Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, July 9, 2018

Pendedahan Eksklusif Dari Najib : Punca Sebenar Permusuhan Dengan Mahathir



"Kami (sebelum ini) mempunyai hubungan yang sangat akrab"...

"Kami menghabiskan banyak masa bersama, dia (Mahathir) akan jemput saya ke rumahnya untuk makan malam dan selepas itu kami akan ke bilik di tingkat atas rumahnya dan duduk, berbual"...


"Pada peringkat awal selepas saya menjadi perdana menteri, sekitar tahun 2009 dan walaupun selepas pilihan raya umum ke-13, kami masih mempunyai hubungan baik," katanya"...

Bagaimanapun, Najib berkata hubungan mereka menjadi tegang apabila Mahathir mula memintanya "perkara-perkara tertentu" yang sukar untuk di lakukannya...

Baca disini :

Antara Punca Keretakan Hubungan Baik Najib Dan Mahathir
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/10/jambatan-bengkok/


Keakraban Hubungan Bertukar Menjadi Permusuhan Bila Tuntutan Peribadi Tak Di Turuti

Sementara itu, Najib juga menyebut beberapa faktor lain yang menyumbang kepada keretakan hubungan mereka...

Apakah 'faktor2' yang di maksudkan oleh Najib sebagai punca keretakan hubungan baik dengan Mahathir...

Isu PERKASA Dan Perkauman


Najib mendakwa Mahathir yang bersekongkol dengan pergerakan pelampau Melayu, PERKASA, ketika itu, merasakan bahawa Najib 'terlalu tunduk' kepada masyarakat bukan Melayu...

Najib juga mendakwa program 1Malaysia yang bertujuan menggalakkan keharmonian etnik dan perpaduan negara adalah antara sebab yang menyaksikan hubungannya dengan Mahathir menjadi renggang...

Bagaimanapun, beliau berkata Mahathir yang berperanan dalam PERKASA dan kemudian menjadi  penaung kumpulan itu mengubah rentaknya selepas menyertai Pakatan Harapan dan menjenamakan dirinya semula sebagai seorang 'reformis'...


Ditanya apakah beliau percaya perubahan pemimpin berusia 93 tahun itu adalah benar atau sekadar oportunisme politik, Najib merujuk kepada rekod Mahathir...


Katanya, "Mahathir melabelkan DAP secara konsisten sebagai parti perkauman dan anti-Melayu"...

"Saya tidak serang DAP dengan cara itu, saya tidak kata DAP adalah anti-Melayu secara terang-terangan, tetapi saya prihatin terhadap beberapa dasar mereka," katanya...

Apabila dinyatakan bahawa antara tema UMNO pusat semasa kempen PRU 14 adalah memomokkan DAP dengan isu bangsa dan agama, beliau menolaknya...

"Saya tidak secara khusus, tidak secara jelas berkata bahawa mereka adalah perkauman atau anti-Melayu atau anti-Islam tetapi saya menyatakan kebimbangan mengenai DAP berhubung dasar mereka," katanya...

Apabila diberitahu bahawa terdapat pemimpin UMNO menggunakan kata2 sedemikian semasa kempen ketika UMNO di bawah kawalannya, Najib berkata parti itu adalah besar...

"Sudah tentu akan ada yang berkata sesuatu dengan bahasa mereka sendiri," katanya...

Najib berkata, "Mahathir, sebaliknya, sering memomokkan DAP dalam hampir semua ucapannya pada masa lalu dan DAP pula akan membalasnya"...

Oleh itu, katanya, "beliau langsung tidak menjangkakan Mahathir dan DAP akan bergandingan"...

"Jadi apabila mereka bersama, itu adalah sesuatu yang tidak saya jangkakan"...

"(Tetapi) saya jangka apabila kamu menyertai pembangkang (ketika itu), diri kamu akan dibersihkan, kamu di bebaskan dari semua kesalahan," katanya...

Isu Jambatan Bengkok



Permintaan pertama Mahathir, katanya, adalah supaya projek jambatan bengkok diteruskan semula - lebuh raya enam lorong untuk menggantikan tambak dari Johor Baharu ke Singapura...

Najib berkata sukar bagi beliau untuk meluluskan projek itu selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkannya...

"Projek itu dibatalkan oleh Pak Lah (Abdullah), jadi sukar untuk saya jelaskan kepada rakyat jika kita memulakan projek itu semula, terutamanya selepas pampasan tinggi dibayar untuk membatalkannya" katanya...

Najib menjelaskan bahawa ini mungkin menyaksikan pihak tertentu yang berkaitan dengan jambatan bengkok mendapat ganjaran dua kali...

Isu Pembangunan Langkawi

Bekas perdana menteri itu berkata beliau cuba memenuhi permintaan Mahathir sedaya upaya...


"Seperti menyediakan lebih dana untuk membangunkan Langkawi"...

Baca disini :

Tuntutan Mahathir Supaya Langkawi Dibangunkan Menguntungkan Rakyat Langkawi Atau Kroni ???
http://m.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-cuma-mahu-kepuasan-diri-di-langkawi-1.654258

Isu Menteri Besar Kedah


Membantu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi menteri besar Kedah, namun beliau tetap tidak berpuas hati dengannya...

Isu Jet Rasmi Kerajaan Malaysia


"Dia tidak senang dengan perkara-perkara tertentu seperti 1Malaysia, dia tidak senang dengan jet itu, jet itu dibeli oleh Pak Lah, tetapi saya perhatikan sehingga kini dia (Mahathir) masih menggunakannya" katanya...

Isu Dasar2 Era Najib



Najib berkata, perbezaan dasarnya juga membuat Mahathir marah seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pembatalan Ordinan Darurat, layanan terhadap Proton serta gaji minimum yang ditentang oleh Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata seiring dengan peredaran masa, kemarahan Mahathir meningkat apabila lebih banyak permintaannya ditolak sehingga mengakibatkan keretakan hubungan mereka menjadi pecah.

Tun M berdendam dgn saya sehingga sanggup buat apa sahaja fitnah asalkan saya, isteri dan keluarga saya bersalah dlm apa jua sekalipun walaupun saya, isteri dan keluarga tidak bersalah.

Dengan kuasa yang ada padanya sekarang ini Tun M akan buat apa sahaja untuk memastikan saya, isteri dimalukan, dipenjarakan


SnapShot

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.