Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label MB. Show all posts
Showing posts with label MB. Show all posts

Friday, June 9, 2017

BERIBU LESEN PUSAT HIBURAN DILULUSKAN PBT SELANGOR KENAPA AZMIN BOHONG TIADA KUASA?


Bukti PBT luluskan lesen premis. Kemudian PBT membiarkan peniaga menyalahgunakan premis menjadi tujuan lain seperti Pusat Judi, slot mesin, rumah urut dan pelacuran. Mengapa Majlis PBT yang meluluskan lesen tidak memeriksa terlebih dahulu latar belakang syarikat atau memberi percubaan beberapa bulan. Ternyata ada ahli Majlis PBT yang 'Kawtim' dengan peniaga yang menyeleweng premis selepas lesen diluluskan

Master Dedah : Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri agar menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga kerana berlaku terlalu banyak salah guna lesen untuk tujuan perjudian.

Mengapa perlu ada pusat hiburan keluarga tetapi di dalamnya terdapat mesin yang kemudian disalah guna menjadi mesin judi,” 

Menteri besar Selangor menyambut baik gesaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ini namun tetap memerlukan kerjasama polis pemantauan dan penguatkuasaan.

Kita akan lihat di bawah peruntukan undang-undang, bidang kuasa mana yang keluarkan lesen, terlibat dengan penguatkuasaan".
Bidang kuasa PBT amat terhad dan kita perlukan kerjasama juga dari polis supaya usaha ini dapat kita pantau dan dikuatkuasakan kerana mahu masyarakat Selangor terjamin keselamatannya,” 

Kenapa Azmin Ali berbohong kuasa Kerajaan 
Negeri dan PBT? 

Adalah jelas PBT mempunyai kuasa penuh meluluskan semua lesen di kawasannya. Rumah urut, pusat siber, kafe siber, pusat hiburan keluarga, pusat kecantikan semua diluluskan oleh PBT. Lesen -lesen ini biasanya akan diselewengkan menjadi pusat judi, rumah urut dan pelacuran.


Contoh Lesen Pusat Siber dan Kafe Siber

Lesen Pusat Siber dan Kafe Siber hanya pernah dibekukan pada tahun 2007 dibawah pemerintahan BN Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan)PBT KT Bil 3/2007 bertarikh 17 Julai 2007- Dasar dan Garis Panduan Mengawal Perniagaan Pusat Siber dan Kafe Siber.

Bagaimanapun semasa pemerintahan Pakatan Rakyat ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, manakala Exconya Ronnie Liu dari DAP sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, kajian dan Penyelididikan Selangor, Pembekuan lesen Pusat Siber dan Kafe Siber ditarik balik pada tahun 2012 melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber Negeri Selangor. 


Rumah Urut/ Pusat kecantikan & Penjagaa Kesihatan


Rumah Urut atau yang berlindung dibalik lesen Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan hanya ada satu Pekeliling sahaja Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:KT bil 4/2007 - menetapkan lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif (kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Jarak minima yang dibenarkan adalah sekurangnya -kurang 500 meter. 

Dua penggal Pakatan Pembangkang tiada satu pun arahan pembekuan sehinggalah sekarang. Lesen rumah urut dikatakan Tiada had.

Leseb Hiburan dan Tempat Hiburan – Pusat Hiburan Keluarga

Pusat ini tumbuh di negeri Selangor atas alasan hiburan keluarga. Ia termasuk pusat-pusat snooker/billiard/poortable. Walaupun terdapat peraturan jelas seperti larangan minuman keras, perjudian, rekod pengunjung dan lain-lain kecenderungan pusat ini disalah gunakan sangat tinggi. PBT dan pihak berkuasa lain tidak sempat membuat pemantauan kerap.

Asasnya jelas semua permohonan yang dikemukakan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan di bawa dalam Mesyuarat Penuh Majlis Tempatan. Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan majlis akan membuat penilaian seterusnya membuat kelulusan. Memang terdapat ulasan dan sokongan pihak polis pada premis rumah urut, pusat siber, siber kafe, pusat hiburan dan pusat kecantikan bagaimanapun ia tetap dari ulasan kertas PBT terlebih dahulu. Jadi kuasa memberi lesen perniagaan tetap bermula dari PBT.

Contoh dokumen Mesyuarat Mesyuarat Penuh Majlis Tempatan-. Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan boleh dirujuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kawasan Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin. Blog masterdedah pernah mendedahkannya. 




