Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 26, 2019

Ibu Tunggal Cabar Diri Jadi Pemandu Lori Kontena


Ibu tunggal cabar diri jadi pemandu lori kontena sara 2 anak


Rokiah berusia 53 tahun memecah tradisi kerjaya sebagai pemandu lori kontena yang kebiasannya dipandu golongan lelaki.

Sebahagian besar wanita memilih bekerja di pejabat dan hanya sebilangan kecil sanggup serta mampu memikul tugas berat yang biasanya dilakukan lelaki.

 Namun, memandangkan beliau perlu membesarkan 2 anak lelaki, Rokiah Salim yang berusia 53 tahun memilih untuk menjadi pemandu lori kontena 10 tayar bagi mencabar dirinya yang turut menggemari aktiviti lasak.

 Disebabkan itu, beliau juga diberikan gelaran “hakak lori”.

 “Selepas berhenti kerja dan ditawarkan VSS pada 2014, saya tercari-cari pekerjaan untuk menyara 2 anak lelaki memandangkan saya adalah ibu tunggal. Ketika itu, saya aktif dalam dunia permotoran dan menyertai sebuah kelab motosikal, lantas saya menyahut cabaran mereka.

 “Lagipun, saya banyak mengembara ke luar negara dan wanita yang bekerja sebagai pemandu lori ini bukan perkara asing. Jadi, apa salahnya saya mencuba kerjaya itu.

Bermula 8.30 pagi, beliau akan memulakan 
rutinnya dengan memandu lori ke pelabuhan 
dan mengakhiri tugasannya pada 10.30 malam


Tidak seperti wanita lain berusia 50an, 
tampak kecil molek namun gagah dan memiliki 
karakter tersendiri yang lebih ‘brutal’


Menceritakan pengalamannya, Rokiah berkata, ia tidak semudah disangka kerana di peringkat permulaan, banyak syarikat yang menolak permohonan beliau.

 “Sehingga akhirnya syarikat yang saya bekerja sekarang memberikan peluang. Sejak itu, bermulalah kehidupan saya sebagai pemandu lori kontena untuk dihantar ke Pelabuhan Prai. Saya hanya buat ‘local trip’ sahaja.

 “Ada juga ahli keluarga saya yang menentang, tetapi anak-anak saya sangat menyokong dengan kerjaya yang saya lakukan.


‘Hakak lori’ gelaran yang diberikan terhadapnya 
tidak kisah malah lebih selesa 
memakai baju kurung ketika memandu lori kontena 10 tayar.


Siapa sangka ‘hakak lori’ mampu 
membuktikan wanita mampu buat kerja 
sama seperti lelaki.

“Saya faham ada di luar sana beranggapan kerjaya ini tidak sesuai untuk golongan wanita, tetapi saya dah berjaya buktikan kepada mereka yang pilihan saya adalah tepat,” katanya yang bekerja di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Walaupun sebahagian besar pemandu lori kontena terdiri daripada lelaki, Rokiah masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaan dengan berbaju kurung ketika menjalankan tugasnya.

“Kenapa? Bukan ada masalah bawa lori sambil pakai baju kurung, pakaian itu tidak langsung mengganggu saya menjalankan tugas, malah ia lebih selesa, nampak lebih manis, tapi ‘rare’ kan?

“Memanglah, masyarakat memandang ia sebagai suatu perkara pelik, tapi secara peribadi, ia tidaklah pelik pun, malah lebih selesa mengenakan pakaian tradisi kita bila saya bawa lori.

Tetapi, saya tetap akan memakai jeans di bahagian dalam bagi menjaga aurat.”

Pendapatan Rokiah kini mencecah RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dan waktu kerjanya agak fleksibel, kebiasaannya dari 8.30 pagi hingga 10.30 malam.


Menyahut cabaran daripada rakan-rakan 
dalam dunia permotoran, Rokiah memilih kerjaya 
sebagai pemandu kontena bagi menyara 
kehidupannya serta 2 orang anak lelakinya.

“Kalau saya nak bercuti ke luar negara, saya akan buat ‘target’. Saya akan kerja lebih panjang dan saya akan mengambil cuti panjang selepas itu. Saya pernah bercuti 12 hingga 20 hari, tetapi saya perlu cukupkan ‘trip’ sebanyak 150 sebulan.”


Rokiah menasihatkan ibu tunggal lain supaya menggagahkan diri untuk mencari nafkah.

“Saya gembira kerana kisah saya sedikit sebanyak membuka mata masyarakat di luar sana. Wanita perlu yakin dengan bidang diceburinya, banyak kerja yang boleh kita lakukan asalkan kita rajin dan sanggup sahut cabaran.

