Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Penjelasan Arul Kanda. Show all posts
Showing posts with label Penjelasan Arul Kanda. Show all posts

Tuesday, December 8, 2015

Penjelasan Arul Kanda Terhadap Dakwaan Muhyiddin Yassin

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menjelaskan bahawa tidak kurang dari lapan kali dirinya telah membincangkan mengenai isu 1MDB kepada kabinet Malaysia.

Ujarnya, sewaktu jaminan kerajaan untuk 1MDB diberi untuk pertama kali pada 2009, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan ahli Jemaah Menteri.

Muhyiddin turut ada ketika surat sokongan telah diluluskan oleh kabinet untuk pinjaman 1MDB pada tahun 2013.

“Pada tahun 2015, setiap kali kabinet berjumpa dan setahu saya tidak kurang dari tujuh hingga lapan kali isu 1MDB ini dibincangkan di kabinet, termasuk penerangan yang saya sendiri telah beri kepada Kabinet Malaysia,” ujar Arul.

Arul dalam sinis turut mempersoalkan bagaimana orang kedua terpenting negara mendakwa kononnya tidak menerima maklumat mengenai syarikat ini, meskipun telah memberi banyak penerangan terbuka mengenainya.

“Jadi kamu mahu beritahu saya orang kedua terpenting negara yang berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) tidak mendapat sebarang maklumat mengenai isu ini?

“Saya telah memberi penerangan terbuka kepada rakyat, saya telah berjumpa dengan media, Reuters dan sebagainya.

“Adakah masuk akal bila orang kedua terpenting negara mengatakan dia tak tahu mengenai ini?” Soal Arul.

Apa yang anehnya bila semalam di Kelab Sultan Sulaiman Muhyiddin masih lagi berbicara mengenai 1MDB seolah-olah beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya, sedangkan ketika beliau menjadi TPM ketika itu berhak untuk memanggil Arul bila-bila sahaja untuk mendapatkan penjelasan.
Mengulas mengenai perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi satu wawancara dengan stesen televisyen TV3 malam tadi menegaskan bahawa bekas TPM itu dan anggota Kabinet juga telah diberi taklimat berkaitan 1MDB sebelum ini.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau berhak memanggil pengurusan 1MDB untuk mendapatkan penjelasan tambahan.

"Tiada alasan sebenarnya untuk tidak dapatkan maklumat. Isu berkaitan 1MDB boleh diketahui segala-galanya,"

https://www.facebook.com/barisanm3rdeka

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.