Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label adam adli. Show all posts
Showing posts with label adam adli. Show all posts

Monday, September 2, 2013

NEGARA SUDAH 56 TAHUN MERDEKA ADA SASTERAWAN MASIH SENGAL

Semasa puluhan ribu penduduk Kuala Lumpur dan sekitar berada di Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan  di ambang merdeka, terdapat tiga orang penghasut daripada kumpulan anti-Merdeka, Hishamudin Rais, Adam Adli dan Samad Said mengibarkan bendera Sang Celaka Komunis serta mengutuk dan menghina Jalur Gemilang. 

Saksikan video ini, 


Tiba-tiba muncul sesosok tubuh yang sasa dengan selamba dan berani mempertahankan Jalur Gemilang, dengan merampas bendera sang saka Malaya dari tangan penghasut-penghasut. Terpegun, terkaku dan terkedu seketika   puak-puak anti-Merdeka. Kejadian ini berlaku disebabkan Kerajaan sedia ada membiarkan saja penghina Jalur Gemilang melakukan sesukahati mereka sejak sambutan tahun lalu serta  membiarkan puak anti-Merdeka mengibarkan Sang Celaka Komunis. 

Ahli Parlimen Malaysia wajar mengusulkan agar perbuatan menghina lambang kebangsaan Malaysia ditingkatkan sehingga RM 150,000 dan hukuman penjara dipanjangkan juga seperti Indonesia. Undang-undang lapuk ini perlu diperbaharui dan diberi konteks baru memandangkan bahaya dan ancaman terhadap pembentukan negara bangsa dan semagat patriotisme.

Cadangan : PDRM - mohon segera tahan atau panggil untuk siasatan semua individu yang terlibat. Jabatan Peguam Negara - mohon segera dakwa mereka di mahkamah dan segera drafkan cadangan untuk pinda Akta berkaitan. Menteri Dalam Negeri dan Menteri yang Undang-undang - mohon segerakan tindakan. Ahli Parlimen - mohon usulkan pindaan terhadap Akta ini, bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga dari aspek konteks menghina dan menggunakan lambang dan lagu kebangsaan ini secara tidak wajar.


Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963
Denda RM 1000 sahaja untuk penggunaan dengan cara tidak wajar...

Akta Lambang Kebangsaan (kawalan Mempamer) 1949
Denda RM 500 sahaja untuk pamer lambang pelik-pelik sebagai bendera kebangsaan...

National Anthem Act 1968

Tidak hormat lagu Negaraku, hanya denda RM100...patutlah Namawee berani sangat



Thursday, May 23, 2013

POLIS DIHINA, DIKEJI, DIMAKI KERANA MENJAGA KEAMANAN NEGARA!! #Black505



Malam tadi bertempat di Balai Polis Jinjang, Sentul lebih kurang 18 orang penyokong pembangkang yang berkumpul dihadapan balai dengan membuat bermacam-macam provokasi telah ditahan oleh pihak polis kerana cuba merusuh dengan mengepung balai polis berkenaan. Pihak FRU terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan bagi menghalang balai polis itu diserang.

18 orang yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki Cina, 2 wanita Melayu dan 2 wanita Cina. Mereka kononnya mahu menuntut keadilan bagi Adam Adli 'jambu Anwar' yang ditahan atas akta hasutan. Lebih kurang 3 hari sudah mereka berkumpul di hadapan balai sambil memegang lilin ala-ala kristian. Mereka kelaparan, kepenatan sedangkan didalam lokap Adam Adli sedang seronok bersantai sambil berbaring.

Untunglah mereka-mereka yang sedang berkumpul ni, tak perlu kerja sebab masing-masing dah jadi taukeh, tak payah kerja pun dah boleh hidup senang. Untuk mengisi masa lapang maka berhimpunlah mereka untuk melakukan perkara yang sia-sia dengan menuntut keadilan kononnya untuk Adam Adli. Tak fahamlah aku apa yang dibanggakan dengan budak nama Adam ni. Kalau kata pejuang, apa yang diperjuangkannya?

Minta maaf cakaplah ye. Korang memang bodoh sebab berhimpun menuntut benda yang telah nyata. Negara ni kan punyai undang-undang yang telah digunakan sejak lama dulu. Kenapa time Anwar jadi TPM dulu korang tak melalak apabila Anwar mengarahkan polis menahan barisan pemimpin PAS dibawah akta ISA? Kenapa baru sekarang nak bising-bising macam Anwar ni datang dari perut mak korang.

Pilihanraya dah lepas. Sekarang masa untuk buat kerja bukan lagi berpolitik bodoh seperti Adam Adli ni. Buat apa nak gulingkan kerajaan melalui jalanan? Nak jadi macam Arab Spring? Yang rugi peniaga Cina juga kalau ada yang bisnes kacau. Ke orang Cina ni tak marah kalau tiba-tiba kedai mereka terbakar?

Masing-masing dah besar. Bolehlah kiranya berfikir dengan lebih waras dan matang.


Baca seterusnya : di sini

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.