“Saya sehingga hari ini mampu membesarkan anak-anak sehingga memperoleh ijazah dalam bidang ‘biotech’ dan pendidikan.

“Untuk ibu tunggal, jangan sedih terlalu lama, kita perlu bangkit kerana kita masih ada anak-anak yang perlu dibesarkan. Jangan harapkan bantuan orang lain, kita sendiri kena berusaha.

“Peluang dan ruang itu ada, jadi semuanya atas diri sendiri, sama ada nak berjaya atau tidak, nak berjaya macam mana sekalipun, itu adalah kita yang tentukan.

“Jangan libatkan anak-anak, jangan jadikan bekas suami musuh kita kerana dia tetap ayah kepada anak-anak kita selamanya.”

Beliau turut menasihatkan anak muda, khasnya wanita untuk tidak terlalu memilih pekerjaan.

“Bagi anak-anak gadis, jangan terlalu memilih kerja, konon nak bekerja dalam pejabat sahaja, sedangkan masih banyak peluang yang ada.

“Kerjaya sebagai pemandu lori mendatangkan pendapatan yang lumayan, cuma kalau nak gaji lebih, kenalah kerja lebih masa. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.”




Perjanjian Baharu Projek ECRL Melibatkan Ribuan Hektar Tanah Diberi Kepada China



Rakyat Malaysia sekali lagi diperbodohkan. Kononnya, Najib membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Daim pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion. Maknanya, Najib samada dia ni bodoh atau pun penyamun. Sekarang baru kita tahu yang RM21.5 billion itu bukanlah diskaun seperti kita diberitahu. Yang sebenarnya, China telah diberi tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda tinggi dari ‘diskaun’ yang mereka beri.




Tun Daim memberi gambaran yang beliau telah berjaya berunding dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) untuk mengurangkan harga projek East Coast Rail Link (ECRL) dari RM66.5 billion kepada RM44 billion dengan pengurangan sebanyak RM21.5 billion.

Dengan spesifikasi ECRL yang baru ini, sudah tentu ianya telah di ‘scaled-down’ dari reka bentuk yang asal. Ini seperti membeli kereta Proton versi murah, yang tiada ‘air-cond’, tiada radio, tiada ‘power window’, enjin yang berkapasiti 1300cc dan bukannya 1600cc, dan sebagainya. Kalau mempunyai ‘power-window’ sekali pun pada kereta Proton anda, bukannya dapat berfungsi dengan baik (anda masih kena buka pintu kereta untuk membayar tol di lebuhraya PLUS).

Yang penting sekali adalah, dengan diskaun yang diberikan sebanyak RM21.5 billion itu, CCCC pula telah menerima sejumlah 4,500 ekar tanah di tujuh lokasi berhampiran dengan stesen-stesen yang ECRL akan berhenti.
Bukankah ini yang disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menjual Malaysia ke China’?

Sepertimana yang disiarkan oleh FMT tulisan Raja Petra Kamarudin, pada asalnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC) ditugaskan untuk membangun tujuh taman perindustrian di sekitar stesen-stesen ECRL itu (dan ini adalah tujuan utama projek ECRL ini). ECRL akan membawa pembangunan kepada taman-taman industrial ini seperti apa yang berlaku pada ‘High-speed rail’ di UK. (Manchester, kini adalah kawasan pembangunan yang paling pesat di UK)






Sekarang, China telah diberikan beribu-ribu ekar tanah di sekitar tujuh stesen beserta dengan hak untuk membangunkan taman-taman perindustrian itu sekali. Jadi, diskaun sebanyak RM21.5 billion kecil dibandingkan dengan beribu-ribu ekar tanah  berserta dengan hak untuk membangunkan tujuh taman perindustrian yang diberi kepada China.

Rakyat Malaysia sekali lagi diperbodohkan. Kononnya, Najib Tun Razak membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Tun Daim Zainuddin pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion. Maknanya, Najib samada dia ni bodoh atau pun penyamun. Sekarang, baru kita tahu yang RM21.5 billion itu bukanlah diskaun seperti kita diberitahu. Yang sebenarnya, China telah diberi tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda tinggi dari ‘diskaun’ yang mereka beri.

Jadi, siapa lagi pandai? Melayu ke Cina?









Sunday, April 7, 2019

SEBELAS JAWAPAN FAKTA TABUNG HAJI







Ada orang minta saya ringkaskan isu Tabung Haji termasuk jawab poster di bawah. Maka ini jawapan saya:

1. RM4.1 bilion itu bukan rugi. Ia adalah susut nilai. Kebanyakan punca susut nilai adalah kerana penurunan harga saham yang diluar kawalan pengurusan TH. Tapi jumlah inilah benda yang diulang musuh politik untuk dakwa pengurusan TH gagal / menyeleweng.

