Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Najib.. Show all posts
Showing posts with label Najib.. Show all posts

Wednesday, June 7, 2017

AC Mizal Labur Jutaan Ringgit Buka Stesen TV Sendir


.


Sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air, Datuk AC Mizal antara selebriti yang sukses membina nama sebagai seorang penghibur versatil.

Malah, figura berusia 43 tahun ini bergelar usahawan dan menjalankan perniagaan di dalam dan luar negara termasuklah mempunyai hotel di Bali, Indonesia.

Terbaru, AC berani melaburkan wangnya sendiri yang mencecah jutaan ringgit untuk membuka sebuah stesen televisyen sendiri.

Pemilik nama sebenar Mizal Zaini ini ketika ditemui pada majlis pengumuman Top5 Anugerah Bintang Popular (ABPBH2014) di Kuala Lumpur semalam mendedahkan beliau akan melancarkan stesen televisyennya yang diberi nama Peace Yo. FM pada April nanti.

"Stesen ini berkonsepkan hiburan sepenuhnya yang akan memaparkan pelbagai program realiti dan drama yang akan diterbitkan produksi saya sendiri. Kandungannya bukan saja terhad tentang dunia hiburan dalam negara malah, tertumpu juga pada hiburan antarabangsa di seluruh dunia

"Untuk kandungan di luar negara, saya akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara untuk mereka turut sama menyumbang apa saja yang boleh dijadikan kandungan program.

"Bukan mudah sebenarnya untuk membina sebuah stesen TV. Walaupun ianya online tapi dari segi peralatan dan keperluan seperti kamera memerlukan kos yang sangat tinggi. Namun, demi merealisasikan impian saya ini, saya sanggup melabur jutaan ringgit wang sendiri untuk perniagaan kali ini.

"Pelaburan sebanyak itu untuk memastikan stesen TV saya ini mencapai tahap piawaian dan profesional sebuah stesen penyiaran," kongsinya dengan nada penuh yakin.

Tambahnya, bermula 1 Mac ini satu ujibakat akan diadakan pencarian deejay dan wartawan siaran untuk stesen tersebut. Sesi ujibakat akan diadakan seawal jam 9 pagi bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Seramai 25 orang diperlukan untuk berhidmat dengan stesen tersebut.

"Pada 1 Mac ini akan diadakan ujibakat terbuka kepada sesiapa saja dalam kalangan usia 18 hingga 30 tahun. Bagi saya, tidak kira sama ada mereka itu punya kelulusan universiti atau tidak, apa yang penting jika mereka berbakat dan layak, tentu akan ada peluang untuk menyertai stesen TV saya.

"Dalam beberapa bulan ini Peace Yo. FM akan beroperasi selama 12 jam dulu tetapi kemudian nanti baru ia beroperasi selama 24 jam," katanya.

Bercerita lagi mengenai perniagaannya itu, AC menyatakan idea untuk mewujudkan stesen TV sendiri sebenarnya sudah lama difikirkan. Sementelah ia sebagai salah satu perancangan untuk diri terus melibatkan diri dalam dunia penyiaran.

Di samping itu, AC juga berharap Peace Yo.FM dapat dijadikan sebagai platform untuk artis-artis baru mempromosikan diri.

"Sudah lama saya fikirkan tentang mahu bukan stesen TV sendiri. Sebenarnya, bahagian kandungan rangan berbahasa Cina Peace Yo.FM sudah pun beroperasi sejak lima bulan lalu. Jadi sekarang pihak saya sedang buat persiapan untuk bahagian Bahasa Melayu dan pelancarannya nanti.

"Selain ini satu lagi cabang perniagaan saya, ia juga sebagai platform untuk artis-artis baru masa kini untuk promosikan diri mereka. Sebab sekarang ini apa yang dapat kita lihat, kebanyakan stesen TV sering menampilkan artis-artis yang sama saja kerana berdasarkan nilai komersial mereka.