Jadi satu persoalan apabila Azmin Ali berkata PBT mempunyai bidang kuasa PBT amat terhad sedangkan kuasa itu adalah kuasa PBT yang mengeluarkan lesen serta berlaku di PBT masing-masing. Semua YDP PBT Negeri dan Ahli Majlis bawah kuasa Azmin Ali MB Selangor. Azmin hanya perlu beri arahan dan keluarkan surat pekeliling melalui SUK sahaja. Tapi apa berlaku? Semua ahli Majlis PBT jelas ada terlibat dan kepentingan. 

Pihak PDRM hanya menguatkuasakan undang-undang selepas dari premis dilulus PBT. PBT sepatutnya sebelum meluluskan lesen premis memastikan tiada berlakunya unsur penyelewengan dari pemohon. PBT juga mempunyai kuasa untuk menyita serta memotong bekalan elektrik. PBT boleh melaporkan kepada PDRM atau mengadakan operasi kerjasama jika sekiranya terdapat premis yang melanggar peraturan. Jadi tidak timbul PBT tiada kuasa dan menyalahkan PDRM.


Wednesday, April 26, 2017

Diketika Guan Eng Buat 'Pembersihan Etnik' Ke atas Orang Miskin, Di Kedah Menteri Besarnya Lain Cara Membantu Rakyat Marhaen

Bekalan air mentah Pulau Pinang, datangnya dari Kedah. Bagaimanapun, tidak sesen pun wang dibayar kepada Kedah oleh Pulau Pinang dengan alasan, tiada perjanjian air antara Kedah dan Pulau Pinang, walaupun pembekalan tersebut asalnya adalah kerana Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah dahulu.

Geran dan bantuan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membina Empangan Mengkuang selain penyelenggaraan empangan tersebut, seharusnya menjadikan tarif air di Pulau Pinang jauh lebih murah kerana Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan modal walau satu sen pun.

Itulah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika berada di bawah Barisan Nasional sebelum tahun 2008. Perbelanjaan besar untuk pembekalan air, telah digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menyediakan rumah-rumah murah buat penduduk dan rakyat Pulau Pinang.

Namun apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang beralih tangan kepada DAP dan Lim Guan Eng, tiada rumah murah yang dirancang dan dibina. Satu-satunya projek perumahan murah pada zaman Guan Eng hanyalah di Jalan SP Chelliah yang merupakan projek yang telah dirangka oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Justeru apabila Pergerakan Pemuda GERAKAN mencabar Guan Eng dan DAP menyenaraikan nama projek-projek perumahan mampu milik dan rumah murah, mereka terkial-kial sehingga menyebutkan projek-projek yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri terdahulu. (RUJUK SINI)

Persoalan tentang pembinaan rumah mampu milik di Pulau Pinang tidak pernah dijawab dengan baik. Malahan projek perumahan mampu milik yang mahu dibangunkan oleh PERDA yang merupakan salah satu agensi Kerajaan Pusat, turut dihalang oleh Kerajaan Guan Eng.

Dengan kata lain, tiada tempat di Pulau Pinang untuk rakyatnya yang berstatus marhein. Lim Guan Eng dan pentadbiran negeri hanya berminat dengan kediaman-kediaman mewah yang hanya bertujuan untuk dijual kepada orang asing. Itu merupakan salah satu sebab mengapa, harga kediaman di Pulau Pinang meroket tingginya kerana antara syarat bagi warga asing membeli kediaman di Malaysia adalah harga kediaman yang melebihi RM500,000.

Rata-rata rumah 'mampu milik' di Pulau Pinang berharga lebih RM300,000! Harga yang tidak mungkin boleh dibeli melainkan untuk dipandang.

Seterusnya, baca The Saviour dalam memberikan berbezaan antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan negeri jirannya iaitu Kedah dari segi membantu rakyat.

Di bawah pentadbiran Ahmad Bashah Hanipah, perumahan dan kediaman untuk rakyat marhein diberikan perhatian khusus. Malahan menjadi keutamaan berbanding di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Kedah yang digantikan oleh Ahmad Bashah.

