Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label 50. Show all posts
Showing posts with label 50. Show all posts

Wednesday, January 10, 2018

Dakwaan 50,000 Ribu Bakal Hilang Pekerjaan Tidak Betul, Kata MITI

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed berkata sejumlah besar pelaburan baharu dan pengembangan yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat mewujudkan lebih banyak pekerjaan di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Januari, 2018.

DAKWAAN oleh beberapa pihak bahawa 50,000 pekerja akan diberhentikan tahun ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan kos menjalankan pekerjaan adalah tidak tepat, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menterinya, Mustapa Mohamed berkata perubahan dalam struktur teknologi dan perindustrian yang mengakibatkan penggantian pekerja adalah ciri-ciri ekonomi dipacu pengetahuan, walaupun dalam keadaan ekonomi yang baik, dan ini juga berlaku di Malaysia ketika negara beralih daripada ekonomi berintensifkan buruh kepada ekonomi berasakan pengetahuan. 

“Meskipun akan ada pemberhentian pekerja, pada pandangan kami kebanyakan pekerja yang diberhentikan akan diambil semula bekerja oleh perniagaan baharu dan sedang berkembang dan jumlah pembuangan pekerja tahun ini mungkin tidak seramai seperti yang didakwa,” kata Mustapa dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan perbincangan mengenai isu-isu kos menjalankan perniagaan dan peluang pekerjaan di Mesyuarat Kabinet dan mesyuarat Majlis Ekonomi minggu lepas, diikuti sesi dialog dengan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan 21 anggotanya pada 8 Januari. 

Menurutnya pertumbuhan ekonomi mampan Malaysia -- 5.9 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2017 dan unjuran kira-kira 5.0 hingga 5.5 peratus pada 2018, akan membawa kesan positif kepada peluang pekerjaan termasuk dalam bidang baharu seperti aeroangkasa dan ekonomi digital.

“Sejumlah 2.26 juta pekerjaan telah diwujudkan di bawah Program Transformasi Ekonomi setakat ini, manakala satu kaji selidik yang dijalankan oleh SME Corporation dalam suku ketiga 2017 mendapati 40 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ditemu bual menjangkakan perniagaan mereka bertambah baik dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Kerajaan telah memberi perhatian kepada keperluan sumber manusia industri yang berkembang dengan mengambil langkah menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi perubahan ciri-ciri pekerjaan, termasuk strategi meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula tenaga kerja, terutamanya dalam keadaan ‘megatrends’ seperti Industri 4.0 dan automasi, kata Mustapa.

“Meskipun kami mengakui ada berlaku pemberhentian pekerja, namun kami perlu tekankan bahawa kebanyakan pekerja yang diberhentikan telah diambil bekerja semula oleh syarikat baharu dan sedia ada ketika syarikat-syarikat itu berkembang untuk memenuhi peningkatan permintaan. 

“Sebagai contoh, peratusan besar pekerja yang dihentikan daripada syarikat seperti Seagate, Hitachi Global Storage Technology dan Rubicon di Pulau Pinang telah diserap oleh firma-firma lain yang mengembangkan operasi mereka seperti Keysight, Inari, HP, Osram and Infineon,” kata Mustapa.

Dari 2014 hingga 2016, projek pembuatan baharu yang dilaksanakan telah mewujudkan lebih 153,000 pekerjaan dan tambahan 32,700 pekerjaan dalam sektor pembuatan akan diwujudkan daripada pelaburan yang diperoleh dalam tempoh Januari-September 2017.

Mustapa berkata sejumlah besar pelaburan baharu dan pengembangan yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat pada tahun lepas seperti  Broadcom dan Osram di Pulau Pinang, Konica Minolta di Melaka, Infineon di Kedah, Roland dan IKEA di Selangor, serta BMW di Johor, telah mewujudkan lebih banyak pekerjaan di negara ini.

Syarikat minyak dan gas juga mula mengambil semula pekerja, terutamanya dalam perniagaan huluan dan hiliran apabila mereka memanfaatkan harga minyak yang tinggi ketika ini, katanya.

“Juga penting untuk dimaklumkan bahawa setakat suku ketiga 2017, jumlah pekerja bergaji meningkat kepada 14.48 juta daripada 14.42 juta dalam suku sebelumnya,” katanya.

Isu lain yang dibincangkan semasa dialog itu adalah mengenai pengambilan buruh asing.

“Mereka terus menekankan tentang perlunya ada semakan semula holistik dasar-dasar bagi buruh asing dan meningkatkan kecekapan dan pemudahan pentadbiran bagi menggalakkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif,” kata Mustapa.