"Jadi, diharapkan Peace Yo. FM dapat dijadikan ruang untuk muka-muka baru mempromosikan bakat mereka," tuturnya teruja.

Bagaimanapun, AC mengeaskan beliau tidak akan muncul di stesen televesyennya sendiri kerana terikat sebagai artis eksklusif stesen TV berbayar, Astro.

"Walaupun fokus saya buat masa pada perniagaan saya tapi karier seni dan kerjaya pengacaraan masih saya lakukan seperti biasa.

"Cuma, saya tidak akan muncul di stesen TV saya kerana saya masih lagi artis eksklusif Astro," katanya yang turut memberitahu mendapat banyak tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Astro sepanjang melaksanakan projeknya itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejayaannya tercalon dalam Top 5 kategori Pengacara Paling Popular, penyayi lagu Paranoid ini berharap dia dapat mengulangi kemenangannya seperti tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya tercalon Top 5 pada tahun ini dan berharap menang seperti tahun lalu," katanya.

Perkembangan lain, AC juga menyatakan beliau akan melancarkan talian telefonnya sendiri iaitu Best Mobile pada penghujung Mei nanti..


- mD

Sunday, May 7, 2017

Rafizi Ramli Tak Tahu Antara Suntikan Modal dan Beli Saham di Pasaran Bursa Malaysia



CTS : Kalau bukan pembohong bukan Rafizi Ramli namanya. Kami akan sentiasa menghasut Rakyat Malaysia, itulah cogankata Ahli Parlimen Pandan yang terkenal dengan panggilan sotong di media sosial.
Rafizi Ramli di dalam posting blog beliau bertarikh 04/05/2017, baca di sini, telah membuat tuduhan berat kepada Tabung Haji dengan kenyataan seperti berikut:

Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?

Berdasarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2013 dan 2017 seperti di bawah, jumlah saham syarikat Putrajaya Perdana Berhad (kenapa sengaja nama syarikat yang dituduh disalah ejakan oleh Rafizi Ramli sebagai Putra Perdana Berhad?) tidak berubahdan masih jumlah sahamnya RM140 juta?

Ini adalah kerana 30% saham yang dibeli oleh Tabung Haji ke atas syarikat Putrajaya Perdana Berhad adalah dari pihak lain melalui Bursa Malaysia dan bukan suntikan modal baru ke dalam Putrajaya Perdana Berhad.


Suntikan modal bermaksud wang Tabung Haji akan masuk ke Putrajaya Perdana Berhad manakala membeli saham dari pihak lain maksud wang Tabung Haji akan dibayar kepada pihak penjual saham. Ini bermakna bahawa wang dari Tabung Haji langsung tidak mungkin digunakan oleh Putrajaya Perdana Berhad untuk membayar balik SRC.




Persoalan kedua pula, adakah pelaburan Tabung Haji di dalam Putrajaya Perdana Berhad merugikan? Selepas Tabung Haji melabur di dalam Putrajaya Perdana Berhad pada tahun 2014, penjualan tahunan dan keuntungan Putrajaya Perdana Berhad meningkat dari RM62 juta untuk tahun 2013 kepada RM80 juta bagi tahun 2015.




Rafizi Ramli telah jelas kantoi menipu ataupun YB Sotong ini tidak faham perbezaan di antara suntikan modal dengan transaksi jual beli saham sedia ada. Rafizi Ramli ini sama ada beliau adalah seorang akauntan yang bodoh atau seorang tukang putar belit nombor satu negara.


Thursday, December 10, 2015

Saya Pilih Berjiwa Besar- Najib


1. DS Najib Razak, dengan terus terang, walaupun tergores, terluka sebagai mana fitrah beliau sebagai manusia, namun beliau memilih sebagai manusia yang berjiwa besar.

2. Berasaskan pengakuan itu, ertinya sebagai Presiden parti, beliau sanggup menerima sebarang kritikan termasuk berbagai dakwaan antaranya daripada Timbalan Presiden dan mantan Perdana Menteri.