Pada 23 April 2017, atas arahan Ahmad Bashah sendiri seramai 60 orang hadir melawat projek Taman Muafakat Dulang Kechil, Yan. Mereka terdiri daripada kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah, Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah, Jawatankuasa UMNO dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Jerai, Jawatankuasa MIC, IPF dan MCA Bahagian Jerai, kakitangan kerajaan dan Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN Sungai Limau serta penduduk setempat.

Ahmad Bashah turut serta dalam lawatan tersebut. Turut bersama-sama Ahmad Bashah adalah Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Jerai, Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Badrul Hisham Hashim yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Aminuddin Omar juga seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohd Suhaimi Abdullah yang merupakan Pengerusi PEMADAM MALAYSIA.

Taklimat tentang projek perumahan tersebut telah disampaikan oleh Haji Yusri Daud yang merupakan Pegawai Daerah Yan.

Menurutnya, 41 orang telah layak menerima projek perumahan tersebut. Mereka terdiri daripada 23 orang lelaki dan 7 orang wanita dari golongan miskin.

Projek perumahan Taman Muafakat Dulang Kechil Yan merupakan projek perumahan untuk pemindahan orang yang terlibat dengan bencana tsunami. Projek tersebut terbengkalai sewaktu Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir. Sebaik-baik memegang jawatan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah telah memberikan perhatian dan berusaha mempercepatkan projek tersebut bagi membolehkan mereka yang tinggal di pusat pemindahan sementara berpindah ke rumah kekal.

Sebanyak 100 unit rumah telah diperuntukkan di mana 40 orang pemilik telah dikenalpasti. Lebihan unit kediaman berkenaan akan diagihkan kepada orang miskin dari kalangan penduduk di Daerah Yan sahaja.

Secara peribadi, ketika lawatan itu juga, Ahmad Bashah Hanipah telah mengarahkan agar Pegawai Daerah mempercepatkan proses kelulusan menduduki serta menyegerakan penyerahan rumah tersebut ekoran sudah terlewat terlalu lama.

Penyerahan bakal dibuat sebelum Ramadhan ini.

Perhatikan perbezaan antara Lim Guan Eng dengan Ahmad Bashah... seorang yang dilabelkan sebagai bijak, hebat tetapi mengambilalih negeri yang sudah sedia dibangunkan dan segala-galanya telah tersedia, tetapi sepanjang berada di bawah pentadbirannya, rakyat negeri ditekan dalam pelbagai segi, terutama sekali dari segi harga kediaman dan cukai selain tarif air yang dinaikkan. Manakala seorang lagi yang dilabelkan sebagai 'tidur', sentiasa berusaha dan memastikan rakyat negeri, terutama golongan marhein, mempunyai kediaman selesa.

Beza antara kedua-duanya ialah, SEORANG LEBIH MEMENTINGKAN KANTUNG SENDIRI, MANAKALA SEORANG LAGI LEBIH MEMENTINGKAN RAKYAT!!!

Tuesday, April 25, 2017

Diketika Guan Eng Buat Pembersihan Etnik Ke Atas Orang Miskin, Di Kedah Menteri Besarnya Lain Cara Membantu Rakyat Marhaen




Bekalan air mentah Pulau Pinang, datangnya dari Kedah. Bagaimanapun, tidak sesen pun wang dibayar kepada Kedah oleh Pulau Pinang dengan alasan, tiada perjanjian air antara Kedah dan Pulau Pinang, walaupun pembekalan tersebut asalnya adalah kerana Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah dahulu.

Geran dan bantuan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membina Empangan Mengkuang selain penyelenggaraan empangan tersebut, seharusnya menjadikan tarif air di Pulau Pinang jauh lebih murah kerana Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan modal walau satu sen pun.

Itulah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika berada di bawah Barisan Nasional sebelum tahun 2008. Perbelanjaan besar untuk pembekalan air, telah digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk menyediakan rumah-rumah murah buat penduduk dan rakyat Pulau Pinang, dedah The Saviour


Namun apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang beralih tangan kepada DAP dan Lim Guan Eng, tiada rumah murah yang dirancang dan dibina. Satu-satunya projek perumahan murah pada zaman Guan Eng hanyalah di Jalan SP Chelliah yang merupakan projek yang telah dirangka oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Justeru apabila Pergerakan Pemuda GERAKAN mencabar Guan Eng dan DAP menyenaraikan nama projek-projek perumahan mampu milik dan rumah murah, mereka terkial-kial sehingga menyebutkan projek-projek yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri terdahulu. (RUJUK SINI)



Persoalan tentang pembinaan rumah mampu milik di Pulau Pinang tidak pernah dijawab dengan baik. Malahan projek perumahan mampu milik yang mahu dibangunkan oleh PERDA yang merupakan salah satu agensi Kerajaan Pusat, turut dihalang oleh Kerajaan Guan Eng.