Pada masa depan, MITI akan terus melibatkan sektor swasta untuk merapatkan jurang antara permintaan mereka dan keseluruhan dasar kerajaan. 

“Kadar pengangguran kita ketika ini sekitar 3.3 peratus merupakan yang terendah di rantau ini dan dijangka kekal stabil. Kita percaya pelaksanaan dasar makroekonomi yang kukuh, cadangan bajet 2018 dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), serta eksport dan aliran pelaburan kukuh berterusan akan menjana lebih banyak peluang pekerjaan dalam negara,” katanya.
– Bernama

Saturday, May 11, 2013



Tahun 2007, Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi menyatakan kehairanan berhubung kehilangan 50, 000 rakyat China yang datang ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Sehingga ke hari ini misteri berkenaan tidak pernah terungkai. 50,000 pendatang tersebut bagaikan ditelan tanah, hilang ghaib tanpa bekas.

Banci Penduduk yang dilakukan pada tahun 2010 menyaksikan bagaimana sebahagian daripada samseng-samseng bermata sepet menghalang bancian dilakukan di kawasan-kawasan yang menjadi sarang pendatang dari China.

Kemenangan besar DAP dan pendaftaran pengundi-pengundi baru dalam jumlah yang besar melibatkan pengundi Cina oleh parti tersebut, juga mendatangkan tandatanya dan misteri yang tidak berkesudahan.

Apabila DAP mempertikaikan tentang pengundi hantu ia seolah-olah memberikan indikasi yang DAP sedang menyembunyikan sesuatu tentang kehilangan 50, 000 rakyat China di Pulau Pinang sahaja.

Sehingga kini Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara masih lagi mendiamkan diri dan pada masa yang sama juga enggan melakukan operasi besar-besaran.

Apakah power benar 50, 000 rakyat China tersebut ataupun memang ada tangan ghaib DAP di dalamnya?

Baca selanjutnya : di sini


Gempar !! PM Mahu 50,000 Pelancong China Yang Hilang Di Cari !!



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Jabatan Imigresen dan Polis mengesan kira-kira 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia tahun ini tetapi masih belum meninggalkan negara.

Perdana Menteri berkata kedua-dua jabatan itu perlu mendapatkan kerjasama Kedutaan China di negara ini bagi mengesan para pelancong berkenaan.

Adalah penting bagi imigresen dan polis mendapatkan kerjasama Kedutaan China memandangkan jumlah yang sebegitu ramai tidak pulang, katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadual diadakan bulan depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibunegara hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar mengenai rancangan imigresen untuk melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan pelancong yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran atau cuba menjadi warga tempatan dengan menggunakan dokumen palsu.

Pihak berkuasa Malaysia turut dilaporkan tidak menolak kemungkinan pelancong terbabit menjadikan negara ini sebagai transit sebelum menyeludup ke negara ketiga.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang mengetatkan peraturan sedia, Abdullah berkata pada masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian memandangkan perkara pelancong "tinggal lama atau hilang" bukan merupakan perkara baru.
" Bukan perkara baru... kita tak boleh elak daripada perkara ini," katanya.

Mesra pelancong

Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, imigresen harus mengambil pendekatan yang bijaksana dan mesra kerana dalam masa yang sama Malaysia mahu memastikan pelancong tidak menghindari negara ini.

"Ini seperti bertanyakan soalan-soalan yang berpatutan untuk mengetahui perkara itu dan ini...kalau bertanyapun bukan perkara yang boleh menyakitkan hati," katanya.

Beliau berharap melalui pendekatan ini pelancong akan terus berkunjung ke Malaysia serta mematuhi peraturan sedia ada seperti memperbaharui pas lawatan sebelum tamat tempoh dan memastikan mempunyai dokumen yang sah

Abdullah berkata sekiranya mereka yang dilaporkan menghilangkan diri itu berjaya dikesan dan ditangkap, mereka perlu didakwa di mahkamah supaya dikenakan tindakan yang sewajarnya.

"Kita tak boleh biar atau pejam mata sebelah...tak boleh," katanya.

Statistik 50,000 pelancong China yang menghilangkan diri itu diperolehi berdasarkan jumlah kad pelawat yang diserahkan kepada imigresen ketika pelancong pulang tidak sama dengan jumlah rekod kemasukan.

Awal tahun lalu, Jabatan Imigresen dilaporkan tidak dapat memastikan ke mana menghilangnya lebih 250,000 pelancong dari India dan China apabila rekod menunjukkan mereka tidak keluar dari negara ini walaupun sudah tamat tempoh lawatan.

Pada tahun 2003, 500,000 pelancong China datang ke negara ini tetapi statistik menunjukkan hanya 315,000 warganegara itu yang pulang ke negara asal.



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.