3. Natijah ucapan dasar DS Najib, apapun perbalahan dalam kepimpinan parti, yang paling mustahak adalah mempertahankan parti bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Pendirian itu, menurut Najib, jika Umno bukan menjadi tunjang kepada pemerintahan negara, maka melayu/bumiputera akan diperlekeh di watan sendiri.

4. Bagi DS Najib, sejak negara merdeka, semua Perdana Menteri atau Presiden Umno tidak pernah terlepas daripada cabaran getir, namun kerana prinsip dan anutan parti, maka semua cabaran itu dapat diatasi dengan jayanya. 

5. Kerajaan yang berpaksikan kepada melayu/bumiputera, sangat bergantung kepada keutuhan Umno, kekuatan Umno, kerana telah terbukti, Umnolah yang membangun negara sehingga diiktiraf di serata dunia. Akibat perjuangan Umno, maka pembangunan, perkembangan perekonomian dan kemajuan lain dapat dirasakan oleh semua pihak, malah negara dapat menghulur bantuan kepada negara-negara sahabat termasuk rakyat negara lain yang tertindas.

6. Kemajuan negara yang berpaksikan kepada perjuangan Umno, menyebabkan pihak pembangkang bernafsu sangat memerintah negara. Akibat perjuangan Umno, maka kini, pembangkang hanya menuainya di Selangor dan Pulau Pinang. Atas keseronokan itu, maka pembangkang yang diketuai DAP, kini sedang mengatur pelbagai strategi untuk merampas kerajaan persekutuan, dan seterusnya menafikan kepimpinan melayu/bumiputera. 

Sunday, September 13, 2015

Razak Baginda dulu dituduh arah bunuh, Kini dituduh membunuh sendiri? Gila ke APA


Peperangan persepsi yang menjadi agenda utama pembangkang dalam mempengaruhi minda rakyat Malaysia telah sampai ke tahap yang cukup membosankan terutama apabila mereka kekeringan modal atau idea untuk memfitnah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini 1MDB dan derma RM2.6 billion menjadi isu yang pembangkang gunakan untuk menyerang Najib. Kita perlu ingat bahawa tindakan menyerang Najib merupakan tindakan menyerang UMNO dan Barisan Nasional.

Memandangkan beberapa pembongkaran yang berjaya dilakukan berkenaan dua isu diatas maka pembangkang dilihat terpaksa kitar semula isu yang sudah lapuk iaitu Altantuya. Dalam dua tiga hari ini, media utama pembangkang, Malaysian Insider dan Malaysiakini dilihat cuba menggunakan Altantuya walaupun pembunuh Altantuya telah dijatuhkan hukuman yang sewajarnya.

Media asing terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan negara dan ia melibatkan pelbagai peringkat – “dari atas ke bawah, dan dari dalam dan luar negara”.

Salam's response was "they want to discuss"

“Tak ada gambar, tiada bukti dan tiada ada SMS, ia muncul semula. Kes ini sudah lenyap selama bertahun-tahun dan kini ditimbulkan lagi,” katanya.

Sekali lagi Perdana Menteri mengulangi ikrarnya bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.


Namun pembangkang tetap menggunakan Altantuya dalam usaha mereka untuk menyerang Najib. Memetik kata-kata Lim Kit Siang dalam The Malaysian Insider,

“The Altantuya Shaariibuu case will continue to hang over Prime Minister Datuk Seri Najib Razak as long as there is no probe into the motive behind the Mongolian woman’s murder, said Lim Kit Siang”.


Ini membuktikan bahawa asas perjuangan pembangkang hanya berdasarkan kepada fitnah dan tohmahan semata-mata.
Di atas adalah bukti yang diguna untuk buat cerita baru Sirul minta 15 juta dari Najib supaya dia hilangkan ke Australia dan diberi duit saraan.

Demikianlah yang dibuat cerita oleh Al Jazeera dan Sarawak Report terbaru.

