Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Johor.. Show all posts
Showing posts with label Johor.. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

Doktor Cabul Pesakit Semasa Menerima Rawatan


Johor Bahru: “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini.


 Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.

 Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.

"Ketika itu, hanya kami berdua di dalam bilik pemeriksaan manakala jururawat berada di luar bilik. Saya tidak bersangka buruk dan mempercayainya kerana dia doktor yang pernah merawat saya sebelum ini.'Selepas tekak saya diperiksa, doktor itu mengarahkan saya membuka baju dan coli sebelum mencabul saya dan mengeluarkan kata-kata berunsur seks sebelum menyuruh duduk sambil mengurut belakang saya," katanya semalam.

Nurul berkata, terkejut dengan kelakuan doktor itu, dia cuba beredar dari bilik berkenaan selepas doktor terbabit mengajaknya melakukan hubungan seks.Menurutnya, ketika bersiap memakai baju, doktor berkenaan memeluknya dari belakang sekali lagi meramas buah dadanya."Malah, doktor juga menarik tangan untuk memegang kemaluan saya.

 Tindakannya itu menyebabkan saya terus keluar dari bilik pemeriksaan."Saya kemudian berjumpa seorang kakitangan hospital di kaunter untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbincang."Dalam perbincangan itu, pegawai terbabit meminta saya tidak membuat laporan polis atau membuat aduan mengenai kejadian yang berlaku," katanya.

Bagaimanapun, kata Nurul dia memutuskan tidak mematuhi permintaan itu kerana kejadian yang berlaku bukan saja meninggalkan kesan buruk ke atasnya sehingga dia sering berasa sedih dan takut, malah berpendapat doktor itu wajib dikenakan tindakan.

Bagi memastikan keadilan dan keselamatan dirinya serta dua anak perempuannya berusia enam dan tujuh tahun, Nurul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), di sini, sehari selapas kejadian (20 Oktober).

"Saya serahkan kepada polis menyiasat kes ini dan berharap doktor berkenaan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatannya itu."Saya mendedahkan kejadian ini dengan harapan mendapat pembelaan dan berharap sesiapa yang pernah menjadi mangsa doktor itu tampli membuat laporan polis demi maruah dan mengelak kejadian sama kepada pesakit lain," katanya - 



Saturday, September 14, 2013

BERDAULATKAH NEGARAKU MALAYSIA???




Saya agak beremosi sedikit apabila membincangkan hubungan Malaysia-Singapura. Apatah lagi kritikan Lee Kuan Yew terhadap kita dalam buku terbaharunya. Adakah kita sudah lupa amaran Kuan Yew pada Ogos 2009 kepada Malaysia? Katanya, jika Malaysia tidak membekalkan air yang mencukupi kepada Singapura, penyelesaiannya adalah perang.

Suka atau tidak, Singapura tetap berada dalam kepulauan Melayu. Sebab itulah, sejak dari awal Singapura bersedia dengan segala kekuatan yang ada. Belanja pertahanan hampir separuh belanjawan negara. Penasihat mereka adalah Yahudi. Mereka tidak mahu tunduk atau diperkotak-katikkan oleh negara Melayu sekeliling. Persiapannya, adalah dengan persediaan pertahanan sebaik mungkin. Hari ini, siapa yang berani memberi kata dua kepada Singapura?



Kita sentiasa berada di pihak yang rugi dan rugi, dari dahulu sampai sekarang dan akan datang. Kereta kita dikenakan bayaran masuk ke Singapura dengan harga SG20 (dolar) sehari. Manakala, kita hanya mengenakan pada kadar harga yang amat murah bagi kereta Singapura masuk ke Johor. Begitu juga dengan harga air.


Malah, kolam tadahan di negeri Johor dijaga sepenuhnya oleh tentera Singapura. Tidak ada sesiapapun dibenarkan masuk. Jika masuk peranglah jawabnya. Pihak Singapura menolak rundingan semula perjanjian air kerana menganggap ia mencabar kedaulatan Singapura sebagai negara berdaulat. Apa yang kita buat selepas itu, selainkan terpaksa bersetuju.

Persoalan saya, adakah pengorbanan kita dihargai? Hari demi hari, pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati kita, terutama buku terbaharu Kuan Yew.

Teks bahasa Melayu:-
"Klausa 17 pada Perjanjian 1961 dan Klausa 14 pada Perjanjian 1962 jelas menyatakan: "Provisi pada perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh iaitu 25 tahun selepas dari kedua-dua ini dimeterai...." Dua puluh lima tahun selepas 1961 dan 1962 jelasnya bermaksud bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987. Ini tidak bermaksud semakan semula mesti dibuat pada kadar segera di antara dua tahun ini. Bila-bila masa selepas tahun 1986 dan 1987, kedua-dua belah pihak dibenarkan mengikut perundangan menyemak semula harga tersebut."

Hari ini, sebagai menunjukkan kebongkakannya, kerajaan Singapura bertindak balas dengan membina logi air bagi menghasilkan New Water pada kos SG 0.30 sen. Tindakan ini bukan semata-mata bagi memenuhi keperluan air, tetapi juga sebagai membuktikan kepentingan strategik pertahanan negara Yahudi ini.

Pada 1 September 2011, Syarikat Public Utilities Board(PUB) Singapura  telah menyerahkan kembali 4 kemudahan utama perbekalan air iaitu dua buah loji air dan dua buah rumah air kepada kerajaan negeri Johoriaitu Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Pontian, dan Rumah Pam Tebrau, Johor.

Pemulangan kemudahan perbekalan air ini disebabkan oleh penamatan kontrak 50 tahun bekalan air menurut Perjanjian Air 1961 yang berakhir pada tahun 2011. Lagipun Singapura sudah mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana masih ada satu lagi perjanjian air Malaysia-Singapura akan tamat pada tahun 2061.

Kenapa jarang sekali kedengaran kawasan tadahan air di negeri Johor dicerobohi atau pembalakan haram berlaku seperti negeri-negeri lain? Jawapannya, kawasan sekitar kawasan tadahan air dikawal rapi oleh tentera Singapura. Kita selaku rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk sama sekali ke kawasan tersebut. Mereka amat takut sekiranya kita melakukan sesuatu ke atas air yang disalurkan ke negara tersebut. Begitulah keadaan menang-kalah yang berlaku. 

Artikel Penuh di sini : Prof Dr Mohd Ridhuan Tee


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.