Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label BN.. Show all posts
Showing posts with label BN.. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Orang Cina Tak Sabar-Sabar Nak Tumbangkan BN



Saya difahamkan oleh rakan-rakan yang membuat liputan di beberapa tempat sekitar Lembah Klang, mengatakan rata-rata pusat mengundi sejak awal pagi lagi di dominasi oleh pengundi-pengundi cina.

Dulu orang-orang cina jarang ambil tahu sangat pasal politik ni.....nak mengundi pun mereka malas. Sekarang mereka berduyun-duyun daftar mengundi dan dengan penuh semangat pagi-pagi lagi dah berada di pusat mengundi.

Tak sabar-sabar mereka nak tumbangkan BN nampaknya....

Saya selalu cakap dengan rakan-rakan saya, pilihan raya kali ini adalah peperangan antara cina dengan melayu. Cina nak tumbangkan BN dan melayu masih bersama BN.

Sebab itu lagi daripada awal kita dah jangka kita tidak akan menang di kerusi-kerusi yang pengundi cina majoriti, terutamanya kerusi-kerusi bandar.

Mereka undi atau mereka tak undi kita jangan bimbang, kita tetap akan tubuh kerajaan. Dalam keadaan paling buruk sekali pun kita tetap dapat tubuh kerajaan dengan majoriti mudah. Dapat 112 kerusi cukup untuk tubuh kerajaan.

Lepas pilihan raya kalau Najib masih lagi nak bagi itu bagi ini kepada mereka, aku pula yang akan jadi tukang balun Najib.


Baca seterusnya : di sini


Wednesday, April 24, 2013

Eksklusif!!! Yusni Disingkir, Penyokong PAS Mahu Belasah Chegu Bard?!!! @dzainalabidin


Jam 11.20 pagi tadi berlangsung sebuah sidang akhbar di Restoran Nasi Kandar Subaidah, Seberang Jaya melibatkan mantan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang bersama beberapa individu yang masih setia bersama PAS.

Pada majlis tersebut, Ustaz Hafiz Nordin mendesak agar Ustaz Yusni Mat Piah terus mempertahankan kerusi yang sudah ditetapkan untuk dirinya sebelum ini iaitu N21 Sungai Acheh dan mengabaikan kenyataan Haji Hadi yang menyatakan bahawa PAS akan menarik diri dikawasan tersebut dan 2 kawasan lain bagi menyerahkannya kepada PKR untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

Sidang akhbar itu turut menggesa supaya Datuk Mustafa Ali segera melepaskan semua jawatan di dalam PAS yang disandang beliau lantaran tersebarnya video aksi terlarang melibatkan dirinya dan tiada sebarang penafian dikeluarkan sehingga kini.

Krisis pencalonan Pakatan Rakyat terus membuktikan bahawa penyatuan dikalangan mereka bukanlah satu kombinasi yang ideal sepertimana Barisan Nasional yang sentiasa bersepakat sejak 55 tahun dahulu.

Sememangnya Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional adalah pilihan terbaik untuk pengundi N21 Sungai Acheh kerana beliau merupakan anak jati kawasan tersebut, manakala Yusni dan Chegu Bard yang sering bercakaran pula adalah orang luar yang cuba memecah belahkan perpaduan rakyat setempat.

Apakah terdapat jaminan bahawa mereka akan berkhidmat sebaik mungkin sekiranya mereka terpilih sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memandangkan mereka adalah orang luar?

Pada pandangan admin, tindakan yang akan mereka lakukan tidak ubah seperti kata pepatah " habis madu, sepah dibuang". Mereka pasti akan mengulangi sejarah kebanyakan rakan mereka yang sering melompat kawasan dan rakyat akan terus terkapai dibiarkan.


Baca seterusnya :di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.