Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Betty Chew. Show all posts
Showing posts with label Betty Chew. Show all posts

Friday, March 17, 2017

Rosmah Mansor Pegang Penaung PERMATA Salah, Betty Chew Pegang Lembaga Pengarah Hartanah Boleh? Dajal Kiasu Punya DAP


Berkatalah seorang Ketua Menteri di sebuah negeri di Utara tanahair yang dipetik Free Malaysia Today, baca di sini,
"Although I am not a water expert, I am holding this position because I am CM. The CM post comes from the people’s vote. Rosmah’s post was not determined by polls. Please do not talk about that when she is just the PM’s wife. You have the position by marriage. And hence you are the patron. So, please do not drag me into this issue."
Joseph Lim Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menamakannya sebagai orang yang tidak layak kalau berdasarkan kepada kelulusan, latarbelakang pendidikan mahupun kelayakan untuk menjadi Pengerusi PBAPP selepas ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin mempertikaikan kelayakan Rosmah Mansor sebagai Penaung PERMATA.

Pertama, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bukan dipilih oleh Rakyat. Rakyat Pulau Pinang hanya memilih beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih. Kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP sejak 2004 dan anak kepada 'diktator' di dalam DAP memungkinkan beliau menjawat jawatan tersebut.

Kedua, membandingkan DS Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri dan dengan kedudukan tersebut DS Rosmah Mansor menjawat jawatan Penaung PERMATA mungkin ada betulnya. Namun apa kesalahan dengan memikul tanggungjawab tersebut? Mungkin Lim Guan Eng terlupa tentang isterinya Betty Chew. Betty Chew adalah ADUN Kota Laksamana di Melaka dan Melaka dan Pulau Pinang bukanlah negeri yang sama (untuk pengetahuan macai DAP yang bengap).

Barangkali Joseph Lim Guan Eng boleh memberikan sebab yang sama, mengapa isterinya Betty Chew terlibat dalam sektor hartanah dan konsultansi hartanah di Pulau Pinang yang turut melibatkan Phang Li Koon sebagai rakan kongsi terutama dalam syarikat yang bernama Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Baca di sini. Macai DAP kenal tak siapa perempuan Phang Li Khoon ini? Untuk rekod, Phang Li Khoon adalah tertuduh yang telah turut didakwa dalam dua kes rasuah bersama-sama Joseph Lim Guan Eng. Ingat tak macai?


Begitu juga dengan perlantikan Betty Chew oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang untuk mengetuai jawatankuasa hartanah menerusi kaitan rapat antara Joseph Lim Guan Eng dengan Tan Sri Tan Kok Ping. Baca di sini. Bukankah kedudukan Betty Chew ini juga seperti kata Joseph Lim Guan Eng, "position by marriage"?






Tuesday, January 20, 2015

HAIRAN SUNGGUH!!! DARI MANA LIM.GUAN ENG DAN BETTY CHEW DAPAT DUIT UNTUK MEREKA BERMEWAH-MEWAH


Tuesday, January 20, 2015

HAIRAN SUNGGUH!!! DARI MANA LIM GUAN ENG DAN BETTY CHEW DAPAT DUIT UNTUK MEREKA BERMEWAH-MEWAH?

Lim Guan Eng menggelupur sakan apabila gambar-gambar isterinya telah disiarkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina, sehinggakan dia melabelkan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang sebelum ini lebih banyak memberikan sokongan kepadanya dan DAP sebagai PERKAKAS BN.

Guan Eng telah mengumumkan yang media-media BN dalam laporan mereka tentang isterinya telah dilantik dalam Majlis Perkhidmatan Hartanah oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang sebagai bankrap idea.

Menariknya, tidak ramai yang sedar, LIM GUAN ENG PENIPU BESAR!!!

Perhatikan kronologi dan akhbar-akhbar mana yang buat laporan. Memang pembohong besarlah anak Lim Kit Siang ini!

