1.
Sudah lama orang pas diingatkan tentang orang2 Anwar menyusup dalam
parti itu. They’re planted by him since 1998.
2.
Anwarinas berjaya memegang jawatan2 penting dalam pas dan ada
sebahgian mereka diangkat menjadi YB. Pemimpin pas tidak percaya
mereka itu adalah ancaman dan tidak kesah akan ingatan/amaran ikhlas
yang diberikan.
3.
Pertandingan antara Ustz Nasha & Mat Sabu cukup jelas memaparkan
sepak terajang Anwarinas. Namun pemimpin pas masih tutup mata dan
pekakkan telinga mereka.
4.
Sekarang baru tersedar. Malangnya Pas sudah hilang satu pertiga
kuasanya di Parliamen apabila mereka menubuhkan parti baru, PAN,
setelah kecewa kerana gagal untuk menawan Pas.
5.
Dalam pada itu, adakah UMNO pula sedar bahawa terdapat ramai
Anwarinas dalam kelambunya?
6.
Memang ada orang kuat Anwar yang dari awal sudah insaf dan sedar
sepak terajang AI lalu mereka kekal setia dlm UMNO. Mereka ini
bukanlah Anwarinas yang licik itu.
7. Namun
memanglah strategi Anwar was to plant his men/women everywhere.
8.
Bacaannya seolah-olah begini. Ada yg disuruh kekal dalam UMNO to
accomplish a certain mission; ditegah ikut dia ke PKR.
9.
Ada pula yang bersamanya di dalam Pkr disuruh kembali ke pangkuan
UMNO with a certain mission. ‘Murtad2’ ini sudah ‘mengucap’
semula dan menunjukkan ‘kealiman’ mereka yang lebih dahsyat dari
wali.
10.
Ada yang bercerai ‘talak tiga’ sudah melakukan ‘cina buta’.
11.
Kita setuju mereka ini diterima kembali demi untuk memantapkan parti.
Kita sedar mereka boleh menyumbang.
12.
Namun adakah wajar mereka ini yang mungkin merupakan musang berbulu
ayam diberikan kedudukan yang lebih baik daripada apa yang dinikmati
oleh ahli UMNO yang setia; yang tidak pernah memaki dan menyumpah
seranah parti keramat/pemimpin UMNO serta tidak pernah memijak2
bendera UMNO? Sungguh sedih dan kecewa kerana jutaan ahli UMNO yang
setia kekal sebagai ahli biasa yang tidak berjawatan dan bersepah
melata.
13.
Mereka yang disedekahkan dengan jawatan2 ini pula umpama kera
mendapat bunga dan seperti si kudung mendapat cincin. Mereka
bergelagat hingga lupa daratan lalu berlagak pula seperti kaduk naik
junjung dan lebih sudu dari kuah.
14.
Ahli UMNO yang setia ini merasa terpinggir dan meluat. Hingga ada
yang terfikir, jika hendak hidup senang, lebih baiklah ikut perangai
si murtad itu.
15.
Adakah para pemimpin UMNO sedar atau mereka mengidap penyakit yang
sama sepertimana yang dideritai oleh para pemimpin Pas?
16.
Ubah sebelum rebah!
17.
Justru Anwarinas ini perlulah dibersihkan sebelum mereka sapu bersih
UMNO!!!
Baca
seterusnya dalam blog Darah Tuah SINI


Anwarinas
ni selalu ada susur galur ke organisasi di atas. SINI