Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Lim Guan Eng.. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng.. Show all posts

Wednesday, May 31, 2017

Wong Kah Woh DAPSY Tak Layak Ketuai Pemuda DAPSY - Cara Beliau Memalukan Lim Guan Eng





Cinakawkaw : PEMIMPIN MUDA DAP BERFIKIRAN CETEK, WONG KAH WOH TIDAK LAYAK MENGETUAI DAPSY

Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh menunjukkan taraf minda pemimpin pelapis DAP sungguh cetek, mudah menggelabah dan kurang membaca. Nampaknya, Wong Kah Woh sendiri tidak mempelajari sejarah perjuangan Lim Kit Siang dan DAP dari awal. Maka tidak hairanlah beliau menggelabah dan rimas dengan kemunculan buku ‘Bahaya DAP kepada Islam dan Melayu Di Malaysia’!. Untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Wong Kah Woh bercakap mempertahan Lim Kit Siang malangnya, dia memalukan bosnya sendiri dengan cara kebudak-budakkannya.

Ternyata ulasan Wong Kah Woh mengenai buku hanya berdasarkan hear say sahaja dan tidak menelaah isi kandungan buku itu. Sebab itulah, Wong Kah Woh tidak mengulas buku itu, sebaliknya dia hanya memberi komen luaran sahaja. Sekarang rakyat mempersoal jika begini cara pemimpin pelapis DAP seperti Wong Kah Woh bercakap, maka apa taraf university dia? Bercakap seperti orang tidak berpendidikan tinggi!

Kepada Wong Kah Woh, sila buktikan di mana di dalam buku itu fakta-fakta yang tidak tepat? Kamu buktikan fakta-fakta kamu dan jika ada kajian kamu mengenai perjuangan DAP dan Lim Kit Siang sejak tahun 1960an?

Jangan serang Tan Sri Anuar Musa (TSAM) kerana TSAM tiada kaitan mengenai buku itu. TSAM hanya mengetuai Biro Penerangan UMNO dan itu hanya satu aktiviti biro sama sahaja dengan aktiviti parti-parti lain seperti DAP lakukan. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, TSAM hanya VIP yang merasmikan sahaja. Panel penilai bukan TSAM pun kerana panel yang menilai puluhan artikel, video dan sebagainya mestilah menghormati karya orang-orang Melayu dan Islam yang menyertai pertandingan itu. Kenapa perlu takut dengan hasil karya rakyat?

Tahukah Wong Kah Woh bahawa buku itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda lepasan universiti dengan menggunakan banyak kaedah kajian antaranya kajian ethnography. Mereka menggunakan 103 Bahan Rujukan Yang Tediri Daripada Buku-buku, Keratan Akhbar, Artikel-artikel, Dokumen-dokumen, ceramah, jadual, gambar dan mereka membuat temuramah. Hormatilah hasil kerja mereka anak muda. Jika tidak bersetuju keluarkan buku lawan buku tersebut. Bukannya menggelabah dan kacau bilau. Fakta lawan fakta, bukan sedikit-sedikit menggelabah, buat report polis lah, macam budak-budak berpolitik! Beginikah taraf pemimpin muda DAP???


Sunday, September 20, 2015

ANJING GILA : Guan Eng Kena Maki Dengan Cina Kaw2 Punya!!!





Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya. 

Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar,” katanya kepada pemberita semalam.




Ekoran itu, page rasmi CM Lim Guan Eng telah berkongsi bualan Whatsapp di antara Ketua Menteri itu dengan seorang individu mengenai sebab tindakan membunuh hampir 40 ribu anjing di negeri itu. 


Tindakan admin page yang berniat memberi penjelasan mengapa tindakan tersebut diambil sebaliknya bertukar kepada medan untuk menghentam Guan Eng.



Kes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 September lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 September di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengawalan Wabak Rabies untuk memulakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing.




Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir,” katanya. Baca lagi 


Wednesday, November 20, 2013

Pesanan Untuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Salam bahagia diucapkan kepada Tuan Mohd Fauzi bin Yusuf,

Merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi oleh Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, izinkan saya untuk memberi sedikit maklum balas.

