
MEMERANJATKAN!
“SAYA
Tidak Tahu tentang Kesalahan MEMBELI Saham Sendiri ..” Lawak bodoh!
Jika
surat ini adalah benar, ini bermakna bahawa Mahathir boleh melakukan
berkomplot untuk memanipulasi pasaran saham – yang akhirnya
menyebabkan ramai pelabur runcit tinggal seluar dalam dan muflis.
Low
Thiam Hock yang terkenal denan panggilan Repco Low, boleh dikatakan
sebagai ‘share operator’ terbesar pada ketika itu, yang
memanipulasi harga saham Repco Holdings.
Kemuncak
yang melibatkan Repco Holdings Malaysia, tidak boleh disangkal telah
berlaku insiden terbesar memanipulasi pasaran – sekurang-kurangnya,
ia adalah tindak balas spekulasi yang dahsyat dan tidak diduga di
pertengahan 90-an ketika pasaran saham negara cergas ketika itu.
Cuba
fikirkan – saham Repco diniagakan sekitar RM5.00 pada tahun 1996,
telah dimanipulasi sehingga setinggi RM140.00 setahun kemudian dan
pada tahun 1998 menjunam kepada RM2.98. Kaunter itu telah digantung
pada tahun 2000 dan dinyahsenaraikan tiga tahun kemudian (bermakna
menurun kepada KOSONG @ ZERO @ YILEK!) – menyebabkan ribuan pelabur
kehilangan semua wang mereka.
Masalahnya
ialah bahawa daam pada permainan Repco, di satu pihak mereka bermain
di pasaran saham secara total dan di pihak lain pula mereka mengedar
borang-borang merah jambu.
Ia
adalah seperti satu pesta di mana semua orang membuat keuntungan
secara melampau!
Akhirnya
kita tahu bahawa ia adalah berdasarkan kepada manipulasi secara rasmi
dan dipersetujui di peringkat tertinggi.
Dan
apabila pesta itu berakhir, rakyat biasa dibiarkan mengendong kantung
kosong dan mengalami kerugian mengejutkan.
Low
Thiam Hock, yang lebih dikenali sebagai “Repco Low” di kalangan
pasaran saham, pada 11 Jan 2016 baru ini didapati bersalah kerana
memanipulasi saham Repco Holdings Bhd. Beliau kini menanti hukuman
dijatuhkan.
Pendakwaan
meminta Low dihukum antara lima hingga lapan tahun penjara dan juga
menuntut kos pendakwaan RM3.02 juta.
Jika
surat ini adalah benar, Tun Mahathir mesti bertanggungjawab untuk
membantu dalam memanipulasi pasaran saham negara kita dan
bertanggungjawab untuk kerugian pelabur runcit yang tidak terkira
banyaknya.
Dimaklumkan
bahawa surat yang pertama kali “didedahkan” oleh RPK hari ini
datang daripada kes mahkamah Repco Low yang baru sahaja selesai
beberapa minggu lepas. Ini bermakna surat ini telah menjadi maklumat
umum
Selepas
kejatuhan saham Repco dan kejatuhan Bursa Malaysia pada tahun 1998,
penyertaan pelabur runcit dalam pasaran saham kita tidak seperti dulu
lagi.
Mahathir
tidak perlu sebut kaunter yang patut dibeli kerana Repco Low memiliki
Repco dan sudah tentu beliau akan berusaha untuk melonjakkan kaunter
sendiri … mengong!
Bagaimana
pelabur asing akan mempunyai keyakinan dalam pasaran saham kita jika
mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri kita sendiri sebenarnya
terlibat secara aktif dalam memanipulasi pasaran perkadaran
mengejutkan itu bersama “share operator” diantara yang paling
terkenal?
Maklumat
lanjut: