Ibu tunggal cabar diri jadi pemandu lori kontena
sara 2 anak
Rokiah
berusia 53 tahun memecah tradisi kerjaya sebagai pemandu lori kontena yang
kebiasannya dipandu golongan lelaki.
Sebahagian
besar wanita memilih bekerja di pejabat dan hanya sebilangan kecil sanggup
serta mampu memikul tugas berat yang biasanya dilakukan lelaki.
Namun,
memandangkan beliau perlu membesarkan 2 anak lelaki, Rokiah Salim yang berusia
53 tahun memilih untuk menjadi pemandu lori kontena 10 tayar bagi mencabar
dirinya yang turut menggemari aktiviti lasak.
Disebabkan
itu, beliau juga diberikan gelaran “hakak lori”.
“Selepas
berhenti kerja dan ditawarkan VSS pada 2014, saya tercari-cari pekerjaan untuk
menyara 2 anak lelaki memandangkan saya adalah ibu tunggal. Ketika itu, saya
aktif dalam dunia permotoran dan menyertai sebuah kelab motosikal, lantas saya
menyahut cabaran mereka.
“Lagipun,
saya banyak mengembara ke luar negara dan wanita yang bekerja sebagai pemandu
lori ini bukan perkara asing. Jadi, apa salahnya saya mencuba kerjaya itu.
Bermula 8.30 pagi, beliau
akan memulakan
rutinnya dengan memandu lori ke pelabuhan
dan mengakhiri tugasannya pada 10.30 malam
rutinnya dengan memandu lori ke pelabuhan
dan mengakhiri tugasannya pada 10.30 malam
Tidak
seperti wanita lain berusia 50an,
tampak kecil molek namun gagah dan memiliki
karakter tersendiri yang lebih ‘brutal’
Menceritakan
pengalamannya, Rokiah berkata, ia tidak semudah disangka kerana di peringkat
permulaan, banyak syarikat yang menolak permohonan beliau.
“Sehingga
akhirnya syarikat yang saya bekerja sekarang memberikan peluang. Sejak itu,
bermulalah kehidupan saya sebagai pemandu lori kontena untuk dihantar ke
Pelabuhan Prai. Saya hanya buat ‘local trip’ sahaja.
“Ada
juga ahli keluarga saya yang menentang, tetapi anak-anak saya sangat menyokong
dengan kerjaya yang saya lakukan.
‘Hakak lori’ gelaran yang
diberikan terhadapnya
tidak kisah malah lebih selesa
memakai baju kurung ketika memandu lori kontena 10 tayar.
tidak kisah malah lebih selesa
memakai baju kurung ketika memandu lori kontena 10 tayar.
Siapa
sangka ‘hakak lori’ mampu
membuktikan wanita mampu buat kerja
sama seperti
lelaki.
“Saya
faham ada di luar sana beranggapan kerjaya ini tidak sesuai untuk golongan
wanita, tetapi saya dah berjaya buktikan kepada mereka yang pilihan saya adalah
tepat,” katanya yang bekerja di Seberang Prai, Pulau Pinang.
Walaupun
sebahagian besar pemandu lori kontena terdiri daripada lelaki, Rokiah masih
mengekalkan ciri-ciri kewanitaan dengan berbaju kurung ketika menjalankan
tugasnya.
“Kenapa?
Bukan ada masalah bawa lori sambil pakai baju kurung, pakaian itu tidak
langsung mengganggu saya menjalankan tugas, malah ia lebih selesa, nampak lebih
manis, tapi ‘rare’ kan?
“Memanglah,
masyarakat memandang ia sebagai suatu perkara pelik, tapi secara peribadi, ia
tidaklah pelik pun, malah lebih selesa mengenakan pakaian tradisi kita bila
saya bawa lori.
Tetapi,
saya tetap akan memakai jeans di bahagian dalam bagi menjaga aurat.”
Pendapatan
Rokiah kini mencecah RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dan waktu kerjanya agak
fleksibel, kebiasaannya dari 8.30 pagi hingga 10.30 malam.
Menyahut
cabaran daripada rakan-rakan
“Kalau saya nak bercuti ke luar negara, saya akan buat ‘target’. Saya akan kerja lebih panjang dan saya akan mengambil cuti panjang selepas itu. Saya pernah bercuti 12 hingga 20 hari, tetapi saya perlu cukupkan ‘trip’ sebanyak 150 sebulan.”
dalam dunia permotoran, Rokiah memilih kerjaya
sebagai pemandu kontena bagi menyara
kehidupannya serta 2 orang anak lelakinya.
“Kalau saya nak bercuti ke luar negara, saya akan buat ‘target’. Saya akan kerja lebih panjang dan saya akan mengambil cuti panjang selepas itu. Saya pernah bercuti 12 hingga 20 hari, tetapi saya perlu cukupkan ‘trip’ sebanyak 150 sebulan.”
Rokiah
menasihatkan ibu tunggal lain supaya menggagahkan diri untuk mencari nafkah.
“Saya
gembira kerana kisah saya sedikit sebanyak membuka mata masyarakat di luar
sana. Wanita perlu yakin dengan bidang diceburinya, banyak kerja yang boleh
kita lakukan asalkan kita rajin dan sanggup sahut cabaran.
“Saya
sehingga hari ini mampu membesarkan anak-anak sehingga memperoleh ijazah dalam
bidang ‘biotech’ dan pendidikan.
“Untuk
ibu tunggal, jangan sedih terlalu lama, kita perlu bangkit kerana kita masih
ada anak-anak yang perlu dibesarkan. Jangan harapkan bantuan orang lain, kita
sendiri kena berusaha.
“Peluang
dan ruang itu ada, jadi semuanya atas diri sendiri, sama ada nak berjaya atau
tidak, nak berjaya macam mana sekalipun, itu adalah kita yang tentukan.
“Jangan
libatkan anak-anak, jangan jadikan bekas suami musuh kita kerana dia tetap ayah
kepada anak-anak kita selamanya.”
Beliau
turut menasihatkan anak muda, khasnya wanita untuk tidak terlalu memilih
pekerjaan.
“Bagi
anak-anak gadis, jangan terlalu memilih kerja, konon nak bekerja dalam pejabat
sahaja, sedangkan masih banyak peluang yang ada.
“Kerjaya
sebagai pemandu lori mendatangkan pendapatan yang lumayan, cuma kalau nak gaji
lebih, kenalah kerja lebih masa. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.”
No comments :
Post a Comment