Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label IPP. Show all posts
Showing posts with label IPP. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

1MDB Selamatkan Puluhan Bilion Wang Negara Dari Masuk Ke Kantung IPP | SALAH SATU SEBAB 1MDB DISERANG

Image result for pembatalan ipp buat TONY PUA serang 1mdb
KUALA LUMPUR – Pendapat seorang pengguna laman sosial Facebook, Eol Zari mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimuat naik pada 18 Mei lalu mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan menjadi viral.
Tulisan pendapat Eol Zari berkisar isu dana dalam projek tersebut telah pun dikongsi di laman sosial yang sama sebanyak 247 dalam waktu yang singkat.
Tegas Eol Zari yang berkerja sebagai perunding cecair gas asli (LNG), 1MDB yang menjadi isu utama ketika ini menyebabkan beliau mahu mengutarakan pendapat dirinya sendiri berdasarkan pengalaman pernah bekerja sama dengan syarikat gergasi dalam industri yang sama seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pemandu.
Tulisan pendapat beliau boleh dilihat di pautan ini: https://goo.gl/jhhvvr
Berikut adalah terjemahan pendapat Eol Zari yang diambil dari laman Facebooknya sendiri:
Sebelum ini, saya tidak memberikan pandangan tentang isu kontroversi mengenai 1MDB. Mengapa 1MDB? Apakah peranan 1MDB dan sumbangannya kepada ekonomi negara kita?
Saya mempunyai pelbagai maklumat berkaitan 1MDB dan saya simpan hanya untuk diri sendiri memandangkan keadaan masa yang tidak begitu sesuai untuk dikongsi bersama pembaca saya. Bagaimanapun, hari ini saya telah mendapat maklumat mengenai 1MDB dari sahabat saya sendiri dan mendapati ia hampir sama dengan yang saya simpan selama ini.
Saya yakin, maklumat-maklumat ini bukanlah bersifat tidak adil mahu pun berat sebelah. Sebagai seorang perunding cecair gas asli sejak tiga tahun lalu, saya mempunyai peluang berkerjasama dan berinteraksi dengan Petronas, TNB, Pemandu, Suruhanjaya Tenaga dan organisasi lain hampir tiga tahun sejak tahun 2011 menceburi bidang kerjaya ini.
Saya banyak membantu dalam memberikan pendidikan kepada kakitangan Pemandu, TNB, Suruhanjaya Tenaga mengenai sumber tenaga baru iaitu cecair gas asli sebagai bahan utama untuk loji kuasa gas.
Kepakaran saya dalam bidang ini adalah sumber tenaga. Pengalaman saya adalah pernah menjadi ketua pakar dalam operasi perkapalan LNG di Petronas. Sudah hampir 35 tahun saya telah berkecimpung dalam bidang ini. Sumber tenaga merupakan perkara tunjang dalam pembangunan infrastruktur dan menjadi perkara utama bagi negara kita untuk mencapai peningkatan ekonomi dalam memacu negara ke arah sebuah negara yang maju.
Saya serahkan kepada pembaca saya yang setia untuk mentafsir mengenai apa yang saya telah digariskan. Kita adalah manusia biasa dan saya berpendapat setiap seorang daripada kita mempunyai pandangan yang tersendiri.
1. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah memperkenalkan konsep Loji Tenaga Bebas (IPP) untuk penjanaan elektrik. Inisiatif ini adalah perlaksanaan di bawah bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir.
Peneraju utama yang memiliki IPP ialah Tan Sri Syed Mokhtar, kumpulan YTL, Genting dan Tan Sri Ananda Krishna. Sime Darby juga salah satu pemegang IPP tetapi tidak diberikan perhatian penuh memandangkan syarikat ini adalah sebauh syarikat yang berkaitan kerajaan (Government Link Company).
Peneraju-peneraju ini mendapat perjanjian menarik dan ia berpihak kepada satu pihak. Bekas pengerusi TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, seorang lelaki yang berintegriti enggan menandatangani perjanjian dan secara sukarela meletak jawatan sebagai tanda protes.