Mudahnya SMS yang tidak boleh disahkan dijadikan bukti. Hanya sebab orang Malaysia mudah diperdaya dengan spin dan propaganda.

Sarawak Report menulis:
Tellingly, the response from Najib’s intermediary with Sirul, Abdul Salam bin Ahmed, was that the matter was “being discussed”.  Salem has regularly visited Sirul, who is being held at the Villawood detention centre in Sydney and is believed to be involved in funding his legal team in Australia.

Suatu masa dahulu, Datin Seri Rosmah yang dituduh membunuh sendiri dengan pelbagai dokumen tipu dibuat.
Ada pula ura-ura menuduh Razak Baginda sebagai orang yang berniat mahu bunuh dan arah bunuh. Asasnya adalah Altantunya ada membuat polis report yang mengatakan jika ada apa-apa berlaku padanya, Razak yang bunuh. Malah surat pun ada tapi tidak tahu kenapa pula tidak diguna dalam mahkamah.
Namun begitu, cerita dah berubah pula:

Another shocking new allegation brought forward by the programme is that Sirul confided to an Australian relative that the person who had shot Altantuya was none other than the former boyfriend, whom she had been trying to blackmail, Razak Baginda. 
Baginda, who was Najib’s personal negotiator for the Scorpene Submarine deal with France was never put on trial or questioned as a witness for the murder, despite having contacted Najib’s bodyguards to help him deal with the harassment from his former lover. 

According to Sirul, his relative said, there were three at the murder scene. Baginda had shot Altantuya, but the two body had been tasked to then destroy the body with explosives.

In January Baginda had told a press conference that the case had been a case of “rogue cops” and denied there was any further need to establish motive.

There will now be international pressure to re-open the case where a key witness is in an independent third party state with a strong legal system and the conduct of this trial will inevitably be found wanting.

Fokus pembangkang lebih kepada kepentingan diri mereka sendiri. Segala laungan untuk rakyat, demi rakyat dan bermacam-macam lagi sekadar kata manis untuk memperdayakan mereka yang senang diperbodohkan oleh pembangkang. 



Baca juga Unspinners di sini

Friday, September 11, 2015

Polis Thailand ada bukti komplot guling kerajaan?


Bukti daripada polis Thailand boleh dianggap penting dalam siasatan oleh polis Malaysia terhadap peranan beberapa individu Malaysia yang terkemuka di sebalik komplot menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut sumber-sumber polis.

Komplot itu, menurut mereka, dilaksanakan melalui kempen media bertujuan menyerang 1Malaysia Development Bhd.(1MDB). 

Sumber polis Thailand berkata, warga Switzerland, Xavier Andre Justo membekalkan para penyiasat dengan urutan masa terperinci mengenai konspirasi untuk menggugat kerajaan Malaysia yang dirancang oleh pihak-pihak diketuai oleh editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sejak enam bulan lepas.

Justo, yang ditahan pada pertengahan Jun di Thailand, telah mengaku mencuri dan cuba memeras ugut bekas majikannya dengan menggunakan maklumat sulit yang dicuri dan telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu. 

Pada April 2011, semasa bertugas sebagai ketua unit IT PetroSaudi International Ltd., (PetroSaudi), dia mencuri lebih 90 gigabyte data dari server syarikat dan kontraknya dengan syarikat tersebut ditamatkan sejurus selepas itu.

Pada 2013, Justo cuba memperoleh ganjaran kewangan daripada maklumat yang dicurinya dengan memeras bekas majikannya. 

Percubaan itu gagal dan lelaki berusia 48 tahun itu mula mencari pembeli baharu bagi maklumat tersebut. 

Sumber-sumber polis berkata, melalui seorang rakan di Switzerland, Justo telah menghubungi ahli perniagaan yang berpusat di London, Kamal Siddiqi (Baca Sini) yang memperkenalkannya dengan Rewcastle-Brown, yang kemudian melakukan pelbagai percubaan untuk bertindak sebagai perantara bagi menjual maklumat yang dicuri dengan beberapa kumpulan Malaysia.

