wujud sebarang konspirasi dalam siasatannya.

Beliau agak terkejut dengan pertanyaan Musa kemudian memaklumkan bahawa beliaulah Ketua Polis Negara pada masa itu dan beliau pasti yang Musa juga tahu tiada sebarang konspirasi ke atas Anwar sepanjang siasatan.

“Saya memberitahunya, kenyataan daripada saksi adalah bukti dan bukannya sebahagian daripada konspirasi.

“Musa berkata beliau berpuas hati dengan jawapan saya,” katanya.

Menurut Jude Pereira, Musa sebenarnya mengetahui berkenaan pertemuan beliau dengan Sanjeevan di hotel PJ Hilton kerana Musa ada bertanyakan berkenaanya kemudian.

Beliau dihubungi Musa ketika memandu pulang selepas kejadian di hotel di KL Sentral bertanyakan berkenaan pertemuan dengan Sanjeevan melalui khidmat pesanan ringkas.

“Saya memberitahunya semua yang berlaku dan membalas bahawa saya telah melakukan perkara yang betul dalam memelihara integriti saya,” kata Jude Pereira.

Kes Liwat II

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira tujuh tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan pasukan pendakwaan selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Mahkamah Tinggi dalam keputusannya dalam perbicaraan kes berkenaan membebaskan Anwar dalam pertuduhan itu.

Ketika prosiding 10 Februari lepas, pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

- MYNEWSHUB.CC

Wednesday, December 25, 2013

Antara Perbicaraan Isu Liwat Anwar, Demo Guling Kerajaan Dan Ikan Melompat Ke Darat

IKAN

Panas”nya negara bila fitnah dan tohmahan menjadi “makanan” pembangkang. Lagu kejian dan cacian yang berterusan atas dasar politik kotor menenggelamkan segala kebaikan dan jasa kerajaan. Namun hakikatnya hanya segelintir mereka yang berkepentingan peribadi dan bersikap rasis melampau berkomplot huru harakan negara. Maka tidak hairanlah sekiranya Allah turunkan bala  tsunami sekali lagi atas sikap rakyat yang tidak tahu bersyukur dengan segala yang kita miliki. Allah telah menjanjikan akan menarik semula yang “Dia” berikan atas sikap kufur nikmat umat.

 Pada 24 Disember 2013 beribu-ribu ikan berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi. Penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. Ianya merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut. Sebelum berlaku tsunami di Acheh , perkara yang sama berlaku di Langkawi. Dan pada tanggal 26 Disember 2004 berlakulah tsunami yang menyebabkan persisir pantai barat turut mendapat tempias sehingga mengorbankan banyak nyawa di Langkawi dan Pulau Pinang.

Sikap pembangkang yang berterusan menabur fitnah atas apa sahaja isu yang mereka boleh manipulasikan  dengan menggunakan  fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat   buruk sangka, obses untuk  menjatuhkan nilai dan reputasi kerajaan. Setelah pembangkang gagal merampas kuasa dalam Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini, mereka beralih pula kepada Demo Jalanan yang bertujuan menggulingkan kerajaan  pada 31 Disember ini.

Mereka akan menggunakan apa sahaja cara walaupun cara itu terlalu kotor dan hancing.  Sebenarnya fenomena Demo Jalanan ini juga selalu dianjurkan untuk mengalihkan isu sebenar   terutama apabila hampir tiba  tarikh perbicaraan kes Anwar Ibrahim. Beliau  gagal  dalam permohonan untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Permohonan Anwar itu ditolak kerana dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.

Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat beliau dengan mempergunakan akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang merupakan seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan. Manakala semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.

Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Anwar.Tindakan Anwar melengah-lengahkan pendengaran rayuan tersebut gagal. Oleh itu Mahkamah telah  menetapkan 12 dan 13 Februari 2014 bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ini merupakan titik mula lagi sekali Anwar mengerahkan perancangan Demo Jalanan Guling Kerajaan. Tujuan utama beliau untuk MENGALIHKAN ISU LIWAT. Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008

Fitnah yang melampau dan tindakan kekerasan menganiaya kerajaan yang hebat dilakukan oleh pembangkang benar-benar menganiaya kerajaan.  Doa mereka yang teraniaya ini  insyaallah dimakbulkan. Maka mereka yang menganiaya kerajaan ini perlu berwaspada dengan janji Allah ke atas mereka yang kufur nikmat.  Jadikan  perkara buruk sebagai sempadan bukannya teladan.  Kita tidak mahu rusuhan di Thailand berjangkit ke negara kita. 

