"Keprihatinan
Tuanku Sultan tidak pun mendapat liputan media milik PAS sedangkan
Sultan Terengganu adalah hak semua rakyat, bukan tergolong kepada
penyokong UMNO atau Barisan Nasional sahaja. Kehadiran Sultan
Terengganu pun bukan kerana UMNO atau BN tetapi demi rakyat
Terengganu yang sedang ditimpa bencana."
Membantu
mangsa banjir adalah kerja murni tetapi jangan sampai riak!
Kita
bersimpati dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Chukai,
Hanafiah Mat yang agaknya inilah kali pertama sebagai wakil rakyat
benar-benar ‘turun padang’ membantu rakyat yang dilanda musibah
banjir.

Berdasarkan
kenyataannya bahawa ‘beliau sibuk menolong rakyat berpindah tidak
sedar rumahnya sendiri telah dinaiki air dan akhirnya terpaksa
berpindah ke kawasan selamat’, sewajarnya kita bersimpati dengan
beliau dan keluarganya.
Kata Hanafiah :“Saya
sangat terharu dan sangat sedih kerana sebahagian besar rakyat saya
terdiri dari kalangan miskin dan sederhana yang banyak terlibat
dengan musibah banjir ini seperti di Taman Perumahan Fikri, Taman
Perumahan Mak Lagam, Kampung Gong Limau, Kampung Gong Pauh, Kampung
Pengkalan Pandan dan banyak lagi…Semalaman saya tidak tidur kerana
turut sama membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat
pemindahan,” katanya dengan nada keletihan.
Malah
lebih mengharukan menurut katanya: “Apabila pulang pada jam 5
pagi, air telah memasuki rumahnya sehingga paras lutut dan sekelip
mata, naik mendadak menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan
apa-apa barangan kecuali sehelai baju dan seluar ‘track’.”
Membaca
lebih lanjut laporan blog menyokong PAS yang disiarkan hari ini,
tiba-tiba terasa geram dan meluat, walaupun bersimpati mulanya. Tiga
baris terakhir laporan bertajuk “Banjir Luar Biasa; ADUN Chukai
Mungkin Tidak Dapat Hadir Sidang DUN” yang berbunyi: “…beliau
mendakwa kelibat pemimpin politik Umno dan Barisan Nasional (BN)
tidak kelihatan ketika rakyat kesusahan banjir.”

Blog
berkenaan memetik Hanafiah sebagai berkata: “Sehingga
hari ini (4 Disember), saya belum nampak kelibat pemimpin politik
Umno-BN yang turun membantu rakyat kecuali di kalangan kakitangan
kerajaan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat (Bomba), anggota Rela,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis, kakitangan JKR,
Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) dan sukarelawan Jabatan Amal (Unit
Amal). Pemimpin kerajaan yang dikatakan berslogan ‘Rakyat
Didahulukan’ itu belum kelihatan turun ‘padang’ untuk membantu
rakyat,”
tegasnya.
Wahai ADUN PAS Chukai…kalau nak bantu tu
bantulah…amat baik kerja amal tu…tetapi apabila mengata orang
atau mahu menunjuk-nunjuk yang kita membuat kebajikan, itu sudah
termasuk dalam perbuatan yang dianggap `riak’. `RIAK itu dimurka
oleh Allah. Bukan begitu?

Mungkin
wakil rakyat ini hanya terlibat di kawasannya dan tidak kawasan
lain.
Kalau beliau merujuk ke tarikh 4 Disember….pada
tarikh itu mungkin benar Menteri Besar yang juga ADUN Kijal, Datuk
Seri Ahmad Said tidak ada di kawasannya.
Seperti saya
tulis sebelum
ini, pada hari berkenaan, Menteri Besar sampai di KLIA dari luar
negara pun sudah jam 7 malam dan ADUN Kemasik, Ir. Rosli Othman
berada di Kuala Lumpur kerana mesyuarat Exco.
Namun kenyataan
Hanafiah tidak tepat dan adil terhadap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek dan ADUN Air Puteh,

Wan
Hakim Wan Mokhtar. Ahmad Shabery bergegas pulang ke Kemaman pada
hari berkenaan sementara Wan Hakim tidak pun hadir ke ke mesyuarat
Precouncil Sidang DUN Terengganu kerana masalah banjir yang melanda
kawasannya.
Wan Hakim ialah Pengerusi BNBBC DUN Terengganu
dan keprihatinan beliau kepada ‘masalah rakyat’ jangan
diperkecilkan oleh Hanafiah begitu sahaja.
Kalaupun
mahu menonjol diri, tonjollah….tetapi jangan sampai memperkecilkan
usaha dan penat jerih orang lain. Bantu dan berkhidmatlah kerana
menang Yang Berhormat kerjanya membantu dan menolong rakyat.
Dan
apabila membantu rakyat jangan pula mahu menunjuk-nunjuk.
Juga
tidak faham kenapa laman berkenaan baru siar kenyataan Hanafiah
semalam sebagai berita utama (6 Disember 2013 sedangkan temubual
dibuat pada 4 Disember 2013).
Langsung tidak faham tujuannya.
Apakah mahu tunjuk bahawa beliau mendahului Presiden PAS, Datuk Seri
Hadi Awang yang turut melawat mangsa banjir kelmarin? Tahniah kepada
Hadi kerana turut prihatin kepada rakyat di Kemaman.
Kita
bangga dan merafatkan ucapan terima kasih kepada Sultan Terengganu,
Sultan Mizan Zainal Abidin yang mencemar duli melawat mangsa banjir
di Kemaman pagi kelmarin.

Tuanku
diiringi Menteri Besar dan Ahli Parlimen Kemaman serta pemimpin
serta pegawai negeri.
Keprihatinan Tuanku Sultan tidak pun
mendapat liputan media milik PAS sedangkan Sultan Terengganu adalah
hak semua rakyat, bukan tergolong kepada penyokong UMNO atau Barisan
Nasional sahaja.
Kehadiran Sultan Terengganu pun
bukan kerana UMNO atau BN tetapi demi rakyat Terengganu yang sedang
ditimpa bencana.
Apakah
media milik PAS merasakan lawatan terhadap mangsa banjir oleh
Hanafiah dan Haji Awang lebih penting daripada lawatan Sultan
Terengganu berkenaan?
Bukan itu sahaja. Semalam, Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Perhimpunan
Agung UMNO untuk melawat mangsa banjir di Kemaman. Kalau tidak mahu
membuat liputan terhadap Muhyiddin kita fahamlah!
.jpg)
Namun,
dalam menyampaikan bantuan dan pertolongan kepada mangsa
banjir Kerajaan Negeri Terengganu tidak tanya pun sama ada seseorang
atau keluarga itu mengundi UMNO, BN atau PAS!
Sehari
sebelum itu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO selepas
menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 terus
bergegas ke Pahang untuk meninjau keadaan banjir dan melawat
mangsa.
Jadi berpada-padalah pemimpin PAS MENUNJUKKAN BAKTI
KEPADA RAKYAT, jangan sampai rakyat meluat dengan gelagat dan tindak
tanduk mereka.
Tak kisahlah kalau mahu memasang bendera PAS
pada lori, sampan atau sebagainya ataupun datang dengan TANGAN
KOSONG, sekadar bertanya khabar.
Biarlah berniat ikhlas,
bukan kerana mahu menonjolkan diri sebagai pemimpin PAS
semata-mata.
Paling penting tidak RIAK!