Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Pan.. Show all posts
Showing posts with label Pan.. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Buat Deklarasi 58 Orang Pun Menipu. Apa Lagi Mahathir Tipu?

SETAKAT ini, beberapa orang dari 58 orang yang kononnya menyokong deklarasi rakyat tajaan Mahathir, telah menafikan ada kena pengetahuan mengenainya.  Antaranya Tan Sri Zaman Khan dan Tengku Razaleigh.  Sementara Shafie Afdal, nama ada, sokong tapi belum sign.

47 yang dah sign itu pun, ada yang tidak diketahui namanya (senarai 5 yang keberapa ntah, Google lah sendiri), wanita India kalau tak silap penulis.  Sesiapa pun boleh bubuh tu.

Nampak tak, nak buat deklarasi rakyat pun tak jujur, main petik nama ikut suka.  Difahamkan ada lagi yang namanya diletak disitu dengan sengaja tapi kerana malas nak panjang-panjang, mereka biarkan saja, bukan luak satu sen pun kata mereka.

Agaknya apa lagi Mahathir tipu?

Belum lagi kita sebut tentang ego, taknak kalah.  Yang sokong Mahathir kata deklarasi ini bukti Mahathir memperalatkan pembangkang, yang pembangkang kata mereka sebenarnya yang memperalatkan Mahathir - hujah kuat, berapa kerusi parlimen yang Mahathir ada berbanding pembangkang yang kata Mahathir mempergunakan mereka (bukan sebaliknya).

Siapa betul sekarang?  Penulis nak kata, satu pun tak betul,masing-masing sedang menipu diri dan penyokong masing masing, usahlah rakyat tertipu lagi.  Banyak tahun dah menipu ni, seriklah kita  Ini bukan perjuangan rakyat, ini perjuangan peribadi dan kenapa kita nak terbabit dengannya?

Maruah kita rakyat Malaysia ini bukan murah macam keluarga Anwar, Kit Siang. Dah macam macam bentuk penganiayaan (mereka sendiri dakwa, bukan kita pun) dibuat Mahathir ke atas mereka pun masih lagi nak menyokong kerana tak ada kemampuan sendiri untuk mengalahkan Datuk Seri Naji Tun Razak tanpa bantuan pihak luar.

Untunglah kepada yang masih hidup, simpati pada yang dah meninggal dunia dengan mempercayai cakap kedua-dua Mahathir dan pembangkang mengenai satu sama lain, rupa-rupa naya, kena tipu sampai mati.

{ berita sepenuhnya }

Thursday, March 3, 2016

Gabungan “UMNO” & Pembangkang, Ujian Getir Najib Razak

muhyiddin anti najib

Apa yang sedang dialami oleh Perdana Menteri Najib Razak, sememangnya amat memeritkan dan penuh dengan liku serta ranjau dalam cita-citanya menjayakan Wawasan 2020, di samping terus membina negara sebaik mungkin.

Betapa tekanan yang diterimanya kini, tiada siapa yang boleh merasai, melainkan susuk tubuh yang bernama Najib Razak. Serangan demi serangan diterimanya tanpa henti, sejak bergelar Timbalan Perdana Menteri lagi.

Bukan kecil anak, serangan yang diterima oleh beliau tidak hanya secara domestik, malah ianya membabitkan gerakan antarabangsa yang dipelopori media-media barat, walhal mereka inilah yang selama ini digelar sebagai "congenital liars" oleh mantan kepada mantan perdana menteri, merangkap bekas kepada bekas, bekas ahli UMNO yang masih berbekas hatinya mungkin gara-gara enggan menurut "you must follow what i tell you, not what i did".

Sedar tidak sedar, musuh-musuh yang nyata kepada UMNO dan Presidennya tidak hanya berlegar di luar "circle", tetapi juga sudah mekar dan menjalar di dalam parti itu sendiri secara terang-terangan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia, kita bakal melihat bagaimana orang-orang "UMNO" sendiri sangggup menjilat kembali ludah-ludah mereka kepada DAP, lantas mewujudkan gerakan untuk menumbangkan Perdana Menteri dipilih melalui sistem pilihanraya yang telus dan adil selaras dengan Perlembagaan negara.

Sedang ada pihak di dalam UMNO sendiri, termasuk yang sudah keluar dari UMNO, memilih untuk memohon pertolongan dengan kafir harbi DAP, dan golongan liberal serta pro LBGT,  Perdana Menteri Najib Razak pula memohon pertolongan dari Allah.

Semoga doa-doa Perdana Menteri Najib Razak yang baru pulang dari ibadah umrah di tanah suci dimakbulkan oleh Allah, dalam usahanya mempertahankan kerajaan pimpinannya yang sedang dihujani dengan pelbagai fitnah.

Sewaktu ditanya oleh anak muridnya, tentang siapakah pemimpin yang perlu ditaati atas landasan Islam yang betul, seraya menjawablah Imam As Syafie;

"Kalau kamu ingin mengetahuinya, kamu carilah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana sesungguhnya dia sedang berjuang di jalan yang benar"


Waallahua'alam.



{berita asal di sini}

Sunday, October 18, 2015

Himpunan Fastaqim: Ada pihak cuba sabotaj kerana benci PAS - Parti Talam Banyak Muka


AIDCNews – Satu risalah bertajuk “Parti Talam Banyak Muka” tersebar di perhimpunan Fastaqim anjuran PAS yang sedang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu Kelantan.

Risalah itu turut mempamerkan foto Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang bendera Parti Amanah Negara dan sedang berbisik sesuatu kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu.


Setiausaha Fastaqim, Nasrudin Hassan dilaporkan Ismaweb berkata pihak yang membenci PAS dan menyimpan dendam seolah-olah kehabisan idea apabila mengedarkan risalah berbaur fitnah terhadap parti itu.
“PAS anjur program, mereka pula yang kepanasan. PAS gerakkan aktiviti, mereka pula yang tidak senang duduk.
“Kita percaya mereka akhirnya ambil langkah mudah dan dangkal ialah dengan lakukan fitnah dan cetuskan provokasi.
“Kelihatan banyak risalah fitnah kononnya itu adalah Risalah Penerangan PAS dan kain rentang provokasi yang kononnya dipasang oleh Geng Ustaz,” katanya.


Sementara itu, The Rakyat Post melaporkan terdapat satu banner bertajuk “Oren Ganti Hijau” dipasang berdekatan dengan stadium itu.
Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir menafikan pihaknya memasang banner tersebut.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.