Menurut sumber polis Thailand, Rewcastle-Brown mulanya menghubungi Nurul Izzah Anwar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara, bagi mendapatkan maklumat daripada Justo tetapi percubaan itu tidak berjaya berikutan perbezaan dalam kaedah pembayaran.


Selepas pelbagai percubaan dengan pembeli yang berpotensi, Rewcastle Brown akhirnya dapat menghubungi ahli pembangkang Tony Pua pada sekitar November tahun lepas yang membolehkan dia berhubung dengan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.

Sumber-sumber polis berkata Brown, Justo dan Kooi Ong mengadakan pertemuan di Fullerton Hotel di Singapura pada sekitar Februari tahun ini dan sejurus selepas itu, pemilik akhbar The Edge dan Justo bersetuju dengan terma-terma bagi penjualan data korporat yang dicuri itu.

Menurut sumber-sumber tersebut, Kooi Ong bersetuju membayar AS$2 juta kepada Justo Consulting Co Ltd, yang berpusat di bandar peranginan pulau Koh Samui, Thailand, bagi penjualan apa yang disifatkan sebagai "Justo Property IT Software".

Justo mengaku bahawa persetujuan tersebut bertujuan bagi membuat pembayaran untuk penjualan maklumat PetroSaudi yang dicuri.


Sejurus selepas persetujuan itu selesai, Sarawak Report mula membuat liputan agresif bersama The Edge dan portal berita Malaysian Insider mengenai perkembangan berhubung PetroSaudi dan 1MDB.  Sumber seterusnya di SINI

Thursday, October 2, 2014

CERITERA 20 SEN... JANGAN KLIK AHHH MALAS LAH... NAK TULIS PUN RASA MALAS.... MALAS... MALAS...
























ps: satu soalan je aku nak beri dekat menteri berkaitan dan penasihat ds najib serta ds najib sendiri, tengah seronok pr kena kiri kanan berbulan-bulan, sokongan ke arah bn pun semakin ok, kerana keputusan bodoh ini, nak naik pun tunggulah lepas raya haji ke, dah tu nak suruh penyokong bn hangguk kepala dengan keputusan ini... dengar denyut nadi rakyat woiii... bukan buat keputusan kerana nak kurangkan itu ini... kepala bana... 



Saturday, September 14, 2013

Pemandu paling banyak mengiklan di media pembangkang

Syarikat-syarikat berkaitantan dengan kerajaan (GLCs) lebih suka mengiklan dalam media pembangkang. Sebab itulah The J-Star yang saban hari sarat dengan iklan boleh begitu jadi sombong sekali. Mereka mengaut keuntungan yang lumayan dan melambak-lambak.


http://www.malaysiakini.com/news/241068

Baru-baru ini, The Sneaky Star mengundang kontroversi apabila ia membelakangkan liputan sambutan Hari Merdeka. Sila baca ‘Melampau! The Star siarkan berita DYMM Agung & sambutan Kemerdekaan di mukasurat 20! @Najibrazak’ di blog Dr Novandri Hasan Basri.

Sungguhpun pengarang-pengarang Firsters suratkhabar itu kerap mendabik dada mencanangkan diri mereka sebagai warga yang paling kuat semangat cintakan negara, namun ianya akhbar-akhbar pesaingnya yang ikhlas menjiwai Hari Kebangsaan dan bukan wartawan pandai bermuka-muka J-Star itu.

Contohnya pada 31 Ogos baru-baru ini, the New Straits Times memaparkan tajuk utama ‘Call to stay united, Merdeka spirit: Defend country’s sovereignty to move forward and develop nation, says PM’ pada muka hadapan akhbar tersebut.

Pada 1 Sept pula, NST membentangkan gambar besar bendera kebangsaan yang diangkat semasa perarakan sambutan Merdeka, diringi dengan tajuk ‘Colourful show of patriotism’ pada halaman depan


muka_hadapan

Selain NST, liputan hari Merdeka juga menyerlah di dada akhbar Utusan (imej atas).
Namun, sepertimana yang diketahui kita semua, The J-Star hanya memuatkan berita acara-acara Merdeka pada m/s 20.