(1) Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang ingin memaklumkan kepada kerajaan negeri serta majlis Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang agar memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Sila maklum bahawa tuntutan tuan adalah tidak wajar memandangkan hal-hal agama di serambi mekar Pulau Mutiara adalah ditadbir oleh Saidina Umar Lim Abdul Aziz selaku Khalifah yang memiliki kuasa mutlak beserta diiktiraf sebulat suara bahawa pemerintahannya adalah yang paling bijak, paling adil dan paling saksama di seantero.

khalifahKGE

(2) PAS juga menuntut supaya ditambah kuota bilangan ahli majlisnya di Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai kepada 4 orang setiap Pihak Berkuasa Tempatan.

Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah merupakan satu pemerintahan Khalifah (Caliphate) yang cukup sempurna dan tiada tolok bandingnya di rantau ini. Justeru sudah menjadi adat bahawa pelantikan mana-mana pegawai tinggi adalah terserah kepada sepenuhnya budi bicara Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijaksana, paling adil dan paling saksama tanpa tolok bandingnya.

Poster photoshop yang popular di blogosfera Melayu

(3) Seterusnya PAS menuntut agar diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung di kawasan DUN / Parlimen yang ditandingi parti tersebut.
 
Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah sebuah khalifah pemerintahan Saidina Umar Lim Abdul Aziz. Kuasa untuk memilih dan melantik mana-mana pegawai adalah terletak sepenuhnya pada tangan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijak, paling adil dan paling saksama di seluruh Nusantara.

caliphate

4) Tambahan lagi, PAS menuntut peruntukan kuota bagi wakil-wakilnya sebagai ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik / berkaitan kerajaan negeri (GLC) memandangkan sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS.

Sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah sebuah khalifah pemerintahan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang tiada cacat cela.

Kuasa untuk memilih dan melantik mana-mana ahli keluarganya untuk menjadi mana-mana ahli lembaga pengarah adalah terletak sepenuhnya pada tangan Saidina Umar yang paling bijak, paling adil dan paling saksama. Kepimpinan yang sebegitu cemerlang, gilang-gemilang dan tidak terbilang belum lagi pernah dijumpai sepertinya di dunia sebelum ini.
 
wazir

(5) Berhubung aduan PAS bahawa cogankata CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) tidak dipraktikkan dalam hubungan Pakatan Rakyat bersama parti Islam bendera hijau itu, sila maklum bahawa Pulau Pinang bukanlah berupa sebuah pemerintahan CAT tetapi ia pemerintahan Caliphate yang diterajui Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijak, paling adil dan paling saksama.

(6) Berhubung kebimbangan PAS tentang campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP yang akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan organisasi Islam tersebut, sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah Caliphate yang mana sememangnya Khalifah Umar Lim Abdul Aziz mempunyai kuasa mutlak dalam bidang agama.
 
Maka tidak dijangka akan timbul apa-apa masalah pertindihan kuasa atas sebab tidak ada mana-mana pemimpin lain yang dibenar untuk mempunyai kuasa yang setara dengan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang tempatnya teragung dan teratas sekali.

TongkatSakti

(7) Berhubung kemahuan PAS untuk dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar yang hendak dirancang sebelum ia dilaksanakan, sila maklum bahawa Pulau Pinang adalah Caliphate di mana Khalifah Umar Lim Abdul Aziz mungkin sesekali akan meminta dan mendengar pandangan daripada wazir, orang yang dipercayainya. Namun buat masa ini, Sang Wazir masih sihat walafiat (syukur) dan maka dengan itu, tidak ada kekosongan jawatan buat masa ini untuk disi orang PAS Pulau Pinang.

Sekian. Harap maklum dan kerjasama tuan Mohd Fauzi adalah amat dihargai.

Amar makruf nahi mungkar.

Saya yang menjalankan tugas dan berkhidmat kepada Khalifah,

Pemegang Mohor Kecil
(Bahagian Protokol Istana) 

Credit : Helen Ang

Friday, October 18, 2013

Jenice keluar masuk DAP macam fun fare

 
 
Ikuti kenyataan Jenice Lee yang telah dilayan macam pengunjung fun-fare oleh Naib Pengerusi DAP sendiri. Beliau telah dipecat, digantung, dijemput mengundi dan kini diberi surat tunjuk sebab.. Betul betul macam fun-fare kalaupun bukan zoo...

Janice Lee bekas ADUN Teratai telah membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, Ampang, Selangor pada 16/10/2013 @ 11.00 am keatas Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai kerana memfitnah beliau.
 

 

 
Sumber : Brojinggo
 


Friday, October 4, 2013

Penipuan CEC DAP : Berapa Lama Lagi ROS Perlu Menyiasat?


