Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

INDIVIDU VIRALKAN GAMBAR LIBATKAN PEGAWAI MBI MOHON MAAF






IPOH – Individu yang menyebarkan gambar di laman sosial berhubung barangan jualan seorang penjaja makanan bertaburan di perkarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang didakwa akibat tindakan pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), hari ini tampil memohon maaf.

Penuntut lelaki di sebuah institusi pengajian tinggi yang enggan namanya disiarkan, tampil secara sukarela pada sidang akhbar untuk menerangkan tindakan yang dilakukannya itu.

“Saya mohon maaf…sebenarnya tiada niat pun untuk saya memburukkan mana-mana pihak kerana status Facebook itu dibuat sewaktu saya emosi, dan saya tahu tindakan itu adalah tindakan bodoh kerana saya tidak fikir panjang akan kesannya.

“Sebenarnya pihak MBI tidak bersalah dalam hal ini, mereka hanya menjalankan tugas,” katanya.

Penuntut berumur 22 tahun itu berkata tujuan dia memuat naik gambar tersebut kerana bersimpati dan sedih dengan peniaga tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB Datuk Omar Ahmad berkata beliau telah meminta MBI mengambil tindakan terhadap peniaga tidak berlesen yang berniaga di sekitar kawasan hospital itu.

“Kita telah bayar kantin kita RM14,000 sebulan, kenapa ada orang datang berniaga di sini dengan percuma dan mengganggu lalu lintas,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha MBI Mohd Zakuan Zakaria berkata pihaknya akan membantu penjaja tersebut mengikut keperluan.

“Kalau dia datang minta bantuan…mungkin kita akan berjumpa dengan beliau dan menawarkan apa yang boleh kita bantu,” katanya.


Gambar yang diviralkan menunjukkan seorang wanita sedang tunduk di samping hasil jualan kacang putihnya bertaburan di atas jalan raya dan pegawai MBI berada di lokasi itu. Cr– BERNAMA

Monday, March 17, 2014

Bas Konsortium Jatuh Gaung Sedalam 30 Meter Di Gua Tempurung.1 Maut & 2 Cedera Parah!

Subhanallah!!! Astagfirullahalazim!!! Ini antara gambar yang dikongsikan oleh seorang sahabat melalui wassaps sebentar tadi tentang insiden kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bas ekspress dari syarikat Konsortium telah terjun gaung di tepi lebuhraya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh, Perak.

"Keta kecik.. putus dua.. bas... konsertium

Ada lebih 20 penumpang..
Kemalangan maut...d hgeay..gua tempurung
kt highway simpang pulai..kejadian berlaku stngah jm td swktu ujan lbt..keta putus 2..jln jem giler..

Cerita terperinci tidak pula diberitahu mungkin sekadar melalui kawasan tersebut. Apa pun kesahihan berita ini kena la kita tunggu berita malam nanti. Kalo keluar berita maknanya benarlah cerita sahabat saya ini. Dan jika mungkin pembaca mempunyai butiran "detail" boleh la dikongsikan bersama yang lain. Dan jika berita ini palsu saya mohon maaf. 




Sumber

Monday, May 13, 2013

FULL VIDEO !!! #PRU13 !!! ANWAR IBRAHIM KENCING RAKYAT MALAYSIA DI PERAK !!! #TOLAKPR !!!



Tudiaaa,malam tadi anwar ibrahim menyalahkan SPR DAN UMNO !!! sedapnya bercakap, mentang-mentang dah tak ada ISA anwar ibrahim menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan.apa cerita ni ??? mana janji kononnya kata nak berambus ke luar negara untuk menjadi proffesor dan nak berundur. Nampak sangat pengencingan dilakukan ni.apa pun lihat video penuh di bawah





KALAU BOSAN TERUS KLIK MINIT 26:20


Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.