Mukhriz
Mahathir yang kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah dan bakal
dilempar keluar dari UMNO, sekaligus menyenyapkan terus kerjaya
politiknya, sekarang ini dilihat bertungkus-lumus untuk
'memperbetulkan' semula masalah yang diciptanya sendiri.
Dia
adalah salah seorang daripada penandatangani Deklarasi Anti-Najib
yang diketuai oleh bapanya, Dr. Mahathir bersama-sama barisan
pembangkang dan NGO pembangkang yang selama ini dicop oleh bapanya
sendiri sebagai pengacau dan penjahanam negara.
Barangkali
sedar tentang bahaya yang sedang menimpanya, Mukhriz yang sudah tidak
mampu berpatah balik terpaksa melakukan sesuatu yang lebih drastik.
Pemecatannya
daripada jawatan Menteri Besar Kedah telah dijadikan alasan untuk
menentang Najib Abdul Razak dan melabelkan Najib Abdul Razak sebagai
Perdana Menteri yang telah menjahanamkan Malaysia walaupun
hakikatnya, perlantikannya sebagai Menteri Besar Kedah dibuat oleh
Najib sendiri.
Kehilangan
jawatan selaku Menteri Besar Kedah barangkali terlalu berat untuk
Mukhriz Mahathir sehingga menghilangkan kewarasannya.
Menurut
Mukhriz, persekongkolan dia, bapanya, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal
serta beberapa orang sespesiesnya yang lain yang mendapat banyak
manfaat daripada UMNO adalah hanya untuk menendang Najib Abdul Razak
turun dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menyelamatkan
Malaysia, tetapi mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai
Kerajaan yang memerintah.
Apa
bodoh sangatkah anak Mahathir ini?
Semenjak
bila pula DAP, PKR, PAN dan NGO-NGO yang tidak pernah menghargai
segala usaha UMNO-BN, mahu membantu UMNO-BN mengekalkan kuasa tetapi
menendang Najib Abdul Razak?
Tendang
Najib Abdul Razak yang merupakan Presiden UMNO dan dipilih sebagai
Perdana Menteri oleh komponen Barisan Nasional setelah BN menang
majoriti di Parlimen, bermakna menghapuskan UMNO-BN dari kuasa.
Sekaligus menyerahkan kuasa kepada Pakatan DAP-PKR-PAN-PAKATUN.
Benda
sebegitu pun, Mukhriz masih nak menipu juga?
Memang
tepatlah tindakan yang diambil oleh UMNO Kedah menolak kepimpinannya
kerana Mukhriz memang tidak sepintar seperti yang digambarkan oleh
para penyokong dan pengkagum bapanya.
Difahamkan
sekarang ini, Mukhriz sedang mengumpulkan kekuatan dengan
persekongkolan dengan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Kedah, sesuatu yang
tidak pernah dilakukannya sebelum ini sepanjang dia bergelar Menteri
Besar Kedah. Lebih malang lagi, persekongkolan kali ini melibatkan
kolaborasi dengan PKR dan DAP kerana selain menentang Najib Abdul
Razak, Mukhriz juga mahu membuktikan bahawa tanpa dia sebagai Menteri
Besar Kedah, UMNO Kedah akan hancur.
Dan
kehancuran tersebut dilakukan dari dalam.
Perkembangan
yang dilihat amat menarik walaupun tiada dokumen untuk membuktikannya
melainkan group WhatsApp gabungan Ketua-Ketua Cawangan Pro-Mukhriz di
Kedah yang sedang bekerja 'keras' untuk tujuan tersebut.
{ baca artikel asal di sini }
