Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Musa Aman. Show all posts
Showing posts with label Musa Aman. Show all posts

Monday, June 5, 2017

Kemana dana hampir RM20 bilion ketika Shafie Apdal jadi menteri, soal Gaum


Post Pic


SHAH ALAM: Apa sudah jadi dengan dana hampir RM20 bilion yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi menteri?

Itu soalan yang diajukan Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno (Gaum), Datuk Zulkarnain Mahdar.

"Projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah pada tahun 2011. Sepatutnya kira-kira 12,000 pengguna yang terlibat dalam projek berkenaan sudah dapat menikmati bekalan air bersih , namun yang berlaku sebaliknya.

"Masih banyak keluhan disuarakan rakyat berkenaan bekalan air bersih ini, khususnya mereka yang menetap di Pulau Gaya. Mengapa projek ini gagal? Dan kenapa projek ini  tidak diketahui oleh pihak kerajaan negeri?, soal Zulkarnain dipetik temubualnya bersama akhbar Mingguan Malaysia, hari ini.

Ujar Zulkarnain lagi, Shafie gagal sebagai seorang menteri untuk membawa perubahan dan tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat Sabah, sepanjang lima tahun mendiami kerusi empuk di Putrajaya.

Beliau berkata demikian mengulas tindak tanduk Shafie sekarang yang begitu beriya-iya menjelajah seluruh Sabah, kononnya untuk mrmbrla nasib penduduk negeri itu.

"Banyak isu mengenai jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih tidak diselesaikan Shafie walaupun kementerian di bawah beliau telah  menerima hanpir RM20 bilion daripada kerajaan dalam tempoh berkenaan.

"Meskipun kerajaan Persekutuan memperuntukkan sehingga RM3  bilion ke RM5 bilion setahun kepada KKLW yang diterajui Shafie sebelum ini, namun masih banyak lagi jalan-jalan kampng yang perlu kepada penambahbaikan khususnya di luar bandar," ujarnya.

Zulkarnain juga berkata beliau hairan mengapa Shafie tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Sabah, untuk berbincang mengenai keperluan rakyat negeri itu, sepanjang tempoh beliau menjadi menteri.

"Setahu saya dia tidak pernah mengadakan pertemun dengn Datuk Seri Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet negeri untuk membincangkan perkara ini.

"Tindakannya membelakangkan peranan Pejabat Daerah seumpama membelakangkan rakyat negeri di seluruh Sabah kerana organisasi ini nenounyai maklumat yang tepat kemudahan infrastruktur yang perlu kepada penambahbaikan segera.


"Malah pejabat Daerah mempunyai jawatan Majlis Tindakan Daerah bagi mengenalpasti setiap masalah rakyat," ujarnya panjang lebar.



Friday, December 11, 2015

[ VIDEO ] Benarkah Shafie Tikam Belakang UMNO Sabah dan Musa Aman???

Image result for perhimpunan agung umno 2015 shafie zahid


Video berikutnya


KES DATUK SHAFIE - DALAM keghairahannya untuk memandulkan kuasa Ketua Menteri Sabah sekarang dan seterusnya merampas kuasa, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sanggup melakukan apa sahaja termasuk membiayai pembangkang membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) dengan meluluskan projek kepada Ketua Angkatan Muda PKR Semporna.

Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh yang sebelum ini membuat pendedahan awal kepada Sabahkini.net pada 2 Oktober 2010 yang bertajuk ‘Pemimpin BN Biayai Pembangkang’ telah menyerahkan salinan surat daripada kontraktor yang mempunyai nota bidai Shafie.

“Kita mintalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berdiam diri dan mengambil tindakan tegas terhadap Shafie yang telah menyalahguna kuasa beliau meluluskan projek kepada anak saudaranya, Mohd Ramzan Abdul Wahab, Ketua Angkatan Muda PKR (ketika itu) sebagai balasan kos membiayai mereka membuat laporan terhadap ICAC berhubung Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong tahun lalu yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Sabah,” kata Abdullahsani yang mendedahkan kelulusan projek tersebut kepada anak saudaranya mempunyai agenda tersendiri.

Kata Abdullahsani, walaupun nota bidai Shafie di atas surat yang ditandatangani anak saudaranya, selaku Pengurus Projek, bertarikh 22 Jun 2010, namun projek tersebut telah diberikan kepada syarikat berkenaan melalui tender terhad setelah Shafie mengarahkan Dato’ Yusof Doha melalui nota bidai yang berbunyi; "Sila ambil tindakan setuju tender terhad."


Syarikat Pembinaan Hikmat Cemerlang Sdn Bhd yang beralamat di Lot 10001, Blok (A) (7-0), Tingkat Bawah, Lorong Canai 1, Chanyai Villa Likas, Batu 4.5, Jalan Tuaran yang bertajuk Memohon Ke Arah Kelulusan Bagi Melaksanakan Projek Jalan Siampak-Lambidan, Kuala Penyu, Sabah, Sejauh 4.4 Km di Bawah NKRA (JALB) KKLW, secara Tender Terhad

“Siapa yang tidak kenal  Ramzan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan perniagaan? Bagaimana dia boleh terbang ke Hong Kong bersama Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 1 Oktober 2009 untuk membuat laporan terhadap ICAC terhadap Michael Chia Tien Foh berdasarkan laporan awal Sabahkini.net sedangkan dalam masa yang sama kes berkenaan ditangani SPRM,” dakwa Abdullahsani yang meyakini Ramzan dan Shamsul dibiayai melalui projek tersebut.

Kata Abdullahsani, Shamsul telah mengaku Ramzan terbang bersamanya ke Hong Kong pada 1 Oktober 2009 untuk membuat laporan terhadap ICAC dan boleh disemak melalui blognya http://shamsuliskandar.wordpress.com

“Kita bukannya mempersoalkan berita Sabahkini.net yang memuatkan semua Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia, tetapi kita persoalkan kenapa Shafie sebagai Menteri dan Naib Presiden UMNO boleh meluluskan projek kepada anak saudaranya yang ketia itu menjadi Ketua Angkatan Muda PKR Semporna. Jika Shafie berada di pihak pembangkang sudah pasti kes ini jadi sebaliknya,” ujar Abdullahsani yang menjelaskan ‘rampasan kuasa’ yang dirancang Shafie belum menjadi kenyataan sekalipun Perbicaraan Kes Hong Kong dijadualkan bermula pada 27 Oktober 2010.

Memang menjadi helah Shafie setelah ada tanda-tanda Kes Hong Kong dibicarakan, barulah beliau memberikan imbalan kepada anak saudaranya dalam bentuk projek menggunakan kaedah NKRA.

Persoalannya, kata Abdullahsani ialah siapa yang memberikan pendahuluan untuk kos selama empat hari mereka berada di Hong Kong dan siapa yang mendalangi mereka?

Oleh: SAKINUL BANDAHALA (sabahkini).

Dipetik dari komen facebooker Rosita 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.