Dengan kata lain, tiada tempat di Pulau Pinang untuk rakyatnya yang berstatus marhein. Lim Guan Eng dan pentadbiran negeri hanya berminat dengan kediaman-kediaman mewah yang hanya bertujuan untuk dijual kepada orang asing. Itu merupakan salah satu sebab mengapa, harga kediaman di Pulau Pinang meroket tingginya kerana antara syarat bagi warga asing membeli kediaman di Malaysia adalah harga kediaman yang melebihi RM500,000.

Rata-rata rumah 'mampu milik' di Pulau Pinang berharga lebih RM300,000! Harga yang tidak mungkin boleh dibeli melainkan untuk dipandang.

Berbeza dengan negeri jirannya iaitu Kedah.


Di bawah pentadbiran Ahmad Bashah Hanipah, perumahan dan kediaman untuk rakyat marhein diberikan perhatian khusus. Malahan menjadi keutamaan berbanding di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Kedah yang digantikan oleh Ahmad Bashah.

Pada 23 April 2017, atas arahan Ahmad Bashah sendiri seramai 60 orang hadir melawat projek Taman Muafakat Dulang Kechil, Yan. Mereka terdiri daripada kakitangan Pejabat Menteri Besar Kedah, Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah, Jawatankuasa UMNO dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Jerai, Jawatankuasa MIC, IPF dan MCA Bahagian Jerai, kakitangan kerajaan dan Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN Sungai Limau serta penduduk setempat.

Ahmad Bashah turut serta dalam lawatan tersebut. Turut bersama-sama Ahmad Bashah adalah Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Jerai, Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Badrul Hisham Hashim yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Aminuddin Omar juga seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohd Suhaimi Abdullah yang merupakan Pengerusi PEMADAM MALAYSIA.


Taklimat tentang projek perumahan tersebut telah disampaikan oleh Haji Yusri Daud yang merupakan Pegawai Daerah Yan.

Menurutnya, 41 orang telah layak menerima projek perumahan tersebut. Mereka terdiri daripada 23 orang lelaki dan 7 orang wanita dari golongan miskin.

Projek perumahan Taman Muafakat Dulang Kechil Yan merupakan projek perumahan untuk pemindahan orang yang terlibat dengan bencana tsunami.

Projek tersebut terbengkalai sewaktu Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir. Sebaik-baik memegang jawatan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah telah memberikan perhatian dan berusaha mempercepatkan projek tersebut bagi membolehkan mereka yang tinggal di pusat pemindahan sementara berpindah ke rumah kekal.


Sebanyak 100 unit rumah telah diperuntukkan di mana 40 orang pemilik telah dikenalpasti. Lebihan unit kediaman berkenaan akan diagihkan kepada orang miskin dari kalangan penduduk di Daerah Yan sahaja.

Secara peribadi, ketika lawatan itu juga, Ahmad Bashah Hanipah telah mengarahkan agar Pegawai Daerah mempercepatkan proses kelulusan menduduki serta menyegerakan penyerahan rumah tersebut ekoran sudah terlewat terlalu lama.

Penyerahan bakal dibuat sebelum Ramadhan ini.


Perhatikan perbezaan antara Lim Guan Eng dengan Ahmad Bashah... seorang yang dilabelkan sebagai bijak, hebat tetapi mengambilalih negeri yang sudah sedia dibangunkan dan segala-galanya telah tersedia, tetapi sepanjang berada di bawah pentadbirannya, rakyat negeri ditekan dalam pelbagai segi, terutama sekali dari segi harga kediaman dan cukai selain tarif air yang dinaikkan. Manakala seorang lagi yang dilabelkan sebagai 'tidur', sentiasa berusaha dan memastikan rakyat negeri, terutama golongan marhein, mempunyai kediaman selesa.

Beza antara kedua-duanya ialah, SEORANG LEBIH MEMENTINGKAN KANTUNG SENDIRI, MANAKALA SEORANG LAGI LEBIH MEMENTINGKAN RAKYAT!!!


