Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Hartal. Show all posts
Showing posts with label Hartal. Show all posts

Monday, August 31, 2015

TAK PAYAH TEMBERANGLAH NAK JATUHKAN NAJIB KALAU TAK BERANI TUTUP KEDAI BERNIAGA!!!


 

Sembang nak jatuhkan Najib sudah lama kedengaran. Apa-apa sahaja isu yang ditimbulkan, kemudian akan disusuli dengan jerit pekik, 'JATUHKAN NAJIB'. Paling hebat dan paling termampu dibuat hanyalah berdemonstrasi, menunjuk lagak dan kuat di khalayak umum sepertimana para pengganas komunis berarak keluar dari hutan dengan senjata-senjata yang diberikan oleh British untuk menunjukkan merekalah sebenarnya yang menghalau Jepun dari Tanah Melayu walaupun sebenarnya, mereka yang lari terbirit-birit apabila terdengar letupan senapang Jepun.

Berkumpul ramai-ramai dan mengganggu jalanraya di lokasi terpilih, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menjuahkan diri. Hakikatnya, BERSIH 4.0 sebenarnya tidaklah sehebat mana pun.

Buktinya, setelah dua hari mereka berdemonstrasi dan ditambah pula dengan penyertaan Dr. Mahathir yang mereka sendiri benci dalam demonstrasi tersebut, NAJIB ABDUL RAZAK MASIH LAGI PERDANA MENTERI MALAYSIA. Lim Kit Siang masih lagi APEK PUAKA yang dendam 1969nya tidak padam-padam dan Lim Guan Eng pula terpaksa memerah otak mencari jalan bagaimana hendak menutup segala kejalangannya ke atas Pulau Pinang, sebuah daerah Negeri Kedah yang kini berstatus negeri tetapi masih lagi tertakluk di bawah Kedah.

Macam-macam sudah dilakukan oleh Lim Kit Siang dan cinapek-cinapek pengikutnya. Mereka menghasut, mereka memecahbelahkan, mereka menfitnah, mereka mendabik dada, bahkan mereka mempersoalkan kerakyatan orang Melayu sedangkan mereka sendiri boleh dipersoalkan sama ada mereka benar-benar rakyat Malaysia atau sebaliknya. Mereka juga mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan, mempertikaikan raja-raja Melayu, mempertikaikan dan menghina Islam yang menjadi agama majoriti rakyat Malaysia dan agama rasmi negara, malah mereka juga berlagak seolah-olah negara ini akan muflis seandainya mereka beramai-ramai keluar dari Malaysia seperti yang dikatakan oleh Teresa Kok menjelang PRU-13.

Namun yang pasti, mereka tidak berani langsung untuk menutup kedai, menamatkan perniagaan, tidak lagi berurusniaga dan tidak lagi terlibat dengan ekonomi di negara ini. Sebaliknya, mereka berusaha membolot semahu-mahunya. Mereka mempersoalkan segala-galanya teramsuklah hak-hak perlembagaan yang ada pada SURUHANJAYA PILIHANRAYA kerana mereka melihat kepentingan ekonomi dan kewangan pada sebarang keputusan yang dibuat oleh SPR.

Malah mereka juga mempersoalkan kewujudan MARA, kewujudan bantuan-bantuan serta subsidi untuk Melayu-Bumiputera, mempertikaikan pengagihan zakat dan segala-galanya.




Kalau betul mereka melihat Malaysia di bawah Najib atau lebih tepat lagi di bawah pentadbiran Melayu-Bumiputera sebagai teruk dan memalukan, mengapa tidak mereka pindahkan segala perniagaan mereka ke negara asing? Mengapa mereka masih seperti lalat menghurung tahi apabila ada kawasan-kawasan perniagaan baru diwujudkan? Mengapa pemaju-pemaju hartanah yang mereka kuasai, berlumba-lumba membina rumah serta kedai serta bangunan pejabat yang harganya tidak akan mampu dibeli oleh Melayu-Bumiputera?

Mereka bercakap tentang rasuah. Mereka bercakap tentang penyelewengan kuasa, tetapi mereka kenyang melantak daripada lantunan ekonomi serta kewangan negara hasil daripada dasar kerajaan yang mereka benci. Malah di Pulau Pinang yang menjadi KAABAH buat Cina-Cina DAP, tidak pula menjadi tumpuan para penyokong DAP untuk berniaga dan mengembangbiakkan ekonomi, sebaliknya mereka tetap kekal di kawasan-kawasan yang didominasi oleh orang Melayu.

Kalau betul seperti yang mereka katakan, mengapa mereka tidak mengulangi HARTAL atau mogok umum dengan menutup semua kedai dan perniagaan selama berbulan-bulan? Mengapa mereka tidak cuba melumpuhkan ekonomi dan mengharamkan pembabitan orang-orang Cina dalam aktiviti ekonomi dan kewangan kalau negara ini dan pentadbirannya terlalu buruk seperti yang diperkatakan?

Mogoklah! Tutuplah kedai! Tak payahlah berniaga!

Kemudian, berdemonstrasilah berhari-hari, berbulan-bulan di Dataran Merdeka itu sampai Najib jatuh.

Atau mereka sebenarnya mahukan kuasa politik yang turut disokong oleh golongan berkepentingan yang cuba bersembunyi di sebalik topeng anti rasuah dan anti penyelewengan?

Yang pasti, Najib Abdul Razak setelah dua hari BERSIH 4.0 berdemonstrasi, MASIH KEKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!


Dan Lim Kit Siang pula, masih kekal sebagai APEK PUAKA yang kerjanya dari tahun 1965 sehingga ke hari ini, sentiasa mengatakan negara ini akan bankrap!!! Seterusnya


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.