Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label FGV. Show all posts
Showing posts with label FGV. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Shahril Nafi Berita SPIN Sinar Harian Milik Karangkraf Yang Kemudian Digunakan Malaysiakini Kononnya Felda Hilang RM4.3 Billion!!!

Masalah bila ada pakar ekonomi facebook yang keluar kenyataan lebih awal dari empunya diri.

1. Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad mengesahkan yang agensi tersebut tidak kehilangan RM4.3 bilion seperti yang dilaporkan oleh portal media tertentu semalam.

2. Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru tersebut dia mempunyai senarai bagaimana kesemua jumlah RM4.3 billion itu digunakan untuk pelaburan jangka panjang di dalam dan di luar negara.

3. "Tiada wang yang hilang. Dari RM6 bilion yang diterima semasa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd, kita membelanjakan RM1.7 bilion untuk peneroka Felda bagi membayar setiap keluarga sebanyak RM15,000."

4. "Baki sebanyak RM4.3 bilion untuk pelbagai tujuan. Felda telah membuat bayaran "one-off" kepada kerajaan negeri Sabah (RM300 juta), Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan untuk peneroka Felda RM400 juta, perbelanjaan mengurus RM883 juta dan pelaburan dalam hartanah di dalam dan di luar negara, membeli saham-saham dan beberapa perkara lagi."

5. Shahrir membuat kenyataan tersebut apabila ditanya mengenai laporan oleh beberapa portal berita yang mendakwa kononnya RM6 bilion yang diterima oleh Felda selepas penyenaraian FGVH tidak dapat dikesan.

6. Katanya RM1.438 bilion dilaburkan dalam hartanah di Bukit Katil, Melaka pada nilai RM304 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah (RM86 juta), Apartmen Servis Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) dan saham Iris Corporation Berhad shares (RM110 juta).

7. Menurutnya, Felda juga membeli Felda Technoplant Sdn Bhd yang bernilai RM38 juta manakala jumlah kerugian terkumpul Felda adalah sebanyak RM108 juta, melibatkan Projek Transnovasi.

8. Menurut Shahrir, Felda juga telah membuat keputusan untuk menjual hotel yang dibeli oleh agensi tersebut di London pada harga RM548 juta pada tahun 2012. Jualan hotel ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

9. "Tugas saya adalah untuk memastikan wang yang dilaburkan oleh Felda adalah mengikut perancangan dan untuk memastikan pelaburan ini memberikan pulangan yang baik," katanya.

Sumber: assu

Sunday, November 27, 2016

FELDA Rugi Berjuta Akibat Perancangan Dan Pelaksanaan Lemah

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 mendapati Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan beberapa projek.

KUALA LUMPUR: : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta tiga projek lain.

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh FELDA dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Antaranya, 65 kontrak bagi pemerolehan perkhidmatan LiDAR bernilai RM148.42 juta ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa, katanya dalam laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, syarat semua kontrak yang ditandatangani oleh FELDA dengan Bumitouch Sdn Bhd dan Skyline Access Sdn Bhd bagi perkhidmatan LiDAR tidak lengkap kerana tidak memasukkan perkara penting yang menjamin kepentingan FELDA.

Laporan itu yang disiarkan astroawani menyatakan semakan audit mendapati pembayaran sepenuhnya berjumlah RM40.57 juta telah dibuat terhadap 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch Sdn Bhd walaupun serahan LiDAR masih belum diterima sepenuhnya.

Menurutnya pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch mulai 2013 hingga 2015 telah dilaksanakan.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi LiDAR bagi tujuan penanaman semula tidak boleh dimulakan setelah serahan bagi tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 bagi kawasan berkenaan tidak diterima sepenuhnya.

LiDAR merupakan teknologi remote sensing yang mampu mengukur jarak antara dua objek atau sifat sesuatu sasaran dengan cara memancarkan cahaya pada sasaran tertentu dengan menggunakan laser. LiDAR dapat memberi maklumat yang tepat dan cepat antaranya bagi aplikasi topografi dan peta 3 dimensi bentuk muka bumi.

Bagi pelaksanaan Projek Inisiatif Jalur Lebar pula, yang melibatkan kos RM566 juta, laporan itu menyebut ia hanya selesai di peringkat penyediaan pelan tindakan pada kos RM40 juta.