Parti-parti pembangkang mengambil peluang menghentam kerajaan kerana memberikan satu perjanjian bersifat berat sebelah. Mereka tegas menyatakan bahawa ia adalah “perjanjian kroni ” dan mempersoalkan keperluan tindakan kerajaan untuk memberikan subsidi yang besar kepada IPP.
Malah pada Mei tahun 2011, salah seorang ahli pembangkang menganggap IPP ini sebagai “sebuah kilang dadah utama” yang memerlukan subsidi yang besar daripada Kerajaan dianggarkan RM19 bilion setahun.
2. Pada pertengahan tahun 2011, saya telah diambil bekerja sebagai Perunding LNG untuk mengkaji kemungkinan mengimport LNG melalui Terminal Regas Melaka di Sungei Udang.
Terminal ini merupakan laluan terbuka sama seperti yang saya telah lakukan di United Kingdom – LNG Regas Terminal Dragon terletak di Milford Haven di Wales. LNG Regas Terminal Sungei Udang yang dimiliki oleh PETRONAS dan LNG yang diimport diwap sebagai gas untuk dialirkan ke dalam saluran paip PGU.
Ini merupakan pandangan di mana gas domestik yang tidak mencukupi dari Pantai Timur iaitu kira-kira sebanyak 950 mmscfd. TNB pula memerlukan kira-kira 1350 mmscfd.
Kapasiti sumber tenaga untuk Sungei Udang kira-kira 500mmscfd atau bersamaan dengan kira-kira 40 kargo LNG yang diimport melalui kapal Q Flex LNG kapasiti 210,000 m3 setiap.
Dengan rasa rendah diri, saya ingin menyatakan bahawa konsep simpanan terapung LNG menggunakan dua kapal LNG lama kami dengan pulau jeti, yang pertama di dunia telah diilhamkan oleh saya untuk Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Gas yang juga pemilik projek ini.”
Idea untuk konsep ini telah dibincangkan bersama beliau ketika dalam kereta dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Narita dari Tokyo. Dengan idea ini, Petronas telah diselamatkan untuk tidak melakukan projek pengorekan dan kawasan penyimpanan LNG greenfield pantai yang menelan kos sangat besar.
3. Hasil daripada perbezaan yang disenaraikan antara LNG yang diimport dan harga gas domestik, TNB memperolehi margin tipis daripada IPP tidak dapat menyerap perbezaan harga ini dan menyebabkan situasi di mana tidak mampu membeli gas dari LNG yang diimport secara langsung. Akhirnya, PETRONAS telah menjadi pengimport dan juga pengeluar subsidi.
4. Sebuah syarikat, My Power telah ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Najib untuk memulakan rundingan semula dengan IPP bagi mendapatkan perjanjian yang seimbang.
5. Selepas itu, 1MDB membeli IPP dari Ananda pada Mac 2012 dan diikuti oleh pembelian Genting pada bulan Ogos 2012. Selepas itu, pada bulan Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan mengenai perjanjian konsesi dengan IPP.
Seperti yang digariskan dalam perjanjian ini, tidak ada lanjutan konsesi bagi IPP yang dimiliki oleh Ananda dan juga konsesi baru bagi tiga IPP lain. Hanya konsesi baru yang akan diberikan kepada 1MDB dan TNB.
Susunan baru ini akan memastikan bahawa syarikat-syarikat swasta tidak akan mendapat perolehan berlebihan atas perbelanjaan subsidi Kerajaan.
6. Disebabkan kesilapan yang dilakukan sejak tahun 1990-an, kerugian dialami oleh Petronas dan TNB dianggarkan sebanyak RM100 billion kerana perjanjian yang lemah ini sejak 20 tahun.
7. Sebenarnya, penghargaan harus diberikan kepada Najib, Suruhanjata Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara ini dari subsidi berlebihan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang melakukan perjanjian tersebut.
8. Hakikatnya, kadar tarif bagi pengguna di Semenanjung Malaysia perlu ditambah pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost Pass Through (FCPT).
Tetapi ia tidak pernah meningkat kerana perjanjian baru yang disemak semula telah bertambah baik dan seimbang kepada TNB iaitu pembeli akhir. Sebaliknya, tarif elektrik dikurangkan daripada Mac 2015 disebabkan oleh pengurangan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.

9. Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang besar daripada tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015.
Ia mencatat keuntungan sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2015.
Oleh itu, penstrukturan semula ini memberi faedah-faedah yang sangat baik antaranya, :
1. TNB mendapat keuntungan yang lebih tinggi.
2. Pengguna Malaysia mendapat faedah daripada tarif yang lebih rendah disebabkan oleh pengurangan harga minyak.
3. PETRONAS tidak perlu menanggung subsidi yang tinggi di mana manfaat hanya diperolehi oleh syarikat-syarikat swasta, dan,
4. Pengguna elektrik adalah pemenang utama.
5. Yang rugi adalah pemilik asal IPP. Dan ini mungkin menjadi sebab mengapa mereka yang juga dari pemimpin tertinggi UMNO tidak gembira dengan 1MDB dan Najib.
6. Isu Tun Razak Exchange (TRX) dan pembelian tanah oleh Tabung Haji adalah tidak penting berbanding dengan jumlah yang dijimatkan oleh semakan semula perjanjian itu yang dimulakan oleh pimpinan Kerajaan sekarang.
7. Di sebalik cerita lain, terdapat dakwaan dari pembangkang pula mengenai dana yang disalah guna oleh 1MDB, peranan yang dimainkan oleh Jholow, kehilangan hasil daripada pelaburan Petro Saudi dan terkini isu kontroversi mengenai penjualan sebidang tanah kira-kira 1.5 ekar bernilai RM188 juta kepada anak syarikat Tabung Haji.
8. Isu ini mula ditimbulkan pada penghujung tahun lepas apabila 1MDB dilihat sudah tidak mampu meningkatkan dana untuk membayar ansuran pinjaman mereka.
9. Isu ini semakin menjadi isu panas dengan maklumat yang telah diputar belit bagi memperlihatkan 1MDB telah kerugian RM42 bilion (ed.) yang mana ia bukan fakta sebenar.
Sebenarnya, 1MDB tidak mengalami kerugiaan sebanyak RM42 bilion (ed.) seperti yang didakwa. Apa yang berlaku ialah mereka mengalami kerugian kerana perlu mencari dana untuk membayar ansuran pinjaman. Buat sementara waktu, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung ansuran pinjaman dan perbelanjaan pengurusan.
Namun jika diberi masa mereka akan berupaya memulihkan keadaan. Malangnya, dengan segala publisiti buruk yang dicipta, 1MDB mungkin berhadapan dengan masalah tambahan kerana terdapat khabar angin Deutsche Bank mahukan pembayaran awal dilakukan jika 1MDB tidak mendapat jaminan cagaran tambahan.
Justeru jika mahu 1MDB berjaya, kita perlu untuk mengelak dari membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara yang dijangka selesai pada akhir bulan Jun 2015.
10. Tokoh-tokoh lain termasuk peguam terkemuka dan bekas menteri, Zaid Ibrahim mengulas bahawa sebagai Pengerusi 1MDB, Najib perlu mengharungi cabaran ini dengan memberikan maklum balas terhadap dakwaan tersebut.
Begitu juga dengan Pengerusi CIMB iaitu adik Najib memberitahu kepada Pengerusi Lembaga Pengarah dan ahli-ahli 1MDB untuk melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat majlis makan tengah hari diadakan.
11. Penghargaan yang harus diberikan kerajaan yang diterajui oleh Najib kerana telah menyelamatkan negara ini dalam berhadapan usaha pembangkang untuk merosak dan menutup 1MDB.
12. Ironinya semasa pentadbiran Tun Mahathir dan Tun Abdullah, pembangkang adalah pihak yang sangat lantang bersuara mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada pemilik IPP.
13. Dan kini, mereka pula telah bersuara mengkritik dan menjatuhkan PM yang berusaha menyelamatkan negara dari menanggung subsidi yang besar melalui 1MDB.
14. Namun satu perkara yang pasti, agenda utama pihak pembangkang adalah untuk mencari kesalahan dan membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan mahu pun GLC untuk mendapat kelebihan termasuklah meraih undi kepada pihak mereka.
Ini adalah pandangan saya yang jujur dan saya serahkan kepada pembaca saya untuk membuat penilaian sendiri dan pertimbangan mengenai isu ini.
Terima kasih.
[Terjemahan bebas oleh: Nur Azlina Shaari]

Friday, April 24, 2015

Kepentingan syarikat IPP belakang Tony Pua... YTL ke?




