Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Red bean army. Show all posts
Showing posts with label Red bean army. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Bila Teresa Kok Jadi Ketua Polis Negara


Propaganda terbaru DAP yang melantik Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Ketua Pasukan Bertindak Terhadap Jenayah (CAT) "Head Anti Crime Task Force" bagi parti itu baru-baru ini.

Setiausahanya, Lim Guan Eng mengumumkan perlantikan tersebut yang menjadikan Teresa sebagai Ketua DAP untuk melawan jenayah di Malaysia sebaik selesai mesyuarat tergempar di Kuala Lupur baru-baru ini.

Secara spontan terbayang wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Ini disebabkan Perlantikan Teresa sebagai “big boss” untuk memerangi jenayah seolah-olah mengenepikan peranan dan tugas hakiki Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perlantikan sebagai “Ketua Polis DAP” ini adalah satu lagi siri sandiwara DAP untuk mengubah tumpuan ramai terhadap kontroversi integriti dan ketelusan yang menjadi pertikaian di kalangan ahli parti “chauvinis ultra kiasu” itu.




Untuk mengalih tumpuan umum, “andartu” itu perlu dilantik menjadi “heroin” untuk “mengkambing hitamkan” PDRM. Padahal, mereka mahu mengelak dari terus dikutuk berkenaan pemilihan CEC parti yang dicemari dengan kontroversi “kroni Dinasti Lim”…

Lebih pelik lagi, tugas pertama Teresa ialah mendesak pihak polis meningkatkan guna tenaga kerja anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah untuk memerangi jenayah. Mereka mahu tingkatkan jumlah anggota?

Tidak dinafikan kebelakangan ini kejadian tembak menembak mengakibatkan banyak kematian berlaku di negara kita. Namun apakah wajar kita menghukum pihak berkuasa khasnya Tan Sri Khalid tidak melakukan sebarang tindakan atau siasatan mengenainya?

Apakah kita fikir KPN kini sedang lepak-lepak di “coffee house” hotel 5 bintang sambil minum cappucino caramel sambil menghisap cerut Cuba dan menghembus asapnya berkepul-kepul? Pihak polis berpeluk tubuh saja, kah?

Mungkin ada pihak yang “termakan” dakyah pembangkang yang sengaja memperlekehkan peranan dan tindakan pihak PDRM dalam usaha mengekang jenayah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Malah ada yang membuta tuli berpandangan sama seperti Pakatan Haram yang sesuka hati mengatakan bahawa Malaysia kini sudah “tidak selamat”. Benarkah Malaysia sudah tidak selamat? Atau mereka hanya terpengaruh dengan tohmahan pembangkang?

Sebagaimanan tuan-puan, saya juga percaya pihak polis tidak pernah berdiam diri malah sedang bertungkus lumus menyelesaikan apa jua kes-kes jenayah yang berlaku..

Cuma, biarlah logik sikit bila berfikir. Takkanlah pihak polis boleh selesaikan kes tersebut sekelip mata? Baru dua minit mangsa mati ditembak, lima minit kemudian dapat ditangkap terus penjenayahnya? Ini bukan cerita main “police and thief” macam budak-budak main itu…Agenda sebenar pendakyah itu hanyalah bermotif menjatuhkan kreadibiliti polis semata.

DAP nak tolong bayar gaji anggota polis, kah? Kalau boleh bayar “Red Bean Army”, takkanlah tak boleh bayar gaji polis, bukan?

Persoalannya, takkanlah tugas “Ketua Polis DAP” hanya untuk mendesak pertambahan anggota pihak berkuasa dalam JSJ? Itu bukan “Ketua Polis DAP” namanya. 

Itu namanya “Ketua Pendesak dan Perlekeh PDRM”. Letaklah nama jawatan begitu, bukankah senang nak faham?


Baca seterusnya : di sini

Friday, July 5, 2013

Profesor Perlu Buat “Homework” Sebelum Bercerita Tentang Dunia Siber

prof 1

Saya bukan seorang profesor. Profesor Madya pun bukan. Ijazah kedoktoran pun saya tak miliki. Cuma mungkin saya akan berusaha ke arah mendapatkan ilmu sehingga ke tahap tersebut sehingga ajal menjemput saya pulang ke rahmatullah…

Namun saya sangat tertarik dengan ulasan seorang profesor dari UKM, Profesor Dr Samsudin Rahim yang dijemput menjadi panel sebuah forum yang dianjurkan di UiTM baru-baru ini.