Kes penipuan DAP dalam pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada dasarnya adalah kes yang amat mudah.

Ia bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP.   Berikutan itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis.

Bagi menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.  Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap salin.  Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula.

Dalam pemilihan semula tiga minggu kemudiannya, sesuatu yang pelik telah berlaku apabila Zairil, seorang Cina yang memakai nama Melayu telah mendapat 305 undi dan berada di tangga ke 39 dalam pemilihan awal, tiba-tiba melonjak ke tangga 20 dalam pengiraan semula dengan 803 undi iaitu peningkatan sehingga 163% berdasarkan jumlah undi 1,823.   Beberapa nama lain turut mengalami perbezaan undi yang drastik dan tidak masuk akal yang mana menyebabkan ahli-ahli DAP sendiri mula mengeluh.

Malah, jumlah undi itu sendiri menjadi tandatanya kerana jumlah yang sepatutnya ialah 2,567 orang.    Ke mana perginya undi-undi lain?
Permainan kotor DAP semakin jelas apabila sejurus selepas kiraan semula itu, mereka mula menonjolkan Zairil secara berlebih-lebihan dengan merujuk kepadanya sebagai ëMelayuí.   Zairil diberi jawatan tinggi di dalam parti dan juga di dalam anak syarikat kerajaan negeri.

Namun, rakyat dan orang Melayu tidaklah sebodoh DAP.

Orang Melayu lebih gemar membaca sejarah politik dan cukup maklum siapa Zairil sebenarnya.  Zairil adalah anak kepada pasangan Cina yang bercerai di mana ibunya kemudiannya mengahwini Tan Sri Khir Johari.

Ini menjadikan Zairil 100% Cina dan tidak ada sebab DAP harus merujuk kepadanya sebagai Melayu.   Kita juga tidak lupa bagaimana ibu Zairil pernah mengejutkan Malaysia suatu ketika dahulu dengan menuntut harta pusaka arwah bekas isteri Tan Sri Khir.

Dengan sikap ibunya yang sedemikian, tidak hairanlah Zairil menggunakan nama bapa tirinya bagi mendapat keistimewaan sebagai anak pejuang UMNO.  Dan kini, atas nama bapa tirinya juga Zairil menyertai DAP yang memusuhi UMNO.

Percubaan DAP untuk memperlihatkan parti itu sebagai tidak rasis, nampaknya memakan diri.  Sebaliknya, terbukti sudah bahawa DAP adalah rasis kronik sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu untuk mewakili Melayu, tetapi meletakkan seorang Cina bagi mewakili Melayu!

DAP juga terbukti sebagai tidak telus, kalaupun tidak bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang tidak sampai pun 2,000.

Berikutan itu, beberapa aduan telah dibuat kepada ROS oleh ahli-ahli DAP sendiri.  Dari situ juga, seramai 753 ahli yang layak memilih turut tampil mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima notis untuk pemilihan.

Berdasarkan fakta ini, kita tidak faham kenapa ROS mengambil masa begitu lama untuk menyiasat dan mengambil tindakan.  Ini bukan kes yang melibatkan bukti forensik tetapi semuanya berkisar mengenai angka dan angka tidak akan menipu.

Justeru, adalah tidak wajar bagi ROS untuk mengambil masa begitu lama untuk menyelesaikannya.

Rakyat sudah bosan dengan segala aduan dan siasatan tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa.  Takkanlah ROS juga sama saja?






Monday, September 30, 2013

Pemilihan Semula CEC DAP Kekal Status Quo



Kecuali Zairil, semua 20 Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih semula hari ini adalah calon yang sama dipilih pada 15 Disember tahun lalu.

Tiada calon Melayu yang dipilih mengangotai CEC kerana Zairil sendiri hanya menumpang nama ‘Khir Johari.’

Menurut Helen Ang, Zairil adalah ‘blue-eyed boy‘ Lim Guan Eng.

Walaupun mengekalkan 20 nama daripada 66 calon yang dipilih sebelum ini, namun kedudukan populariti pemenang itu telah berubah.
Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pada pemilihan 15 Disember tahun lalu mendapat undi terbanyak berada di tangga pertama dan kedua kini tercalar populariti.
Kit Siang jatuh ditangga ke 2, dipintas oleh Liew Chin Tong yang sebelum ini mendapat tangga ke 15.
Chin Tong merupakan pemikir DAP yang mengetuai REFSA (Research for Social Advancement) walaupun mendapat undi paling tinggi, namun mendapat posisi rendah bertaraf ‘exco’, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan.

