Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label src. Show all posts
Showing posts with label src. Show all posts

Saturday, June 10, 2017

Najib Tamatkan F1 : Setelah 17 Tahun Kita Diperbodohkan?

Pada mulanya, saya 70% menyokong Malaysia menghentikan Formula Satu tetapi selepas mendengar apa yang bekas pemilik F1 berusia 86 tahun yang bodoh Bernie Ecclestone berkata, saya sekarang 150% menyokong. 

Selepas Najib menyaksikan kita telah kerugian sejumlah besar wang kerana menghoskan F1 setiap tahun selama 17 tahun, Malaysia telah memilih untuk menghentikannya bemula dari tahun depan.

Ecclestone kemudian secara mengejut mengakui F1 telah sengaja meletakkan caj yang terlebih tinggi kepada tempat perlumbaan termasuklah Malaysia untuk hak untuk menghoskan F1 - oleh itu menyebabkan mereka kerugian.

Sebagai menjawab, bos litar Sepang kita Razlan Razali berkata Ecclestone tidak mempunyai rasa hormat dan menyebabkan penganjur "kelihatan seperti orang bodoh" apabila Ecclestone berkata mereka sengaja meletakkan harga yang terlebih tinggi. 

Ecclestone kemudian menjawab bahawa tidak ada yang akan merindui F1 Malaysia kerana mereka masih mempunyai Singapura. Beliau kemudian berkata:

"Tiada siapa yang membuatkan beliau kelihatan bodoh, dan ia adalah sukar untuk membuat orang kelihatan bodoh. Jika mereka bodoh, maka mereka memang bodoh," dan bahawa ia bukanlah salah mereka bahawa perlumbaan di Sepang tidak menghasilkan keuntungan.

Kami tidak perlu dengan sengaja dirompak oleh lelaki putih tua seperti anda dan dilayan tanpa rasa hormat.

Kami sudah ada bekas PM lama kami untuk merompak kami dan menghina kami. Kami tidak memerlukan anda, Ecclestone.

Tidak hairanlah begitu banyak trek popular dahulu seperti Zolder dan Zandvoort, Nürburgring dan Brands Hatch telah berhenti menganjurkan F1.

Korea Selatan juga menghentikan F1 mereka pada tahun 2013 hanya tiga tahun selepas memulakannya dengan memetik kos yang tinggi.

Malah Marseilles Grand Prix yang terkenal juga telah dihentikan selama 10 tahun dan hanya akan memulakannya kembali tahun depan.

Oleh itu, saya sekarang 150% menyokong untuk tidak dihancurkan oleh orang putih, kehilangan wang yang banyak setiap tahun (Forbes menganggarkan kos sebagai AS$1 bilion atau RM4.34 bilion dalam tempoh 10 tahun) dan yang teruk lagi, dihina pula.

Perdana Menteri kita telah membuat keputusan yang tepat untuk menggugurkan F1.

Jangan bimbang. Anda masih mempunyai Singapura, bukan?

Tulisan asal oleh:

Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 1 Mei 2017

----

http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/05/01/ecclestone-formula-one-will-not-miss-malaysian-gp/

Sunday, May 7, 2017

Rafizi Ramli Tak Tahu Antara Suntikan Modal dan Beli Saham di Pasaran Bursa Malaysia



CTS : Kalau bukan pembohong bukan Rafizi Ramli namanya. Kami akan sentiasa menghasut Rakyat Malaysia, itulah cogankata Ahli Parlimen Pandan yang terkenal dengan panggilan sotong di media sosial.
Rafizi Ramli di dalam posting blog beliau bertarikh 04/05/2017, baca di sini, telah membuat tuduhan berat kepada Tabung Haji dengan kenyataan seperti berikut:

Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?

Berdasarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2013 dan 2017 seperti di bawah, jumlah saham syarikat Putrajaya Perdana Berhad (kenapa sengaja nama syarikat yang dituduh disalah ejakan oleh Rafizi Ramli sebagai Putra Perdana Berhad?) tidak berubahdan masih jumlah sahamnya RM140 juta?

Ini adalah kerana 30% saham yang dibeli oleh Tabung Haji ke atas syarikat Putrajaya Perdana Berhad adalah dari pihak lain melalui Bursa Malaysia dan bukan suntikan modal baru ke dalam Putrajaya Perdana Berhad.


Suntikan modal bermaksud wang Tabung Haji akan masuk ke Putrajaya Perdana Berhad manakala membeli saham dari pihak lain maksud wang Tabung Haji akan dibayar kepada pihak penjual saham. Ini bermakna bahawa wang dari Tabung Haji langsung tidak mungkin digunakan oleh Putrajaya Perdana Berhad untuk membayar balik SRC.




Persoalan kedua pula, adakah pelaburan Tabung Haji di dalam Putrajaya Perdana Berhad merugikan? Selepas Tabung Haji melabur di dalam Putrajaya Perdana Berhad pada tahun 2014, penjualan tahunan dan keuntungan Putrajaya Perdana Berhad meningkat dari RM62 juta untuk tahun 2013 kepada RM80 juta bagi tahun 2015.




Rafizi Ramli telah jelas kantoi menipu ataupun YB Sotong ini tidak faham perbezaan di antara suntikan modal dengan transaksi jual beli saham sedia ada. Rafizi Ramli ini sama ada beliau adalah seorang akauntan yang bodoh atau seorang tukang putar belit nombor satu negara.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.