BANGI,
Sabtu – Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang tidak berhak
campur tangan dalam urusan yang melibatkan kaum di negara ini, kata
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin
Yahaya.
Beliau
menegaskan Isma memandang berat kenyatan Duta China tersebut
lebih-lebih lagi apabila dia mengugut rakyat Malaysia agar tidak
membuat apa-apa gangguan kepada orang Cina.
Hakikatnya,
tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mahu mengapa-apakan kaum
Cina.
“Itu
hanya persepsi. Apa-apa yang berlaku dalam negara ini adalah
tanggungjawab pimpinan dan rakyat negara ini.
“Orang
luar tak berhak campur tangan. Ini boleh menjejaskan hubungan
diplomatik antara kedua negara,” tegasnya dalam satu kenyataan
kepada Ismaweb hari ini.
Beliau
berkata demikian mengulas kenyataan Dr Huang yang memberi
isyarat kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga Cina di
Petaling Street dan kepentingan mereka di negara ini.
Menyifatkan
kenyataan itu sebagai tidak matang Haji Aminuddin berkata, apa yang
diungkapkan Huang boleh menimbulkan ketakutan kepada bangsa Melayu.
“Ia
seolah-olah China akan masuk ke negara ini jika berlaku ketegangan
kaum dan kaum Cina seperti mempunyai Godfather yang beri pelindungan
kepada mereka.“Jadi
pada saya Duta China ini harus diambil tindakan dengan menghantarnya
pulang ke negara asalnya,” katanya.
The
Star Online melaporkan
Huang dijangka dipanggil Wisma Putra susulan kenyataannya yang
dilihat campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara ini semasa
lawatan ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Harian itu melaporkan Huang dipetik sebagai berkata China menentang pihak yang menyebabkan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam.
Ia dilihat merujuk kepada kumpulan yang ingin berhimpun di Jalan Petaling hari ini.