Screenshot bawah: Komen seorang pembaca @ 2013/09/14 at 1:03 pm:

Utusan lawan The J-Star  Helen Ang 2013-09-14 14-05-36

Bukan sahaja MAS yang didakwa kurang berminat meletakkan iklan dalam akhbar Melayu Utusan,

Pemandu, iaitu badan konsultan khas kepada Perdana Menteri, telah TERLALU BANYAK mengiklan program-program ETP mereka dalam media pembangkang seperti Malaysiakini dan The J-Star.

Saya rasa ada baiknya jika wakil-wakil rakyat daripada Umno mengemukakan soalan di Dewan untuk dijawab pihak-pihak yang berwajib. Kita mengkehendaki kerajaan mendedahkan perincian butir-butir perbelanjaan iklan setakat ini oleh Pemandu.



PM Umum RM700 Juta Dana Tambahan Kepada Tekun, RM300 Juta Kepada Amanah Ikhtiar

SHAH ALAM, 14 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bilangan usahawan Tekun Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015 manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.

najib-majlis-memperkasa-agenda-ekonomi-bumiputera-melayu-dewan-canselor-uitm-shah-alamBerucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini, Najib berkata peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti AIM, Tekun Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh dalam mengatasi isu akses kepada pembiayaan bagi kalangan usahawan kecil dan sederhana.

Ini, kata Najib bagi memastikan bilangan usahawan Bumiputera yang menerima pembiayaan dapat ditingkatkan.

Perdana Menteri turut memperkenal skim pembiayaan unik baharu – Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun.

Superb akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik dan mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baharu Usahawan Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko.

Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi dalam menyertai bidang bidang baharu berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau,” katanya.

Perdana Menteri berkata bagi menjawab keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses pasaran, semua Kementerian dan GLC telah diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera.

Pemilihan vendor juga mestilah berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera bagi memastikan mereka dapat dipupuk supaya berdaya maju dan mampan, katanya.

Menyentuh pemerkasaan Program Pembangunan Vendor (VDP), Najib berkata Petronas akan melonjakkan program VDPnya bagi mengukuhkan rantaian bekalan sektor minyak dan gas.

Tindakan yang sama akan dilaksanakan Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

Seiring itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, sebagai langkah untuk memastikan peluang syarikat Bumiputera memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar ‘Carve-out’ akan diperluas kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC.

Dasar ini telah berjaya dilakukan dalam projek MRT, dengan 47 peratus atau RM9.0 bilion diluluskan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.

Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenal pasti untuk terlibat dalam program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh,” kata Najib.

-UMNO online.


Friday, September 13, 2013

RENUNGAN KHAS UNTUK PRESIDEN UMNO DAN SAF KEPIMPINAN...!!


Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, YB Dato Mohammad Razi Kail telah dipilih semula secara sebulat suara sebagai Ketua Cawangan KG Sg Jelutong.

Apabila ditanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Dato Hj.Ismail Lasim berkenaan dengan persidangan UMNO Cawangan Sg Jelutong, beliau menjawab melalui SMS yang berbunyi; 

"Salam, Saya benar-benar tidak tau yg sg jelutong telah mengadakan mesyuaratnya. Cuba tanya kepada pemantau. Tks"

Kemudiannya, SU Bahagian memberi respon kepada saya melalui sms yang berbunyi;

"Salam, sahabat mungkin dah dapat salinan surat jawapan dr UMNO Msia berhubong protes persidangan cwg sg jelutong yg lalu. Di mana cwg sungai jelutong di arahkan mengadakan persidangan semula sebelum 15 september 2013. Lapuran dr sahabat akan d ambil perhatian & tindakan segera. Tks."

