Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

VIDEO | HOTLINE NEWS CAMERON HIGHLAND DILANDA TANAH RUNTUH DAN BANJIR ~ Kira-Kira 80 Buah Rumah Hanyut, 2 Maut




KUANTAN, 23 Okt (Bernama) -- Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.
Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.
"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya.

-- BERNAMA

Monday, September 23, 2013

HOT ! LAGI PENDEDAHAN WAJAH TEGANG ANWAR YANG CUBA MENIPU AKIBAT KESAN UBAT !!




Blog satdthinks meletakkan empat ‘titik’ perubahan wajah Anwar iaitu kedut di kening, telinga, mata dan pipi.

Seorang pengomen laman ini, Sman, mempertikaikan penafian pembantu Anwar yang mendakwa perubahan wajah Ketua Umum PKR itu bukan disebabkan pembedahan tetapi disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya.

Dah lama dia (Anwar) mentekedarah bermacam-macam ubat, mengapa tak ada pulak alahan, tiba-tiba bila dah tua kerepot ni, ada alahan pulak dgn ubat, ada ubat baru ke yang dia lahap?

Biasanya kalau ubat yang boleh menjadikan alahan doktor tanya dulu ada alahan ke tidak supaya dapat diberi ubat yang betul. Kelentong, kelentong, kelentong tak habis, habis macam lah rakyat Malaysia ni bodoh sangat,”komennya.

Komen Sman itu disambut dengan Lim Lynn dengan berkata, “Harap Anwar Ibrahim tak dapat HIV AIDS nanti pula ikut Barack Obama kurus badan.”

Begitu juga dengan Basry yang mahu tahu apakah jenis ubat yang dimakan oleh Anwar sehingga berlaku alahan yang teruk.

Ubat apa yang boleh jadi allergy macam itu, teringin juga nak tahu…,” katanya.

Baca selanjutnya : AIDC

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.