Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label KHAWARIJ. Show all posts
Showing posts with label KHAWARIJ. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

FATWA DAN DARAH



بسم الله الرحمن الرحيم



Disaat tulisan ini dihasilkan, Mesir masih lagi berada dalam keadaan tidak stabil. Pembunuhan berlaku di merata-rata tempat. Darah umat Islam tidak lagi berharga, dan terus menjadi makanan ruji peluru-peluru yang dibekalkan oleh musuh-musuh Islam.

Namun sebelum kita berbicara mengenai perkara ini, adalah sebaiknya kita lihat kebelakang. Meneliti sejarah yang telah berlaku di negara yang pernah menempatkan kerajaan Taughut Fir'aun. Pada 2011, Arab Spring telah melanda dunia Mesir yang menyaksikan demonstrasi besar-besaran berlaku di ibu negara Mesir, Kaherah. Dataran Tahrir menjadi saksi disebalik 'kebangkitan' rakyat Mesir.

Pada ketika itu juga, terjadinya 2 aliran fatwa yang mewarnai Malaysia. Pertama yang MENGHARAMKAN DEMONSTRASI dan yang kedua : MENGHALALKAN DEMONSTRASI.

Kebanyakkan fatwa pengharaman Demonstrasi ini dibangkitkan oleh kelompok Ustaz-Ustaz Malaysia bermanhaj Salaf yang mana ianya dipetik dari fatwa-fatwa ulama mukhtabar di Arab Saudi. Sebagai contoh fatwa Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abdullah bin Utsaimin dan banyak lagi.

Bagi fatwa MENGHALALKAN DEMONSTRASI, fatwa mereka adalah bersandarkan kepada kenyataan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi, seorang ulama Mesir yang kini tinggal di Qatar.

Namun masyarakat tidak dapat menerima fatwa PENGHARAMAN DEMONSTRASI ekoran trend semasa dunia melihat demonstrasi adalah satu perkara yang kelihatan baik. Ditambahkan lagi dengan pengistilahan 'DEMONSTRASI AMAN' sekaligus membuatkan manusia tertipu dengan fitnah yang jauh lebih besar dari perbuatan berkenaan.

Maka ketika itu juga ustaz-ustaz yang berpegang dengan fatwa pengharaman demonstrasi, dikutuk, dimaki dan dicela oleh masyarakat awam yang telah ditipu dengan istilah 'DEMONSTRASI AMAN'. Ustaz-ustaz ini dikatakan tidak memahami kehendak dan nurani perubahan rakyat.

Dan akhirnya Hosni Mubarak dijatuhkan dengan jalan demonstrasi dengan bantuan Tentera Mesir yang 'berpaling tadah' dari arahan Hosni, lalu digantikan dengan pemerintahan sementara sebelum berlansung pilihanraya umum Mesir yang akhirnya dimenangi oleh Parti yang dinaugi oleh Ikhwanul Muslimin.

Setelah setahun, secara tiba-tiba berlaku demonstrasi besar-besaran di lokasi yang sama ketika revolusi Mesir Pertama yang hendak menjatuhkan Mubarak. Maka berteriaklah kumpulan yang mengaku 'Pro Islam' mengutuk tindakan demonstrasi yang berlaku disana. Mereka marah dengan tindakan pihak 'anti Morsi' yang berdemonstrasi dan mahu menumbangkan Presiden Pilihan Rakyat.

Dan takdir ALLAH, akhirnya Morsi digulingkan, setahun selepas tentera yang sama dijulang oleh rakyat Mesir. Di Malaysia, kumpulan yang menghalalkan demonstrasi begitu marah dengan demonstrasi yang dilakukan oleh kumpulan anti-Morsi. Kata mereka, tindakan menjatuhkan Presiden Morsi adalah satu 'kejahatan dan kezaliman' terhadap pemerintah.

Ternyata, kumpulan yang mengeluarkan fatwa menghalalkan demonstrasi sudah melakukan 'u-turn' dengan cuba menyalahkan pihak yang juga menggunakan fatwa mereka dalam menjatuhkan Morsi. Perlu diingat, jika sebelum ini mereka (Kumpulan Anti Hosni) melihat Hosni Mubarak sebagai pemerintah yang zalim, maka begitu juga dengan kumpulan yang Anti Morsi yang melihat Morsi adalah pemerintah yang zalim.

Inilah masalah sebenar. Kedua-dua belah pihak mengaku diri mereka sebagai 'RAKYAT' dan kedua-duanya merasakan tindakan mereka itu adalah pada jalan kebenaran. Sedangkan natijahkan kedua-dua tindakan dari kedua-dua belah pihak itu ternyata bertentangan dengan Islam.

Oleh kerana itulah Ulama Sunnah yang tegar pada Manhaj Salafussoleh menetapkan pengharaman demonstrasi secara TOTAL tidak mengira siapa pun pelaku dan penganjurnya. Ini kerana musibah yang jauh lebih besar boleh berlaku setelah tumbangnya seseorang pemerintah.


