Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Wednesday, January 10, 2018

KOMTAR Diserbu SPRM Putrajaya, Ekoran Isu Penyelewenga Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menyerbu beberapa pejabat kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR bagi mengumpul makkumat siasatan berhubung kes penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sumber SPRM mengesahkan, pasukan penyiasat terdiri daripada lima orang pegawai SPRM telah memasuki pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Tanah dan Galian, Jabatan Penilaian serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sejak jam 9 pagi tadi.

Anggota-anggota terbabit dilihat  meninggalkan bangunan KOMTAR membawa fail dokumen yang dipercayai berkaitan dengan kes itu pada jam 7 malam tadi.

Turut dikunjungi pasukan terbabit adalah dua syarikat konsultan swasta di negeri ini dan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sungai Pinang bagi mengumpul bahan bukti.

Projek pembinaan terowong dasar laut yang didakwa bernilai RM15 bilion itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan DAP Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki turut mengesahkan serbuan tersebut oleh pasukannya di negeri ini.

Friday, October 25, 2013

Pembangkang Cuba Cipta Negara Mesra Kongsi Gelap


Pembangkang sentiasa menyatakan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi terhadap penjenayah.  Mereka bersungguh-sungguh cuba mencipta “image”  buruk pihak   polis dan memberi gambaran bahawa penjenayah yang melakukan kejahatan sebagai pihak yang teraniaya. Logik akal manusia yang waras fikirannya akan tahu hakikat sebenar kedudukan pembangkang dalam  negara kita. Mungkin juga mereka memberi dorongan tersebut dengan bertujuan untuk menggugat keamanan Negara bagi memudahkan mereka merampas Malaysia dari tangan Barisan Nasional.

 Dengan dorongan dari pembangkang yang begitu kuat maka ianya seolah-olah memberikan isyarat kepada penjenayah dan “kongsi gelap” bahawa mereka akan sentiasa dibela apabila melakukan kejahatan dan jenayah. Ini secara tidak langsung memberikan gambaran sebenar akan pembangkang sebagai “penjahat” yang menyediakan Negara bebas untuk penjenayah.

Memandangkan kegiatan kongsi gelap yang berleluasa dan kejam maka Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).Ini berikutan  samseng Malaysia kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an.

Kumpulan kongsi gelap telah berani tampil dengan bangga dan angkuh  berarak jika ada sebarang kematian melibatkan anggota kumpulannya. Sedangkan Mafia 1920-1930an pun tak seberani itu dalam menayangkan secara terang kumpulan kongsi gelap mereka. Perang mafia AS pada waktu itu telah berjaya   dirakam merupakan  insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pada hari kekasih 1929.  Dimana ianya melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia terkenal Al Capone. Namun peristiwa tersebut tidak dapat menandingi kesesakan teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan sempena kematian seorang anggota samseng.

Malahan mengikut sumber applebiru seorang peguam PKR N. Surendran didakwa membuat kenyataan bahawa beliau akan membela pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pekerja Ambank semalam.  Laporan memetik N.Surendran yakin pengawal keselamatan terrsebut mengalami tekanan dan menjadi tugas untuk beliau mempertahankan pengawal Keselamatan tersebut dan mengelakkan hukuman gantung sampai mati jika pengawal keselamatan tersebut disabitkan dengan kesalahan membunuh. Keluarga pengawal keselamatan yang membunuh pekerja Ambank juga dilaporkan telah berjumpa dengan N. Surendran bagi membantu dalam kes pembunuhan ini.

Maka tindakan pembangkang yang berterusan menentang arus dengan tetap menyatakan pendirian menyebelahi penjenayah harus difikirkan dengan mendalam akan maksud tersurat dan tersirat mereka kerana kami rakyat Malaysia mahukan sebuah Negara yang aman dan tenteram.

Sikap pembangkang yang menyokong penjenayah memberi isyarat bahawa jenayah amat di alu-alukan harus diterangkan kepada semua rakyat bahawa sekiranya mereka mengundi pembangkang maka itu bermakna mereka mengundi untuk menggalakkan kejadian jenayah terus berleluasa di Negara kita.

Selama ini kita naik muak apabila pembangkang mencari ruang membela sesiapa sahaja yang terlibat atau melakukan jenayah seperti kes Kugan, Beng Hock, AmirulRasyid dan lain-lain lagi.  Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan cintakan keamanan maka menjadi kewajipan kita memastikan pembangkang terus ditolak dan dikuburkan oleh rakyat. 

Baca Seterusnya : di sini


Saturday, September 28, 2013

Rela mati demi maruah

Foto

Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah.

Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta.

Foto

Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut. 


