.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص
61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
Showing posts with label Hishamudin Rais. Show all posts
Showing posts with label Hishamudin Rais. Show all posts
Di
sebalik kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng
di Bangkok terselindung pelbagai rahsia misteri. Sejurus selepas
kematian kepala pemberontak bersenjata yang bertanggungjawab
menyebabkan ramai isteri menjadi balu serta mangsa kesengsaraan dan
kematian akibat kekejamanya.
RUPAnya
masih ada lagi sang petualang yang menyokong agenda Komunis di
Malaysia ini. Petualang seolah cuba membengongkan pemikiran rakyat
Malaysia. Mereka cuba membersihkan imej ganas komunis, memberi
gambaran serta mengangkat perjuangan komunis sebagai pejuang
kemedekaan.
Semasa puluhan ribu penduduk Kuala Lumpur dan sekitar berada di Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan di ambang merdeka, terdapat tiga orang penghasut daripada
kumpulan anti-Merdeka, Hishamudin Rais, Adam Adli dan Samad Said mengibarkan bendera Sang Celaka Komunis serta mengutuk dan menghina
Jalur Gemilang. Saksikan video ini,
Tiba-tiba muncul sesosok tubuh yang sasa dengan selamba dan berani mempertahankan Jalur
Gemilang, dengan merampas bendera sang saka Malaya dari tangan penghasut-penghasut. Terpegun, terkaku dan terkedu seketika puak-puak anti-Merdeka. Kejadian ini berlaku disebabkan Kerajaan sedia ada membiarkan saja penghina Jalur Gemilang melakukan
sesukahati mereka sejak sambutan tahun lalu serta membiarkan puak anti-Merdeka mengibarkan Sang
Celaka Komunis.
Ahli
Parlimen Malaysia wajar mengusulkan agar perbuatan menghina lambang
kebangsaan Malaysia ditingkatkan sehingga RM 150,000 dan hukuman
penjara dipanjangkan juga seperti Indonesia. Undang-undang lapuk ini
perlu diperbaharui dan diberi konteks baru memandangkan bahaya dan
ancaman terhadap pembentukan negara bangsa dan semagat patriotisme.
Cadangan
: PDRM - mohon segera tahan atau panggil untuk siasatan semua
individu yang terlibat. Jabatan Peguam Negara - mohon segera dakwa
mereka di mahkamah dan segera drafkan cadangan untuk pinda Akta
berkaitan. Menteri Dalam Negeri dan Menteri yang Undang-undang -
mohon segerakan tindakan. Ahli Parlimen - mohon usulkan pindaan
terhadap Akta ini, bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi
juga dari aspek konteks menghina dan menggunakan lambang dan lagu
kebangsaan ini secara tidak wajar.
Seksyen
3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963
Denda
RM 1000 sahaja untuk penggunaan dengan cara tidak wajar...
Akta
Lambang Kebangsaan (kawalan Mempamer) 1949
Denda
RM 500 sahaja untuk pamer lambang pelik-pelik sebagai bendera
kebangsaan...
National
Anthem Act 1968
Tidak
hormat lagu Negaraku, hanya denda RM100...patutlah Namawee berani
sangat
Hishamuddin
Rais dengan gaya biasanya.... Membebel macam orang Gila. Memang susah
nak melayan kerenah kelompok manusia macam ni. Semua orang salah. Dia
sahaja yang betul. Tapi inilah antara segelintir 'warga Malaysia'
yang tak berapa betul tetapi masih diangkat oleh segelintir manusia
menjadi ikon mereka.
Siapa
Hishamuddin Rais? Aku sebenarnya tidak begitu memperdulikan
'kewujudan'nya di muka bumi Malaysia ini. Namun tidaklah bermakna aku
tidak mengetahui siapa dia ni. Berdasarkan pembacaan dan beberapa
maklumat dari mereka yang pernah 'sezaman' dengannya, Hishamuddin
Rais yang juga pemilik blog 'Tukar Tiub' ini merupakan antara
individu yang paling kuat menentang kerajaan. Tak kira apa jua isu,
semuanya nak ditentang. Malah hasil temubualku dengan seorang senior
UiTM yang pernah menyertai demonstrasi pelajar ketika isu 'orang
kampung mati kebuluran di Baling, Kedah', pada era 1960an di Dataran
Merdeka menyatakan bahawa, Hishamuddin Rais (Pelajar Universiti
Malaya) antara 'kepala utama' disamping Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim
dalam demonstrasi berkenaan. Disebabkan demonstrasi ini jugalah
menyebabkan ITM pada ketika itu ditutup beberapa bulan atas arahan
kerajaan.