Baca seterusnya di : di sini

Sunday, June 2, 2013

DONG ZONG KATA SINGAPURA IKTIRAF SIJIL UEC MEREKA, APA KATA SURUH DONG ZONG BUKAK SEKOLAH CINA KAT SANA...BOLEH?


Masalah polarisasi kaum di Malaysia nampaknya semakin hari semakin meruncing.  Masalah ini tampak jelas dalam PRU-13 yang lalu di mana hampir 100% kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional. Biar apapun alasan kaum Cina, rakyat yang cukup matang sedia maklum bahawa penolakan tersebut adalah berpunca dari keyakinan bahawa DAP akan berjaya merealisasikan Ketuanan Cina dalam ertikata yang sebenarnya di negara ini. 

Hakikatnya, kaum Cina enggan diperintah oleh Barisan Nasional kerana ia diterajui oleh kaum Melayu.   

Justeru, kaum Cina enggan mengiktiraf kontrak sosial yang mengikat perpaduan kaum di negara ini. Sekali gus, tidak mahu mengiktiraf perlembagaan terutamanya Artikel 152/153 walaupun mereka tahu bahawa perkara inilah yang menghindarkan negara ini dari mengalami nasib seperti Reformasi Indonesia.  

Kaum Cina nampaknya lupa bahawa 13 Mei juga berpunca dari masalah yang sama dengan Reformasi Indonesia di mana penduduk asal tidak berpuas hati dengan kaum Cina yang rakus mengaut hasil dan keuntungan dari tanahair mereka. Ini berlaku kerana penduduk asal telah lama dipinggirkan dari arus pendidikan dan ekonomi di zaman penjajah bagi mengelakkan pemberontakan. Akibatnya, penduduk asal tidak mampu lagi ‘mengejar’ atau bersaing dengan kaum Cina yang diberi berbagai peluang oleh penjajah di negara mereka.   

Justeru, bagi mengimbangkan keadaan ini, Malaysia telah menggariskan hak penduduk asal dengan jelas – bukan untuk merampas hak kaum pendatang, tetapi untuk memastikan kaum pendatang tidak merampas hak penduduk asal sehingga kontang.


 

Namun, kaum Cina nampaknya masih enggan berganjak dan terus menerus mempersoalkan hak penduduk asal. Tidak cukup dengan itu, mereka juga terus meminta dan menuntut yang bukan-bukan tanpa mengira kesannya kepada struktur sosial masyarakat, jauh sekali masa depan negara.  

Walaupun sudah diberi hak untuk mengasingkan anak-anak mereka dari kaum lain melalui sekolah vernakular tetapi kaum Cina masih belum berpuas hati. Mereka ingin pergi lebih jauh lagi dalam usaha menjarakkan lagi jurang antara kaum mereka dengan kaum lain, dengan menuntut agar kerajaan mengiktiraf UEC iaitu peperiksaan di peringkat sekolah menengah yang menggunakan bahasa Cina dan silabus yang berbeza dengan dasar pelajaran kebangsaan, serta bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996. 

UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokational (UEC-V), Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) di mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.

Hujah Dong Zong bahawa UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada adalah tidak  relevan dengan senario  di Malaysia.  Apatah lagi dengan keadaan sekarang di mana  jurang perkauman semakin jelas, lebar dan luas yang mana amat merbahaya untuk masa depan negara.  

Bukan sahaja masalah jurang perkauman yang perlu diberi perhatian tetapi masalah anak-anak Cina semakin lemah dalam Bahasa Kebangsaan juga seharusnya dilihat sebagai masalah yang parah.   

Sudah sampai masanya, masalah ini diberi perhatian serius, ditangani dan diselesaikan terus oleh kerajaan.  

Apa yang kaum Cina tuntut ini adalah tidak baik untuk negara, malah untuk kaum itu sendiri juga. Tuntutan mereka jika diterus menerus dilayan akan melahirkan generasi baru Malaysia yang berpecah-belah, penuh syak wasangka dan benci-membenci sesama sendiri. 

Oleh itu, segala tuntutan para kiasu ini perlu dihentikan segera, iaitu pada dan ketika ini juga. 

Kaum Cina telah menunjukkan belang yang mereka tidak akan berganjak dan terus menuntut perkara yang tidak membawa kebaikan kepada negara. Kaum ini telah membuktikan yang mereka tidak boleh diajak berbincang. 

Perlu diingatkan bahawa kerajaan punya tanggungjawab untuk menentukan atau membentuk sebuah bangsa Malaysia selaras dengan Konsep 1Malaysia yang dilaungkan. Sedangkan UEC dan sekolah vernakular itu sendiri, merupakan penghalang utama dalam menjayakan aspirasi ini. 

Justeru, kerajaan wajib menutup segala ruang perbincangan dengan kaum Cina mengenai perkara ini dan menyatakan ‘tidak’ untuk kesekian kalinya. 


‘Tidak’ bermakna ‘tidak’. Sama ada mereka menerimanya, atau berhijrah ke negara lain yang mampu menunaikan permintaan mereka untuk mengiktiraf UEC, itulah saja cara penyelesaiannya. Noktah.

Baca juga seterusnya : Di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.