Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label kongsi gelap. Show all posts
Showing posts with label kongsi gelap. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

DAP Bayar Peguambela Untuk Ketua Kongsi Gelap?


DAP Bayar Peguambela Untuk Ketua Kongsi Gelap?

Orang-orang Pakatan berfikir bahawa para peguam hanya mempunyai satu klien dan satu tugas dengan satu klien itu pada satu-satu masa.

Tetapi dalam dunia sebenar, peguam mempunyai banyak klien dan banyak kerja pada masa yang sama. Malah, peguam juga boleh mempunyai banyak kerja untuk klien yang sama pada masa yang sama.


Dalam kes Anwar, Shafee dituduh dibayar oleh Najib untuk mendakwa Anwar kerana terdapatnya dakwaan pembayaran daripada Najib lebih kurang pada masa yang sama (yang sebenarnya adalah tidak benar kerana pembayaran pertama yang didakwa dibuat adalah 5 bulan sebelum perbicaraan Anwar di Mahkamah Rayuan).

Shafee Dibayar RM1,000 Bukannya RM9.5 Juta Seperti Fitnah Sarawak Report

Ia seolah-olah Shafee dan firma guamannya tidak mempunyai klien lain dan tidak ada kerja lain selain satu klien (Najib) dan satu kerja dengan Najib iaitu untuk mendakwa Anwar.

Shafee dan firmanya, panel peguam yang dipercayai oleh UMNO selama bertahun-tahun semestinya mempunyai banyak kerja oleh UMNO pada bila-bila masa – sama ada kes-kes komersial, sivil, jenayah atau atas dasar khidmat nasihat atau pemegang amanah.

Najib mempunyai kuasa sebagai wakil bagi UMNO untuk menggunakan akaun khas presiden untuk membuat bayaran seperti itu.

18 Tahun Saya Jadi Pembangkang, Najib Adalah PM Terbaik

Walau bagaimanapun, Pakatan yang berfikiran cetek dan dalam keadaan berangan-angan hanya akan berfikir bahawa sebarang bayaran hanya untuk satu tujuan tertentu sahaja.

Biar saya beri anda contoh:

Gobind Singh DAP adalah peguambela utama bagi Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya.

Sudah tentu, Lim Guan Eng atau DAP perlu membayar Gobind Singh yuran undang-undang dan perbelanjaan.

Beberapa bulan kemudian Gobind Singh juga bertindak sebagai peguambela utama bagi seorang Datuk Seri yang dituduh sebagai ketua Geng 24, sebuah organisasi jenayah kongsi gelap.

Berdasarkan logik Pakatan, bolehkah ini membuktikan bahawa sebarang bayaran daripada DAP atau Lim Guan Eng untuk perkhidmatan Gobind Singh bermakna DAP atau Lim Guan Eng membayar Gobind Singh untuk mempertahankan ketua Geng 24?

Sudah tentu tidak. Tetapi itulah bagaimana Anwar dan Pakatan berfikir.

Oleh Lim Sian See

Friday, September 6, 2013

Ops Cantas: Bang-bang-bang senang tembak mati saja… bayangan The J-Star

Rencana tentang ‘Ops cantas khas‘ hari ini dialam The J-Star.

Si Gunting dalam Lipatan memetik anak Chua Soi Lek sebagai berkata beliau berharap “the special nationwide crackdown on crime, would not be a mere shot-term measure to reduce the crime index”.

Ejaan yang betul ialah “short-term measure” (langkah jangka pendek untuk menurunkan kadar jenayah).

Namun suratkhabar milik MCA batu api itu sengaja mengeja perkataan itu sebagai “shot” umpama hasutan yang pernah dibuatnya tidak lama dahulu mengenai “murder victims [shot by police]“.

Disampaikan The J-Star bahawa Ops Cantas Khas adalah “shot-term measure” (langkah tembak mati). Kedua-dua edisi cetak m/s 20 dan versi dalam talian akhbar tersebut memuatkan kesilapan ejaan “shot” ini.


