Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Artikel murahan pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Artikel murahan pembangkang. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

PANDA , TWITTER PM @NAJIBRAZAK & ARTIKEL MURAHAN PORTAL PRO-PEMBANGKANG !

Portal pro-pembangkang, SorosKini MalaysiaKini buat hal lagi. Alat propaganda pro-pembangkang ini menyiarkan artikel murahan yang tiada nilai langsung yang ditulis oleh bekas Setiausaha Akhbar banduan peliwat di Penjara Sungai Buloh.



Tajuknya pun sudah menyimpang jauh dan hanya sekadar propaganda murahan yang memualkan. 

Seperti yang kita tahu, Liang Liang dan Xing Xing adalah dua ekor panda yang dihadiahkan oleh kerajaan China tahun lalu sebagai simbol hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China.

Twitter Perdana Menteri DS Najib Razak tentang kelahiran seekor anak beruang panda di Zoo Negara pun mahu di spin dan dijadikan berita oleh portal pro-pembangkang itu. Pathetic!


Mereka mengaitkan kenyataan twitter yang simple itu dengan pelbagai tuduhan dan yang lebih memualkan ialah apabila mereka mengaitkannya dengan kadar pengangguran dan jenayah yang kononnya berleluasa.

Malah, twitter Najib Razak tentang panda itu juga dikaitkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 dan pemenjaraan Anwar Ibrahim, banduan peliwat!

Come on …….. jangan tampak desperado sangat!

Inilah modus operandi portal-portal pro-pembangkang yang sengaja menyiarkan berita yang bertujuan untuk memburuk-burukkan kepimpinan BN dan kerajaan BN. Sampai cerita panda pun mahu diputarbelitkan dan ditokok tambah.

Dan sudah tentu ruang komentar dalam 
SorosKini MalaysiaKini yang menjadi lubuk pro-pembangkang akan disambut oleh balaci-balaci pro-pembangkang yang akan menghina dan berlaku biadap terhadap DS Najib Razak


Inilah 
tugasan portal-portal pro-pembangkang yang sebenarnya 'hidup' di atas isu-isu kepimpinan UMNO, BN dan kerajaan BN. Kerana itu juga kita menyarankan agar pihak yang bertanggungjawab bertindak tegas terhadap portal-portal ini. Jangan berlembut lagi.

Baca Seterusnya MIM

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.