Guan Eng pula dari tangga kedua jatuh ke tangga ke-5, namun kekal sebagai Setiusaha Agung DAP, posisi yang paling penting dalam parti itu.

Lima Harimau‘ masih lagi mengekalkan kedudukan mereka dalam senarai 20, meskipun pasangan sepupu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham diramalkan FMT bakal terkeluar senarai.

Koo Ham kekal di tangga ke-20, namun Kor Ming jatuh dari tangga ke-12 ke tangga 19.

Chow Kon Yeow pula naik dari tangga 14 ke tangga ke-8, manakala Boo Cheng Hau jatuh satu tangga dari 17 ke 18.
Teng Chang Kim kekal popularitinya ke tangga ke-10, namun tidak dilantik apa-apa jawatan berbanding dengan Teresa Kok yang mendapat kedudukan ke 13.
Teresa Kok dilantik salah seorang daripada lima Naib Pengerusi DAP Pusat.
Bermula dari jawatan pengerusi, timbalan pengerusi hingga naib adalah individu yang pro kepada Dinasti Lim.
Dinasti Lim merujuk terhadap penguasaan anak beranak, Kit Siang dan Guan Eng terhadap parti DAP. Selanjut baca pendedahan DAP Insider, “Manipulasi


Jenice Lee menggelarkan kumpulan pro Dinasti Lim itu sebagai “Kumpulan Empat‘ yang merujuk kepada Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. 


Sunday, September 29, 2013

SAH!!! Tiada Demokrasi dalam DAP?!!!


Ini semua salah Umno!
Ahli DAP yang lantang persoal mengenai ketelusan parti dikatakan sebagai pengkhianat!
Ahli DAP yang bersuara dikatakan agen Umno!

Ini semua salah Umno!
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang cuba menjalankan tanggungjawab dalam melaksana undang-undang juga dikatakan 'orang Umno'
Apa sudah jadi, SEMUA SALAH UMNO?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berkempen ketika Pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) ini apakah sesuatu perkara biasa?
Tidak, apakah wajar seorang yang menggunakan status sebagai Setiausaha Agung untuk berkempen demi kepentingan diri sendiri, atau lebih tepat, kepentingan DYNASTI LIM??? 


Pendedahan demi pendedahan telahpun dibuat sebelum ini oleh rakan blogger Peter di laman blog The Dap Insider yang banyak membongkar kezaliman dan cara kuku besi yang di amal kroni Lim...




Apakah ini maksud sebenar demokrasi dalam DAP?

Dimana suara akar umbi akan didengar, akan di ambil peduli?
Kenapa jika ada suara menentang, maka digelar mereka sebagai pengkhianat dan agen Umno sedangkan mereka hanya mahu ketelusan dan amalan demokrasi dalam parti!!!

Bercakap pula soal pemilihan, undi, ketelusan...
Ambiga, orang kuat NGO Bersih yang amat suka menganjurkan perhimpunan jalanan, atas tiket menuntut pilihanraya yang adil kononnya...

NAH!!! Kenapa tidak mahu bersama-sama membantu akar umbi dalam DAP yang kini ditindas dengan begitu tidak adil?

Kenapa Ambiga dan sekutu dalam NGOnya itu mengambil sikap lepas pandang?
Jika benar Ambiga dan sekutu ikhlas memperjuangkan soal ketelusan, hak dan kebebasan, ini masa yang sesuai!!!

Hubungi saja akar umbi yang tertindas itu, terdapat banyak bukti dalam simpanan mereka...

Melainkan Dynasti Lim sudah 'pegang' kamu Ambiga Sreenevasan?!!!

Dalam parti sudahpun menunjukkan sikap angkuh dan zalim, bagaimana pula jadinya kalau memerintah negara?

"YANG RAKUS BAKAL TERIMA PADAH"

PAS masih mahu berkawan?


Monday, September 9, 2013

PATUTLAH "TANDA PUTERA" HARAM DAN JIJIK DISISI LIM KIT SIANG DAN ANAKNYA



Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi (2 September) maka saya memahami mengapaTanda Putera haram di sisi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu dibawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.

Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.

Pemimpin-pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang-orang bukan Melayu yang bertanya: Kenapa ada Waktu Tanah Melayu? kenapa Keretapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu? (Baca buku Memoirs of Lee Kuan Yew)

Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah (Pak Melan) juga ada bersama.

Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang  menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba-tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya, menterbalikkan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah kena! Orang kita dah kena!

Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dalam perkara ini adalah benar dan tepat.

Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan  mayat bergelimpangan. Orang-orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew. Racun yang mereka semai telah membunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.

Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kampung Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung."

Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu. Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah begitu celupar. Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur, sama ada sebagai penjaja di pasar, peniaga besar dan kecil, pelajar, siswa, pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.
Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.

Lim Kit Siang tahu bahawa Pilihan Raya Ke-13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama-lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan "Ini kalilah."

Populasi Melayu akan bertambah, profesional  Melayu akan semakin ramai. Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerintahan BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.

Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera, maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka. Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menafikan.

Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga. Dia pasti tidak akan berjaya.

Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukkan manusia-manusia Malaysia dari semua kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal, malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni, makmur dan aman damai.

Tun Razak memberitahu Doktornya: "Saya mahu sedikit masa lagi." Tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.


Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti-parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa..



Zainuddn Maidin :- Mantan Menteri Penerangan



Friday, September 6, 2013

DAP Bakal Hancur Kerana Kongsi Gelap

kongsi-gelap-dap


Akhbar Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”.   Kita sedia maklum bahawa selama ini, Nanyang Siang Pau seperti juga akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan prejudis dan kebencian terhadap kerajaan.   

Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP. 

Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini.   Pendirian akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap. 

Setakat ini, pembangkang tidak lagi mampu menafikan yang mereka membela kongsi gelap apabila beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan mempersoal tindakan polis menggempur kongsi gelap walaupun berlaku balas membalas tembakan. 

Keadaan bertambah kusut bagi pembangkang apabila tersebar berita bahawa seorang bekas banduan yang juga ketua kumpulan kongsi gelap telah dilantik menjadi pemimpin DAP peringkat bawahan di Pulau Pinang.  Dilaporkan juga bahawa polis telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Perkembangan ini membuatkan sebahagian dari pemimpin dan ahli DAP mula merasa cuak atau gusar. Kegusaran ini dapat dikesan melalui artikel di Nanyang Siang Pau tersebut di mana ia menyebut “Apa yang memeranjatkan kita, di kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India adalah yang paling ramai.” 

Memandangkan kongsi gelap selalunya dikaitkan dengan kaum Cina, maka tidak hairanlah jika Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka yang ia dijuarai oleh kaum Cina. 

Walaupun DAP sentiasa menafikan, tetapi seluruh rakyat dapat mengesan kaitan DAP dengan kumpulan gangster.   Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat hiburan atau pusat perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP berkait rapat dengan gangster.  Justeru, rakyat langsung tidak terkejut apabila pemimpin DAP membela gangster. 

Namun, apabila terdedah bahawa yang menjuarai kongsi gelap adalah kaum India, maka tentulah sukar bagi DAP untuk menguasai mereka.

Nampaknya, strategi DAP untuk membebaskan kongsi gelap dengan mendesak kerajaan menghapuskan Akta Pencegahan telah membawa akibat yang melepasi jangkaan atau perancangan mereka.  Maka tidak hairanlah Nanyang Siang Pau mula menyuarakan kebimbangan bagi pihak masyarakat Cina (DAP). 

Kita sedia maklum bahawa DAP tidak pernah mempercayai kaum lain di dalam parti mereka.  Berbagai cara dilakukan termasuk menipu dan memanipulasi bagi memastikan kaum lain selain Cina tidak terpilih sebagai pemimpin pusat.  Pendek kata, diskriminasi terhadap kaum bukan Cina di dalam DAP sudah pun menjadi satu undang-undang tidak bertulis yang mengikat sesama kaum Cina.  

Justeru, kewujudan kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai dari kongsi gelap Cina semestinya satu masalah yang besar kepada DAP.   

Jika sebelum ini DAP begitu hebat menghentam kerajaan kerana Akta ISA, tetapi kini, melalui Nanyang Siang Pau juga mereka menyuarakan keperluan kepada Akta Pencegahan 1959.   Turut dicadangkan ialah agar kerajaan mencontohi Operasi Helang Singapura (di Malaya) pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gangsterisme dalam negara.  

Kini terbukti sudah bahawa Akta pencegahan dan keselamatan dalam negeri adalah penting untuk keamanan negara.  Terbukti juga bahawa idea-idea pembangkang untuk menghapuskan Akta tersebut adalah idea yang tidak bijak serta membawa kemusnahan. 