Monday, November 25, 2013

LAPORAN PEMERHATI DIMANIPULASI, NAZRI AZIZ DIPERDAYAKAN

Pendapat mengenai Kes Liwat II oleh individu-individu terkemuka di dunia sememangnya diketahui. Pro Anwar.

Namun pendapat sedemikian wujud berdasarkan penilaian dan pemahaman masing-masing mengenai fakta Kes Liwat 2 yang dibuat berdasarkan sebuah Laporan Pemerhati yang telah dimanipulasikan. 

Mereka tidak tahu bahawa Laporan yang mereka gunakan untuk memberi pendapat di bawah ini adalah palsu dan telah mengendahkan pelbagai aspek lain yang tidak menyebelahi Anwar dalam bicara kes  :

Antara pendapat yang salah tetapi dianggap benar….hingga ke hari ini adalah seperti berikut :

Drop Anwar charges, Australian MPs tell Malaysia” – The Nation, February 12 2010


The charges against Anwar Ibrahim for the offence of carnal intercourse against the order of nature, the criminal trial that followed and the strictures with respect to pre-trial disclosure, show us two things: it is high time such an offence is expunged from our statute books, and trial by ambush has no place in the criminal justice system. This book is a timely reminder that justice is a global concern”.Christopher Leong
Vice-President, Malaysian Bar


A contemporaneous and incisive account of a political trial disguised as a criminal case. A must-read”.
Anil Divan
Senior Advocate and President of the Bar Association of India


Mark Trowell exposes sharply the flawed prosecution of Anwar Ibrahim – an absolute read for every one interested in understanding how and why this happened”.
Rogier  Huizenga
Head of Human Rights Programme
Inter-Parliamentary Union, Geneva


 “An eloquently analysed process of a case, which barely corroborates the judicial independence and the Rule of Law”.Akio Harada
Former Prosecutor General of Japan

Badan-badan antarabangsa membuat keputusan tentang pendirian mereka terhadap sesuatu isu politik maupun diplomatic berdasarkan Laporan Pemerhati Antarabangsa. Pemerhati Antarabangsa ini adalah seorang Wakil yang mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah. Malah, beliau diberi kebenaran untuk mendapatkan kesemua bukti sert a bahan daripada pendakwaraya dan peguambela. Dia haruslah jujur dan adil serta tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Individu yang dihantar oleh International Parlimentarian Union dengan pengiktirafan United Nations untuk memantau dan memerhati bagi pihak Badan Antarabangsa ialah warga Australia yang bernama Mark Trowell.



Mark Trowell : Ada desas dusus yang mengatakan dia seorang Gay



Mark Trowell sebenarnya Agen Anwar. Ini bukan kali pertama dia mewakili Organisasi Antarabangsa untuk Kes Anwar. Sebelum ini dia pernah menulis laporan yang tidak adil dan tidak tepat kepada Badan-badan Antarabangsa mengenai Kes Liwat 1. 

Dia juga telah dijemput oleh Majlis Peguam untuk memberikan huraian serta analisa lengkap tentang Kes Liwat 1 Anwar. Memandangkan pengiktirafan dia sebagai seorang Pemerhati Antarabangsa, Majlis Peguam turut mempercayai segala kenyataan palsu yang diberitahu olehnya.

Mark Trowell memperdayakan semua orang termasuk peguam dengan cara teknikal dan spin yang pandai. Cara sama yang diajar kepada budak tersebut oleh Chief. bekas agen CIA. 

Sebagai contoh lihatlah sendiri modus operandi Mark Trowell untuk menyelamatakan Anwar.

Laporan Kes Liwat 1 yang di hantar kepada Badan-badan Antarabangsa telah mengabaikan beberapa “key points” dalam aspek guaman dan undang-undang. Misalnya, Mark Trowell telah mengungkitkan soal tentang kredibiliti Azizan dan mengapa Akuan Bersumpah tidak diambil.


