
Lim
Guan Eng marah apabila semakin banyak pendedahan dibuat berhubung urusniaga
tanah bagi projek fantasinya, Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Dan seperti
biasa, Lim Guan Eng tidak pernah ketinggalan untuk menyalahkan pihak lain bagi
drama dan sandiwara yang dimainkannya.
Terbaharu,
Lim Guan Eng secara tidak langsung menuduh SPRM membocorkan banyak maklumat dan
rahsia urusniaga tersebut kepada awam.
MalayMail Online melaporkan, Lim Guan Eng mendesak SPRM untuk menghukum mereka yang
telah berkongsikan maklumat penyiasatan skandal projek terowong dasar laut
bernilai RM6.3 bilion.
Pendedahan
terbaharu seperti yang dilaporkan oleh The Saviour, menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah
menganugerahkan salah satu juzuk projek tersebut kepada sebuah syarikat fesyen
pakaian dengan nilai yang sangat tidak munasabah. Pendedahan tersebut dibuat
oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wee Ka Siong yang juga merupakan
Timbalan Presiden MCA.
Wee Ka Siong mendedahkan, syarikat fesyen berkenaan telah dijadikan SPV walaupun
tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pembinaan.

Pada
awalnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng dengan bangganya
mengumumkan bahawa dua buah syarikat gergasi dari China merupakan tulang
belakang projek fantasi tersebut. Bagaimanapun kini, kedua-dua syarikat
tersebut 'hilang' begitu sahaja. Sebaliknya tempat syarikat-syarikat dari China
itu digantikan oleh VOIR HOLDINGS yang memiliki pegangan sebanyak 13.21% dalam
SPV manakala 39% pula dipegang oleh penama-penama lain.
Maka timbulkan persoalan, apakah hubungkait antara syarikat fesyen dengan
pembinaan terowong dasar laut? Apakah kemahiran dan kepakaran yang ada pada
syarikat berkenaan dan adakah pembinaan terowong dasar laut tersebut sama seperti
fesyen baju dan seluar dalam? Adakah pengalaman dalam bidang fesyen baju dan
seluar dalam sudah cukup untuk membina sebuah terowong dasar laut yang nilainya
berbilion ringgit?
Permainan
silap mata yang digunakan oleh Lim Guan Eng, menelan kos yang bukan sedikit.
Kos Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk yang didedahkan sendiri oleh
pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jelas menunjukkan ada kongkalikong
yang cuba dilakukan serta cuba disembunyikan daripada pengetahuan ramai.

Dan
sekarang, apabila satu persatu pembohongan tersebut terdedah manakala SPRM pula
mula campurtangan, Lim Guan Eng jelas ketakutan dan cuba menyalahkan pelbagai
pihak. Dan seperti biasa, dia akan memberikan jawapan serta penjelasan
berbelit-belit.
Lim
Guan Eng terkesan dengan beberapa laporan yang mengesahkan dari 'sumber' bahawa
siasatan SPRM ke atas skandal RM305 juta sebagai kebocoran maklumat.
"Bagi
mengurangkan persepsi dan double-standard, SPRM perlu mengambil tindakan
terhadap 'sumber yang membocorkan maklumat rahsia siasatan SPRM ke atas projek
terowong dan tiga batang jalan utama yang dikendalikan menerusi tender terbuka
kepada media pro-BN," kata Lim Guan Eng.
Pendedahan
bahawa 9 lagi syarikat yang berkaitan diserbu yang merupakan sebahagian
daripada siasatan SPRM, kelihatan ia terlalu menggentarkan dan menggusarkan Lim
Guan Eng, lantas beliau menuduh siasatan SPRM didorong oleh motif politik.
Dalam
serbuan untuk kes yang berkaitan pada minggu lalu, dua orang pengarah syarikat
telah direman bagi membantu siasatan.
Isu
utama skandal tersebut adalah penyerahan tanah sebagai bayaran kepada syarikat
konsesi sedangkan terowong dan tiga batang jalan langsung tidak dibina. Selain
itu, bayaran untuk Kajian Kebolehlaksanaan yang bernilai RM305 juta turut
menarik perhatian sedangkan sehingga kini laporan tersebut belum disiapkan
walaupun sudah bertahun-tahun.
Kontroversi
timbul apabila projek terowong dasar laut sejauh 7.2 kilometer dianugerahkan
kepada Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd, sepatutnya menghubungkan Gurney
Drive pada bahagian pulau ke Bagam Ajam di Butterworth dan merupakan sebahagian
daripada projek "Penang Transport Master Plan" untuk menyuraikan kesesakan
jalanraya di negeri itu.
Laporan
Kebolehlaksanaan untuk terowong tersebut telah ditunda selama hampir 2 tahun
dan pada Oktober tahun lepas, Consortium Zenith mendakwa, tiada sebarang keperluan
untuk mempercepatkan laporan tersebut memandangkan projek berkenaan hanya akan
dimulakan pada tahun 2023.

