Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 3, 2018

'Kamu Tidak Boleh Kata TIDAK Kepada Perdana Menteri' - DAKWAAN TAJUDIN RAMLI PERLU DISIASAT PIHAK BERKUASA





Dalam rakaman video yang tular sejak beberapa hari lalu, antara lain Tajudin bercakap mengenai pembelian saham MAS yang didakwanya dibuat atas arahan Dr Mahathir dan Daim.

Ia ekoran lesapnya 31.5 billion akibat pertaruhan di pertukaran wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia.

Dulu, saham MAS tak sampai RM3 (RM600 juta jumlah harga pasaran). Beliau dipaksa membeli pada harga tinggi, lebih dari nilai saham kerana BNM memerlukan dana segera akibat kehilangan wang.

Saya diarahkan membeli saham MAS pada harga RM8. Saya kata kepada Tun Daim, ia terlalu mahal. Apabila dipersoalkan tentang harga saham, Tun Daim beritahu saya ‘kamu tidak boleh kata ‘tidak’ pada Perdana Menteri'.

Benar, sejak dahulu segala apa diarah Malathir tidak boleh dipersoalkan.

Tajudin berkata, berikutan itu, beliau terpaksa membayar lebihan RM400 juta dalam urusan jual beli saham MAS ketika itu berikutan harga yang ditetapkan Tun Mahathir melebihi harga pasaran.

Pada tahun 2000, kerajaan membeli semula saham MAS pada RM8 sesaham, yang dilaporkan 117 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.