Jikalau seseorang yang tidak mengetahui fakta-fakta kes tersebut mendengar maupun membaca laporannya, sudah tentu keraguan akan muncul apabila menilai Laporan Mark Trowell itu. 

Hakikatnya, Mark Trowell telah menyembunyikan fakta bahawa AZIZAN PERNAH BUAT AKUAN BERSUMPAH tetapi DIDERHAKAI PEGUAM BERNAMA KARPAL SINGH (YANG MEMBANTUNYA MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH) TERSEBUTI TELAH MELOMPAT KE PIHAK ANWAR. 

MENGIKUT UNDANG-UNDANG SEORANG INDIVIDU HANYA BOLEH BUAT SATU AKUAN BERSUMPAH MENGENAI ISU YANG SAMA. Kalau wujud Akuan Bersumpah yang kedua, individu tersebut boleh dipenjarakan DAN KREDIBILITNYA AKAN TERJEJAS.



Implikasi mengabaikan satu fakta itu ialah persepsi bahawa Pendakwaraya tidak membuat Akuan Bersumpah untuk memudahkan “cerita “ saksi tidak bercanggah dan Liwat 1 adalah sebuah konspirasi. 



Semudah itu, sokongan diraih.


BUKTI EMEL YANG MENUNJUKKAN MARK TROWELL BEKERJASAMA DENGAN PIHAK ANWAR MELALUI EMEL ADD ASTROBOY9, EMEL YANG DIGUNAKAN UNTUK HAL SULIT



Pada masa itu, budak bergelar “Blue Eyed Boy” itu tidak memahami penuh implikasi segala kegiatan dia. Malah setiap kali wujud keraguan tentang perbuatannya, Anwar sering member nasihat seperti

Kita tanggung dosa tipu ini agar rakyat tidak perlu ditindas…Mendiamkan diri bila kesalahan berlaku juga satu dosa”.

Walaupun sedar idolanya seorang biseksual, budak itu tetap berjuang demi Anwar. Ini kerana bagi dia seorang biseksual adalah lebih baik daripada seorang yang kuat makan duit rakyat! 

Mengikut pandangannya, walaupun kecewa Anwar telah cuba menguratnya dengan kata-kata manis, Anwar mampu mengubah takdir negara. Buat apa nak takut dengan Anwar kerana dia gay. Budak itu tahu dia tidak mempunyai kecenderungan yang sama. Malah dia dijaga Peguam Anwar yang disegani hampir kesemua pengikut Anwar.

Hubungan dengan Anwar kembali normal. Anwar tidak berani membuat perkara yang tidak senonoh lagi,

Mungkin disebabkan perasaan bersalah Anwar telah meminta Peguamnya agar memberi kebenaran untuk
budak tersebut telah ditugaskan untuk membantu dan bekerjasama dengan Mark Trowell untuk Kes Liwat 2 dan pegawai perhubungan dan perantaraan di antara diplomat-diplomat asing.

Dari situlah dia mula tahu dan sedar betapa besar dan luas serta berpengaruh Network Anwar itu.


Barisan Pembela Anwar yang berada di KL Hilton


Sebuah diskusi di antara peguam-peguam Anwar telah diadakan di KL Hiton pada malam Pendakwaraya menggulingkan hujah terakhirnya. Sememangnya, kesemua mereka dah tahu bahawa keputusan kes tidak akan memihaki mereka. Anwar terpaksa “enter defence. 

[ Dalam sebuah kes jenayah, ada 2 bahagian iaitu B1 : di mana AG menghujah dan menyoal saksi mereka untuk menyabitkan tertuduh. Selepas bahagian ini digulung dan jika Hakim mendapati ada kes untuk Anwar lawan, Anwar terpaksa ke B2 iaitu menafikan segala bukti dan fakta berkenaan kes Liwat 2 itu ]


Turut hadir di situ Penaja Utama Kes Liwat 2 iatu ‘Datuk Senator’ yang berbangsa Cina, beberapa duta asing dan Azmin.

Di sinilah budak itu diberi tugas untuk menulis sebuah laporan tentang Kes Liwat 2 yang berpihak kepada Anwar. LAPORAN PRO ANWAR YANG DITULIS BUDAK ITU AKAN DIHANTAR KEPADA BADAN-BADAN ANTARABANGSA DAN MEMANIPULASIKAN FIKIRAN MEREKA TENTANG KES LIWAT 2 INI

Secara singkat, laporan tersebut akan menunjukkan Anwar sebagai mangsa konspirasi kotor UMNO-BN.