Kini, timbul pula persoalan, dari manakah Lim Guan Eng memperolehi kekayaan 'MENGEJUT' dalam tempoh 7 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, memandangkan sebelum dia menjadi Ketua Menteri dan sebelum DAP memenangi Pulau Pinang, terlalu amat jarang Lim Guan Eng sekeluarga bercuti ke luar negara, apatah lagi Betty Chew, isterinya bermewah-mewah, sehinggakan Lim Guan Eng ketika dia cuba memaksimakan pemanipulasian politik menjatuhkan 'kawan-kawan demi survival kedudukan' dalam UMNO membabitkan seorang gadis bawah umur dari Melaka, dia dikatakan pemimpin rakyat yang serba ringkas, serba zuhud. Malah lakonan itu jugalah yang dibuatnya pada ketika dia mula-mula menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lim Guan Eng cuba menafikan pembabitan isterinya dalam PCC, namun pembuktian bergambar dan artikel bercetak dari kumpulannya sendiri, lain pula ceritanya. Begitu juga dengan cerita pembabitan Betty Chew dengan PCCC.

Gambar dan berita yang disiarkan ini (RUJUK DI SINI) atau lebih tepat lagi pada Oktober 2013, lebih kurang lima bulan selepas membotakkan kepalanya dalam usaha Lim Guan Eng meraih simpati untuk mendapatkan sokongan DAP mengekalkan kuasa di Pulau Pinang, menunjukkan Betty (dua dari kiri) dengan salah seorang kontraktor hartanah utama yang juga merupakan Pengarah Urusan Hunza Properties Bhd Group, Daisy Ooi melambai ke arah orang ramai dari dalam Rolls Royce tidak berbumbung.

Adakah gambar ini boleh dijadikan bukti untuk menunjukkan betapa 'TIDAK ERATNYA' hubungan Betty dengan taikun-taikun berjenama besar yang sangat kuat pengaruh mereka?

HUNZA adalah pemaju yang telah membangunkan Gurney Paragon Mall. Di dalam gambar tersebut, Betty Chew kelihatan tidak ubah seperti WANITA PERTAMA PULAU PINANG.

Betty Chew, selain menjadi isteri Lim Guan Eng, juga merupakan bekas ADUN DAP dan ahli DAP yang aktif. Dia juga merupakan umpan Lim Guan Eng mendapatkan publisiti menerusi upacara membotakkan kepala beberapa hari sebelum PRU-13. Selepas wayang hebat Lim Guan Eng membotakkan kepala isterinya yang beragama Kristian di dalam kuil Buddha, tarikan dan sokongan kepada DAP membolehkan Lim Guan Eng mengekalkan kedudukannya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan DAP memerintah Pulau Pinang.

DAP dan Lim Guan Eng tidak pernah berhenti menyerang Rosmah Mansor yang tidak ada sebarang kedudukan atau jawatan dalam politik. Malah mempersoalkan Rosmah yang bersuaminya Orang Besar Berempat Pahang yang sudah sedia kala kaya-raya berbanding keluarga Lim Guan Eng yang datang ke negara ini sebagai imigran dengan sehelai sepinggang dan hanya menunjukkan kemewahan selepas Lim Guan Eng bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang.

Justeru timbullah pertanyaan dari mana sebenarnya Lim Guan Eng dan keluarganya memperolehi kekayaan terutama sekali selepas PCCC berusaha menjadi agen tunggal hartanah di Pulau Pinang sepertimana yang dilakukan oleh keluarga Lee Kuan Yew yang menguasai semua urusan hartanah di Singapura termasuklah syarikat guaman tunggal yang menguruskan HDB di negara pulau tersebut?

Permintaan Lim Guan Eng agar isterinya tidak 'diserang' hanya muncul selepas pendedahan dibuat oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina tentang kedudukan isterinya.

Banyak misterinya nih!!!



cr :The Saviour

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.