Kini, pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak agar Akta pencegahan dikembalikan, biarpun bertukar nama dan ‘perkataan’ di sana sini tetapi yang jelas ia perlu mengandungi klausa-klausa dari Akta yang lama, yang telah terbukti berkesan menjamin pembendungan aktiviti gangsterisme atau kongsi gelap sebelum ini.  


Baca seterusnya : di sini


Wednesday, August 21, 2013

Pihak Polis Harus Bekerjasama Dengan DAP Benteras Kongsi Gelap!

Pihak Polis Harus Bekerjasama Dengan DAP Benteras Kongsi Gelap!

Kita semua tahu sejak sekian lama para penjenayah cukup kuat dibela oleh para pemimpin haprak pakatan. Jika kita terdengar mana mana penjenayah bukan melayu ditembak mati,para pemimpin haprak pakatan yang paling pertama hadir membela penjenayah dan bersimpati kepada kaum keluarga mereka.
Yang terkini pihak DAP mencadangkan agar wakil rakyat mereka hendaklah dibawa bersama PDRM ke lokasi lokasi kongsi gelap semasa operasi sedang dijalankan.

Gambar lima penjenayah ditembak mati polis 5


Tindakan yang dicadangkan oleh DAP kepada PDRM semasa dilokasi persembunyian kongsi gelap adalah  wakil rakyat DAP akan menggunakan kaedah memujuk samseng samseng ini untuk menyerah diri dengan menggunakan kaedah Psycology iaitu dengan menghulurkan daun sireh atau todi melalui tingkap.

Jika gagal juga wakil rakyat DAP akan menggunakan kaedah yang lebih Psyco itu dengan mendendangkan lagu P Ramlee bertajuk ” Aci Aci Buka Pintu”

Senikata yang digarap khas adalah seperti berikut:


ANEI ANEI BUKA PINTUAPPA DATANG PUKUL SATUJANGAN TAKUT POLIS SERBUADA PISTOL TIADA PELURU 
APPA APPA  LEKAS DATANGANEI TAKUT  KENA SERANGLUAR RUMAH POLIS GARANGPDRM SUDAH ISYTIHAR PERANG 
ANEI ANEI JANGAN BIMBANGAPPA ADA PARANG KONTOTPOLIS SEMUA SUDAH TAKUTNAMPAK PARANG POLIS PUN CABUT 
APPA APPA TERIMA KASIHBAWA TODI  JUGA SIREH    SUDAH MABUK APPADISEMBELIHPADAN  MUKA ASYIK SALAHKAN POLIS.


Di Pulau Pinang negeri jajahan DAP baru baru ini gempar apabila 5 penjenayah tumpas apabila berbalas tembak dengn pihak polis . 

Tahniah kepada pihak PDRM kerana sanggup mengambil risiko walaupun dihujani dengan peluru dari pistol penjenayah sebelum ditembak mati
Kita semua sedar betapa peliknya apabila DAP cuba mejadi wira kepada kelima lima penjenayah ini dengan cara menyuruh kaum India dan ahli keluarga penjahat yang mati berhimpun dan tunjuk tidak berpuashati kepada pihak polis.

Malah DAP juga turut mengajar dan draf laporan polis mendakwa tindakan pihak polis adalah kejam.

DAP juga menghasut agar orang Inda keluar beramai ramai mengikut mayat penjenayah tersebut dan jadikan mereka sebagai wira!

DAP juga turut mengesa NGO lain termasuk Bar Council,Suhakam,Suaram dan Hindraf agar mengutuk tindakan polis.


Gambar lima penjenayah ditembak mati polis 6

Faktanya…

1. Yang mati tu penjenayah…so adakah ini ahli pada persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk sibuk simpati.

2. Yb Rayer DAP di Penang yang ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 India.

3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tiba tiba Timbalan Menteri  Ketua Hindraf dan wakil wakil rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan lagak hero untuk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.

APA NI!!!! INI MALAYSIA LA..kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yg dapat undi dari penjenayah dan pembunuh.

SAMA2LAH BERGANDING BAHU DGN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukannya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang Malaysia tak berdosa.

Gambar lima penjenayah ditembak mati polis 3

AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA.
Fikir2kanlah wahai rakyat MALAYSIA yg cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain.

Bantulah PDRM utk menjaga keamanan kita!!!!

Sumber : Pisau.Net

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.