Laporan Sarawak Report yang disiarkan semalam di SINI, ada laporkan berikut:

This new information raises huge new concerns about the management of 1MDB on the day that Tony Pua has himself revealed the extent to which electricity prices for Malaysian customers are due to be hiked (in some cases by over 20%) as part of the Government’s efforts to bail out the failing development fund through a series of favoured power deal concessions. [Ini fitnah reka cipta]

Damningly, Pua reveals that 1MDB has even been allowed to sell on a concession, which was controversially awarded to the company instead of to the lowest bidder just this February, in a move that will further push up prices [ini namanya naik tambah]:

This is because the debt-laden and cash-stricken 1MDB has no money to fund the project.  Furthermore no bank is willing to lend any more money to the company.
However, instead of cancelling the award due to breach of concession terms, the Energy Commission is allowing 1MDB to profit from the license award by on-selling its rights to Tenaga Nasional Bhd (TNB). To sweeten the deal for TNB to acquire the concession from 1MDB, it is understood that TNB will be allowed to renegotiate the tariff which was set earlier during the bid.  Once again, it means higher profits for 1MDB for doing absolutely nothing other than to on-sell the concession” 
Tony Pua media statement, 22nd April 2015

Nampak sangat Tony Pua memperjuangkan kepentingan IPP. Khabarnya YTL ... baca SINI SINI SINI SINI dan banyak lagi.

Banyak pemimpin pembangkang yang dibiayai YTL.

Khabarnya Rafizi pun dibiayai dengan juta wang di akaun overseas. Syarikat IPP dah main billion. Apa salah belanja beberapa juta untuk lobbyist.

Tak ngapa. Boleh nafi saja tuduhan ini. Memang takde bukti. Cuma info dari sumber yang boleh dipercayai. Oleh kerana sumber tak boleh didedahkan maka susah Unspinners nak yakinkan.   

Sumber diyakini sebab professional dan bukan sokong 1MDB tapi tahu Rafizi dibayar.
Entah ada lagi ke yang bising ada kepentingan dengan IPP? 


Friday, November 21, 2014

Padan lah Tony Pua Menyalak, Beliau Pejuang YTL ....





Artikel ini ditulis pada Febuari 2014 ketika Tony Puas asyik membela YTL dalam 'pertandingan' tender Projek 3B loji janakuasa arang batu 2000 MW yang akhirnya dimenangi 1MDB. Mengapa Tony Pua, DAP dan seterunya Pakatan Rakyat begitu beria membela YTL? Baca dan hadam.
-----------------------------------------

Walaupun kita terus menunggu dan berspekulasi mengenai siapa yang akan memenangi Projek 3B loji janakuasa arang batu 2000 MW, Tony Pua 'wira rakyat' telah memutuskan untuk bersusah payah hari ini dalam memperjuangkan 'pemenang sebenar' YTL Corp.

Encik Pua, dalam blognya, bimbang bahawa jika akhirnya Projek 3B jatuh ke tangan pesaing terdekat YTL, 1MDB, ia adalah kerana keputusan yang tidak adil diwarnai oleh pengaruh politik, dan rakyat yang akan menanggung akibatnya. Oleh itu, YTL mesti menang.

Benarkah Encik Pua? Bukankah rakyat secara tepatnya selama ini sudah menanggung akibat kerana YTL menang tender terdahulu?

Mungkin kita perlu mengingatkan Encik Pua semula, yang semakin dimamah usia. YTL adalah yang pertama di antara 'penghisap darah' IPP generasi pertama yang menandatangani PPA yang menekan dan berat sebelah dengan TNB pada tahun 1995 yang kemudiannya menjamin pulangan loji janakuasanya sebanyak 20% untuk tempoh 21 tahun.