Namun
tatkala rakan-rakannya 'semakin matang' dalam berpolitik, Hishmuddin
Rais masih bersifat 'kebudak-budakkan', macam orang tak baligh. Dia
lebih selesa dilihat sebagai 'kaki demonstrator' dari duduk semeja
berbincang kaedah terbaik untuk memajukan negara. Dikepalanya hanya
ada konsep menjatuhkan pemerintah yang sedia ada.
Perjalanan
anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini jugak agak kelakar.
Beliau sebenarnya tidaklah sekuat mana, ekoran tindakan beliau yang
pernah 'cabut lari' dari ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.
Tidak memilih negara Islam seperti Arab Saudi mahupun Turki,
Hishamuddin Rais sebaliknya memohon suaka politik dari Negara
Kristian Belgium. Dinegara kafir yang terdedah dengan pelbagai
fahaman dan ideologi kafir, maka tidaklah menjadi satu kehairanan
bilamana bekas pelajar jurusan pengajian Sejarah UM ini amat 'senang'
dan 'selesa' bermain dan beriman dengan ideologi sosialis.
Ketika
disana juga beliau diberikan kesempatan oleh pihak berkuasa disana
untuk mempelajari bahasa Perancis di Université catholique de
Louvain, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di
Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari
Universiti Westminster, London pada tahun 1992. Untuk rekod,
Hisamuddin telah tinggal di kota London kira-kira selama 15
tahun.
Itulah
sedikit sebanyak apa yang aku ketahui mengenai budak budak MCKK ni.
Apapun mari kita lihat 'kerosakkan aqidah' Hishamuddin Rais yang amat
dibanggakan oleh puak-puak PAS dan PKR.
'Print
screen' diatas merupakan antara artikelnya yang pernah terbit di
blognya. Tidakkah cukup menggambarkan kerosakkan 'aqidah'nya? Apakah
pihak-pihak di dalam PAS masih rela nak bersama dengan manusia
semacam ini??? Apakah kerana kuasa, PAS sanggup 'meredhai' manusia
sebegini? Aku juga hendak bertanya kepada para pembaca, jika kita
biasa melihat gambar PM Najib dan Timbalan atau menteri-menteri
kabinet muslim lain yang mendirikan solat, begitu juga dengan
pemimpin pembangkang dari PAS dan PKR, pernah tak kalian terlihat
hatta 1 gambar sekalipun si tua ini mendirikan solat? Memang nak
mendirikan solat tak perlu bergambar atau menayang kepada orang
ramai, tetapi dalam masa sekarang ini, amat mustahil seseorang
pemimpin itu apabila bersolat secara berjemaah bersama rakyat jelata,
gambarnya tidak diambil dan dipaparkan di Media.
[Video
Hismuddin Rais bersandiwara menangis (mula minit ke 7:51) bilamana
beliau sebagai 'organizer' gagal mengawal majlis...macam
pondeyyyy]
Jadi
kembali pada persoalan asal. Adakah anda pernah melihat Hisamuddin
Rais bersolat bersama-sama anda ketika tibanya waktu solat? Kerana
bagiku, solat adalah tiang agama. Dan yang membezakan seseorang itu
Islam dengan yang kafir adalah solat. Tak guna cakap berapi-api kalau
solat pun tak reti nak jaga. Kepada Hishamuddin Rais dan barua
seangkatannya (bahasa yang paling 'moderate' buat manusia tak
reti bahasa), korang dah habis ingat dan hafal maksud disebalik warna
dan lambang yang tertera di semua bendera negeri-negeri dan wilayah
persekutuan di Malaysia? Jika belum, baik hafal yang ada terlebih
dahulu sebelum sibuk-sibuk nak buat yang lain. Lagipun, tak usah
menyusahkan guru-guru dan budak-budak sekolah yang dah cukup terbeban
dalam pelajaran. Sumber : Pena Minang
Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.