Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Monday, September 2, 2013

NEGARA SUDAH 56 TAHUN MERDEKA ADA SASTERAWAN MASIH SENGAL

Semasa puluhan ribu penduduk Kuala Lumpur dan sekitar berada di Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan  di ambang merdeka, terdapat tiga orang penghasut daripada kumpulan anti-Merdeka, Hishamudin Rais, Adam Adli dan Samad Said mengibarkan bendera Sang Celaka Komunis serta mengutuk dan menghina Jalur Gemilang. 

Saksikan video ini, 


Tiba-tiba muncul sesosok tubuh yang sasa dengan selamba dan berani mempertahankan Jalur Gemilang, dengan merampas bendera sang saka Malaya dari tangan penghasut-penghasut. Terpegun, terkaku dan terkedu seketika   puak-puak anti-Merdeka. Kejadian ini berlaku disebabkan Kerajaan sedia ada membiarkan saja penghina Jalur Gemilang melakukan sesukahati mereka sejak sambutan tahun lalu serta  membiarkan puak anti-Merdeka mengibarkan Sang Celaka Komunis. 

Ahli Parlimen Malaysia wajar mengusulkan agar perbuatan menghina lambang kebangsaan Malaysia ditingkatkan sehingga RM 150,000 dan hukuman penjara dipanjangkan juga seperti Indonesia. Undang-undang lapuk ini perlu diperbaharui dan diberi konteks baru memandangkan bahaya dan ancaman terhadap pembentukan negara bangsa dan semagat patriotisme.

Cadangan : PDRM - mohon segera tahan atau panggil untuk siasatan semua individu yang terlibat. Jabatan Peguam Negara - mohon segera dakwa mereka di mahkamah dan segera drafkan cadangan untuk pinda Akta berkaitan. Menteri Dalam Negeri dan Menteri yang Undang-undang - mohon segerakan tindakan. Ahli Parlimen - mohon usulkan pindaan terhadap Akta ini, bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga dari aspek konteks menghina dan menggunakan lambang dan lagu kebangsaan ini secara tidak wajar.


Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963
Denda RM 1000 sahaja untuk penggunaan dengan cara tidak wajar...

Akta Lambang Kebangsaan (kawalan Mempamer) 1949
Denda RM 500 sahaja untuk pamer lambang pelik-pelik sebagai bendera kebangsaan...

National Anthem Act 1968

Tidak hormat lagu Negaraku, hanya denda RM100...patutlah Namawee berani sangat



KALAH DALAM PRU13, HISHAMUDDIN RAIS DAN KUMPULAN KERANYA MEROYAN PADA MALAM 31 OGOS



Hishamuddin Rais dengan gaya biasanya.... Membebel macam orang Gila. Memang susah nak melayan kerenah kelompok manusia macam ni. Semua orang salah. Dia sahaja yang betul. Tapi inilah antara segelintir 'warga Malaysia' yang tak berapa betul tetapi masih diangkat oleh segelintir manusia menjadi ikon mereka.

Siapa Hishamuddin Rais? Aku sebenarnya tidak begitu memperdulikan 'kewujudan'nya di muka bumi Malaysia ini. Namun tidaklah bermakna aku tidak mengetahui siapa dia ni. Berdasarkan pembacaan dan beberapa maklumat dari mereka yang pernah 'sezaman' dengannya, Hishamuddin Rais yang juga pemilik blog 'Tukar Tiub' ini merupakan antara individu yang paling kuat menentang kerajaan. Tak kira apa jua isu, semuanya nak ditentang. Malah hasil temubualku dengan seorang senior UiTM yang pernah menyertai demonstrasi pelajar ketika isu 'orang kampung mati kebuluran di Baling, Kedah', pada era 1960an di Dataran Merdeka menyatakan bahawa, Hishamuddin Rais (Pelajar Universiti Malaya) antara 'kepala utama' disamping Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim dalam demonstrasi berkenaan. Disebabkan demonstrasi ini jugalah menyebabkan ITM pada ketika itu ditutup beberapa bulan atas arahan kerajaan.


