Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Kamaruddin Jaafar. Show all posts
Showing posts with label Kamaruddin Jaafar. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

Game Anwar | Kamaruddin Jaafar Orang Kuat ANWAR Suatu Ketika Dulu Boleh Tinggal Partinya....


Kamaruddin Jaafar Ahli ParlimenTumpat yang merupakan orang kuat Anwar Ibrahim pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Allahyarham Tun Ghaffar Baba (ketika itu Timbalan Perdana Menteri), yang sememangnya dikirim bagi memerhatikan gerak kerja Allahyarham sebelum Anwar melanggarnya untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat. Kamaruddin antara proksi yang memegang kekayaan Anwar  kini dengan rasminya  mengistiharkan keluar dari PAS dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Kamaruddin yang merupakan Ahli PAS seumur hidup itu mempunyai agenda cukup besar apabila menyusup masuk ke dalam PAS selepas Anwar dipecat dari UMNO dan cuba merampas parti itu dari dalam bersama golongan Anwaris yang diketuai Mat Sabu. Namun disebabkan kegagalan semua puak Anwaris untuk menang menjadikan usaha mereka sia sia.

Ahli Parlimen Tumpat ini dikatakan paling sukar untuk ditemui oleh rakyat di kawasan parlimennya sepanjang menjadi ahli Parlimen yang hanya akan pulang pada musim pilihanraya sahaja. Malah beliau tidak mempunyai rumah  di kawasan parlimen mau pun di negeri Kelantan dan hanya akan tinggal di hotel apabila melawat Parlimen Tumpat.

Kesetiaan ahli PAS dipergunakan sepenuhnya oleh beliau walaupun jasa beliau tidak dirasai oleh pengundi di daerah ini sepanjang beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen.

Pengumuman Kamaruddin keluar dari PAS hari ini menimbulkan tandatanya lebih besar tentang sikap beberapa lagi ahli Dewan di DUN Kelantan di daerah ini dan di negeri Kelantan yg pro beliau.  Sikap mendiamkan diri begitu lama dari aktiviti parti dan seakan segaja membiarkan parti lemah apabila tidak turun menemui rakyat sejak krisis dalaman PAS bermula selepas kematian Tok guru Nik Aziz,

Tanda tanya melibatkan sumpah Bai'ah talak 3 yg dilafazkan Kamaruddin Jaafar sebelum ini dinafikan oleh pegawai khas beliau sebagai "tidak sah" walau pun Mahkamah Syarie negeri ini telah mengesah dan mengumumkan bahawa sumpah bai'ah tersebut sah dan jatuh talak 3 keatas isteri atau isteri isteri secara automatik mana mana calon PAS yg meninggalkan parti tersebut.


Semuga Allah melindungi negeri ini dari malapetaka besar seperti mana yg berlaku tahun sebelumnya apabila dilanda banjir cukup besar...

Saturday, March 2, 2013

MEREMANGNYA BULU TENGKUK BILA RAKAN KONGSI TAUKEH JUDI SPORTS TOTO BERI CERAMAH TENTANG MAULIDUR RASUL!!!


Nama Kamaruddin Jaafar bukannya nama yang kecik anak. Besar nama dia nih. Dari zaman dia berada dalam UMNO dulu, sehinggalah dia melompat masuk PAS apabila Anwar Ibrahim hilang jawatan dari Kabinet dan UMNO lagi. Kamaruddin Jaafar memilih PAS akhirnya, bukan terus kekal mengikut buntut Anwar Ibrahim menerusi Partai Keadilan Nasional mahupun Parti Keadilan Rakyat. Kamaruddin Jaafar tahu, hanya dengan PAS sahaja, nyawa politiknya akan berterusan.

Rata-rata bebudak PAS sekarang ini mengenali Kamaruddin Jaafar sebagai sekutu kuat Anwar Ibrahim dalam PAS dan pernah menjadi Setiausaha Agung PAS sebelum digantikan oleh Hadi Awang dengan Mustafa Ali. Yang mereka tidak tahu ialah, Kamaruddin Jaafar merupakan proksi Anwar Ibrahim yang digunakan untuk menyimpan kebanyakan hasil judi dan projek-projek besar lain.

Kamaruddin Jaafar adalah bekas rakan bisnes utama Vincent Tan dan Nallakaruppan. Kamaruddin adalah bekas rakan sekutu Vincent dalam DiGi Telecommunication Bhd. Kamaruddin juga merupakan pemain utama Vincent dalam Projek KLLC.

Kuala Lumpur Linear City (KLLC), projek pembangunan ala Venice sepanjang sungai di Lembah Kelang bernilai RM2 bilion, telah diluluskan oleh Anwar Ibrahim ketika dia masih menjawat jawatan Menteri Kewangan. KLLC kemudiannya dibatalkan oleh Tun Dr. Mahathir setelah bekas Perdana Menteri itu mengambilalih Kementerian Kewangan. Sekiranya projek tersebut menjadi kenyataan, ia akan menjadi pusat perjudian tanah darat terbesar yang menandingi Genting Highland yang terletak di puncak gunung.

Tun Dr. Mahathir turut membatalkan banyak lesen judi yang telah diluluskan oleh Anwar Ibrahim. Pemansuhan tersebut menjadikan Projek KLLC tiada nilai dan baik Kamaruddin Jaafar, mahupun Vincent Tan tidak melihat projek tersebut sebagai berdaya maju untuk diteruskan.

Ketika menjadi Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim telah meluluskan sekurang-kurangnya 9 lesen judi baru. Anwar Ibrahim juga telah meluluskan lesen-lesen judi untuk mesin-mesin slot, Sandakan Turf Club dan Diriwan Corporation di Sabah. (

RUJUK SINI) Syarikat judi terbesar yang mendapat paling banyak lesen judi ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan adalah Berjaya Group yang dimiliki oleh Vincent Tan.

Kamaruddin Jaafar ketika menjadi Pengerusi IKD, tahu bangunan IKD di Bangsar telah dibeli oleh Nallakaruppan untuk IKD dengan menggunakan wang Magnum. Pembelian tersebut telah diarahkan oleh Anwar Ibrahim sendiri!

Sebahagian besar program IKD juga dibiayai oleh Magnum. Hanya Anwar, Kamaruddin Jaafar dan Nalla sahaja yang tahu. Pegawai tidak tahu. Sama seperti pemilikan bangunan PKR sekarang. Yang tahu ianya mempunyai kaitan judi hanyalah Anwar Ibrahim, Azmin dan Danny Tan, adik Vincent Tan).

Dalam pendedahan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1999, Kamaruddin Jaafar merupakan kroni Anwar Ibrahim yang paling banyak dapat projek yang diberikan oleh Anwar Ibrahim. Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Dia memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Kamaruddin Jaafar yang pada waktu itu masih lagi bergelar Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).
Mungkin kerana sudah berasa belang, tembelang dan temberangnya berjaya diselindungi apabila dia bertukar rupa dengan memakai kopiah putih dan kemudian menjadi pula ahli PAS, Kamaruddin Jaafar mulai bercakap dan memberi ceramah tentang Maulidur Rasul serta kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w sambil merelevansikannya dengan perjuangan PAS?
Patutnya masa berceramah itu, Kamaruddin Jaafar juga menerangkan bagaimana dia telah 'MEMBERSIHKAN DAN MENYUCIKAN' harta-harta kekayaannya menerusi perbuatan menginfaq kekayaan daripada sumber yang meragukan dan syubhah, bahkan haram itu kepada PAS sepertimana kaki nombor ekor membersihkan wang judi mereka dengan mengeluarkan zakat.
Seterusnya : di sini

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.