MANIPULASI DAN PERSEPSI MERUPAKAN SENJATA UTAMA OPERASI CHARTER 77.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh budak itu ialah kebolehan untuk menulis dalam English dengan baik. Kenyataan Peguam Anwar dan Anwar sendiri sering kali ditulis oleh budak tersebut. 

Seminggu selepas diberi tanggungjawab untuk menulis Laporan tentang Kes Liwat 2, budak itu telah menyerahkan Laporan tersebut kepada Anwar melalui e-mel Astroboy. Kandungannya sememangnya menunjukkan penindasan terhadap Anwar walaupun itu bukan hakikat yang benar. 
  
Anwar memang meliwat Saiful dan budak itu pernah mendengar pengakuan itu dari mulut Anwar sendiri!

Laporan tersebut dihantar kepada badan-badan antarabangsa, duta-duta asing dan semua NGO-NGO di dalam dan luar Negara di bawah nama Mark Trowell

Laporan tersebut boleh diperolehi do link ini :


Kesan serta cerita mengenai Laporan Palsu itu mendapat sambutan yang hangat di kalangan pihak media dan rakyat Malaysia. Malah, di hamper kesemua ceramah PR yang diadakan selepas berita tentang Laporan ini disiarkan, berita ini akan disebut-sebutkan. 

Antara portal yang menyiarkan cerita itu ialah The Malaysian Insider. Link ke artikel tersebut adalah seperti berikut :


Tajuk berita itu ialah IPU REPORT SAY ANWAR’S TRIAL SHOULD BE ABONDED. Dalam Bahasa Malaysia, bermaksud LAPORAN IPU MENDAPATI PERBICARAAN ANWAR HARUS DIHENTIKAN.

Ketika membaca berita itu buat kali pertama, budak itu terkilan dengan kejahilan media Malaysia yang tertera di depan matanya. Yang tidak diketahuinya  impak hasil Laporan dia tidak berakhir di situ. 

Laporannya turut memperbodohkan seorang Menteri dalam Kabinet.


Sila baca artikel di bawah mengenai pendapat Datuk Nazri Aziz yang sememangnya nampak bengang dengan Laporan tersebut


Media asing turut bersimpati dengan Anwar Ibrahim selepas mendapat Laporan tersebut dan ianya boleh dilihat melalui berita di bawah.


Laporan IPU adalah sebuah Laporan yang amat penting. Ia mewakili pandangan serta pendapat IPU mengenai isu Kes Liwat. Pendapat IPU selalunya didukung bersama hampir kesemua Negara dan NGO.

Penerangan di atas patut menjelaskan kuasa dan pengaruh laporan tersebut.

TETAPI………………….

LAPORAN YANG DIGELAR “LAPORAN IPU” DALAM MEDIA-MEDIATEMPATAN DAN ASING SEBENARNYA MERUJUK KEPADA LAPORAN YANG DITULIS OLEH BUDAK BLUE EYED BOY DAN DISERAHKAN ATAS NAMA MARK TROWELL

LAPORAN ITU TIDAK MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARIPADA IPU MAUPUN MANA-MANA PIHAK ANTARABANGSA

PIHAK MEDIA TELAH SALAH FAHAM TENTANG LAPORAN BUDAK ITU DAN MENTAFSIR SECARA SENDIRI BAHAWA LAPORAN ITU LAPORAN IPU. SEBENARNYA LAPORAN ITU SEBUAH LAPORAN YANG DIHANTAR KEPADA IPU DAN IPU TIDAK MENGIKTIRAFKANNYA

YANG PELIK DAN MEMERANJATKAN DI SINI IALAH SEORANG MENTERI YANG JUGA WAKIL MALAYSIA KE IPU DAN SEORANG PEGUAM SECARA PROFESION DAPAT DIPERDAYAKAN DENGAN BEGITU MUDAH!

Kesan Laporan Budak itu memang mendalam. Laporan tersebut mampu membaik pulih atau memutuskan hubungan diplomatik d antara negara.