Adakah anda masih ingat apa yang anda sedang lakukan pada tahun 1995? Kerana anda masih membayar harga untuk perjanjian yang ditandatangani YTL pada masa itu, dan akan terus membayarnya hinggalah ke tahun depan.

Dengan konsesi mereka akhirnya berakhir pada tahun 2015, YTL terdesak untuk mendapatkan Projek 3B. Mereka membida tawaran yang paling rendah pada 25.12 sen/kwh, dan tawaran 1MDB berjumlah 25.33sen/kwh, perbezaan sebanyak 0.21 sen atau hanya 1%. (Ini adalah jurang yang lebih hampir berbanding perbezaan 0.42 sen yang Encik Pua petik dari The Edge yang dipetik daripada 'beberapa' dokumen?).

TNB dan Malakoff membida kira-kira 28 sen/kwh dan 26 sen/kw masing-masing.

Ia bukanlah satu rahsia dalam industri yang YTL berjaya mengemukakan harga yang lebih rendah dengan membawa masuk pembuat dandang (boiler) berkualiti rendah. Bagaimana rendahnya dari piawaian? Nah, di atas kertas, Doosan dari Korea Selatan tidak memenuhi syarat untuk keperluan utama digariskan dalam dokumen RFP yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Adakah dandang Doosan mempunya rekod terbukti dalam kategori Ultra Super Critical (USC)? Tidak. Dandang USC pertamanya hanya akan siap dan bermula pada tahun 2017. Itu 2 tahun lagi.

Tetapi saya menegaskan sekali lagi, ini adalah di atas kertas. Bagaimana tawaran bidaan YTL dapat lepas adalah soalan yang perlu ditanya Suruhanjaya Tenaga.

Encik Pua walau bagaimanapun asyik mencanangkan harga bidaan yang lebih rendah. Itu yang sepatutnya menjadi perdebatan utama untuk memilih pemenang? Jika kita setuju dengan hujahnya, 1MDB sepatutnya menang Track 3A, loji janakuasa arang batu 1,000 MW yang dianugerahkan kepada TNB pada tahun 2013. Tetapi ini tidak berlaku, walaupun membida tawaran yang paling rendah, kerana ada pertimbangan yang lebih luas.

Untuk Projek 3B, YTL 'tidak bertuah' kerana memilih tapak kilang yang lebih jauh dari pusat beban utama di Lembah Klang. Pengguna elektrik yang paling tinggi adalah di kawasan tengah. Bekalan elektrik perlu melalui 160km dari Tanjong Tohor, Johor untuk sampai kepada pengguna utamanya, sekurang-kurangnya tiga kali ganda perjalanan dari mana-mana lokasi janakuasa yang dicadangkan, di mana kesemuanya adalah di kawasan tengah.

Kerugian transmisi yang berlaku semasa perjalanan itu, walaupun pada anggaran konservatif 2% kerugian, telah pun meningkatkan harga tawaran bidaan YTL lebih daripada apa yang ditawarkan oleh 1MDB.

Selain itu, talian penghantaran baru yang perlu dibina sehingga ke Tanjung Tohor akan melibatkan kos yang tinggi pada TNB. Bagaimana banyak? Kos talian penghantaran SAHAJA, tanpa mengira kerugian transmisi yang pasti berlaku, boleh mencecah RM700 juta.

Untuk tawaran ini, jika dilihat dengan gambaran yang lebih luas, perbezaan harga tawaran 1% antara YTL dan 1MDB akan menjadi lebih. Harga yang 'sebenar' yang perlu ditanggung oleh TNB dan Kerajaan, dan paling utamanya rakyat, adalah lebih tinggi jika YTL menang.

Sejak bertahun-tahun YTL juga telah peroleh, dengan pelbagai tahap kontroversi:

1) Konsesi 30 tahun untuk membiaya, membina, menyenggara dan mengawal operasi ERL pada tahun 1997 yang dianggarkan berjumlah RM2.4billion. Anda harusnya gembira untuk mengetahui bahawa anda masih memberi subsidi operasi ini melalui cukai RM2 dan RM6 masing-masing untuk setiap penumpang domestik dan antarabangsa. YTL juga melakukan sambungan ERL untuk KLIA2.