Namun tatkala rakan-rakannya 'semakin matang' dalam berpolitik, Hishmuddin Rais masih bersifat 'kebudak-budakkan', macam orang tak baligh. Dia lebih selesa dilihat sebagai 'kaki demonstrator' dari duduk semeja berbincang kaedah terbaik untuk memajukan negara. Dikepalanya hanya ada konsep menjatuhkan pemerintah yang sedia ada.

Perjalanan anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini jugak agak kelakar. Beliau sebenarnya tidaklah sekuat mana, ekoran tindakan beliau yang pernah 'cabut lari' dari ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia. Tidak memilih negara Islam seperti Arab Saudi mahupun Turki, Hishamuddin Rais sebaliknya memohon suaka politik dari Negara Kristian Belgium. Dinegara kafir yang terdedah dengan pelbagai fahaman dan ideologi kafir, maka tidaklah menjadi satu kehairanan bilamana bekas pelajar jurusan pengajian Sejarah UM ini amat 'senang' dan 'selesa' bermain dan beriman dengan ideologi sosialis.

Ketika disana juga beliau diberikan kesempatan oleh pihak berkuasa disana untuk mempelajari bahasa Perancis di Université catholique de Louvain, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari Universiti Westminster, London pada tahun 1992. Untuk rekod, Hisamuddin telah tinggal di kota London kira-kira selama 15 tahun.

Itulah sedikit sebanyak apa yang aku ketahui mengenai budak budak MCKK ni. Apapun mari kita lihat 'kerosakkan aqidah' Hishamuddin Rais yang amat dibanggakan oleh puak-puak PAS dan PKR.



'Print screen' diatas merupakan antara artikelnya yang pernah terbit di blognya. Tidakkah cukup menggambarkan kerosakkan 'aqidah'nya? Apakah pihak-pihak di dalam PAS masih rela nak bersama dengan manusia semacam ini??? Apakah kerana kuasa, PAS sanggup 'meredhai' manusia sebegini? Aku juga hendak bertanya kepada para pembaca, jika kita biasa melihat gambar PM Najib dan Timbalan atau menteri-menteri kabinet muslim lain yang mendirikan solat, begitu juga dengan pemimpin pembangkang dari PAS dan PKR, pernah tak kalian terlihat hatta 1 gambar sekalipun si tua ini mendirikan solat? Memang nak mendirikan solat tak perlu bergambar atau menayang kepada orang ramai, tetapi dalam masa sekarang ini, amat mustahil seseorang pemimpin itu apabila bersolat secara berjemaah bersama rakyat jelata, gambarnya tidak diambil dan dipaparkan di Media. 



[Video Hismuddin Rais bersandiwara menangis (mula minit ke 7:51) bilamana beliau sebagai 'organizer' gagal mengawal majlis...macam pondeyyyy]

Jadi kembali pada persoalan asal. Adakah anda pernah melihat Hisamuddin Rais bersolat bersama-sama anda ketika tibanya waktu solat? Kerana bagiku, solat adalah tiang agama. Dan yang membezakan seseorang itu Islam dengan yang kafir adalah solat. Tak guna cakap berapi-api kalau solat pun tak reti nak jaga. Kepada Hishamuddin Rais dan barua seangkatannya (bahasa yang paling 'moderate' buat manusia tak reti bahasa), korang dah habis ingat dan hafal maksud disebalik warna dan lambang yang tertera di semua bendera negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia? Jika belum, baik hafal yang ada terlebih dahulu sebelum sibuk-sibuk nak buat yang lain. Lagipun, tak usah menyusahkan guru-guru dan budak-budak sekolah yang dah cukup terbeban dalam pelajaran. 


Sumber : Pena Minang



Saturday, August 31, 2013

Video ; Wanita Berbaju Kurung Minum Arak Sambut Merdeka..Memalukan# VIDEO INSIDE.



Sebuah pusat hiburan dangdut terkenal di Jalan Dewan Sultan Sulaiman Kuala Lumpur telah diserbu oleh Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam (JAWI), awal pagi semalam.