Saturday, March 4, 2017

Kes Rasuah Anak EXCO Johor, Menteri Besar Mula Bersuara

KENYATAAN AKHBAR MENTERI BESAR JOHOR

(Berhubung Isu Penukaran Status Rumah Bumiputera dan Siasatan SPRM)

Kerajaan Negeri Johor amat mengutamakan tadbir urus dan tatakelola pentadbiran Kerajaan yang telus, bersih dan beramanah.

Justeru Kerajaan Negeri memandang serius siasatan dan penangkapan terhadap beberapa individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan penyelewengan dalam urusan hartanah dan perumahan di Negeri Johor.

Setelah meneliti dan mengambil kira perkembangan mutakhir, Kerajaan Negeri Johor ingin membuat beberapa penjelasan dan penegasan.

Pertama: Kerajaan Negeri Johor akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Kerajaan Negeri Johor berpendirian bahawa SPRM harus diberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjalankan siasatan.

Adalah menjadi komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak. Ini bagi memastikan ketelusan dan kelancaran dalam siasatan yang dijalankan.

Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri juga akan dipastikan memberi kerjasama terbaik agar siasatan yang adil dapat dilakukan.

Kerajaan Negeri turut ingin memaklumkan bahawa Datuk Haji Abd Latif bin Haji Bandi, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal perumahan dan kerajan tempatan telah memohon untuk bercuti dari perkhidmatannya dalam Kerajaan sehingga siasatan ini selesai.

Tindakan ini amat bersesuaian agar proses siasatan dapat berjalan dengan lancar dan bebas demi mengangkat integriti dan ketelusan yang senantiasa menjadi pegangan kukuh Kerajaan Negeri.

Kedua: Pelepasan Status Bumiputera adalah dasar yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri berasa bertanggungjawab untuk ambil kesempatan bagi menjelaskan kekeliruan tentang isu yang melibatkan penukaran atau pelepasan status rumah-rumah Bumiputera kepada status awam atau bukan Bumiputera.

Dasar yang membenarkan pelepasan ini tidak sama sekali melibatkan rumah kos rendah dan mampu milik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Secara asasnya, penukaran dan pelepasan status atau kouta Bumiputera untuk rumah-rumah mewah dan bukan dalam kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau Rumah Kos Rendah adalah dibenarkan dan menjadi amalan Kerajaan Negeri dari dahulu lagi.

Ia terpakai kepada rumah-rumah mewah dan harganya di luar kategori RMMJ yang telah melepasi tempoh dan syarat tertentu, bagi mengelakkan lambakan rumah sedemikian yang tidak terjual kepada pembeli Bumiputera.

Permohonan ini lazimnya dibuat oleh pemaju perumahan untuk mengelakkan kerugian yang besar dan menjadi beban kepada komitmen pembiayaan projek pembangunan mereka.

Sejak akhir tahun 2013, penambahbaikan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan menetapkan bahawa salah satu syarat yang mesti dipenuhi oleh pemaju dalam membuat permohonan pelepasan status Bumiputera tersebut ialah dengan pemaju memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri. Jumlah yang ditetapkan ialah sebanyak 7.5%, iaitu bersamaan dengan 50% daripada 15% diskaun Bumiputera.

Selain itu, terdapat juga permohonan untuk membayar atau membuat sumbangan pada jumlah yang lebih rendah daripada peratusan yang ditetapkan ini terutamanya bagi projek-projek lama sebelum tahun 2013.

Kesemua keputusan berhubung kelulusan bagi setiap permohonan sebegini diputuskan oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh EXCO Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sumbangan atau kutipan yang diperolehi hasil bayaran penukaran dan pelepasan status Bumiputera ini kemudiaannya dimasukkan ke dalam Tabung Perumahan Bumiputera. Sumbangan yang diperolehi sejak 2013 adalah sebanyak kira-kira RM600 juta.

Dana ini seterusnya digunakan oleh Kerajaan Negeri melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) seperti PIJ Holding dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebagai sumber dana dan perbelanjaan untuk, antara lain:

(a) Mengenalpasti dan membeli tanah-tanah yang bersesuaian untuk dibina rumah mampu milik di seluruh Johor;

(b) membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah mampu milik untuk rakyat Johor seperti yang ditawarkan  dalam skim Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ);

(c) membina gerai-gerai atau pusat berniaga mampu milik untuk golongan Bumiputera;

(d) membolehkan Kerajaan Negeri membeli tanah-tanah milik Bumiputera yang strategik dan bersesuaian supaya ia kekal dimiliki Bumiputera;

(e) menjadi sebahagian daripada sumbangan dana pusingan di bawah skim pembiayaan perumahan rumah mampu milik Johor di bawah AmBank Islamic.