2) Kontrak pembersihan sungai RM1 bilion pada tahun 2007.

3) Dan yang terbarui, projek 1Bestarinet untuk menyediakan jalur lebar kepada sekolah-sekolah yang menelan belanja RM1.5billion, yang telah dikritik kerana sedang digunakan sebagai satu cara untuk mengembangkan rangkaian 4G YTL.

Dan banyak lagi. Kebanyakannya diberi akibat hubungan rapat dengan mereka yang berkuasa.

Adakah kita benar-benar perlu memberi 'ganjaran' yang lebih lagi kepada YTL? Biar saya nyatakan untuk Encik Pua - YTL menawarkan bidaan yang lebih rendan untuk Projek 3B - tetapi dengan kos tambahan beratus juta ringgit yang perlu ditanggung oleh Tenaga dan Kerajaan, untuk janakuasa yang akan mempunyai jentera berkualiti rendah (lantas risiko kerosakan lebih tinggi), yang ditanggung oleh rakyat.

Jadi mengapa Encik Pua memperjuangkan YTL?

YTL, binatang raksasa korporat yang menggemari kontrak besar. Jangan tiba-tiba 'gambarkan' mereka sebagai berkhidmat untuk rakyat - ia adalah malas dan hipokrit.
-----------------------------------------


Monday, September 9, 2013

IPP: TPM/MENTERI KEWANGAN TIDAK TERLIBAT?



Anwar memang ambil peluang sungguh daripada kenaikan tariff elektrik – untuk memulakan serangan baru terhadap IPP. Inilah peluang. Inilah peluang Anwar untuk menyerang dan membogelkan isu IPPs; bagi menutup ‘belalai’nya yang terdedah di dalam skandal video seks. Segala usaha untuk memperbandingkan sikap; mereka yang terbabit di Turki dan sebagainya cepat meletakkan jawatan – mengharapkan Anwar melakukan perkara sama – adalah sesuatu yang tidak mungkin dilakukan.

Anwar meneruskan usaha menyerang IPP yang dirasakan sebagai antara ‘loopholes’ yang boleh menyebabkan beberapa syarikat korporat tumbang. Anwar dalam tweets pagi ini; mengatakan BN berada di dalam ‘denial syndrome’ kerana masih mahu mempertahan IPP. Kita setujulah, memang ada yang betul dalam perjanjian IPP dan Kerajaan. Tetapi Anwar pun tak boleh nak cuci tangan seperti mengatakan DIA tidak terlibat langsung dalam merencana ‘perjanjian terbaik’ kerana pada waktu itu Negara tidak mempunyai wang yang banyak bagi melaksanakan IPP.

Syarikat seperti MALAKOFF – yang mendapat projek IPP Segari Lumut (walaupun dengan 25 % milikan asing; ABB Ventures) itu siapa yang jadi PEMBAWA SURAT dan PENERIMA UNTUNG terbesar? Cuba Anwar beritahu kita semua. Malahan, kita tak hairan langsung kalau sampai ke hari ini – anak cucu Anwar sendiri sebenarnya sudah menerima manfaat daripada dana IPP. Boleh Anwar nafikan?

Sebenarnya, memikirkan bahawa tenaga adalah suatu cabang strategik; TIDAK ADA milikan asing dibenarkan. Tetapi dalam kes MALAKOFF – ABB Ventures; diluluskan – termasuk dengan usaha perubahan akta yang berkaitan.

Ada pemain indusri yang berkata – ABB Ventures; adalah sebenarnya ANWAR BIN BERAHIM VENTURES. Kalau Anwar ada 25 % – bayangkan berapa keuntungan yang dia perolehi selama ini? Berapa? Pernah nak kongsi dengan rakyat?

MALAKOFF ini adalah antara ‘funder’ awal kepada Anwar Ibrahim – di dalam politik. Semua benda mampu disusun dengan sempurna. Hari ni, orang yang sama nak tuduh macam-macam mengenai IPP. Keluarga sendiri hidup senang dengan IPP tidak sedar pula?


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.