Sunday, September 22, 2013

GEMPAR!!! Gambar Ngeri Mangsa Tetak


Butir mangsa:-
Nama: Pragash a/l Govindran
Kpt: 900117-06-5195
Kerja: meniaga restoran makan di city one plaza masjid india kl

Mangsa menyatakan telah diserang 2(l)(i) tidak dikenali (1 pakai topi dan 1 tidak memakai apa2) mangsa tidak dapat disoal secara detail. Motif kejadian tidak diketahui.

Siasatan tempat kejadian:-

1. Rumah mangsa merupakan rumah flat 11 tingkat rumah mangsa tingkat 5. Pintu grill dan daun pintu tiada kesan pecah / umpilan.

2. Mangsa putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak dipercayai menggunakan parang

3. Kejadian rumah tiada saksi bebas setakat ini

4. Mangsa masih gagal ditemubual

5. Isteri mangsa masih belum dapat ditemubual dan dlm keadaan trauma

6. Pasukan siasatan masih ditempat kejadian


Thursday, August 15, 2013

Bila Teresa Kok Jadi Ketua Polis Negara


Propaganda terbaru DAP yang melantik Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Ketua Pasukan Bertindak Terhadap Jenayah (CAT) "Head Anti Crime Task Force" bagi parti itu baru-baru ini.

Setiausahanya, Lim Guan Eng mengumumkan perlantikan tersebut yang menjadikan Teresa sebagai Ketua DAP untuk melawan jenayah di Malaysia sebaik selesai mesyuarat tergempar di Kuala Lupur baru-baru ini.

Secara spontan terbayang wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Ini disebabkan Perlantikan Teresa sebagai “big boss” untuk memerangi jenayah seolah-olah mengenepikan peranan dan tugas hakiki Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perlantikan sebagai “Ketua Polis DAP” ini adalah satu lagi siri sandiwara DAP untuk mengubah tumpuan ramai terhadap kontroversi integriti dan ketelusan yang menjadi pertikaian di kalangan ahli parti “chauvinis ultra kiasu” itu.




Untuk mengalih tumpuan umum, “andartu” itu perlu dilantik menjadi “heroin” untuk “mengkambing hitamkan” PDRM. Padahal, mereka mahu mengelak dari terus dikutuk berkenaan pemilihan CEC parti yang dicemari dengan kontroversi “kroni Dinasti Lim”…

Lebih pelik lagi, tugas pertama Teresa ialah mendesak pihak polis meningkatkan guna tenaga kerja anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah untuk memerangi jenayah. Mereka mahu tingkatkan jumlah anggota?

Tidak dinafikan kebelakangan ini kejadian tembak menembak mengakibatkan banyak kematian berlaku di negara kita. Namun apakah wajar kita menghukum pihak berkuasa khasnya Tan Sri Khalid tidak melakukan sebarang tindakan atau siasatan mengenainya?

Apakah kita fikir KPN kini sedang lepak-lepak di “coffee house” hotel 5 bintang sambil minum cappucino caramel sambil menghisap cerut Cuba dan menghembus asapnya berkepul-kepul? Pihak polis berpeluk tubuh saja, kah?

Mungkin ada pihak yang “termakan” dakyah pembangkang yang sengaja memperlekehkan peranan dan tindakan pihak PDRM dalam usaha mengekang jenayah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Malah ada yang membuta tuli berpandangan sama seperti Pakatan Haram yang sesuka hati mengatakan bahawa Malaysia kini sudah “tidak selamat”. Benarkah Malaysia sudah tidak selamat? Atau mereka hanya terpengaruh dengan tohmahan pembangkang?

Sebagaimanan tuan-puan, saya juga percaya pihak polis tidak pernah berdiam diri malah sedang bertungkus lumus menyelesaikan apa jua kes-kes jenayah yang berlaku..

Cuma, biarlah logik sikit bila berfikir. Takkanlah pihak polis boleh selesaikan kes tersebut sekelip mata? Baru dua minit mangsa mati ditembak, lima minit kemudian dapat ditangkap terus penjenayahnya? Ini bukan cerita main “police and thief” macam budak-budak main itu…Agenda sebenar pendakyah itu hanyalah bermotif menjatuhkan kreadibiliti polis semata.

DAP nak tolong bayar gaji anggota polis, kah? Kalau boleh bayar “Red Bean Army”, takkanlah tak boleh bayar gaji polis, bukan?

Persoalannya, takkanlah tugas “Ketua Polis DAP” hanya untuk mendesak pertambahan anggota pihak berkuasa dalam JSJ? Itu bukan “Ketua Polis DAP” namanya. 

Itu namanya “Ketua Pendesak dan Perlekeh PDRM”. Letaklah nama jawatan begitu, bukankah senang nak faham?


Baca seterusnya : di sini

Sunday, August 4, 2013

Pembunuhan Dan Tembak-Menembak Adalah Rancangan Kerajaan!