2. Antara 1 April hingga 31 Disember 2018, susut nilai aset TH adalah sebanyak RM5.4 bilion. Tapi sebab masa tu pemerintah dah bertukar, puak puak ini buat diam pula.

3. Tabung Haji tak pernah rugi. Tahun 2017, keuntungan bersih mereka adalah RM3.412 bilion. Jumlah ini disahkan juruaudit bebas E&Y dan tak pernah dipertikaikan walaupun sudah berlaku pertukaran kerajaan.

4. Pengurusan lama pakai kaedah Net Realisable Value (NRV) untuk seimbangkan defisit RM4.1b tersebut. Caranya, pengurusan TH nilaikan semula harga aset dengan harga yang mereka jangka boleh dijual. Jadi tinggilah sedikit daripada harga belian asal. Tapi orang marah. Ini creative accounting kata mereka. Penipu. Walaupun kaedah itu ikut standard perakaunan dunia.

5. Masuk pengurusan baru, defisit aset TH dah jadi RM10.9 bilion. Maka pengurusan TH pindah aset kepada SPV, dapat kertas hutang, hilang semua dividen saham dan dapat penilaian harga melampau atas kertas. Contohnya saham Bumi Armada bernilai RM8 juta dinilai / ambilalih dengan nilai atas kertas RM115.2 juta. Ya PH kata itu bukan creative accounting, itu maknanya pandai. Orang yang cipta kaedah NRV pun dah boleh keluar dari kubur menangis sujud atas kaki orang yang cipta kaedah akaun macam ni. 'NRV' paling agung atas dunia.

6. Ya, TH ada kerugian RM400 juta dalam pelaburan sawit di Indonesia dulu. Tetapi TH ini multi billions punya company. Dia pelbagaikan (diversify) pelaburan supaya kalau satu bisnes rugi, bisnes lain yang untung boleh cover. Sebab itu dari tahun 2013-2017, untung bersih TH adalah RM 15.047 bilion.

7. Jika TH pernah rugi kerana terlibat dalam satu urusniaga berkaitan Jho Low, maka kerajaan siasat dan hukumlah mereka yang terlibat. Apa susah? Kemudian boleh siasat sama bagaimana TH dijadikan 'piggy bank' pada zaman PM ke 4 apabila membeli TH Perdana dan TH Selborn dengan harga RM436.38j berbanding harga penilai RM267.92j.

Pengerusi TH pada tahun 1998 adalah TS Ahmad Razali, adik ipar PM ketika itu.

8. Kertas sukuk dan RCPS-i yang diberi oleh SPV sebagai galang ganti saham dan aset TH itu tiada jaminan kerajaan. Secara atas kertas, kalau SPV ini bungkus, TH tengok saja. Ya, UZAR kata tak perlu jamin sukuk SPV ini sebab deposit kita dah dijamin kerajaan. Soalnya, kalau SPV ini bungkus, TH akan rugi dan kita semua tak dapat dividen dan subsidi haji lagi. Yang ni tak ada orang pula nak fikir?

9. Letak saham di SPV ini tak menguntungkan pun. Dividen saham ini semua SPV kaut. TH cuma diberi RCPS-i yang tak beri apa2 hasil. Saham tersebut pun bukan semuanya naik harga. Contohnya saham E&O masa dipindahmilik pada 31 Dec 2018 berharga RM1.12 se saham. Hari ini dah turun jadi 90 sen. Pendek kata SPV cuma tunggu dan kutip dividen sementara TH duk menganga tunggu lalat masuk mulut. Meniaga air tebu pun takdak senang macam ni.

10. Ada orang kata untunglah kerajaan ambil alih saham TH dengan nilai yang tinggi. Ya, atas kertas memang untung. Tapi kalau saham2 tersebut tak boleh naik harga maka macammana SPV tersebut nak bayar kepada TH apabila sampai masa? Sudahlah RCPS-i yang menjadi galang ganti itu tiada jaminan kerajaan.

11. Ada ahli politik kata kerajaan baik hati suntik RM17 bilion untuk selamatkan Tabung Haji. Tetapi disebabkan dia ni diploma memasak pun tak boleh nak habis, saya malas nak perli. Kalau Presiden pun tak reti beza antara kertas hutang dengan suntik modal, maka elok sangatlah partinya dipanggil orang sebagai khadam.

Amenda lagi tak faham?

----
Bukit Tunggal Kuala Terengganu


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.