Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label 1mdb akaun najib fitnah. Show all posts
Showing posts with label 1mdb akaun najib fitnah. Show all posts

Saturday, January 13, 2018

Pemerintahan Najib lebih adil daripada Mahathir - PAS




Kebenaran datang walaupun lambat... parti kedua terbesar orang Melayu/Islam di negara ini, PAS mengakui bahawa pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih baik daripada Tun Mahathir Mohamad dalam konteks pembangunan di Kelantan.

Untuk rekod PAS mentadbir Kelantan sejak tahun 1990, komen tersebut dibuat pemimpin kanan PAS selepas Pakatan Harapan menamakan Mahathir sebagai calom PM mereka jika menang PRU14.

Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ketika zaman Mahathir, Kelantan dianaktirikan, pembangunan disekat bagi memberi tekanan kerajaan negeri.

Beliau berkata, pada hari ini, kerjasama di antara kerajaan negeri dan Pusat amat baik sehingga membawa perubahan yang amat positif untuk rakyat.

“Jika kita guna bahasa kasar kita ‘dianak tirikan’ pada waktu itu (zaman Mahathir) tetapi Alhamdulilah, era Perdana Menteri sekarang ini hubungan antara negeri dengan pusat bertambah baik "

“Disebabkan itu kita tengok banyak pembangunan berlaku di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Hutan Simpan Betis, Lojing, pada Khamis.

Majilis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd. Amar juga Naib Presiden PAS berkata, walaupun memerintah negeri ini selama 22 tahun namun zaman Mahathir sudah berlalu.

“Bila Pakatan Harapan calonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri semula sebenarnya undur ke belakang.

“Dunia hari ini amat berbeza. Zaman dia sudah berlalu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim mendakwa parti Islam itu dilayan bagaikan pengemis apabila Pakatan mendapat kuasa.

“Pemimpin parti kawan hanya datang berceramah, berjabat tangan dan bertemu pengundi dan rakyat, tetapi kerja-kerja di sebalik semua itu telah disediakan oleh PAS.

“Jentera PAS sudah serik dengan karenah bermuka-muka bekas rakan politik PAS, sewaktu pilihan raya datang bertemu PAS dengan wajah tanpa bersalah dan merayu bantuan.

“Akan tetapi selepas mencapai kemenangan dan pilihan raya, melayani PAS seumpama peminta sedekah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS merupakan parti pembangkang terbesar di negara ini dengan keupayaan 190 kawasan yang aktif, 7,000 cawangan serta mempunyai keahlian mencecah lebih 1 juta orang hingga kini.

“Keupayaan dan ketumbukan ini usah dipandang enteng kerana dalam kancah politik dan pilihan raya, tenaga manusia adalah faktor terpenting dalam penentuan pergerakan serta operasi parti.

“Beberapa pilihan raya umum dan kecil sebelum ini, PAS berada dalam tahaluf politik dan kerjasama, jentera serta kekuatan semua ahli PAS dikerahkan untuk menyumbang tenaga dan kepakaran kepada parti kawan.

“Malah wang ringgit dan sumbangan derma ahli PAS turut dilimpahkan untuk memastikan kemenangan rakan politik PAS,” katanya.

Katanya lagi, meskipun Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan dengan penyertaan dua parti baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun ia masih tidak mampu menandingi kekuatan PAS.

“PAS memiliki sesuatu yang mereka tidak miliki iaitu jentera dan aset yang mencukupi.


“Walaupun tidak bersama mereka lagi, PAS mempunyai kelebihan tersendiri dan kepakaran yang mampu mengisi kelompongan dirobek keluar daripada PAS,” katanya lagi. 



Monday, July 6, 2015

Tuduhan RM2.6 Bilion Ke Atas DS Najib Satu Pembohongan Di Siang Bolong


1. Dakwaan kononnya Falcon Private Bank Swiss private banking cawangan Singapura telah menyalurkan USD 619,999.998 ke akaun peribadi Dato Sri Mohd Najib bin Hj Abd Razak yang bernombor 2112022009694 Ambank pada 21/03/2013, manakala Tanore Finance Corp yang berdaftar di British Virgin Islands menghantar USD60.999.998 ke akaun yang sama pada 23/03/2013. Walau bagaimanapun akaun yang dikatakan milik Dato Sri Najib tersebut ditutup pada 30/08/2013.

2. Satu persoalan yang amat jelas, dengan jumlah wang yang begitu besar, apa kah Bank Negara Malaysia tidak mengetahui? Dan juga apa kah pihak Amerika Syarikat tidak manaruh curiga terhadap peredaran wang tersebut kerana melibatkan USD?

3. Mengapa hanya didedahkan pada 2 julai melalui WSJ? Mengapa melalui WSJ? dan kemudian diuar-uarkan oleh Sarawak Reports? Apa kah Sarawak reports bersandiwara dengan WSJ? kerana portal itu didapati kantoi atas laporan yang dikaitkan dengan PetroSaudi dan 1MDB dimana maklumat yang diperolehi daripada bekas kakitangan PetroSaudi Xavier Andre Justo yang mencuri maklumat daripada majikannnya, kemudian maklumat itu ditokok tambah, direkayasa. Mengapa hanya sekarang didedahkan sedangkan perkara itu sudah berlalu lebih 2 tahun.

4. WSJ dalam laporannya cuba memerangkap sumber daripada Pasukan Khas yang ditubuhkan pada 9 Mac 2015 bagi menyiasat 1MDB. Benar juga, salah seorang yang terperangkap dengan laporan WSJ tersebut tidak lain tidak bukan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail.

5. Dalam memberi respon kepada laporan WSJ tersebut, DS Najib macam hilang pertimbangan, selain mendakwa laporan tersebut merupakan satu sabotaj bagi memburukkan beliau dan juga mengaitkan laporan tersebut kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Kenyataan demikian itu, memang boleh berlaku apabila seseorang terkejut and marah.

6. Selepas DS Najib tenang semula, beliau pada Ahad di Semenyih Selangor, menyatakan pihak peguamnya sedang menyusun strategi bagi menyaman WSJ. Para peguam beliau mengumpul semua fakta sebagai asas kepada saman tersebut.


7. Adalah terlalu songsang seorang yang berkedudukan tinggi seperti DS Najib begitu daif mempergunakan akaun peribadi apa tah lagi berkaitan wang "curi". Sesuatu yang amat lucu apa yang dilakukan oleh WSJ kemudian, laporan tersebut diuar-uarkan pula oleh pembangkang termasuk seluruh portal mereka.  


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.