Kalau dah namanya pecacai Pakatan Rakyat, taraf dan tahap otak serta daya fikir mereka cukup daif dan miskin. Semenjak Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep KONSPIRASI untuk menghalalkan perbuatannya meliwat dan berseksual di luar tabie pada tahun 1998, sehinggalah sekarang, segala perkara yang gagal mereka jelaskan atau cuba lari daripada bertanggungjawab, akan dikatakan sebagai KONSPIRASI.

Jenayah tembak-menembak yang sedang berleluasa sekarang, sebenarnya lebih banyak melibatkan media. Media tertarik untuk mendedahkan kes-kes berkaitan dengan kesan daripada penghapusan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat. Lebih banyak pendedahan yang dibuat oleh media, tidak bermakna berlakunya peningkatan kes berkenaan, sebaliknya menunjukkan penghapusan undang-undang tersebut, menambahkan lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat negara ini.

Bagaimanapun, para pecacai Pakatan Rakyat tidak faham. Mereka fikir, kalau media dedahkan, barulah wujud kes berkenaan. Kalau media tidak dedahkan, maknanya kes tidak wujud.

Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang beria-ia berhujah kononnya, undang-undang pencegahan adalah undang-undang kejam, sekarang ini sibuk pula menyalahkan kerajaan kerana mengikut cakap mereka. Paling menakjubkan ialah apabila mereka yang begitu pinar mencari alasan untuk menentang, tiba-tiba pula bersetuju sewaktu pembentangan usul memansuhkan Ordinan Darurat dan ISA dibuat di Parlimen untuk digantikan dengan dua undang-undang baru.

Malah pada ketika, kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak mencadangkan agar undang-undang baru untuk menggantikan kedua-dua kanun berkenaan, lebih ketat, Pakatan Rakyat jugalah yang paling kuat memekak dan menjerit.

Dan sekarang, apabila kesan daripada perbuatan mereka itu menunjukkan bahawa tahap keselamatan rakyat dan penduduk negara ini tidak terjaga, mereka segera mencari jalan menyalahkan pihak lain, bukan mereka sendiri yang mencetuskan huru-hara hanya untuk memastikan undang-undang pencegahan dihapuskan tidak lama dahulu.

Sekarang, mereka sudah dapat melihat kesan daripada perbuatan mereka. Mereka sedar, dengan janji Najib Abdul Razak bahawa undang-undang pencegahan baru akan diusulkan untuk menamatkan sayembara jenayah keganasan bersenjata api, matlamat mereka untuk menunjukkan kononnya Pakatan Rakyat lebih bijak dan lebih terus mata berbanding Barisan Nasional akan lenyap begitu sahaja.

Justeru, para pecacai Pakatan Rakyat sudah mula digerakkan untuk memberikan gambaran kononnya segala kejadian jenayah berkenaan adalah rancangan pementasan kerajaan sepertimana yang mereka tuduhkan dalam tragedi serangan lanun Sulu di Sabah bulan Mac lalu. Kata mereka, kejadian jenayah itu sengaja dirancang dan dibuat oleh kerajaan dengan bantuan polis agar undang-undang pencegahan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat akan dikembalikan untuk dikuatkuasa.

Seharusnya, mereka menyalahkan diri sendiri dengan jenayah tembak-menembak yang sedang berleluasa sekarang ini. Apatah lagi dengan pembebasan lebih 2000 orang penjenayah kelas pertama di bawah Ordinan Darurat mulai memberikan kesan kepada keselamatan rakyat.

Sepatutnya juga, Pakatan Rakyat bekerjasama dengan kerajaan dan polis untuk mengembalikan keamanan dan kepercayaan pelabur luar kepada keselamatan negara ini, bukannya terus berpolitik dan menyalahkan Perdana Menteri.

Sebabnya mudah, mereka yang beria-ia mendesak dan melakukan tekanan agar undang-undang pencegahan dihapuskan. Sekalipun telah diberitahu bahawa tindakan dan keputusan menghapuskan undang-undang pencegahan itu akan memburukkan lagi tahap keselamatan, namun Pakatan Rakyat banyak helah dan alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka.

Nah, sekarang masanya untuk membuktikan yang mereka benar-benar bertanggungjawab. Seharusnya mereka yang terlebih dahulu menggunakan kuasa yang ada untuk mengembalikan apa yang perjuangkan untuk dihapuskan sebelum ini. Tak perlulah terus menyalahkan Najib Abdul Razak atau polis sebaliknya salahkan diri sendiri kerana gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap majoriti rakyat yang membenci penjenayah.

Dan terlebih penting, tak perlulah mencipta lawak dengan menyatakan segala permasalahan adalah pementasan dan drama kerajaan kerana ianya benar-benar berlaku dan kerjasama semua pihak di negara ini diperlukan untuk memastikan negara ini terus aman dan sentosa. 

Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.