Maka, adalah ditegaskan, dana yang dikumpul hasil dari dasar ini, telah menjadi sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan lebih banyak lagi projek perumahan golongan Bumiputera.

Penjelasan ini sekaligus menjawab tuduhan tidak berasas wakil DAP bahawa kes yang dalam siasatan SPRM ini melibatkan rumah-rumah mampu milik Bumiputera dan kerana itu, terdapat kekurangan yang serius dalam jumlah rumah mampu milik yang boleh dibeli oleh Bumiputera.

Ketiga: Kerajaan Negeri akan memperkemas prosedur dan tadbir urus

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan pemantapan prosedur dan tadbir urus Kerajaan Negeri diperkemaskan.

Kerajaan Negeri akan membuat pengumuman selanjutnya dalam sedikit masa lagi tentang langkah-langkah penambahbaikan tadbir urus dan tatakelola pentadbiran Kerajaan Negeri bagi mengelakkan segala bentuk ketirisan dan penyalahgunaan.

Pihak Kerajaan Negeri berharap yang siasatan ini akan berjalan dengan lancar dan dapat dilengkapkan dengan sebaiknya. Adalah menjadi harapan kerajaan Negeri agar ia membuahkan keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.

YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Besar Johor
2 Mac 2017

Monday, March 7, 2016

Mukhriz Mahathir Mula U-Turn, Mengesahkan Dia Memang Tidak Layak Sebagai MB Kedah



Mukhriz Mahathir yang kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah dan bakal dilempar keluar dari UMNO, sekaligus menyenyapkan terus kerjaya politiknya, sekarang ini dilihat bertungkus-lumus untuk 'memperbetulkan' semula masalah yang diciptanya sendiri. 

Dia adalah salah seorang daripada penandatangani Deklarasi Anti-Najib yang diketuai oleh bapanya, Dr. Mahathir bersama-sama barisan pembangkang dan NGO pembangkang yang selama ini dicop oleh bapanya sendiri sebagai pengacau dan penjahanam negara. 

Barangkali sedar tentang bahaya yang sedang menimpanya, Mukhriz yang sudah tidak mampu berpatah balik terpaksa melakukan sesuatu yang lebih drastik. 

Pemecatannya daripada jawatan Menteri Besar Kedah telah dijadikan alasan untuk menentang Najib Abdul Razak dan melabelkan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang telah menjahanamkan Malaysia walaupun hakikatnya, perlantikannya sebagai Menteri Besar Kedah dibuat oleh Najib sendiri.

Kehilangan jawatan selaku Menteri Besar Kedah barangkali terlalu berat untuk Mukhriz Mahathir sehingga menghilangkan kewarasannya.

Menurut Mukhriz, persekongkolan dia, bapanya, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal serta beberapa orang sespesiesnya yang lain yang mendapat banyak manfaat daripada UMNO adalah hanya untuk menendang Najib Abdul Razak turun dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menyelamatkan Malaysia, tetapi mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai Kerajaan yang memerintah. 

Apa bodoh sangatkah anak Mahathir ini?

Semenjak bila pula DAP, PKR, PAN dan NGO-NGO yang tidak pernah menghargai segala usaha UMNO-BN, mahu membantu UMNO-BN mengekalkan kuasa tetapi menendang Najib Abdul Razak?

Tendang Najib Abdul Razak yang merupakan Presiden UMNO dan dipilih sebagai Perdana Menteri oleh komponen Barisan Nasional setelah BN menang majoriti di Parlimen, bermakna menghapuskan UMNO-BN dari kuasa. Sekaligus menyerahkan kuasa kepada Pakatan DAP-PKR-PAN-PAKATUN.

Benda sebegitu pun, Mukhriz masih nak menipu juga?

Memang tepatlah tindakan yang diambil oleh UMNO Kedah menolak kepimpinannya kerana Mukhriz memang tidak sepintar seperti yang digambarkan oleh para penyokong dan pengkagum bapanya. 