Tee Yong- Short and long-term solutions needed to reduce crime - Nation

Baca selanjutnya : di sini

DAP Bakal Hancur Kerana Kongsi Gelap

kongsi-gelap-dap


Akhbar Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”.   Kita sedia maklum bahawa selama ini, Nanyang Siang Pau seperti juga akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan prejudis dan kebencian terhadap kerajaan.   

Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa cenderung menyokong pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP. 

Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini.   Pendirian akhbar ini atau artikel ini, dilihat agak bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap. 

Setakat ini, pembangkang tidak lagi mampu menafikan yang mereka membela kongsi gelap apabila beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan mempersoal tindakan polis menggempur kongsi gelap walaupun berlaku balas membalas tembakan. 

Keadaan bertambah kusut bagi pembangkang apabila tersebar berita bahawa seorang bekas banduan yang juga ketua kumpulan kongsi gelap telah dilantik menjadi pemimpin DAP peringkat bawahan di Pulau Pinang.  Dilaporkan juga bahawa polis telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Perkembangan ini membuatkan sebahagian dari pemimpin dan ahli DAP mula merasa cuak atau gusar. Kegusaran ini dapat dikesan melalui artikel di Nanyang Siang Pau tersebut di mana ia menyebut “Apa yang memeranjatkan kita, di kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India adalah yang paling ramai.” 

Memandangkan kongsi gelap selalunya dikaitkan dengan kaum Cina, maka tidak hairanlah jika Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka yang ia dijuarai oleh kaum Cina. 

Walaupun DAP sentiasa menafikan, tetapi seluruh rakyat dapat mengesan kaitan DAP dengan kumpulan gangster.   Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat hiburan atau pusat perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP berkait rapat dengan gangster.  Justeru, rakyat langsung tidak terkejut apabila pemimpin DAP membela gangster. 

Namun, apabila terdedah bahawa yang menjuarai kongsi gelap adalah kaum India, maka tentulah sukar bagi DAP untuk menguasai mereka.

Nampaknya, strategi DAP untuk membebaskan kongsi gelap dengan mendesak kerajaan menghapuskan Akta Pencegahan telah membawa akibat yang melepasi jangkaan atau perancangan mereka.  Maka tidak hairanlah Nanyang Siang Pau mula menyuarakan kebimbangan bagi pihak masyarakat Cina (DAP). 

Kita sedia maklum bahawa DAP tidak pernah mempercayai kaum lain di dalam parti mereka.  Berbagai cara dilakukan termasuk menipu dan memanipulasi bagi memastikan kaum lain selain Cina tidak terpilih sebagai pemimpin pusat.  Pendek kata, diskriminasi terhadap kaum bukan Cina di dalam DAP sudah pun menjadi satu undang-undang tidak bertulis yang mengikat sesama kaum Cina.  

Justeru, kewujudan kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai dari kongsi gelap Cina semestinya satu masalah yang besar kepada DAP.   

Jika sebelum ini DAP begitu hebat menghentam kerajaan kerana Akta ISA, tetapi kini, melalui Nanyang Siang Pau juga mereka menyuarakan keperluan kepada Akta Pencegahan 1959.   Turut dicadangkan ialah agar kerajaan mencontohi Operasi Helang Singapura (di Malaya) pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gangsterisme dalam negara.  

Kini terbukti sudah bahawa Akta pencegahan dan keselamatan dalam negeri adalah penting untuk keamanan negara.  Terbukti juga bahawa idea-idea pembangkang untuk menghapuskan Akta tersebut adalah idea yang tidak bijak serta membawa kemusnahan. 

Kini, pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak agar Akta pencegahan dikembalikan, biarpun bertukar nama dan ‘perkataan’ di sana sini tetapi yang jelas ia perlu mengandungi klausa-klausa dari Akta yang lama, yang telah terbukti berkesan menjamin pembendungan aktiviti gangsterisme atau kongsi gelap sebelum ini.  


Baca seterusnya : di sini


Friday, August 30, 2013

Sin Chew Daily : Ahli Politik Didakwa Naungi Kongsi Gelap

AIDCNews – 29/08/13 – akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily mendakwa sebilangan ahli politik ternama telah menaungi beberapa kongsi gelap dan ada di kalangan mereka turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar tersebut yang turut dipetik Malaysiakini menyebut, ini merupakan kali pertama kerajaan bertindak tegas melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gangster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Abdul Rahim Hanafi 
                                       
Gangster India pula agresif dalam menjadi penembak upahan selain terlibat memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub.