1. YB Mohammad Razi Kail telah bertindak diluar jangkaan dengan mengadakan "mesyuarat kilat" dengan hanya memaklumkan kepada penyokongnya untuk hadir mesyuarat pada 12 Sept 2013(semalam).

2. Ramai ahli terutama yang bermastautin di kampong tertanya-tanya kerana mereka tidak dimaklumkan tentang persidangan tersebut samada melalui notis mesyuarat, sms atau pun mulut. 

3. Ahli yang tinggal di luar pula, hanya mereka yang menyokong atau mungkin boleh menyokong YB Razi sahaja yang dijemput.

4. Yang jelas, Ketua Bahagian sendiri tidak tahu-menahu wujudnya persidangan cawangan sg jelutong. Bermakna tiada notis persidangan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pihak bahagian mahupun kepada ahli tentang persidangan tersebut.

5. Saksi-saksi yang ada di dewan mesyuarat memaklumkan kehadiran tidak sampai pun 40 orang, apatah lagi unyuk mencapai syarat korum 56 orang. Tetapi catatan kehadiran menunjukkan kehadiran seramai 58 orang. Saksi juga memaklumkan sekurang-kurangnya 3 orang ahli hantu hadir di dalam dewan dan dikira sebagai korum, termasuk Zarina binti Kail, iaitu adik kepada YB Razi sendiri.

6. Wakil bahagian yang dikatakan hadir, bernama cikgu Sharom dan Zaid, manakala wakil pemantau pula orang yang dipanggil gelar tok batin Baha.

7. Persidangan dilangsungkan sepantas kilat, dan tidak sampai 40 minit keseluruhan masa termasuk ucapan ketua cawangan. Pukul 3 petang kesampaian YB Razi ke balairaya Sg Jelutong. Jam 4.10 minit, saksi telah melihat konvoi YB Razi dan para penyokongnya sampai ke pejabat Dun di Taman Putra Batu Kikir.

Demikianlah "al kisah" sebahagian dari senario yang berlaku hasil dari kepimpinan dan kerja-tangan seorang yang bertaraf Ahli Yang Berhormat di zaman UMNO dikatakan sedang menjalankan proses transformasi politik bagi menarik kembali minat dan sokongan kalangan generasi muda melayu yang semakin jauh dari UMNO.

1. Seorang pemimpin bertaraf YB dan bendahari UMNO bahagian yang diharapkan menyumbang kepada perpaduan ahli dan masyarakat kampong telah bertindak menjadi penyumbang terbesar kepada perpecahan yang semakin melebar.

2. Seorang pemimpin bertaraf YB yang juga pemimpin bahagian yang seharusnya menjadi pelopor kepada pengukuhan sokongan terhadap UMNO, sebaliknya telah melakukan suatu perbuatan yang boleh melemahkan UMNO dan boleh menyebabkan UMNO akan terus dibenci oleh ahli dan juga masyarakat.

3. UMNO yang sangat berjasa dan begitu besar peranannya untuk bangsa melayu, tetapi berpotensi besar untuk dijauhi dan dibenci oleh orang-orang melayu hanya disebabkan tindakan dan perlakuan kotor dan jijik seorang yang telah diberi amanah oleh pucuk pimpinan untuk berkhidmat membantu rakyat, ahli parti dan seterusnya memastikan UMNO terus disokong dan diperkuatkan demi masa depan agama, bangsa dan tanah air.

4. Seorang ahli Yang berhormat yang begitu takut kepada bayang sendiri dan begitu fobia kehilangan jawatan yang hanya bertaraf "Ketua Cawangan", tetapi demi mengekalkan jawatan, ahli Yang Berhormat ini sanggup meleraikan perpaduan, menggadai keharmonian dan menghilangkan perasaan "aman" di setiap jiwa penduduk kampong. 

5. Hari ini, hasil dari tindakan primitif seorang ahli Yang Berhormat, semua nikmat ini segalanya sudah lenyap dari kehidupan masyarakat di Kg Sg Jelutong.




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.