Difahamkan sekarang ini, Mukhriz sedang mengumpulkan kekuatan dengan persekongkolan dengan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Kedah, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini sepanjang dia bergelar Menteri Besar Kedah. Lebih malang lagi, persekongkolan kali ini melibatkan kolaborasi dengan PKR dan DAP kerana selain menentang Najib Abdul Razak, Mukhriz juga mahu membuktikan bahawa tanpa dia sebagai Menteri Besar Kedah, UMNO Kedah akan hancur.

Dan kehancuran tersebut dilakukan dari dalam.

Perkembangan yang dilihat amat menarik walaupun tiada dokumen untuk membuktikannya melainkan group WhatsApp gabungan Ketua-Ketua Cawangan Pro-Mukhriz di Kedah yang sedang bekerja 'keras' untuk tujuan tersebut. 


{ baca artikel asal di sini }



Monday, September 22, 2014

TAHNIAH AZMIN ALI JADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU... SELAMAT TINGGAL PKR DAN DAP DI SELANGOR!!!


Azmin Ali sedang dikesan melaksanakan rehearsal angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di Istana Selangor. Gambar-gambar dia sedang melakukan 'latihan' sebelum upacara angkat sumpah esok, sudah tersebar dan sedang viral di Facebook.

PKR pula masih lagi terkial-kial untuk menghadap DYMM Sultan Selangor bagi membolehkan mereka melaksanakan misi memujuk dan memaksa DYMM Sultan Selangor menerima Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Manakala DAP pula dilihat kelam-kabut kerana hubungan mereka dengan Azmin Ali tidak begitu baik.

PAS Selangor, khususnya yang masih wala' kepada pucuk pimpinan dan Majlis Syura Ulama PAS sudah bersedia untuk melakukan anjakan besar bagi membolehkan mereka menjadi pemain utama politik Selangor. Sebagai penyokong tegar Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar Selangor, PAS juga pada masa yang sama, telah melakukan sesuatu yang akan memantapkan parti itu dalam politik Selangor.

PKR sudah pun memecat Khalid Ibrahim daripada keahlian parti tanpa melakukan proses yang sah, bahkan lebih bersifat sebagai dendam peribadi apabila Khalid Ibrahim enggan berkompromi untuk meletakkan jawatan dan memberi laluan mudah kepada Wan Azizah.

Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR telah lama mengatur pergerakan dan rancangan untuk jawatan tersebut. Walaupun tidak begitu menonjol, tetapi pergerakan Azmin Ali sudah lama dicium.

PKR tahu, Azmin Ali mempunyai jumlah pengikut yang jauh lebih ramai berbanding Wan Azizah yang hanya bergantung kepada simpati, air mata, kipas Cina dan sarung tangan putih. Cubaan untuk menyingkirkan Azmin Ali telah dibuat terutama dengan menggunakan Chegu Bard dan Rafizi Ramli serta Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, bekas kroni kuat Azmin Ali.

Kini telah terbukti, perancangan yang dibuat oleh Azmin Ali jauh lebih menarik dan berwarna warni serta licik berbanding Kajang Move ciptaan Rafizi Ramli.

Azmin telah bersedia untuk dikenakan tindakan kerana mematuhi DYMM Sultan Selangor dengan pengaturan formula berikut:

AZMIN ALI + UMNO + PAS (- 2 ADUN) + 5 ADUN PKR = MAJORITI!!! 


Saturday, September 20, 2014

[ VIDEO ] PKR TETAP DENGAN PENDIRIAN, SULTAN KENA DENGAR CAKAP MEREKA, WAN AZIZAH PERLU JADI MENTERI BESAR!!



Tanpa memperdulikan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor agar parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama, PKR dan  DAP nak juga Wan Azizah dilantik sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

“Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail, malam ini melalui satu kenyataan media memohon dan menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Selangor supaya di izinkan untuk mengadap Baginda bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan untuk menyampaikan bahawa sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah jelas dan tidak berubah.”

Nampaknya Anwar Ibrahim tetap nak rempuh Baginda Sultan juga agar isteri beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor



Thursday, October 10, 2013

Belanjawan Kelantan 2014 - Husam Musa Bidas Kelantan Isu Bijih Besi & Balak


Hah tu dia Husam Musa berjaya membuatkan MB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob tergagap-gagap dan tak dapat membezakan sumber antara akhbar atau blog . Kehebatan hujah Datuk Husam Musa ini membuatkan Datuk Ahmad Yaakob seperti budak darjah 2 diajar budak tingkatan 5.


