Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label MBI. Show all posts
Showing posts with label MBI. Show all posts

Wednesday, August 23, 2017

Penjelasan Isu UNISEL, Pejabat MBI Dan Jana Niaga Dalam Bahasa Mudah





Jana Niaga Sdn Bhd merupakan syarikat yang dilantik sebagai 'concessionaire' untuk Universiti Selangor (UNISEL), ketika zaman DS Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2003. Antara kontrak tersebut adalah membina, mengoperasi dan menguruskan kediaman pelajar dan kakitangan.

Pada tahun 2011, ketika zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, UNISEL telah membatalkan perjanjian dengan Jana Niaga berhubung kerja mereka yang tidak memuaskan. Jana Niaga kemudian membawa kes ini ke mahkamah.

Pada Ogos 2012, asrama UNISEL di Bestari Jaya telah ditutup sementara kerana Jana Niaga mendakwa UNISEL berhutang dengan mereka sebanyak RM17 juta. Pada Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan supaya Jana Niaga dan UNISEL menyelesaikan pertikaian mereka melalui timbang tara. Jana Niaga juga kalah dalam perbicaraan ketika membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.

Pada Julai 2017, Pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan mengenai pembayaran sebanyak RM60 juta kepada Jana Niaga. EXCO Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengatakan UNISEL dan Jana Niaga tidak ada lagi kontrak di antara mereka.

Jadi apa isunya?

Isunya adalah Jana Niaga gagal menyiapkan kerja berdasarkan perjanjian kontrak untuk kerja yang dilakukan pada tahun 2012. Mereka juga dibatalkan kontrak kerana tidak menepati kontrak. Namun kenapa pula MBI membuat pembayaran kepada Jana Niaga dan menyambung kontrak syarikat berkenaan? Tindakan Azmin Ali dan MBI membayar RM16 juta kepada Jana Niaga dan menyambung semula kontrak menjadi kontroversi kerana dibantah Mantan Naib Canselor UNISEL, Prof Redzuan Othman. 

Dua pembayaran yang dibuat kepada Jana Niaga, pada 2015 sebanyak RM10juta, pada 2016 pula sebanyak RM6 juta, kedua-dua pembayaran ini dilakukan ketika zaman Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. Baca di sini.

Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong menafikan Azmin Ali terlibat dalam perjanjian di antara UNISEL dan Jana Niaga. Itu memang tidak dapat dinafikan Kaitannya bukan di sana. Kaitannya adalah pertama jawatan Azmin Ali di dalam MBI. Kedua, yang membuat pembayaran itu adalah MBI, dan ianya dipengerusikan oleh Azmin Ali. 




Friday, August 21, 2015

Rupanya Azmin Ali Lagi Hebat


1. Harta negeri Selangor berjumlah RM30bilion boleh ditadbir oleh dua orang yang tidak dikenali mengunakan syarikar RM2.- yang mempunyai nama glamour DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG).

2. Kedudukan harta RM30bilion sebelum ini diketahui di bawah pengurusan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) rupanya selepas Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar, aset dalam MBI dipindah ke DEIG.

3. Pendedahan berkaitan aset RM30bilion itu dilakukan oleh wakil rakyat Pas Saari Sungip dalam sesi soal jawab di Persidangan Dun Selangor.

4.Pemindahan aset MBI ke dalam DEIG merupakan satu tindakan luar biasa kerana sebuah syarikat bermodalkan RM2, dan dikontrol oleh dua orang boleh mengakibatkan aset milik rakyat negeri Selangor tersebut hilang atau lesap begitu sahaja, kerana ianya bukan lagi di bawah kawalan Kerajaan Negeri.

5. Tidak diketahui apa motif MB Selangor memindahkan aset MBI yang begitu besar kepada satu syarikat? kerana penjelasan mengenainya akan diketahui pada persidangan DUN akan datang.

6. Malangnya, melalui tindakan pemindahan aset MBI tersebut tidak menjadi isu kepada para pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Rafizi Ramli atau Lim Kit Siang. Atau dengan kata lain jika pembangkang melakukan tindakan seperti itu, dikira betul dan tanpa cacat, namun, mereka begitu bising sekali bercakap berkaitan 1MDB, sedangkan syarikat milik kementerian kewangan tersebut hanya melibatkan RM1juta wang rakyat. Seterusnya

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.