Sungguh memalukan apabila diperiksa didapati Dua (2) orang wanita muslim berbaju kurung disyaki meminum minuman keras.




Baca seterusnya di di sini


#Merdeka56 - PAS Jangan Cabul# Kata Perlembagaan Sekular Dan Salahkan Barisan Nasional..Kecil Hati DAP...



Dalam pakatan rakyat a.k.a. pakatan haram memang tak dinafikan yang parti paling bodoh  ialah PAS...Nik Aziz tak sudah-sudah kata Malaysia sekular kerana amal perlembagaan british..

Md Sabu mempertikaikan usaha perajurit melawan komunis bersama britiSh..kebodohan dan pas memang berpisah tiada..

Pernahkah mereka terfikir sekiranya British tidak ada, perlembagaan pun tiada, dan  bermakna parti yang memijak mereka iaitu Cinabeng DAP pun tidak akan bekerjasama dengan mereka...

Jika british tidak menjajah kita...masyarakat Cina tidak akan masuk ke Malaysia...sepatutnya PAS harus sujud syukur kerana dengan adanya perlembagaan maka mereka boleh bekerjasama dengan DAP...
Ibarat menepuk air ke dulang terpercik ke muka sendiri..

Pernahkah kita terfikir yang British perkenalkan Jus Soli telah memberi kelebihan kepada PAS yang selama ini mengatakan perlembagaan itu sesat..
Jus soli adalah salah satu syarat yang terpaksa diterima oleh kerajaan dibawah Tunku Abdul Rahman dan orang Melayu ketika itu .

Jumlah peratus orang melayu pada tahun 1947 ialah 49.8 % berbanding dengan 50.2% orang dagang (Cina, India, dll)

Suruhanjaya Reid telah meletakkan prinsip jus soli sebagai dasar kerakyatan perlembagaan merdeka.

(1)Kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang,
A) Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah melayu sebelum, pada dan selepas merdeka.
B) Orang-orang yang lahir dalam negeri sebelum hari kemerdekaan dan tinggal di Tanah Melayu sebelum hari merdeka.
C) Rakyat british yang lahir di luar Tanah melayu tetapi sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu.

(2)Kerakyatan secara permohonan
A) Seseorang yang berumur 18 tahun , bersumpah taat setia tinggal selama-lamanya di Tanah Melayu dan tinggal 8 dari 12 tahun, tahu berbahasa melayu atau bahasa Inggeris secara lisan.
B) Isteri dan anak angkat seorang warganegara Tanah Melayu
Rakyat Naturalisasi
Seorang yang berumur 18 tahun , mengangkat sumpah taat setia dan mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bahasa Melayu.

Dengan ini, ada dua prinsip yang merugikan orang Melayu sebagai peribumi negara ini.

Prinsip jus soli telah digunakan dengan seluas-luasnya meliputi sesiapa sahaja yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka.

Suruhanjaya mencadangkan dua kerakyatan iaitu rakyat british atau dari negara komenwel yang lahir di negara lain dibenar mengekalkan kerakyatan negara asal. (menguntungkan rakyat Hong Kong jika mereka berhijrah)

Ternyata kedudukan istimewa melayu menjadi galang ganti kepada kerakyatan jus soli. Tetapi untuk merdeka orang melayu terpaksa akur dengan kehendak Suruhanjaya Reid.

Hari ini isu ketuanan Melayu sekali lagi dibangkitkan. Orang melayu sudah banyak beralah dan berlembut dalam soal ini.

Jika British tak jajah Malaysia..Cina takkan bertapak di Malaysia...jika British tak perkenalkan perlembagaan, Jus soli pun takkan ada...makanya DAP comfem tak ada..yang ada hanya Melayu dan bumiputera sahaja...jadi sewajarnya puak haram jadah PAS berhenti mempertikaikan perlembagaan kerana mereka juga mengamalkan perlembagaan sedia ada...

HE : Negara dah merdeka 56 tahun laaaa.....PAS tolonglah tunjuk pandai sikit ....jangan dok bangga sangat dengan kebodohan diri...

Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.