Katanya, jika DAP memiliki “Red Bean Army”, apa kurangnya dengan BN yang mempunyai cybertroopers di alam internet. Dari sudut kata-katanya itu, mungkin beliau seolah-olah cuba menyamakan Red Bean Army dengan pejuang-pejuang maya pro-UMNO/BN.

Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera)yang namanya tak didedah. Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah. Sesiapa sahaja yang dapat ‘sampai’, tepat ‘bunuh’ orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang,” – Profesor Dr Samsudin Rahim.

Saya sebenarnya tertanya-tanya, siapa yang menjemput profesor itu ke majlis forum berkenaan kerana kenyataannya itu pada saya tidak tepat sama sekali. Kenyataan itu bukan saja tidak layak dilabelkan sebagai “separuh masak”, malah sebenarnya “langsung tak masak”!

Maaflah profesor sekiranya penulisan ini menyinggung daya intelek seorang profesor. Namun saya fikir profesor perlu membuat “homework” sebelum hadir ke majlis forum berkenaan.

Nampaknya profesor tidak kenal dan tidak mengikuti perkembangan dunia siber, tapi cuba menggagahkan diri untuk bercakap mengenai Red Bean Army dan pejuang-pejuang maya pro-UMNO/BN di negara ini.


prof


Tidakkah profesor tahu tentang kepakaran Red Bean Army mencipta fitnah, persepsi negatif dan menyemai pengaruh yang mampu mencemar keharmonian masyarakat berbilang bangsa di negara ini?

Tidakkah profesor mengulangkaji isu mengenai bagaimana video “blackout” yang dipercayai dikeluarkan Red Bean Army kira-kira setengah jam selepas Perdana Menteri mengumumkan kemenangan BN di peringkat pusat?

Saya kira, itu hanya di antara contoh corak permainan Red Bean Army yang perlu profesor tahu. Itu belum lagi disebut mengenai dakwaan propaganda mereka mengenai 40,000 pengundi Bangla yang kononnya diimport masuk untuk mengundi BN!

Sebenarnya banyak lagi fitnah, tohmahan, gerakan propaganda berbau jijik dan persepsi buruk yang tidak benar telah menjadi mainan Red Bean Army untuk dihidangkan pada rakyat negara ini. Mungkin professor sendiri termakan propaganda Red Bean Army itu secara tidak disedari?

Tapi para pejuang maya pro-UMNO/BN tidak begitu sifatnya, profesor. Boleh dikatakan hampir semua dari kalangan kami yang tidak mengamalkan propaganda fitnah jahat, permainan kotor mahupun gerakan yang mampu menimbulkan kesan negatif pada masyarakat.

Mungkin ada segelintir di kalangan kami yang cuba meniru gaya Red Bean Army itu. Tapi mereka tidak berjaya dan “kantoi”. Kenapa? Kerana kami para pejuang pro-UMNO/BN memang tidak pandai menipu atau menfitnah seperti Red Bean Army. It’s not our nature…

Memang benar kata profesor, siapa yang bijak dan tepat “tembakan”nya, maka mereka akan menang. Malangnya, Red Bean Army memang sentiasa bijak mencipta fitnah dan kerana kepakaran itulah maka “tembakan” mereka itu selalunya dipercayai ramai dan mencipta sifat negatif rakyat terhadap BN.

Saya akui, para pejuang maya UMNO/BN tidak bijak untuk membuat fitnah. Tapi apakah kerana tidak pandai memfitnah itu maka para pejuan UMNO/BN layak dilabelkan merbahaya dan perlu dikekang sebagaimana Red Bean Army?

Justeru itu, sebab itulah Red Bean Army perlu segera disiasat dan dikekang dari terus mencetus ketegangan di kalangan rakyat Malaysia. Sudah lebih lima tahun mereka membuat onar, takkanlah kita hanya berdiam diri membiarkan mereka menghancurkan Malaysia sewenang-wenangnya?

Maafkan saya sekali lagi sekiranya penulisan ini menyanggah kehebatan pemikiran intelek profesor. Namun pada saya, profesor perlu dapatkan fakta-fakta jelas dari mereka yang sudah bertahun-tahun berada di alam dunia siber. Harap maklum…



Baca seterusnya :di sini


Dato Seri Shahidan Kassim Bidas Pembangkang Tentang Isu Akaun Luar Negara & Red Bean Army #Parlimen2013



Thursday, May 2, 2013

VIDEO : BONGKAR!! DAP KANTOI LAGI DENGAN RED BEAN ARMY

Sehebat mana sekalipun, secanggih mana teknologi yang digunakan, namun...

MANUSIA TETAP MANUSIA.

IKUTILAH PENDEDAHAN SECARA EKSKLUSIF INI



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.