Manakala gangster Melayu pula aktif memungut wang ‘menjaga’ tapak pembinaan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan Bernama hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:

- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
- Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor)
- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)
- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
- Gee Ah Eng
- Loh Kuan
- Tiang Yee Tong
- Geng 21
- Ang Soon Thong
- Wah Kee
- Sio Sam Ong
- PNEH
- Hong Hong San
- Hai San
- Sin Ang Bin
- New Cell 20
- Jit It Hai
- Sio Koon Tong
- Gee Lam Kor
- Geng Leng Hor
- Geng 35
- Geng 303
- Geng Satu Hati
SABAH:
- Sabah ATAP
- Hung Ann
- Sui Yuk
- Otai
- Borneo Red EMP
DI SARAWAK:
- Sarawak Ah Ngau
- Batu Tiga
- Ah Feng
- Batu 10
- Sibu T
- Ah Seng
- Ah Chin
- Lee Lung
- Lo Han
- Sg Merah
- Sg Badut
- Ting Ching Lee
- Tua Cak Lee
- Teksi Station
- Pintu Merah
- Krokop
Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.
Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.
Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.
Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. 

Baca seterusnya : di sini

Sunday, August 25, 2013

Pasukan Khas Banteras Kumpulan Samseng Dan Kongsi Gelap


Sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan satu pasukan khas dalam menangani kegiatan samseng yang dilihat semakin mengancam keselamatan rakyat dan juga pihak berkuasa.

Kumpulan-kumpulan samseng atau kongsi gelap yang kebanyakkan dikalangan orang-orang cina perlu dihapuskan secara total sebelum ia membentuk menjadi komunis, orang cina tidak seharusnya diberi muka kerana sering dilihat besar kepala dan bersikap kurang ajar jika sesuatu itu telah dimonopoli oleh kaum mereka. lihat saja bagaimana sikap peniaga cina di Petaling Street yaitu salah satu kawasan yang dikuasai oleh mereka, dan kita yakin umum mengetahui mengenainya.

Berbalik kepada penubuhan pasukan khas menghapuskan samseng, ada baiknya jika kerajaan memikirkan mengenai perkara ini sebelum ia merebak dan sukar untuk dikawal lagi, kerana kita semua tahu rangkaian samseng ini cukup luas dan licik dalam memperjalankan kegiatan mereka. Kita tidak menolak kemungkinan besar ada diantara penjawat awam yang diugut dan terpaksa bersekongkol dengan kumpulan samseng demi keselamatan diri dan juga keluarga.

Membanteras kegiatan samseng ini tidak semestinya tertumpu kepada penggunaan akta ISA yang telah dimansuhkan itu semata-mata. Oleh yang demikian dicadangkan supaya pasukan khas menghapuskan samseng ini diwujudkan dan dianggotai oleh individu yang berjiwa komando atau dalam bahasa mudahnya 'berhati kering', ia sejajar dengan penugasan untuk menghapuskan samseng-samseng yang semakin bermaharajalela sekarang ini.

Mereka yang terpilih menganggotai pasukan khas ini disembunyikan identiti mereka dari pengetahuan awam. Darisegi latihan pula, 'Datangmu tidak diundang, jika ragu sila pulang', atau ia dilatih mengikut keperluan yang setaraf dengan tugasannya kelak baik dari fizikal mahupun mental, kemudian ia diletakkan terus dibawah Yang Dipertuan Agong, ini bagi memastikan matlamat untuk membanteras kegiatan kumpulan samseng mampu dicapai 100 peratus tanpa sebarang kompromi.

Difikirkan hanya dengan penubuhan pasukan khas sebegitu sahaja yang mampu membanteras kumpulan kongsi gelap dari terus bermaharajalela sehingga mencabar dan mengugut pihak berkuasa. Anda Mampu Mengubahnya.


Baca seterusnya :  di sini



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.