"Projek rintis dan pelancaran penuh telah ditangguhkan oleh Lembaga Pengarah FELDA pada 29 Jan, 2015," katanya.

Kajian kemungkinan dan daya maju juga tidak dilaksanakan oleh FELDA sebelum projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen, bagi menentukan keperluan dan lokasi, keupayaan teknologi, yang menyebabkan agensi mengalami kerugian RM73.63 juta.

"Tiada kelulusan daripada menteri berkaitan dan menteri kewangan bagi penubuhan empat subsidiari dan syarikat-syarikat sub-subsidiari bagi pelaksanaan projek penternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan pastri Schneeballen," katanya.

FELDA Caviartive Sdn Bhd membelanjakan RM47.62 juta, tetapi pulangan termasuk penternakan ikan sturgeon dan pemindahan teknologi masih belum dicapai, disebabkan oleh penggantungan projek.

"Global Settlers Sdn Bhd membelanjakan RM8.4 juta bagi pembukaan lima Restoran Savaro tetapi semuanya ditutup setelah operasi antara dua hingga tiga tahun," katanya.

Menurut laporan itu, projek pastri Schneeballen ditamatkan pada Oktober 2015 dan RM6.39 juta dibelanjakan bagi pembayaran kontrak dan mesin pastri.

Audit Negara mencadangkan agar FELDA merancang perolehan dan pengurusan projek secara menyeluruh untuk memastikan pelaksanaan yang betul dan mengelakkan pembaziran.

Agensi itu juga telah diminta supaya menjalankan kajian kemungkinan dan daya maju sebelum membuat apa-apa pelaburan dan melaksanakan projek.

FELDA juga diminta mengambil tindakan disiplin atau surcaj terhadap pegawai yang bertanggungjawab bagi apa-apa tindakan yang melanggar peraturan dan undang-undang.

Monday, April 6, 2015

Tunggu Masa Mazlan Aliman Layak ganti Mahfuz...

.... sebagai Mr Bean.

Mazlan Aliman kata Genting beli saham dalam FGV lalu pemegang saham FGV terjebak dalam kegiataan perjudian yang haram. Dia pass ke tidak LCE atau SRP dulu?

Hello! Hello! Hello ... Sirul! Ada orang baru akan ganti abang Put untuk talipon ko.

Baca seterusnya ; The Unspinners

Apa kata Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures (FGVH), Datuk Sabri Ahmad.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini sekali lagi menjelaskan bahawa Genting Bhd bukan pemegang saham syarikat itu.

FGV juga menegaskan bahawa ia tidak memberikan mana-mana saham kepada Genting semasa dan selepas tawaran awam permulaannya.

"Mustahak bagi FGV untuk memberikan penjelasan itu agar orang ramai dan juga peneroka Felda tidak terkeliru dengan laporan yang tidak jelas," kata Presiden Kumpulannya Datuk Sabri Ahmad dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada satu artikel yang diterbitkan oleh MalaysiaKini bertajuk "Umno MP: Why did unrelated person get one million FGV shares?"

Merujuk kepada jadual yang dilampirkan bersama artikel itu yang menyenaraikan pemegang saham utama FGV, Sabri berkata: “407.005 juta yang dinyatakan dalam jadual itu ialah bilangan saham yang dipegang secara langsung oleh Genting dalam Genting Plantations Bhd pada 7 Mei 2012 berasaskan kepada Laporan Tahunan 2011 Genting Plantations.

"Kami mempercayai media termasuk media yang mengamalkan kewartawanan yang baik, yang mendukung rangka kerja etika kukuh untuk mendapatkan sumber yang membantu menjadikan suatu berita menarik.

"Bagi bahagian kami, kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama bagi membetulkan sebarang kemungkinan kekeliruan di kalangan pembaca dan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Sabri berkata saham FGV mematuhi Syariah seperti yang disahkan oleh Majlis Syariah.

Beliau berkata saham-saham itu kekal "halal" walaupun sekiranya Genting memutuskan untuk menjadi pemegang saham dalam FGV.

"Jika sekiranya ini berlaku, Genting yang melabur dalam FGV, dan bukan sebaliknya di mana FGV membeli dan memiliki saham Genting," kata Sabri.- Bernama

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.