Namun sehingga hari ini, ramai termasuk pemimpin dalam dan luar negara masih percaya LAPORAN DITULIS BUDAK BLUE EYED BOY sebagai LAPORAN IPU.

Anwar tidak cuba membetulkan kesilapan tersebut. Mark Trowell takkan memberitahu pihak media yang mereka telah tersilap.

Budak itu runsing. Namun, dia turut mendiamkan diri dengan memberi alasan kepada dirinya bahawa apa yang dibuatnya akan membawa kebaikkan melalui Kerajaan Pakatan kpd rakyat. BN ZALIM! BN PENCURI Hati budak itu memujuk dirinya sendiri. 

Yang pasti, kini budak itu anak didikan Anwar. Arahan kini terus drpd Anwar. Tiada penglibatan Peguam Anwar maupun orang lain. Budak itu mula digelar Klon Anwar

Pada masa yang sama, Operasi Charter 77 berjaya dalam matlamat secara besar besaran. Kini jika Mahkamah mendapati Anwar bersalah pun, Laporan itu dapat digunakan sebagai alasan untuk membuat demonstrasi dan menggulingkan kerajaan. 

Laporan itu memberikan Anwar imej mangsa politik kotor. Melabel Kes Liwat 2 sebagai Konspirasi BN

Ada yang masih berpendapat Operasi Charter 77 sebuah mitos?



Thursday, October 17, 2013

Karpal Singh Tak Tahu Undang-undang Hanya boleh Dimansuh Melalui Parlimen


Peguam Anwar,Karpal Singh menyifatkan tindakan pendakwaraya mahu merayu keputusan mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim sebagai tidak tepat.kenapa tidak tepat ??? hari tu kata suka sama suka ??? sekarang jawapan dah lain pulak ??? Karpal berkata,walaupun Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhak mengemukakan rayuan itu namun beliau harus mengambil kira kesan perbicaraan berkenaan keatas Anwar dan keluarganya.apa cerita pulak dengan keluarga saiful ??? ada anda fikir ???
 
Keputusan rayuan sila baca sini
Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang kini berada di Mahkamah Rayuan terus berjalan tanpa penghujung menghabiskan wang rakyat.  Percubaan demi percubaan terus dilakukan oleh para peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh untuk menangguh atau menggugurkan kes tersebut.  Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum berjaya.  

Antara hujah Karpal Singh ialah bahawa Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah adalah undang-undang lapuk maka, beliau menuntut agar Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah digugurkan dari mengetuai pendakwaan, sekali gus menggugurkan kes.

Nampaknya, demi politik dan wang, Karpal Singh sanggup membawa hujah-hujah bodoh tanpa segan silu.

Sedangkan kita percaya, Karpal sebagai Ahli Parlimen dan juga peguam, sedia maklum bahawa Undang-undang tidak akan termansuh sendiri tanpa diputuskan oleh parlimen. Sesuatu undang-undang akan terus berkuatkuasa dan tidak ada istilah 'lapuk' baginya.

Justeru, Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak hujah Karpal dan mengekalkan Muhammad Shafee sebagai pendakwaraya.

Apa yang menarik di sini bukanlah hakikat bahawa Karpal sanggup berpura-pura bodoh tetapi hakikat bahawa beliau merujuk kepada Undang-undang mengharamkan liwat sebagai lapuk.

Tentu semua orang masih ingat bagaimana Anwar turut membawa hujah yang sama dalam temubual dengan Wall Street Journal di mana beliau menganggap bahawa undang-undang yang berdasarkan AlQuran itu sebagai lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Menurut Anwar, seseorang itu mempunyai hak untuk mengamalkan seks mengikut nafsunya selagi ia dilakukan secara tertutup.

Maka tidak hairanlah apabila Anwar dan juga peguamnya tidak berusaha untuk menafikan yang liwat berlaku tetapi memilih untuk membela diri dengan menggunakan hujah bahawa liwat 'sepatutnya' tidak  salah jika dilakukan secara tertutup.  Ini kerana, yang bersalah di sini ialah undang-undang Malaysia dan bukannya Anwar Ibrahim.

Dari sudut lain pula, hujah Karpal dengan sendirinya membawa maksud bahawa Anwar telah benar-benar meliwat Saiful.  Noktah.

Semut Hitam


 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.