
Shen
Yee Aun –
1. Mengikut data dan fakta lama penganjuran BERSIH 1.0 , 2.0 dan 3.0
maka setiap kali BERSIH dianjurkan sebanyak RM1.8 juta kos pihak
Kementerian Dalam Negeri perlu menanggung kerugian.
2.
BERSIH 4.0 kali ini adalah selama dua hari maka anggaran kos kerugian
yang perlu ditanggung oleh pihak KDN adalah sebanyak RM3.6 juta.
3.
Sebanyak 15 000 pihak polis perlu bertugas dan bekerja setiap kali
BERSIH dianjurkan.
4.
Sebanyak 36 000 teksi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan
mengalami kerugian. Kali ini mereka perlu menanggung kerugian selama
2 hari jika sebelum hari hanya sehari. Anggaran kerugian adalah
sebanyak RM5.4 juta sehari dan kini untuk BERSIH 4.0 kemungkinan
anggaran kerugian sebanyak adalah sebanyak RM 10.8 juta (2 hari).
5.
Anggaran sebanyak 6000 gerai di Sekitar Kuala Lumpur. Peniaga
pelbagai bangsa akan mengalami kerugian besar. Anggaran keuntungan
setiap gerai adalah sekitar RM 1000 – 50 000 sehari untuk setiap
gerai. Kini untuk BERSIH 4.0 adalah selama 2 hari.
Oleh
itu , anggaran kerugian keseluruhan peniaga di seluruh Kuala Lumpur
adalah satu angka yang terlalu besar untuk dianggarkan.
6.
Terdapat 15 Pusat Membeli Belah Utama di Kuala Lumpur akan mengalami
kerugian yang amat teruk.
7.
Pada BERSIH 3.0 yang lepas , Keuntungan Sungei Wang Plaza jatuh 30
peratus berbanding minggu-minggu biasa; Sogo, Low Yat, Starhill dan
Lot 10 rugi 50 peratus manakala Pasar Seni di tutup sepanjang hari.
Petaling Street pula lebih 80 peratus kedai ditutup manakala Suria
KLCC lambat buka dan kebanyakan kedai di dalamnya ditutup.
8.
Sebanyak 36 Stesyen Televisyen di Seluruh Dunia akan memaparkan
tentang perhimpunan ini (setiap kali BERSIH dianjurkan).
Keadaan
ini juga bermakna nama baik Kuala Lumpur dan Malaysia akan diburukkan
dan tercemar ke seluruh dunia.
9.
Sektor pelancangan Malaysia akan terjejas. Kos Kementerian
Pelancongan untuk menyakinkan pelancong di 44 pejabat pelancongan
Malaysia di seluruh dunia perlu ditingkatkan.
10.
Sektor pelancongan di Malaysia secara putaratanya menyumbang sekitar
RM 4.85 billion sebluan , RM 1.21 billion seminggu dan RM 173.51
sehari dan RM 7.23 juta sejam. Anggaran kerugian yang perlu
ditanggung adalah sekitar RM 1.21 billion walaupun BERSIH dianjurkan
selama 2 hari pada kali ini.
11.
Hal ini disebabkan, untuk jangka satu minggu pelancong asing tidak
akan berani datang melawat ke negara kita. Ada kalanya , jangka masa
ini adalah lebih daripada seminggu. Tepuklah dada dan tanyalah selera
berapa ramai dalam kalangan anda yang kini berani untuk melawat
Bangkok ? Begitulah persepsi dan perasaan pelancong terhadap negara
kita.
12.
Sebanyak sekitar 600 hotel di seluruh Kuala Lumpur juga akan terjejas
perniagaan mereka.
13.
Sekitar sebanyak 1.7 juta populasi di Kuala Lumpur akan mengalami
kesesakan lalu lintas sebanyak 2 hari untuk BERSIH 4.0 pada kali ini.
14.
BERSIH ditaja oleh National Democratic Institute (NDI) , Open Society
Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy (NED) . 3
institusi barat yang paling beracun dan berbahaya yang telah menaja
banyak demonstrasi di seluruh dunia yang telah menyebabkan kehilangan
ribuaan nyawa manusia demi mencapai agenda tersirat dan peribadi
mereka.