Tapi selepas dalam sidang DUN dan menghentam pihak Rejim PAS sendiri dia terus nak lari.

Adakah orang macam ni yang nak dijadikan sebagai Timbalan Presiden PAS Pusat? Yang dikatakan mampu untuk meneruskan perjuangan Ulama?

Janganlah  semata - mata  kerana tidak dilantik menjadi Exco Rejim membuatkan dia berdendam kesumat serta sanggup mengaibkan Rejim sendiri.
_______________________________________________________________________
Sebenarnya bukan Hussam Musa sahaja yang tidak mendapat perkenaan Tuaku Sultan Kelantan malah Dato Shukri bekas Penasihat Tuanku Sultan juga ditolak oleh Tuanku.

Untuk makluman, Dato Shukri yang sebelum ini merupakan penasihat Tuanku Sultan Kelantan telah dipecat oleh Istana ekoran laporan yang mengaitkan salah guna kuasa apabila wang RM800 ribu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Tuaku Sultan Kelantan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato Shukri.

Ekoran daripada pendedahan tersebut Tuanku Sultan menjalankan siasatan dan mendapati laporan tersebut adalah benar dan Tuanku Sultan menitahkan agar wang RM800 ribu dikembalikan kepada Yayasan Sultan Kelantan.

Kebijaksanaan Tuaku Sultan tidak berakhir disitu sebaliknya Tuanku melakukan penyiasatan akan penyelewengan yang berlaku tanpa pengetahuan beliau sepanjang Dato Shukri menjadi penasihat Tuanku Sultan. Ternyata Tuanku Sultan tepat apabila mendapati Dato Shukri telah menjalankan kerjasama dalam merompak hasil balak Kelantan bersama dengan Hussam Musa EXCO Kerajaan Negeri disamping peguam utama Hussam musa sendiri Fauzi yang melakukan kerja dokumen dan pembersihan dalam kerja kotor yang dilakukan.

Modus operandi mereka cukup licik yang mana Hussam Musa melalui peguamnya dan beberapa pegawai kerajaan Negeri mendokumentasikan permohonan untuk mengorek bijih besi dikawasan balak. Dato Shukri yang mempunyai kuasa tanpa pengetahuan Tuanku Sultan telah meluluskan permohonan Hussam Musa itu agar kawasan yang kononya didakwa mempunyai bijih besi diterokai.

Hakikat sebenar modus operandi mereka adalah untuk menebang balak dan setelah balak ditebang maka mereka akan melaporkan tidak ada bijih besi dijumpai. Kegiatan ini berterusan dari masa ke semasa yang mana kumpulan Dato Hussam dan Dato Shukri telah mengaut berpuluh puluh juta hasil dari modus operandi mereka.

Tuanku Sultan telah mengetahui kegiatan mereka ini dan atas sebab itulah Dato Shukri dipecat dari Istana dan Hussam Musa dipecat dari jawatan Exco Kerajaan negeri. - Sebastian Phui


Gempar! Husam Musa tutuh MB Ahmad Yaakob hingga tergagap tak dapat beza akhbar atau blog.


Husam Musa dengan susunan tuturkata lemah gemalai sambil tangan tersembunyi di belakang begitu bijak menghujahkan alunan perbahasan hinggakan terpukau sesiapa yang memandang


Dalam  perbahasan Ucapan Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014, Husam Musa berjaya membuatkan MB Kelantan , Datuk Ahmad Yaakob tergagap-gagap dan tak dapat membezakan sumber antara akhbar atau blog pada minit 10:45 . Kehebatan hujah Datuk Husam Musa ini membuatkan Datuk Ahmad Yaakob seperti budak darjah 2 diajar budak tingkatan 5 .

Jelas di sini, rakyat Kelantan boleh menilai kebijaksanaan dan kehebatan hujah Datuk Husam Musa lebih baik dari mana-mana wakil rakyat Pas yang menerajui negeri Kelantan.

Persoalannya : Kenapa Datuk Husam Musa terpinggir ?
 
Adakah kerana MB Datuk Ahmad Yaakob ?
Adakah kerana TMB Datuk Nik Amar ?
Atau adakah kerana Istana?

Rakyat Kelantan memerhati..


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.