Antara
yang paling garang menghamburkan kata-kata kesat terhadap institusi
pentadbiran dan pengurusan di negara ini menerusi Facebook adalah seorang atau dua orang yang menggunakan satu akaun
bernama REJIMEN ANARKI. Sebelum ini, mereka juga menggunakan akaun
RAKYAT ANARKI namun setelah menyedari, lokasi mereka sedang dikesan,
mereka telah membuka sebuah akaun Facebook yang baru.
Kalau bukan kerana
pergaduhan dalam Demonstrasi 1 Mei di Kuala Lumpur, pastinya
identiti REJIMEN ANARKI tidak akan terdedah. Kesilapannya ialah, dia
bercakap besar tentang siapa dirinya dan beberapa orang Unit Amal
PAS yang mendengar, tidak dapat menahan sabar. Dan akhirnya penumbuk
hinggap di kening dan melukai keningnya sehingga menerima enam
jahitan. Lebih menarik lagi ialah apabila dia membuat laporan polis
berhubung kecederaan akibat pergaduhan dengan Unit Amal PAS.
Walaupun
yang ditangkap dan dihukum sebagai Rejimen Anarki adalah Zul Yahya @
Ali bin Jalil, sebenarnya Rejimen Anarki bukan 'seorang' Zul Yahya
sahaja sebaliknya turut melibatkan seorang lagi yang bernama
Ahmad.
Kedua-dua mereka bukannya ahli PKR atau PAS mahupun DAP, sebaliknya menganggotai Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Alamat yang tertera dalam gambar (4) di bawah adalah alamat rumah ibunya. Siasatan mendapati, REJIMEN ANARKI sebenarnya tinggal di Stulang Laut, Johor.
Kedua-dua mereka bukannya ahli PKR atau PAS mahupun DAP, sebaliknya menganggotai Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Alamat yang tertera dalam gambar (4) di bawah adalah alamat rumah ibunya. Siasatan mendapati, REJIMEN ANARKI sebenarnya tinggal di Stulang Laut, Johor.
Adakah
kali ini, Unit Kemahiran Cyber PDRM, Pusat TindakBalas
Siasatan Cyber PDRM dan SKMM akan berjaya mengesan, seterusnya
menangkap dan mendakwa seorang lagi REJIMEN ANARKI?




